Pixajoy

Wednesday, March 09, 2011

Home » Makan

Makan



Assalamualaikum..


Selamat pagi dan selamat memulakan hari dengan senyuman..Kata orang jauh perjalanan luas permandangan. Bagi aku yang asal dari utara dan sekarang menetap di Selatan, jauh perjlanan betul2 membuatkan aku semakin luas permandangan anak tekak..Terasa benar bahawa negeri Johor amat kaya dengan makanan.


Masa memula datang sini, aku sedikit terpegun dengan cara makan orang Johor..Yela kalau area utara, kebanyakan gerai sarapan pagi cuma menyajikan roti canai, nasi lemak dan mee goreng.Tapi kat sini pagi2 dah ngadap mee kari, mee bandung, soto n lontong..Macam2 ada..Kat kampung aku, time raya nak tengok lontong pun susah..Orang utara masak ketupat ja, pastu rendang n kari..


Jom berkenalan dengan makanan tradisi negeri Johor


Asam Pedas Johor
Sebut jer asam pedas mesti sinonim dengan negeri johor.Dulu aku tak pandai msk pun asam pedas, skang en suami siap puji boleh buat berniaga, kira sedap la aku masak ekk,eceh! Tu pun belajar kat orang Johor jugak.


Laksa Johor 
Semua tau kan yang laksa johor menggunakan santan sebagai kuah.Tapi aku lagi suka laksa penang.Terbaik!!


Mi bandung 
Amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung,  Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah .Kat Kamung Melayu Majidee ada sebuah gerai Mi bandung Muar yang mabeles..En suami n bapak mertua suka sgt pegi tempt tu..Aku pulak tak makan coz tak tahan dengan bau n rasa udang kering.


Telur pindang 
Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur  ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama rempah dan daun-daun. Sedapnya..area utara susah nak jumpa tau..


Nasi Ambeng
Ekceli makanan masyarakat jawa, n oleh kerana orang jawa berlambak kat johor nie,aku nak juga senaraikan sebagai makanan tradisi. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Ia biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama (dalam dulang) di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, ikan kering dan sebagainya. Sejak pindah kat Johor, baru kenal nasi ambeng tu apa..


Botok-botok ikan
Yg nie seroiusly aku tak pernah rasa lagi. Baru mengenali botok2 nie semalam masa kawan datang tumpang nk simpan kat freezer opis aku. Gila jakun tengok makanan nie. Teragak jugak nak try rasa..Tapi orang punya. Dah tu macam susah jer nak dpt. Botok-botok merupakan makanan tradisi negeri Johor yang berkhasiat kerana terdapat campuran pelbagai dedaun sebagai ramuan. Di masak pulak secara kukus. Lagi lama kukus, lagi sedap! Enak bangat dimakan bersama nasi panas2..


Otak2 
Otak-otak memang senang sangat nak dapat kat Johor. Kebanyakan kedai makan yng korang pegi kat area Johor mesti ada benda nie. Makanan selingan sebelum menunggu makanan yg di order smpai. Mak ngah en suami pulak keja kat kilang otak2, klu pegi rumah dia, kompem bagi sebagai buah tangan. Kadang2 sampai nak termuntah makan benda nie..


Arisa 
Adalah makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Makanan kerabat diraja la kot konon2nya..Nak tengok bagaimana rupanya Arisa, KLIK. Sumpah tengok tak cantik n tak selera. Rasa dia tak tau la..aku pun tak pernah makan..Ingatkan Arisa tu nama orang, Sound like sinetron indon punya title kan?


Antara semua makanan kat atas, yg mana satu korang tak pernah makan? aku, botok2 dan arisa..Kalau semua makanan pernah rasa, korang mesti anak jati Johor kan? kan?


Sekian..


Sumber : 
http://www.daftarwarisan.gov.my/
http://www.johordt.gov.my/



9 comments:

mommylavender said... Best Blogger Tips

laksa utara n perak tak jauh beza kan~ terbaik n tersedap~hee...asam pedas johor lak mmg power...tapi mommy tak bape pandai bt.ti murni wat la erntry resepi asam pedas johor ek...mommy nak try

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Insyaallah mommy..nti muni wat!tp senang jer,tnya cik google pun bley.hehe..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

arisa.. xpernah dengar ponnnnnnn :) hehehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

tu la br semalam penah dengar,tu pun search google pas jakun dengar botok2..hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tira ada kawan nama Arisa tapi makanan tu tak secantik kawan Tira. Sangat pelik bentuknya macam muntah kucing. Hahaha.

Miss Appleijo said... Best Blogger Tips

johor mmg terbaik untuk sarapan pagi..masa mula2 g umah mak angkat kat muar dulu..dia bwk g bfast kat area bandor..pepagi udah makan lontong + sate hahaha gila best..teruja sei..org2 johor pun masak best jugak...

biasa seput sedot org buat gulai cili api kan..kalau kat johor..sepot sedot org goreng dengan cili api..mmg terbaek..suka gila kalau g umah mak angkat kat sana..hehehe..asal balik jer..mesti sepot goreng ada..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

tira : hahaha tu la nk muntah jugak tgok.
Appleijo : sedap tu siput sedot..tp tak brape nk pndai mkn coz tak pndai sedot,bla sedot asik tak dpt jer.hoho

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

arisa sy tak penah dengar apatah lg makan..macam nama orang jekk

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

itu la..kwn tira ada nama aris.hehe..