Pixajoy

Wednesday, February 18, 2015

Home » Resepi Murtabak Cheese Homemade

Resepi Murtabak Cheese Homemade



Aku pernah up entry murtabak daging masa pregnantkan Afia dulu. Setelah hampir dua tahun, baru ni buat murtabak lagi.hehe Pun begitu roti canai homemade memang dah tak terkira banyak kalinya dah aku buat. Sebelum ni aku ikut resepi yang kena uli, rehatkan, uli, rehatkan. Nak menguli tu azab, kejap-kejap pergi basuh tangan, tiba masa menguli tangan kotor semula, pi basuh balik. Basuh tangan pun dah kira berapa step dah.haha..

Seperti semua sedia maklum, buat murtabak ni guna kulit roti canai. Sekarang aku dah expert dah buat doh roti canai. Tu dia punya takbur!haha. Tak payah banyak step dah la ni. Rasa sama je pun. Aku uli sekali pastu terus rehatkan. Nak guna baru tebar. Pun begitu tak payah la imagine roti canai aku ni selembut yang jual kat kedai tu. Aku memang kurangkan penggunaan minyak. Sedap makan time panas2, kalau dah sejuk tu tak sedap mana. Tapi bagi Aiman roti canai ibu dia sedap je.hehe..

Kali ni buat inti isi ayam dan kentang. Dah ni je yang ada. Kata en suami kalau pakai daging mesti lagi sedap. Betul, daging lembu ni isi dia manis. Kami sekeluarga memang suka murtabak daging. Aku bagi resepi sama sukatan macam aku buat, pepandai la adjust ye kalau nak cuba resepi ni. Aku buat versi murtabak besaq gedabak, 1/2kg tepung dapat 5 bijik je. Kena sebijik sengkak perut!


Resepi kulit murtabak : 1/2 kg tepung gandum + 2 sudu marjerin + 2 sudu susu pekat + sebiji telur disatukan dalam bekas dan kacau serata semua bahan. Kemudian masukkan campuran air+garam, uli hingga menjadi doh yang tak melekat kat tangan. Perap selama 4 jam atau lebih sebelum canai. 

Kalau nak simpan dalam peti ais, bulat- bulatkan doh pasti sapu dengan marjerin supaya tak melekat antara satu sama lain. Masuk dalam bekas kedap udara boleh simpan sampai 3 or 4 hari kau! Lagi lama simpan makin lembut doh roti canai kita. Tapi jangan la simpan sampai seminggu dua pulak. Cari nahas namanya.hakhak

Resepi inti murtabak : Tumis bahan rempah (bawang merah+bawang putih+halia+sedikit cili kering, blander semua) hingga pecah minyak pastu masukkan rempah kari daging + ayam or daging+kentang yang didadu. Masukkan air secukupnya, masak hingga kering dan empuk. Akhir sekali perasakan dengan garam+gula+serbuk perasa. 


Inti kentang ayam ni cara aku masak sebijik macam buat inti karipap. Orang lain punya cara aku tak tau la. Aku nak cepat guna bahan rempah yang dah siap diblander dalam peti ais je. Waktu nak guna nanti aku pecahkan 5 biji telur, masukkan inti ayam kentang dan hirisan bawang besar, kacau sebati. So akan jadi seperti gambar diatas.

Cara buat murtabak : Ambil doh roti canai tebar nipis, masa nak tebar ni guna minyak ye. Masukkan inti + sekeping keju, balut kemudian goreng murtabak dengan kuali yang dilancer minyak. Siap!


Aku buat bawang jeruk jugak untuk makan dengan murtabak. Yang ni memang layan makan sendiri buat. Kalau beli dapat sikit, jimat betul bawangnya kan. Belah utara memang famous murtabak dengan bawang merah camni. Dia punya penangan, dah gosok gigi pun tak hilang lagi mulut bau bawang baq hang.haha...


Resepi jeruk bawang : potong halus bawang besar, masukkan cuka plus sedikit air + gula + perasa sirap, gaul sebati, siap!


Semalam dinner murtabak, hari ni pun sama breakfast murtabak ayam cheese!hehe..






11 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK memang rajin siapa tak tahu. Kalau tanya saya mungkinlah jawabnya semua 'tak pernah buat'. Hahaha.

Jeruk bawang tukan PK, saya pun suka kalau makan murtabak. Tapi orang makan bawang, kita cicah sikit murtabak kasi serap perasa tu. Bukan bawangnya yang kita makan!

Eh, saya pun suka murtabak daging! Satu je masalah makan murtabak ni, bertabah menarik bawang - bawang lenyap murtabak tak hancur gitu!

lia ummiirfan said... Best Blogger Tips

sedapnyaaaa... kalo guna kulit popia buat murtabak ni aci tak..?

syida said... Best Blogger Tips

cantek murtabak PK..mesti sedapp ni :)

(bila la sy plak rajin nak ber-murtabak bagai huhu)

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

Murtabak ni fav. Tp cam x konfiden nk buat.. tp nk save la resipi ni..hu

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tu dia setengah kilo dpt 5 biji mutabak.. memang puas hatila makan murtabak macam ni.. kalau jual ni mau berapa letak harganya?

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kalau awak duk sebelah rumah PK, dah lama okje order mertabak tu tau hihi...Teringin nak buat roti canai sendiri, tp entah bila...sebab bersepah kedai depan rumah ni...tu yg jadi berganda malasnya tu

ida =) said... Best Blogger Tips

ahaaa.... rajin! rajin dan rajin! wahhh... style wan dan anti, semua benda buat sendiri. hasilnya... sedap. tapi saya, semua benda nak kena beli. bila beli, kadang sedap, kadang tidak. kikiki

ini kalo jadi suri rumah ni... hari2 dapat makan sedap. untung orang rajin ni!!!

Chot said... Best Blogger Tips

ok. roti murtabak tu mmg nampak sedap tuh. tp bab try menguli ni sy fail..hah. mcm2 alasan la sy ni.hehe

LYAfrina said... Best Blogger Tips

menarik sgt..ada cheese..lg la sedap ni

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mcm nk puasa pulak bila nmpak murtabak pk ni..
menarik ni.tp blm pernah canai sendiri doh.
suk mak buat siap tebar atas talam besar pastu masak.suk but kulit gring sikit..

Nur Zayyani Liman said... Best Blogger Tips

Klu puasa mmg hidangan wajib..tapi bestlah klu dpt masak sendiri..hihi..homemade mmg terbaik..