Entry makan-makan balik kampung tempohari. Ni entry terakhir, tak payah nak juih mulut sangat ok.haha..
Jumaat.
Lepas balik dari Penang Hill kami singgah makan dekat Fruit King. Ni kali ketiga repeat makan sini, lepaskan kempunan tempohari tak dapat pekena burger besar. Fikirkan anak-anak tengah tidur, aku tunggu dalam kereta sementara en suami dan abang pergi order. Bila dah sampai ordernya baru rodger aku.
Alhamdulillah ada rezeki abang nak makan burger besar. Mula-mula depa terkejut en suami dan abang datang berdua order burger besar. Apa ingat burger yang 6orang makan tu tak boleh habis ke?Tengok perut laki aku la.kehkeh..
Bila burger dah sampai, en suami datang ke kereta dan kejutkan Aiman untuk makan. Afia dari mula aku angkat sampai kami sudah makan, masuk kereta semula tidur tak sedarkan diri. Nampak jelas penat sakan berjimba dekat Penang Hill. Sampai rumah nak tukar baju dan drypers baru dia jaga.
Aiman muka mengantuk senyum jugak bila kita snap. Good boy sangat!
En suami repeat order air chocolate banana large macam haritu. Abang minum karot susu. Aku dengan Aiman tumpang minum air en suami saja. Unfortunately burger kali ni banyak kurang dari segi rasa. Daging nipis, roti terlalu tebal, kuah black pepper pun cair. Serba serbi kurang tak tau apa hal. Ni pun licin sebijik burger kami empat orang je belasah padahal en suami dah soru sepinggan nasi goreng sebelum burger sampai. Lapar punya pasal kan.haha
Rasa frust jugak kenapa burger kali ni kurang sedap. Harapnya hari tersebut saja kami agak unlucky. Sayang kalau tak repeat makan kat sini lagi. Makanan lain semua sedap. Tauke kedai pun peramah. Apa pun Alhamdulillah kenyang.
Sabtu.
Lepas menjala dekat Pasar Kemboja Parit Buntar aku demand nak makan charkoteaw. Selalu kami pekena charkoteaw dekat Along, tapi Ain kata sate daging dekat Omaq lembut dan sedap. Nak makan sate punya pasal kami pun ke Omaq. Omaq charkoteaw ni lokasinya sebelah Fruit King. Dua hari berturut-turut la makan dekat jam besar.
Rupanya tak ada rezeki kami. Sate daging habis, tinggal 7 cucuk, jadilah buat lekat celah gigi merasa sorang secucuk, selebihnya order sate ayam. En suami komplen charkoteaw hangit dan masin. Mujur ada lada jeruk pembangkit selera. Aku yang biasanya suka komplen makanan, makan tak banyak cakap. Lapar wey penat bakar lemak shopping tadi.hehe
Aku memang lebih prefer charkoteaw Along dari Omaq. Bagi aku, area Parit Buntar ni, charkoteaw Along jugak terbaik. Senang cakap antara lokasi wajib kalau balik kampung.
Selesai makan, hantar abang dan Ain balik rumah, angkut semua beg masuk bonet, kami terus bertolak balik Sungai Petani.
12 comments:
Salam. Hee makan sedap.
Waahhh besar burger tu....
Ckt kat sp tu sedap.....buka lg ka...
Tak penah sampai parit buntae
mak oii, besaunya burger tu!
Alhamdulillah... rezeki menikmati yg sedap-sedap masih Allah berikan. Untung kita ni sebenarnya tinggal di M'sia macam-macam makanan ada.
mak aiii....mmg king size betul burger tu...igt kan gi makan Burger King tu..hahaha
ommak aih betul2 king of d burger kingdom ni...best nyeee...sure amik masa utk betul2 empuk ni..hehehe
Burger besar tu namanya burger King? kang kena saman dgn burger king. huhu/.
Nasib baik tanya, dapat juga diskaun dua hinggit...
wahh..besornya burger tu
wahhh... saya bayangkan makan burger besar tu bertiga. agak2 habis ke tak? kikikk
Tak boleh tahan ni tengok burger besar gitu. Nanti-nanti kalau tersesat kat Parit Buntar kena carilah Burger King dan Charkueyteow Along yang jadi pujaan PK ni. Kena semat dalam kepala takut terlupa pulak nanti :)
Ingatkan tadi Burger King yang melambak kat KL ni. Baru je nak tanya mana Burger King ada jual burger hak besar, semua cinonit jer tak sempat lekat celah gigi pun!
jjcm saje pk..
besaq nya burger.mcm best je.
tgn lain kot yg mmbuatnya pk.itu yg lain rasanya.
x pernah sampai parit buntaq lagi
Post a Comment