Jumaat. Merancang outing untuk belikan hadiah pengantin anak sepupu aku yang akan berlangsung esoknya. Kebetulan en suami tak sihat dengan demam dan selsema menyerang. Cancel beli hadiah mencari sate untuk dinner. Malam tersebut sate pula tak operasi. Fikirkan perut memasing tengah lapar, en suami yang perlu isi perut sebelum makan ubat, tanpa planning kami ke sini.
Beberapa kali pernah tapau ketika mak abah datang. Dua kali singgah masih lupa nama kedai. Lokasi berdekatan Taman Intan. Kedai tepi jalan dari Semeling menghala ke Giant SP, atas sikit dari Restoren Mama. Ohh sungguh tidak membantu landmark.haha
Dulu belum ada stall burger dan western food berdekatan. Kali ni datang dapat order KLCC cheese burger. Burger paling tinggi, 4 ketul daging, 3 biji telur dengan harga RM11. Kalau tanpa cheese RM 9. En suami dan Aiman makan nasi goreng ayam. Nak order chicken chop western tak buka malam tu.
Muka lapar dah si chubby. Burger sampai secara berjemaah kongsi makan. Nasi ayam sedap juga, cuma ayam dia kejung sikit. Tak sempat snap dah nasi ayamnya mana Afia buat perangai comel. Tengok cat, jumpa kawan, kejar cat, lawatan meja sebelah semua modal dia keluarkan. Nak snap picture dia jangan haraplah.
Ini burgernya. Tak perlu pergi KLCC kan..Dua ketul daging aku setelkan. Yang lebih buat pembuka selera Aiman dan abahnya sebelum nasi goreng sampai.
Aiman macam biasa tak jauh dengan sirap. En suami belasah dua gelas barli panas. Aku yang biasanya tak pernah order air demand laicikang. Teringin! Semangkuk selesai juga dengan bantuan Afia.
Alhamdulillah masih diberi nikmat sihat dan makan.
12 comments:
Nampak.sedap la burger tu.. sya x pernah try lagi ni..sedapnya mkan²... jeles²...
restoran mama tu kat mana plak?... hahhah... landmark ni saya tak brp paham... hehheh
ala2 segmen jjcm..i like :)
laicikang sedap! my feveret hehe
burger tuu, terbuntang2 mata (sambil terliur) menengoknya huhu
Laicikang... Sedapnya. Bilalah boleh mkn. Huhu...
Kikikki. Ingat dtg kl td :)
giant sp tahu la.
hok lain dok tahu..
nnti citer lain k..
kot kot balik leh pi try
berkenan dgn burger klcc tu la..
mengancam semacam je
laicikang tu pon
ppsst: pk, tau tak pa..
sebenarnya ai is malu la nk snap gambaq sbb kiri.kanan penuh org.. hihihi
Mengancam sungguh burger klcc tuh...
uihhh tinggi nya burger PK... hihi macam mana nak mkn tu... laicikang sy suka... fav giteww :)
Syok gile mkn burger KLCC. Tapi betul la PK, masalah yang sama kalau makan kat luar sbb kena jaga anak, jadi susah nak amik gmbr. Makanya, mmg takde harapan nak jadi food blogger tersohor malaysia.
Wah, syok gila makan burger tinggi macam ni. Kolestrol pun syok je masuk dalam tubuh badan tapi ada kukisah? Hahaha... Dah menghadap makanan tu kenalah sungguh-sungguh makan, betul tak PK?
Biasalah bila makan dengan anak kecil. Kalau tak mereka buat hal, kita pulak tercekik sebab nak cepat. Bertabah ajelah janji dapat menghabiskan makanan dalam pinggan.
Oh ni kisah dlm.gambar yang saya salah sangka cheese tu ya.. tapi memang nampak sedap betulla burger ni..mewah bahannya..
tingginya burger..
puas hati la makan ni
Post a Comment