Petang yang cukup indah di Tanjung Pengelih..Angin sepoi2 bahasa meniup..Santai bertemankan secawan nestum panas. Terasa tenang sekali.. Tidak seperti tadi, niat hati nak publish post, tp entri yg ditulis sering saja menjengah masuk draft..Ada sedikit tekanan disitu...Tidak mahu memaksa diri mengupdate blog, dengan semangatnya aku nak join segmen santai bersama Ben Ashaari. (update la jugak kan...)
"Ini bukan segmen cari gaduh yer .. Ini sekadar segmen memberi pandangan masing masing dari semua sudut ...Terbuka untuk blogger lelaki dan juga perempuan..Yang pastinya lelaki , berkenaan perempuan dan perempuan berkenaan lelaki." Memetik kata2 En. Ben..
Cukup panjang intro yer..Tak usah bermadah-madah, terus ke soalan yang perlu aku (perempuan) jawab:-
1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
Pada aku, ikhlas atau tidak sesuatu pendapat bukan terletak pada gender, semuanya terpulang pada individu tak kira blogger lelaki ke perempuan. Keikhlasan tu pulak memang susah nak dinilai dari mata kasar, terletak pada mata hati masing2.Tepuk dada tanya selera. So,lelaki ikhlas la kot..
2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
Malu ekk?byk jugak blogger lelaki yang letak gambar rasanya..Kalau yang tak letak tu mungkin rasa rendah diri sebab rupa tak seberapa..Kalau muka tak hensem tentu takde awek cun nak follow..Realiti kan manusia suka pada kecantikan dan paling kurang pun sedap mata memandang.. Ada jugak yg tak suka mendedahkan identiti..Kalau style yg secret2 nie nampak macho n stylo aku rasa. Lagi satu lelaki memang kurang gemar bergambar kot.
3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
Secara umumnya, lelaki berblog kerana nak isi masa lapang dan berkongsi cerita baru. Lelaki suka pada topik2 seperti isu-isu semasa, politik dan sukan.(ye ker?pendapat aku je). Berbeza dengan blogger perempuan yang cenderung cerita kehidupan harian, meluahkan isi hati dan tips kecantikan..Lelaki jarang yang nak share kisah peribadi..Ada jugak..Tapi tak banyak..
4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan? Kenapa?
First thing tentulah sebab blogger perempuan bersepah kat dunia blogging nie. Kalau perempuan tak follow siapa lagi? Lagi satu faktornya perempuan dah diciptakan untuk lelaki..Mesti tertarik antara satu sama lain.Macam magnet..Korang faham kan maksud aku?
5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
Tentulah blog En. Ben.hehe, sebab hari2 update entri. Kalau blog lelaki lain aku suka the other khairul dan element of life. Tu pun kalau hari2 depa update post. Blog lelaki lain yang aku follow hari2 aku ziarah kalau ada entri baru n ada kelapangan. Pendek kata semua aku terjah tak kira jantina la beb..
6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda..
Kalau aku blogger lelaki n bermuka jambu tentulah aku letak gambar aku supaya menjadi jejaka idaman malaya semua blogger perempuan..haha gelak jahat! Kalau aku blogger lelaki yang agak kurang rupa paras pulak aku nak wat entri yang kasi blogger perempuan marah2 sayang kat aku. Aku nak kutuk2 perempuan tapi dalam masa yang sama mengagungkan mereka, sambil tu selitkan unsur jenaka. Trick nak bagi blogger perempuan suka datang blog aku. Contohnya.."gurl nie muka memang cun, body pun cair habis..Tapi mulut..alahai macam longkang! gurl memang camtu. Kalau cantik mesti budi bahasa kurang..tapi kalau jadik awek aku,aku nak..aku jait itu mulut!" (takde unsur jenaka pulak disitu). Faham tak? Maksudnya perempuan tak suka bila kena kutuk tapi mesti nak jengah jugak tuk baca apa yang blogger lelaki tersebut tulis. Majoriti perempuan mesti suka lelaki yang pandai berlawak jenaka..tak gitu?( Hanya unsur mau menarik perhatian wanita jer apabila berblog..Gatal sungguh! nasib baik aku bukan lelaki.)
Mitak maaf yer soalan terakhir tu aku jawab dengan panjang lebar..Terasa bes pulak berangan jadi lelaki sekejap tadi..Kalau korang nak join sempat lagi.Tutup hingga tengah malam nie. Klik BANNER yer kawan2..
Ok bye..Wassalam...
15 comments:
terasa bes berangan jd lelaki yer..nk join jugak ah......bg pendapat banyak banyak..
sila2 puan bee..join jgn tak join..hehe
byk noh soklan....hee
huhuhuh...tp kalau laki cepat je follower naik.;p
suke bace pendapat org!
salam kenal.. dtg dr blog abg ben.. segmen panas!! hehe
tue dia ehh...
macam-macam jawapan kuar...
panjang lebar jawapan no 6 tue...
salam ziarah dari segmen panas Abg Ben...
hehe tq korang semua.stiap org punya pendapat masing2..
insyaAllah nak tiru cara yg last tu. hahahahaa
Amboi syed gatal jugak...hehe..
salam...
betul puan..soal lelaki atau pompuan tak timbul..yg penting ikhlas atau tak bukan kita yg menentukan.
http://honeyvsbee.blogspot.com/2011/03/asleenda-1st-give-away.html
puan kutu bee tag kamu jom join !
haha yg no 6 tu aku segera dilaksanakna... chewah..
Salam singgah dri blog En.BA =)
lambat bace entri ni.. ape pun thanx sebab rajin bace blog yang bese tu ye.. =)
Post a Comment