Pixajoy

Thursday, March 03, 2011

Home » Lelaki 39 isteri

Lelaki 39 isteri

Aku sedikit tertarik dengan muka depan Ekspresi Metro Ahad, 27 Februari 2011 bertajuk Lelaki 39 Isteri. Dah lama ekceli nak buat entri nie tapi dok tangguh sebab kemalasan tahap maksimun. Today baru ada kesempatan. Tu pun setelah sepanjang hari nie aku hanya membuat taik mata, baru datang tenaga untuk menaip..Eceh!





"Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia" - Ziona Chana. 

BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 bilik

LUAS... ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, ‘Chhuanthar Run’ (rumah generasi baru).
BANYAK... isteri Chana menunjukkan sejumlah besar bahan mentah diperlukan untuk masakan hidangan makan malam keluarga itu.


ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.


Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah. Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan.Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.


Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama. Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.


Sumber : My Metro - KLIK For more info


* Aku tabikkkkk springgg la kat En. Chana nie..Best tu..Memang bertuah! Dapat beliau uruskan sebuah famili yang sangat besar. Dah tu depa semua boleh pulak gembira serta mempunyai kehidupan yang baik. Org kita dua isteri pun dah tak tau nak handle kan?


* Solute jugak kat isteri2 beliau yg sgt sporting morting. Kalau aku dah lama huru hara rumah tu..


* Cmna ekk En.Chana menjaga kesihatan dalaman dan luaran? Mesti hari2 minum tongkat Ali..kehkeh..


* Kt umah aku sekoq ayam bley makan seminggu..Berapa agak2 kos yg terpaksa beliau tanggung sehari?Lu pikirlah sendiri..


* Korang rasa cmna beliau nak mengingat muka n nama2 anak beliau yg ramai tu? Tu belum lagi menantu n cucu. Gila tajam daya ingatan beliau! Kalau aku comfirm bini n menantu pun kadang2 tersasul..


* Kita orang Islam boleh kawen 4 je..So jgn cuba2 nak jadik seperti En .Chana ok...(nak ke korang bermadu?)



15 comments:

Nier Zecter said... Best Blogger Tips

errr...x boleh bayang..
satu isteri cukuplah :)

kay_are said... Best Blogger Tips

tabik gak tapi die chinese ok r.. jangan lak pasni yang melayu pun nak wat gak.. memang cari pasal r tu.. huu

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

nier zecter : bagus klu pk cmtu..:)
Kay are : memang!siap msuk court..

fyna ahmad said... Best Blogger Tips

fuyoooooooo....
ramai gile wife....
keje pe e die?

suke belog nih...
nice je...





jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Bee said... Best Blogger Tips

wah puan kutu ...lain semua ok tapi bab tidur sekali beramai2 cam mana erk?

mommylavender said... Best Blogger Tips

tak rela mommy ooooo~bayk bebeno madunya~haaaaaa

ANIS HJ SUKARTI said... Best Blogger Tips

yg nie memang x ley blah.. masa tgk berita kat newspaper unbelievable btol.. dasyat2... confirm memang dorang x akan kenal antara satu sama lain.. huhuhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

30 ekor ayam!!! Dia ni kerja apa ea~ Ke bini dia yang berkerja? Tak dapat dibayangkan.. Ish ish..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

fyna : entah ekk die takde plak bgtau keje pe..tq..
bee : haha no komen!
mommy : i pun tak rela u..kehkeh..
nadzirah : tu la terpikir jap cmnedia nak mengigat semua muka famili dia.hehe
Miss Tira : entah ekk keje pe,tp dia kan pemimpin fahaman yg bley kawen byk,maybe dpt gaji..

Amirul Azrai said... Best Blogger Tips

wah2.. huhu.. RAMAINYA..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

huhuhu

SyedGraphix Dot Com said... Best Blogger Tips

pehhhh!!! hahaha. ramai gilaa... sy nak 40 isteri la!

syahassan said... Best Blogger Tips

woah.. hebat dowhh.. haha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

syed :4 isteri pun blom tentu dpt handle..ada hati tuh nk 40..hehe
Sya: memang hebat n power!

Amir Syahir said... Best Blogger Tips

peghh!