Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Aku mula mendaftar sebagai blogger pada Febuari 2010. Waktu tu aku hanya suka membaca blog kawan2. Ye la aku keja shift, kalau keja malam selalu mati kutu tak ada benda nak buat. So masa senggang yang ada aku tak biarkan begitu saja.
Bacaan aku pada blog2 yang di singgah mempengaruhi aku untuk buat blog..Disebabkan minat yang agak mendalam dalam penulisan, aku pun gatal2 tangan la daftar. Tapi mungkin kerana belum sampai seru, aku hanya membiarkan blog aku kosong tanpa ada niat untuk menggodeh selama hampir setahun..
Waktu kecik aku sering ke rumah jiran untuk menonton televisyen. Waktu itu keluarga aku susah, TV pun tak ada, jadi aku menumpang kat rumah jiran. Jiran tersebut aku panggil Maksu. Maksu adalah ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak dara. Orang perempuan pulak tak dapat nak dipisahkan dengan majalah. Begitu juga anak Mak Su. Depa suka membeli pelbagai jenis majalah..
Sejak dari bangku sekolah lagi aku amat suka membaca dan menulis. Kerana minat membaca, aku sering kerumah maksu membelek majalah Remaja, Wanita, URTV dan beberapa jenis majalah lagi yang aku dah lupa namanya..Seawal sekolah rendah lagi aku dah mula membaca kisah hidup wanita dan perkahwinan, aku dah berjinak2 membaca gosip2 artis dan aku juga sudah seawal mungkin memenuhkan dada untuk bersedia menjadi seorang remaja..
Kata cikgu aku kat sekolah, melalui pembacaan kita dapat memperbaiki cara penulisan kita. Aku yakin melalui pembacaan aku di rumah Mak Su sedikit sebanyak membantu aku cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Sekarang adakah ia membantu aku dalam berblog? Aku tiada jawapan untuk itu..Sudah lama rasanya membiarkan otak ini beku tanpa menulis..
Awal tahun ini, Aiman sudah aku hantar ke sekolah. Aku mula rasa perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa terluang yang sangat banyak di rumah. Lalu aku mula menggodeh blog aku yang dah lama terbiar dan tertangguh pembinaannya.
Pertengahan Januari aku mula aktif. Hasilnya sekarang aku sudah punya ramai kawan dari blog. Selain dapat menambahkan ilmu melalui pembacaan, aku juga dapat manfatkan waktu terluang dengan bijaksana. Minat yang mendalam terhadap penulisan suatu ketika dulu dapat aku tanam semula agar tak lenyap begitu saja..
Wah.. ini betul2 karangan Bahasa Melayu..Sila baca dengan serius..Begitulah sedikit sebanyak sejarah penglibatan aku dalam dunia blog. Oleh kerana masih mentah dalam dunia blogging, aku rasa perlu untuk join segmen bersama puanbee.
Kriteria yang menjadi taruhan puanbee untuk mereview blog adalah :-
1- kedudukan widget/gambar
2 -speed blog dan alexa ranking bee akan serta kan tips sekali.
3- Post korang terdahulu yang bee rasa menarik dan patut di ketengahkan.
Kriteria no 2 yg alexa ranking memang sepatah haram aku tak tau. Sila beri tunjuk ajar yer sifu! Korang yang lain kalau nak join klik banner di atas. Mai2 ramai2 join mai..
Dengan segala hormatnya, saya puan kutu ingin sekali puanbee mereview blog picisan ini agar dapat lebih maju, cemerlang, gemilang dan terbilang..
Sekian
13 comments:
http://puanbee.com/2011/03/13/segmen-puanbee-review-blog-puan-kutu/
done ! sila jenguk tak fahan tanya ekk....terma kasih sbb join :)
tq..sgt menghargai apa yg puanbee lakukan..:)
perghh..ecah pun igt nk joinn.tp malluuu.heheheh
jgn malu..cek mek kelate comey2..wat gapo nak malu.haha teruk sungguh bhasa klate ambo!
takpe,lepas ni achie nak review gak la.heee tapi rview tak pape2,okey?hheee
salam puan...
cikgu baca karangan tu....konpom dapat A...tahniah
achie : bley jer klu nak review.ok la..tp byk jugak info bguna nyg dh blaja dr puan bee..bes2
paklong :tq..tp cam takble dpt a jer sy rasa klu sy cikgu karangan.haha..
tahniah!!! blog puan telah direview oleh puan bee....tersusun setiap patah katanya :-)
:) rajin kamu nih buat karangan...hihihi
meh ke rumah..
~monday blues~
keep in touch ye..♥♥♥
terharu membaca masa silam tu ek...InsyaAllah ada hikmahnya.
Rajin puan kutu.
rank 3juta dalm tempoh 3 bulan berblog dah di kira bagus..
sebaiknya rajin2 lah BW, meramaikan kawan2, lebih byk trafik lebih cepat rank meningkat (angka rank lebih kecil).. dan update n2 setiap hari, at least 1 hari 1 n3... ;)
jadikan template mesra seo... template blog ni belum mesra seo lagi...
Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal
n3 terkini kakyong.com
2nd batch : Peserta aksi si cilik berbasikal
Daftar & dapatkan gravatar anda
Segmen review no 5 : transformed housewife @ nur adyani
alexa ranking tu sy pon tak paham sepatah haram..huhu
Post a Comment