Pixajoy

Saturday, March 19, 2011

Home » CONTEST "Cipta 1 Kisah Lawak,Kisah Sedih,Cintan"

CONTEST "Cipta 1 Kisah Lawak,Kisah Sedih,Cintan"

Oh mommylavender, terima kasih kerana mentag saya, macam suka jer dera aku.hehe..Contest dianjur oleh mimie..Kisah yang bakal aku ceritakan adalah cerita sedih. Sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk meneruskan pembacaan.eceh! 

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Sebelum tu jom berkenalan dengan aruah ayah aku dulu. Aku panggil aruah sebagai pak. Unik dan retro bukan?Cerita p.ramlee pun panggil bapak, kira pak nie macam singkatan kepada bapak. Aku sangat rapat dengan aruah berbanding adik beradik yang lain. Pak memang selalu manjakan aku sampai  diaorang pun jelous..Pak seorang yang hensem pada zaman mudanya, kira  jejaka idaman Malaya la waktu tu, itu lahir anak yang manis seperti aku. (perasan pulak!tak nak kalah).. Aruah pak seorang yang sangat penyayang, kelakar dan suka bergurau. Tak pernah pak pukul aku, abang dan adik2. Kami dididik dengan penuh kelembutan. Pak juga seorang yang sangat taat pada agama dan tak meninggalkan solat. Selalunya pak pasti  ke surau atau masjid untuk solat jemaah.

Alkisah kejadian sedih ini berlaku pada Ogos  2007. Disuatu petang yang hening aku mendapat  panggilan dari adik aku dikampung. Waktu nie aku dah pindah duduk kat Johor baru setengah tahun. Aku panggil adik aku acik. Acik telefon bagitau pak masuk hospital. Pak memang ada penyakit kencing tahap kronik la jugak sampai setiap malam kena inject insulin. Tapi yang aku pelik pak tak pernah pantang, semua makanan pak bedal.  Keadaan pak sihat saja aku tengok..Bimbang juga aku sebab acik bagitau pak penat (lelah @ asma) dan sesak nafas semasa ke kedai runcit. Ada orang bawak pak p hospital.

Sebaik sahaja acik letak telefon, aku segera call en suami bagitau pak masuk hospital. En suami ketika itu sedang kerja. En suami cakap dengan aku ajak balik kampung tengok keadaan pak. Aku membantah sebab aku kata takde apa-apa..Aku baru saja bercakap dengan pak di telefon. Pak dekat hospital dan acik yang teman. Waktu itu keadaan kewangan kami tak berapa kukuh, en suami baru jer kerja, jadi aku berat hati nak balik. Aku kata tengok dulu keadaan pak, kalau teruk baru kita balik. 

En suami pulak dah tak sedap hati.Last-last kami ambik keputusan balik juga..Waktu nie kami takde kereta lagi. Aku baru jer kerja dan en suami  juga berhenti kerja di Alor Setar ikut aku tinggal di Johor. Kami kahwin pada usia yang muda saat duit simpanan pun zero. Tak mampu lagi beli kereta..Kenderaan kami cuma sebuah motor  pemberian pak mertua..

Kawasan tempat tinggal aku, bas cuma masuk dua kali sehari. Jadi en suami mintak tolong Pak Usu beliau hantar kami hingga ke Kota Tinggi. Perjalanan dari rumah ke Kota Tinggi ambil masa satu jam setengah. Kami bertolak pun dah petang sangat kira2 pukul 5 kalau aku tak silap. Duduk hujung tanjung, tanpa transport susah jugak. Dalam perjalanan aku hanya mampu berdoa agar pak sihat-sihat sahaja. 
.
Tiba2  handphone aku berdering dan aku lihat nama ateh (adik aku yang no dua) tertera. Dalam hati berdebar-debar..Aku tak pernah terfikir akan itu. Benda yang aku tak ingin dengar akhirnya menjadi kenyataan. Ateh bagitau pak dah pergi meninggalkan kami selama-lamanya..Air mata aku terus berderai. En suami yang cuba menenangkan aku juga aku lihat merah matanya..Belum sempat kami pulang aruah pak telah pergi kepangkuan ilahi.

Sepanjang perjalanan kenangan bersama pak terus mengetuk memori. Ketika kecil, pak akan belikan aku jajan setiap kali pulang dari kedai runcit, aku akan membonceng basikal tua pak untuk dihantar ke tadika..saat pertama kali ke sekolah, pak pakaikan aku stoking, bila aku membentak tak mahu makan masakan mak, pak akan pergi kedai belikan makanan yang aku suka, saat aku pulang dari kampus,pak pasti beli makanan yang sedap2 untuk aku..Sungguh pak manjakan anak kesayangannya..Air mata sudah tidak dapat aku bendung lagi..Aku sudah kehilangan pak..Pak dah pergi untuk selama-lamanya..Aku hilang tempat bermanja..

Dalam kesedihan aku tak sedar rupanya kami dah sampai ke Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi aku, en suami dan aiman naik pulak bas untuk Ke Larkin. Aku sudah tidak mempedulikan en suami yang asyik menelefon kesana sini memberitahu akan berita sedih itu..Cuma melayan perasaan dan mengenangkan saat yang pernah aku lalui bersama pak..

Sampai Larkin hari sudah malam, bas untuk ke utara dah tak ada. Yang aku ingat, waktu tu musim bas selalu saja accident..Penguatkuasa gigih buat roadblock dan memantau bas. Bas ke KL juga penuh. Lama kami tersekat di Larkin. Bayangkan waktu tu aiman baru lima bulan dan masih lagi kecil. Mujur aiman tak meragam. Sebab dah malam, aiman tidur saja. Aku terpaksa dukung aiman manakala en suami pula membawa beg yang berat dan terpaksa tunggu lama. En suami berusaha lagi cari tiket dan dalam kesusahan ramai yang sudi menolong.   Akhirnya kami dapat tiket ke Ke Puduraya. Tu pun dengan harga yang sedikit mahal. Alhamdulillah..

Kami menunggu lagi sementara bas sampai.  Masuk  dalam bas aku sedikit lega walaupun sebenarnya bas tu adalah bas tambahan..Rupa-rupanya kelegaan aku tak lama. Sebaik sahaja bas tu bergerak, ada pula road block di depan. Bas berhenti dan penguatkuasa naik ke dalam bas serta minta penumpang keluarkan kad pengenalan.  Pertama kali rasanya aku naik bas pastu kena tahan. Beberapa minit juga kami menunggu dan akhirnya diberitahu bahawa bas yang kami naik terpaksa patah balik ke Larkin.

Sudah jatuh ditimpa tangga, rupa-rupanya bas tu hanya ada premit pelancongan bukan permit untuk bas ekspress..Tak boleh bawa penumpang..Lemah gemalai aku dibuatnya..Penumpang mula bising dan keadaan jadi sedikit kelam kabut. Duit tiket dipulangkan dan aku sudah tak mampu berfikir . En suami menjalankan tanggungjawab mencari bas lain. Aku dan aiman menunggu lagi..

Akhirnya kami dapat tiket ke Puduraya setelah dibantu oleh beberapa orang di perhentian bas. Terpaksa juga bayar harga tiket yang mahal dari biasa. Dah tengah malam baru dapat bertolak ke KL.. Dalam hati aku masih berharap dapat menatap wajah aruah buat kali terakhir. Aku diberitahu bahawa aruah akan dikebumikan pada pukul 10 pagi. 

Setelah pelbagai dugaan kami tempuh, kami ambil tiket ke Butterwoth. Dalam bas aiman asyik merengek. Hari sudah siang  tentu sahaja dia penat dan rimas. Sekejap tido kemudian terjaga dan menangis.Tak sudah2  meragam..Malang dan sedih sekali atas segala kejadian yang menimpa, kami diduga lagi kerana tak sempat bertemu aruah..Sampai penang dah petang..Upacara pengkebumian dah pun selesai.

Malam itu aku tidak dapat tidur dan sentiasa terkenangkan aruah..Terbayang-bayang raut wajah pak yang tenang dan mulus itu. Terngiang-ngiang suara pak di telinga..Rasanya baru saja pak tidur bersama aiman semasa aku dalam pantang. Pak cakap pada aku nak bawak aiman bonceng basikal pergi kedai bila aiman dah besar..Tak sempat aruah nak bermanja dengan cucu sulungnya..Belum sempat aruah mendengar aiman memanggilnya tok wan, pak dah pergi..pergi buat selama-lamanya..

Walaupun aku tak dapat menatap wajah pak, aku redha dengan apa yang berlaku. Aruah pergi tanpa menyusahkan sesiapa semasa hidupnya.. Aku rasa ralat sampai sekarang sebab tak sempat jumpa dan menatap aruah sebelum dikebumikan..Tapi kesedihan itu aku ubati dengan selalu mendoakan agar aruah sentiasa tenang disana..Insyaallah syurga yang abadi..Al-fatihah buat aruah…

Ok lap hingus-hingus korang yang meleleh..Pada yang takde perasaan sila gelak kuat-kuat. Aku tag sesiapa saja yang baca entri nie..Boleh? Penghargaan buat korang yang sudi baca kisah aku yang agak panjang..Apa lagi terjah blog penganjur skang…KLIK untuk syarat penyertaan..


21 comments:

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

ish..ish...dah terbaca lak. he..he..

alfatihah buat pak tersayang. aku memahamimu..

http://adzriel.blogspot.com/search/label/Ayah

TS said... Best Blogger Tips

moge arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman...amin...

mimie asri said... Best Blogger Tips

sdih tol cite puan kutu nih....
mimie pon pnah lalui saat2 getir cmnih...tp xla 100%,,,mgkn 30%je kowt yg sme...papepn smoga tbhkn hti....u'll be in my list....^_^

mommylavender said... Best Blogger Tips

dugaan n rezki tak dpat nak menatap aruah pak muni...tapi kasih syg tu berpanjangan kan..mmg sedih....

Unknown said... Best Blogger Tips

ralat rasenye bile dah berusaha tapi tak sempat..hu~

tapi mmg..syurga itu yg abadi..

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

sedih..alfatihah utk arwah ya..

sy tag anda utk join nih ya:

ANGGUNNYA WANITA BERHIJAB CONTEST

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sedih kisah ini. Harap Puan Kutu banyakkan bersabar ye. Hmmm.

Wafiy Suzly said... Best Blogger Tips

goodluck!!!!:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Adzriel AB

hehe sila2 join..Al-Fatihah..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@.: iEyLa :.

Amin..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mimie azam

tq mimie..mmg sedih..:(

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommylavender

mommy..dengan dugaan yang diuji kita jadi makin kuat..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@wath

yup..ralat..tp sbg manusia kita perlu berserah.apa yg berlaku mungkin ada hikmah..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Amboi dlm bersedih, smpt lagi tag.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Miss Tira

tq tira..sejak berumahtangga dah byk dugaan kami lalui..semua tu mengajar sy lebih matang dlm hidup..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Wafiy Suzly

tq..:)

puanbee said... Best Blogger Tips

pengalaman mematang kan kita kutu , kira bertuah jugak arwah pak sempat tengok cucu dia..bee ni arwah meninggal time kali kecik2..al fatihah tuk bapa kita ..erm bee pun kena tag ni tk ingat dah sapa tapi an rasa byk sgt cerita tk tahu nak luahkan yg mana heee...opss bab mula2 kawin dapat moto je ayah mertua bg sama lah dgn bee kihkih..dulu2 kami pun kawin muda duit simpan tk de kan sama lagi heheee

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

mmg rasa sedih terutama bila org tua manjakan kita bab mknan. moga2 arwah ditptkan di klgn org beriman. amin...

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

sedih baca cerita puan kutu.saya pun sama, tak sempat bersama2 arwah abang masa dia sedang sakit.sbb dia sakit mengejut dan meninggalkan kami masa kami dalam perjalanan.. tapi mungkin ada hikmahnya Tuhan x bg kita tengok keadaan dia masa dia tgh sakit, tapi masih diberi kesempatan untuk melihat jenazah buat kali terakhir.

Al fatihah untuk kedua2 arwah pak dan abg saya

Bunga said... Best Blogger Tips

semoga beliau ditempatkan di tempat orang yang beriman..

sapa yang gelak bunga ketuk kepala...

nur said... Best Blogger Tips

isk.. sedey..