Aku terbaca link difacebook mengenai tajuk. Sejak tahun lepas aku dah mula bertekad nak menabung setiap hari. Bukan banyak, aku simpan cuma RM1 sehari. Jadilah dari tak menabung langsung. Paling busuk pun lepas juga untuk barang kelengkapan sekolah Aiman tahun depan.
Artikel yang aku baca tu dia kata sediakan satu tabung dengan misi tabungan. Contohnya tabung untuk kelahiran baby baru, tabung percutian dan sebagainya. Mula menabung hari pertama RM1, hari kedua RM2, hari ketiga RM3 dan seterusnya hingga capai jumlah maksimum mampu kita simpan..Katakan RM 10 sehari, maintain simpan RM10 hingga sampai target masa yang kita mahu.
Aku share benda ni dekat en suami, beliau pun setuju nak buat tabungan tapi dengan misi dan target yang belum pasti. Yang pasti kami tak ikut step yang dinyatakan. Kami setuju secara statik terus simpan satu jumlah setiap hari. Syaratnya tabung tak boleh letak kat rumah. Kalau letak kat rumah memang dah bertahun buat, end up akan terguna jugak duit tabungan tersebut.hehe..
Aku akan simpan dalam loker berkunci dipejabat. Harapnya dapat menabung secara istiqomah. Sempoi je bekas jajan buat tabung. So sekarang ni kena jadi bendahari handle dua tabung la.haha..…
16 comments:
Kalo smpan kt opis insyAllah. Haha. Kalo smpan kt umah mmg sodoakallah. Haha..good idea. Hri ni jgk buat.
Nice...gud luck...pasni buat tabung 'belanja rakan2' plak ye...heee
Saya pun jenis tak disiplin dalam menabung... huhuhu
Betul gak kan.. kalau tak paksa diri menabung kita tak ada saving. Padahal sama je kan.. duit habis gak kalau kita tak simpan.. kalau kita simpan bukan jadi tak cukup makan pun..
assalam PK..cara acik menabung selama ni teruk sikit he he
acik sediakan tabung..lepas tu setiap hari dirumah ada je..duit syling yang jatuh dari poket seluar..tak tau la poket sape..acik ambik dan masukkan kedalam tabung..kadang jumpa syiling dalam mesin basuh masuk jugak ke dalam tabung..setiap hari mesti ada duit syiling yang dapat acik masukkan kedalam tabung
tabung mcm ni mmg bgskan.. lg² duit syilling.. wat berat beg duit jer.. baik simpan.. insyaallah istiqamah...
susahnya nak menabung... sy mcm tuuu... main kutu dgn geng makcik2 itu je cara eija hihih
hahahaa...aku buat dua tabungsatu utk singget singget satu g utk syiling..tp syiling bahagi dua pulak yeee...t aku pun nak post mcm hang pasai tabung..hahahahahahaaaaaa
kutu pun kiteorg main.yg ni simpan sendiri.walau tak byk lg baik dr habis duit tanpa menabung kan
tabung ni bukan utk duit syiling ye yana..kan dh cakap mula dengan RM1..duit syiling kita masuk tabung aiman je.hehe
tepat sekali kata2mu AN.hehe simpan ke tidak makan tetap makan
kt rumah ada tabung ni. tapi sebelum adik lahir la. sbb bila byk... isi dlm akaun bank adam. skrg... x boleh la. tabung ni jadi tabung duit belanja sekolah. kikiki. nampaknya kena buka tabung baru
Saya pun baru bermula, PK. Start dengan duit RM5 terus sebab susah nak dapat duit tu setiap hari. Hahaha...sah-sah dah ngelat nak menabung!
Setakat ni alhamdulillahlah, tabung tak berusik. Kalau takda duit kecil nak bayar duit aiskrim anak beli kat pakcik Bangla depan rumah pun saya pejam mata je kuatkan semangat jangan gi ambil kat tabung RM5 tu! Nasiblah pakcik Bangla beli aiskrim RM1.50 tapi bayar guna duit besar :)
betul tu pk
saya ada juga tabung ni..
pernah buat entry ,tahun 2011 rasanya.. tabung qasehnyarania..
member pernah bgtau, ada sorang mkcik ni pesan dkt dia.bmula dr hari ptama akd nikah cuba simpan sehari RM1.. kalau mampu lebih pon x pa.terpulang..utk tabung anak yg bakal lhir.
kalau cepat cepat la, kalau lambat.. bygkan kalau terus beristiqamah..
perongsian yg mnarik.smga pk juga beristiqamah..
terbaik.. lya pon ada buat tabung camni..
satu lg, tiap kali ada not rm20 trs simpan dlm tabung..kitakan jrg dpt not rm20..
Hurmmm... Saya dah bertahun2 tak menabung. Buat standing instruction siap2 tiap bulan, dan potong gaji utk simpanan. Yang lain... X nampak bayang.
Kena buat tabung juga ni. Start menabung. Boleh ajar adam menabung juga!
Post a Comment