Pixajoy

Saturday, March 05, 2011

Home » 5 Makanan Bantu Turunkan Kolestrol

5 Makanan Bantu Turunkan Kolestrol

Hari nie sepanjang hari melepak kat rumah. Dah penat blogwalking n dek kerana takde benda nak buat, aku pun selak menyelak majalah lama. Pastu tetiba rasa cam nak share sedikit info dengan korang. Ekceli ada 10 makanan tp share 5 cukup kot.. So 5 MAKANAN BANTU TURUNKAN KOLESTROL :

TEH
Menurut penilitian, EGCG (epigallocatechin Gallate), iaitu komponen bioaktif paling dominan dalam teh terbukti mampu mencegah kecepatan pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Dengan minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar, risiko pembuluh darah tersumbat dapat dikurangkan..Tapi malangnya aku tak berapa nak suka minum teh..Emm..

BIJIRIN OAT
Bijirin oat mengandungi serat larut yang dpt menurunkan kolestrol jahat. Pengambilan 10gm serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar kolestrol. Setiap 1 1/2 cawan bijirin oat mengandungi 6gm serat. Skang nie pelbagai jenis oat ada dijual dipasaran..Pilih je mana yg korang suka..Hari2 makan oat boleh buat aku muntah! (camna la nak kurus?)

TEMPE
Bukan sekadar menjadi makanan kegemaran aku, tempe juga mengandungi kandungan niacin dan isoflavon yang mampu menurunkan kolestrol. Fakta yg perlu anda tau, aku mula mengenali tempe masa umur 18 taun. Tu pun sebab dining tempat aku belajar masak tempe. Area utara susah nak carik benda nie..Mak aku pulak tak pernah masak tempe. Gila jakun aku nie kan.. (lari tajuk sekejap!)

EPAL
Buah nan satu nie seperti yg semua sedia maklum kaya dengan serat dan zat antioksidan serta vitamin C. Epal sebaiknya dimakan bersama kulitnya bagi mendapatkan pectin, serat larut yg sangat berguna bagi menurunkan kadar kolestrol. Tetiba teragak nak minum jus epal! tp kena minum dengan hampas sekali coz disitu terdapatnya sumber serat. Sedap ker?

IKAN
Ikan kaya dengan asid lemak tak tepu (Omega-3). Selain dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah, asid ini juga dapat mencegah terjadinya pengumpulan kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Bagi penghidap penyakit jantung, minyak ikan atau asid lemak Omega-3 dapat membantu menurunkan risiko kematian mendadak.

Sumber : Majalah Rapi, Edisi 15 Sept 2008
Gambar : PakCik Google jer!

7 comments:

AYuNG said... Best Blogger Tips

yg len ok, tp tang tempe tuh kureng ckit...hehe, xmakan tempe...

ngeee~~~:D

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

sedap tu ayung.Rugi tol la tak mkn tempe!my peberet...

missZie Aziz said... Best Blogger Tips

wahhh...info menarik nie...sesuai ler ngan cik rozie yg ngah on diet nie...hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

wah on diet..gud luck!selim melim la pasnie..hehe

iniialahaku said... Best Blogger Tips

nice tips...teh yer??blehla mlayan

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

layanzzz..hehe

wanbu said... Best Blogger Tips

tempe goreng kunyit memang terbaik
hehe.... (^__^)