Pixajoy

Saturday, February 07, 2015

Home » Cara Depositkan Cek Nuffnang Di Bank

Cara Depositkan Cek Nuffnang Di Bank



Tu dia tajuk kemain sangat nak bagi tutorial. Walau aku ni dah berkurun blogging, baru ni nak merasa hasil dari blog tintong. Setahun kebelakangan ni je ada iklan dok running. Sebelum ni ada aku kisah dengan iklan nuffnang ni semua. Dua tiga tahun jumlah tak bergerak.huhu

Mula-mula dapat cek aku ingat kena pergi cashkan dekat bank la. Benda pertama kali mana ada pengalaman. Bila google rupanya senang pergi kat mesin deposit cek. Kerja mudah tak payah nak ambil nombor dan tunggu giliran kan.

Dah lama cek terperam dalam beg takda masa nak ke bank. So lepas check up Afia semalam terus pergi Maybank. Cek nuffnang pun aku lupa nak snap. Sekadar info buat yang pertama kali macam aku, even dekat cek tulis HSBC, kita boleh je buat dekat mana-mana bank. Disebabkan aku guna akaun Maybank, aku pergi Maybank je senang.



Mula-mula sila careful ceraikan cek dari surat. Pastu isi form belakang cek. Kat belakang cek tu kena isi 3 benda, nombor akaun, nama dan no telefon kita. Pergi dekat mesin deposit cek, ikut je instructions dia bagi. Kena masukkan no akaun dan jumlah cek, then sumbat cek dalam mesin, dia akan scan cek lalu keluar la resit macam gambar. Selepas dua tiga hari boleh check akaun untuk pastikan duit masuk ke tidak.

Semoga membantu blogger baru or yang suam kuku macam aku ni.hakhak








9 comments:

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah
tahniah pk

saya tunggu 25hb ni pulak nk cash out pon.
setahun sekali.kikiki

ppstt: tgk amaun cik epal perghhhh.. mmg fingsan oooo..
rezeki blogger otai kan..

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Sama je cara dengan nak masuk cek macam biasa ye.. hehe.. ingatkan lain tadi..tp syoknya lah dapat duit dari blog..sya belum pernah dapat lagi..

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Salam....

Tahniah...semoga ditambahkan lagi rezeki nuffnang dimasa depan...aamiin

Bunda pun ada sebelah tangan tu tak dikeluakn lg...semasa berehat sebulan haritu pun masih going on...

Alhamdulillah...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

La baru tau ke.....kita dah lama tahu!!!haha....
Tp bukan buat tuk cek Nuffnang le.....mak tak pernah dpt pun cek Nuffnang .....
Cek Pak Jilap tolong jer, kita tolong masukkan

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. patutla maki kerap update blog ya. Ada pemangkin, pembakar motivasi.. bagus..alhamdulillah..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

smoga ters murah rezeki lps2 ni..
acc nuff lya mmg x pnh kumpul2.. sbb tkut jd kes mcm blogger2 lain..smpai msa duit tu hilang la..dpt sikit la.. ckup je syarat rm50, trs cash out..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Tak sabar nak cashout nuffnag walau amaun tak sebanyak mana..... hehehhe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tak penting cek tu dari bank mana, PK tapi yang pentingnya akaun kita di bank mana :)

Sekarang memang mudah, guna cheque deposit machine je, sama macam kita guna cash deposit machine tu. Kalau dulu nak kena isi dalam sampul, ceraikan customer's copy bagai dan campak baling dalam mesin cek ni tapi sekarang lagi mudah.

Bagus ni PK, pengalaman baru. Mungkin ada juga ramai di luar sana yang tak tahukan!

ida =) said... Best Blogger Tips

Kikiki. Lagi satu... Cek nya valid setahun. Lama!