Malam sebelum balik kampung aku ada bikin aiskrim goreng. Memikirkan yang aiskrim ni kena bekukan lama dalam freezer, tu yang aku buat siap-siap. Sampai je rumah tengahari tadi, terus en suami request gorengkan.
Ni kira baru kali kedua aku buat aiskrim goreng. Kali pertama dulu tak sempat nak keras aiskrimnya, aku dah tak sabar nak goreng. So hasilnya tak best. Lepas tu terus tak minat nak buat dah. Walau benda ni senang, tapi lece sikit kan kena buat penuh careful pastu cepat-cepat kena simpan dalam peti ais takut aiskrim cair sebelum boleh mula buat yang lain. Aku kalau buat kerja mana boleh sopan macam gini, nak cepat sangat, aku pergi buat sekaligus baru masuk peti ais.
Sebuku roti gardenia besar dapat 9 bijik tak termasuk kulit atas dan bawah. Aku ingatkan boleh la merasa sorang 3bijik aku, en suami dan Aiman, rupanya aiskrim dah cair dulu sebelum sempat aku masuk peti. 3 dah jahanam masuk perut sebab buat kerja loklaq.hahaha. Tinggal 6 biji sahaja aiskrim goreng aku.
So aku nasihatkan sapa yang tak pernah buat tapi nak cuba, sila buat satu-satu terus masuk peti ais. Kalau dibiar lama kat luar, cair aiskrimnya bocor terkeluar dari roti. Kena goreng seberapa pantas dengan api kuat juga kalau nak hasil aiskrim beku sempurna dalam roti.
Jangan sesekali beranikan diri biar lama dalam minyak, aiskrim cair memang stress la jawabnya. Aku dah kena dah dengan hasil gorengan tiga biji pertama.haha..Sebab aiskrim meleleh macam ni je rupa buruk aiskrim goreng aku. Kulit comot sikit la dah tercemar dengan sisa aiskrim yang mencair mula tadi.
4 comments:
belum pernah cuba..sebab tahu ia rumit ...
rajinnya! kalau saya, mmg confirm beli yg readymade punya hehe
saya pon baru berapa kali j buat.
timw tgh panas panas dulu..
Macam biasalah PK, saya memang tak pernah buat aiskrim goreng ni. Pernah nampak kat hypermarket tapi tak beli pun walaupun si Abang nak cuba. Tetiba jadi kedekut, buat lagi better. Tapi sampai sekarang tak buat-buat. Kesian si Abang tau! Rasa macam nak berjiran dengan ibu si Aiman je macam ni *_*
Post a Comment