Pixajoy

Friday, November 01, 2013

Home » Aiman Sakit Telinga

Aiman Sakit Telinga



Permulaan November dah kan, Salam Jumaat!

Dua hari lepas Aiman mengadu telinga kiri dia sakit. Aku balik kerja tengok dia nangis sedu sedan tapi bila kawan ketuk pintu rumah ajak main dia turun gak la. Main sekejap dah balik rumah, agaknya tak selesa dengan keadaan telinga dia. Sakitnya tu on off. Aku ambik kapur makan sapu keliling telinga dia. Teringat petua orang tua-tua yang kapur ni panas, kalau ada binatang masuk telinga Insyaallah akan keluar.

Nak kata Aiman ni jenis suka korek telinga memang tak la. Nak bersihkan telinga dia pun jenuh bergaduh dulu. Naik menyampah dok buat aksi geli dan sakit macam aku nak jolok tembus lubang telinga. Aku perasan yang Aiman ni memang jenis taik telinga banyak. Bila tanya Aiman ada ke binatang masuk telinga dia kata takde. Lepas tu semalam seharian aku tengok dia ok je. Lega sikit takde dah mengadu sakit.

Tengah malam tadi dia bangun dari tidur tiba-tiba nangis. Dah beberapa hari juga dia batuk dan selsema. Dalam dok batuk-batuk tu dia muntahkan semula nasi goreng dia request untuk dinner. Aku ingat ok la kan, suruh tidur balik taknak, pastu dok buat drama air mata lagi. Ibu pun start dah nak naik hangin.haha.. "Kalau ye pun sakit cakap la. Dok diam mana ibu nak tau sakit apa. Adik fia tu kot la tak reti cakap lagi..".

Aiman diam sekejap pastu dia kata, " Aiman sakit telinga, ibu..."

Aku suspect dia takut nak jumpa doktor. Takut kena korek telinga dia tu. Harap badan je besar, tapi hati kecik..jenis penakut yang amat..Ikut siapa la ye.huhu

Lepas en suami balik kerja terus bawak Aiman pergi klinik. Doktor kata telinga Aiman bengkak, ada jangkitan kuman, taik telinga pun banyak. Aku dah agak dah. Nasib baik cepat ke klinik, kalau biar menanah lagi teruk. Doktor bagi ubat drop, ubat makan, ubat batuk selsema sekali dan antibiotik kot. Entah aku tak teliti pun lagi ubatnya. En suami yang bagi Aiman makan ubat malam tadi. Kemain dua beranak dok sedap-sedap, macam makan kek je kekdahnya. Lepas tu dah pukul 2 3 pagi boleh main perang-perang tembak pistol dengan abah dia. En suami kata dah kena duit sihat dah la.haha

Si bambam pun kena selsema dan batuk juga. Tapi takde la teruk. Dia kan ada ttitisan emas yang mampu melawan segala jenis penyakit, Insyaallah dengan izinNYA. Semoga si chubby dan si bambam cepat sembuh!






14 comments:

seri.selaseh said... Best Blogger Tips

bahaya kalo ada masalah telinga ni. Takut apa2 jadi pada deria pendengaran tu. Seb baik pegi jumpa doc cepat2.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau kena mak yang mudah panik macam saya ni, lelaju dah drive gi klinik. Saya ni bukan boleh, maknya punya bimbang boleh terkena darah tinggi nanti :D

Si Abang tu pun badan aje besar hati kecik je...takut betul makan ubat!

Unknown said... Best Blogger Tips

nasib baik bawa doktor..
kembali cargas ler aiman lpas nie.
hehe..
lcu plak bila aiman takut korek tlinga.

Cik Rose said... Best Blogger Tips

Ros pun ada pengalaman bab telinga ni. time kcik2 dulu. selalu kena refer doc sebab selalu ada jangkitan dalam telinga. Alhadmulillah, dah ok dah.. moga dipermudahkan semuanya ye..

Masya said... Best Blogger Tips

lah hai... riso gak kot amir mengadu sakit telinga masuk semut.. sebab pernah kene sekali.. kira aiman ni bnyk taik telingalah ni yer...

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Nasib baik cepat bawa doktor. Kakak ingatkan ada serangga masuk... kalau ikut petua keluarga kakak guna air tembakau nak bagi serangga keluar, ini guna kapur ye... baru kakak tahu.

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kesiannya Aiman..tak kata Aiman..saper2 sakit telinga pun memang sakit..habiskan antibiotik tu ya Aiman..:)

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

kadang2 ada jangkitan kulat juga kalau jenis yang telinga gatal2...

Unknown said... Best Blogger Tips

jangkitan kuman sebab apa la agaknya kak.. kat telinga plak tuh.. :/

semoga aiman cepat sembuh..

lizz said... Best Blogger Tips

NASIB BAIK TAK APER2...ingstkan masuk serangga...dalam telinga td...

Nanie said... Best Blogger Tips

get well soon ya syg.. hehe

btw salam ukhuwah dr nanie :)

first dtg singgah.

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

ceapt sembuh ye buat budak2 tembam tu.. aiman.. aiman.. agaknya semut tinge masuk yak kt situ kot.. hahaha

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Oh! Guna air kapur pun boleh ek Muni. Kalau guna tembakau Fiza pernah guna masa kecik2 if ada binatang masuk telinga.

Semoga Aiman dan Afia cepat sembuh yer :)

OKje said... Best Blogger Tips

Anak okje ygdah bujang tu pun 3 minggu lepas sakit telinga PK ...di kata tak dengar...bawaklah jugak ke doktor...mcm mcm ubatlah dia bagi siap dok tolong korek sekali hehe