Pixajoy

Sunday, March 20, 2011

Home » Resepi Asam Pedas Johor

Resepi Asam Pedas Johor



Hai semua..Assalamualaikum..


Hari nie pagi-pagi lagi balik kerja terus pergi Rengit belanja barang dapur. Pastu beli kek birthday Aiman sekali..Freezer kat rumah nie dah kosong dan segala bekalan makan semua dah habis. Aku selalu belanja banyak2 untuk seminggu terus. Malas nak selalu keluar. Dulu kat luar kem nie ada pasar setiap pagi selasa. Tapi sekarang entah dah tak bukak dah. Kalau tak senang jugak nak belanja. Aku kan hari-hari masak..Barang keperluan mesti cukup sentiasa..


Masa aiman kecik selalu jugak makan atau beli kat luar, jarang sekali aku masak. Sekarang aiman dah besar, budak chubby nie memang kuat makan. Nak tak nak kenalah masak. En suami pun siang ada kat rumah..Memang hari-harilah aku jadik iron chef. Balik dari Rengit aku terus masak..Simple jer! Menu for today,
Asam Pedas Ikan, Ayam Goreng Berempah dan Ulam Kangkung.
Dah siap terhidang atas meja. En suami ikut kawan pergi memancing kat jeti. Si birthday boy pulak malam tadi tido lambat..Balik dari Rengit mengantuk la..Kek petang nie baru potong. Aiman tengah membuta..


Alang-alang dah masak asam pedas, aku nak bagi resepi sekali sebab Mommylavender ada request hari tu masa baca entri nie. Pada yang dah pandai masak asam pedas, abaikan saja resepi ini.


RESEPI ASAM PEDAS JOHOR


Bahan-Bahan
  1. Minyak untuk menumis
  2. Ikan, ayam atau telur pun boleh..(ikut la berapa orang nak makan, aku msk dua ekor ikan jer)
  3. Lada kering, Bawang merah, bawang putih dan sedikit halia di kisar
  4. Air asam jawa
  5. Sedikit lada hitam
  6. Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
  7. Bendi atau terung(aku tak letak sebab lupa nak beli bendi tadi)
  8. Daun kesum (nie yang utama menaikkan bau,tapi aku jarang guna sebab susah nak dapat kat sini, takde pun takpe.sedap jugak!)
Cara- Cara
  1. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan air asam jawa secukupnya..
  4. Setelah mendidih masukkan ikan, ayam atau telur. 
  5. Masukkan sayur seperti bendi atau terung, kemudian daun kesum.
  6. Akhir sekali tabur lada hitam. 
Tadaaa...Siap!!
Nampak kosong jer asam pedas nie tapi rasanya memang mabeles tau..:) ini namanya masak cincai..
Sori la kalau tak dapat bagi detail pasal bahan-bahan. Aku selalu blander bawang dan lada kering sekali banyak, siap2 pastu simpan dalam freezer supaya senang. Kalau nak masuk ambik terus campak jer..Lagipun korang semuakan pandai masak,senang jer. Pandai-pandai la agak. 


P/S : Untuk rasa asam pedas yang sedap pastikan tumis bahan kisar hingga betul-betul masak dan pastikan lada hitam dimasukkan akhir sekali. Tu petua mak ngah aku bagi..


Kalau ada rasa pedas, masam dan manis tu kira sedap la asam pedas korang! Ok selamat mencuba..Bye...



16 comments:

AYuNG said... Best Blogger Tips

adoiiii...tekak tetiba nak makan asam pedas pulak dah..:D

sekamar rindu said... Best Blogger Tips

salam...puan,'

sedapp nya masak asam ni...selalu makan...

mommylavender said... Best Blogger Tips

trima kaseh muni~ ti mommy try ek.ayung mai la masak kan mommy`hee

Miss Tira said... Best Blogger Tips

Ni kalau campur sekali dengan daun kesum lagi marbeles ni. Alamak, Tira tiba-tiba rasa lapar pula. Siapa yang harus dipersalahkan keatas kelaparan Tira ini. Huhuhuhu~

Jom singgah: Jawapan Kaum Lelaki Bagi Pertanyaan Kaum Wanita

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@AYuNG

sok buat!!hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@sekamar rindu

salam..emm suka ekk asam pedas?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommylavender

mommy wat nti masti msuk blog k.nk tgok yg mabeles punya.muni pnya versi tak cukup bahan.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Miss Tira

Daku tidak bersalah..ehh tira msti lg terar kan..:)

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

i loikee asam pedas..org johor mmgla x leh lps kan asam pedas..tp sy msk tak taruh lada hitam..sedap eh..nak try letaklah jugak nnt..paling suka asam pedas ikan merah taruk nanas ataupun ikan jenahak..sedap woii..mkn sure tak nampak mak mertua lalu..mmg lah sbb mak mertua duk umah lain..hehe

yerla..anak kecik susah nk masak ekk..sy salu terpaksa berperang dgn baby boy nih..jemu jugak kalau asik mkn luar..msk sendiri cincai pun sodap

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! mesti sedap ni puan... Terliuq hang tengok... Lama x makan asam pedas wei... Hehehe, nak try gaklah nanti :)

Wan Hafisah Collection's said... Best Blogger Tips

amboi..merah menyala! sure sedap tuh!!!

sy tak pndi buat asam peday yew. hehehhehe

Nur Farah Hani said... Best Blogger Tips

makanan kegemaran saya aderlah asam pedas.. sedapnya... da lama ta makan... ;p

Qamarul said... Best Blogger Tips

dulu2 time saye giler asam pedas nikan saye selalu masak asam pedas daging.. memg terbaik laaa..

tapi menjak2 skrg ni asam pedas ni tak kena ngn tekak pulak laa..
mkn mknn berminyak pun jarang dah..
taktau pesal.. meggi gak yg beselera.. ha3

Puanbee said... Best Blogger Tips

oh kalau bee suka gak tambah bunga kantan , sedap wooo...pergh pandai kutu masak tu ..

wanbu said... Best Blogger Tips

warghhhh....

nak makan ikan sembilang masak asam pedas!!!

chii said... Best Blogger Tips

chii penah rasa org mana masak tah..lupa.dia buh bunga kantan..sedap2 :D