Pixajoy

Saturday, June 15, 2013

Home » Persediaan Melatih Bayi Menyusu Guna Botol

Persediaan Melatih Bayi Menyusu Guna Botol



So far Afia dah mula menerima botol. Tu pun jenuh gak pujuk dekat seminggu, cuba tips alihkan perhatian dengan berubah kedudukan dan sebagainya. Kena banyakkan lagi latihan. Go Afia! u can do it! Beria ibu bagi sokongan.hakhak

Tempohari aku share waktu sesuai memulakan penyusuan melalui botol dan sedikit tips penyusuan. Aku jumpa ni dekat fb, banyak info berguna untuk persediaan melatih baby hisap susu melalui botol, jadi share kat sini sebagai tambahan.

  • Beli botol dan puting yang menyerupai puting ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. 
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.
  • Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.
  • Sebaiknya elakkan guna susu beku. Susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.
  • Boleh juga mencuba cara ini : Semasa beri bayi minum guna botol, tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk tarik bagi bayi rehat sedikit & kemudian hisap lagi.









11 comments:

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Bagus juga latih dari kecil kan?..nnti bila dah kerja semula insyaAllah takde masalah..
good luck..:)

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

wow good tips! masa aisy kena tahan nicu, sy ada jgk suap dia ngn botol syp2 sbb masa tu nipple crack...die xpandai mengisap lg. buat mcm tu lah, tarik2 ckit bg dia berusaha menghisap. lps nipple ok bg direct je.skrg blatih sekali sehari pkai botol, n dia ok. sy pakai botol avent.

kurus said... Best Blogger Tips

memang bagus bermula dari awal , nak2 kalau kita dah tahu susu dah semakin berkurang2an ..

dah lama tinggalkan alam menyusu , adakalanya rinduu ;)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Kena latih dari awal before start keja balik. Alia haritu... Hampir 2 weeks baru boleh hisap susu guna botol :). Afia boleh punya...

Unknown said... Best Blogger Tips

senang ati ibu nk p keje tgk afia da mula nk terima botol kan

Nastyna said... Best Blogger Tips

Go Afia, u can do it!! hehehe join mama nyer kasi semangat sikit.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

bila PK kerja semula? Mula2 mmg susah nak biasakan, tp bila selalu latih insha allah boleh.

ida =) said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.... bila naik kerja?

Masya said... Best Blogger Tips

usaha tangga kejayaan, mula2 mmg payah.. nnt lama2 suka lah tu.. tkt sampai bsr mcm abg amir oyhnya nak pisah dgn botol huhuhhuhu

Unknown said... Best Blogger Tips

anak mengasuh mama husna x suka minum botol..dah setahun dya..bila kat rumah asyik minum air masak..umi dya balik baru dpt susu..dya pon baik je..spesies x banyak ragam..=)

SYI_ahmad said... Best Blogger Tips

Salam..tima kasih atas perkongsian yang baik. Saya ada menulis pengalaman saya semasa anak pertama yang begitu cetek ilmu berkaitan pennyusuan.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.

http://carisetbersalin.blogspot.com/2014/05/dah-memang-keturunan-kita-macam-ni.html