Pixajoy

Wednesday, February 11, 2015

Home » Roti Gulung Sosej Keju Meleleh

Roti Gulung Sosej Keju Meleleh



Hari Isnin lepas, aku berbuka makan roti gulung je tau. So far sepanjang puasa isin khamis aku tak pernah lagi buka menu nasi. Bukan nak diet sangat pun tapi tekak tak berapa selera. Lagi pulak lunch dah masakkan untuk en suami dan Aiman, bila petang terus tak feel nak makan menu sama.huhu..

Biasanya aku masak aneka menu mee berkuah, tapi hari tersebut tak sempat nak masak apa. Penat sangat bangun awal sahur, siapakan sarapan dan bento Afia, pastu kerja office hour. Lunch break balik bersilat siang ikan masak nasik dengan caru sumbat lagi kau. Dengan ambil hantar Aiman sekolah balik kerja shopping barang dapur lagi, sampai rumah terus tumbang. Lepas Asar boleh pulak aku tertidur dan terjaga bila azan maghrib dah berkumandang.

Makanya buka minum air kosong kemudian alas perut dengan biskut. Lepas dah pantau Aiman siapkan homework baru kedapur. Mula-mula fikir nak buat mihun sup telur bodo-bodo makan dengan bergedil tapi tekak macam tak selera. Ni yang jadi menu roti gulung ni. 

Tu dia punya panjang mukadimah asal usul sausage roll.haha.. Jom tengok resepi. Senang sangat budak kecik pun boleh buat.


 Bahan- bahan : Roti gardenia, sosej, keju, telur+garam+lada sulah kalau suka. Lagi satu bahan, breadcrumbs aku lupa snap!

Jimat n kemut wey, sosej dengan keju kita belah dua sudah.haha..letak tengah roti pastu gulung! Kalau takut terburai guna sikit telur tadi sebagai gam.

Dah siap gini, celup roti dalam telur pastu salut serbuk roti. Yang bersalut breadcrumbs tak sempat snap dah, mana tangan dah berlemuih kan!

Lepas goreng siap untuk dimakan panas bersama sos dan mayones.

Meleleh cheesenya, nyum! 


Petang semalam repeat buat lagi atas permintaan en suami. Aiman balik KAFA ada balance sebijik roti je dia makan. Balik playground dok tanya lagi roti sosej..

”Dah habis dah anak oi.."

" sedap la roti sosej ibu...”

Next time kita buat lagi ye Aiman. Breadcrumbs pun dah selesai. Kena buat baru jugak.








22 comments:

Linda said... Best Blogger Tips

Huhu...terbaik ni dear...perghhh dah terbayang2 dah kesedapannya...yummmyyy sgt esp keju meleleh tu

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Baru pagi tadi CH buat Roti Sosej Gulung ni utk bekal anak2 CH, PK..

Budak2 memang suka sosej ni.. sama aje pun mak dan pak budak suka :)

eima said... Best Blogger Tips

hmmm selalu buat tp tak penah letak cheese ... boleh try utk bekal anak nanti

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya...
lya ada buat baru2 ni, tp x letak keju sbb tkut asya x nk mkn.. pelik sikit..dang mari mood nk mkn keju ok la dia..tp bila mari angin x nak keju, walau setitik pon, hbs semua x mkn.. hihi.. pening kepala...

ni letak keju,,, dpt dibayangkan kesedapannya.. dgn keju meleleh lagi

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya...
lya ada buat baru2 ni, tp x letak keju sbb tkut asya x nk mkn.. pelik sikit..dang mari mood nk mkn keju ok la dia..tp bila mari angin x nak keju, walau setitik pon, hbs semua x mkn.. hihi.. pening kepala...

ni letak keju,,, dpt dibayangkan kesedapannya.. dgn keju meleleh lagi

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya...
lya ada buat baru2 ni, tp x letak keju sbb tkut asya x nk mkn.. pelik sikit..dang mari mood nk mkn keju ok la dia..tp bila mari angin x nak keju, walau setitik pon, hbs semua x mkn.. hihi.. pening kepala...

ni letak keju,,, dpt dibayangkan kesedapannya.. dgn keju meleleh lagi

syida said... Best Blogger Tips

bila anak2 puji sedap, rasa mcm dapat duit kann? hehe

sy salu buat sosej roll tp tak prnh letak keju. lepas ni, harussslah meneraiii..terliur tgk cheese lelehhh tu haishh

lieyalatif said... Best Blogger Tips

cikpuankutu...best2...dah lame tak buat...tgk entry ni terus teringat nak buat....okey laa kang lunch hour lieya lari sat gi alamanda pi aeon big cari cheese ngan sosej...roti ade dah tuu heheheheheh

NzA said... Best Blogger Tips

nyum..nyum..nyum....sedapnya...lama dah xbuat.

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

dah buat. syukrii tekak kampung. xmakan sosej.. xberapa cheese leleh. law keping tu makan jugek..

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Kalau bakar pun boleh jugak kot yea?...nampak sedap, boleh try nanti....t.kasih berkongsi...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Seronok buat makan2 kalau family suka makan.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Tgk keju meleleh ru tak boeh agak betapa sedapnya.... tak aci, nak buat jugak...

ida =) said... Best Blogger Tips

panas2... memang sedap! kalau saya, xde sosej pun xpe. cheese meleleh tu dah sedap!

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

sedapnya...

Unknown said... Best Blogger Tips

memang sedap..azni pun selalu buat cuma roti tu azni gelekkan kasi nipis supaya senang nak gulung..

Unknown said... Best Blogger Tips

akk...apasal buat makn sedap@2 ni..sya dah lama kehabisan cheese..kalau x dulu, rajin juga buat sosej cheese ni.. makan sampai kenyang giler..hahaha

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha! Susahlah PK kalau bangun pukul 5.30 pagi, pukul 6.45 pagi nak keluar rumah. Dah siap-siap bermakeup tetiba kena goreng roti gulung sosej cheese bagai... Dasar pemalas, tak dapatlah nak tolongkan :)

Sebenarnya dah banyak kali saya sediakan roti, telur, sosej bagai nak buat roti gulung ni tapi bila bangun pagi, tetap juga tak buat. Goreng mi togel lagi senang rasanya :)

OKje said... Best Blogger Tips

Untung betul Aiman dpt mak pandai dan rajin masak ni. Patutlah kuruih.....slim melim mama pia ni, puasa puasa buka makan biskut....jeles weyh....patut ar baju lepas SPM pun masih muat....

Teringin.pulak nak buat tp cheese tak dok.....camne nak meleleh kalau cenggitu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mmg sedap.tp tu la saya suka guna breadcrumb yg warna oren tu..
nmpak cntik je lepas goreng. hihi

ni pon dh meleleh ayaq mata nengok ni.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sedalnya PK.. saya suka sangat ni.. tapi dah lama tak membuatnya.. macam mana nk buat sebab kalau ada sosej je naim nak makan gitu je.. jadi takla jadi roti sosej. Agaknya kena buat inti lain. Letak je cheese sbg pendamping..sedap gak.

mama eija said... Best Blogger Tips

nampak je entri keju meleleh buka cepat2 hahah... teruk betul. eija mmg gemar cheese lagi2 yg meleleh tu... hihi :)... penah buat roti masukkan cheese celup telur dan goreng sedap sgt... lps ni try resepi PK pulak laa... + sosej mesti lagi mengancam hihi