Pixajoy

Tuesday, March 22, 2011

Home » Minum Petang Bersama Keropok Lekor

Minum Petang Bersama Keropok Lekor





Tadi petang goreng keropok..Pastu cicah sos. Sedap tau! Sila terliur...Semua sedia maklum keropok lekor nie makanan tradisi masyarakat Pantai Timur..Di perbuat  daripada ikan laut dan beberapa bahan lain, ia menjadi makanan yang berprotien tinggi dan kaya dengan iodine semulajadi. 


Dari kecik aku suka makan keropok lekor. Aku pernah berangan nak kawen dengan orang terengganu or kelantan, nanti hari-hari boleh makan keropok lekor.kehkeh aku tipu..Tak sangka aiman sekarang mewarisi minat yang sama, siap berebut dengan ibu..
Aku tengok kat plastik,keropok lekor nie di kilangkan kat Johor jer..Yang keropok goreng tu opismate yang balik kelantan hari tu kasi.
Nie nak makan ker nak berangan jadik model keropok??
Budak kidal memang begitu..Setiap kali makan ibu kena cakap, "use ur right hand Aiman!"
Amboi posing kemain, sampai atas meja! Tadi saja suruh Aiman baca Al-Fatihah, tak sangka dia dah hafal semua, walaupun sebutan tak berapa nak betul, kira ok la..good job Aiman..:) Doa makan dah lama pandai..

Fakta yang baru aku tahu dari Wikipedia ialah :

  • Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. 
  • Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Patut la bila keropok lekor dah sejuk, ada yang liat, ada yang tak..Keropok lekor aku makan tadi pasti dibuat dari tepung kanji. Woo baru pakcik tahu!!..(sebut dengan nada cerita p.ramlee, today ulangtahun kelahiran Allahyarham kan? Al-Fatihah..)

16 comments:

solomolo said... Best Blogger Tips

suke kpok lek0r yang bulat-bulat...o

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Ya Allah, Cute nya aiman... Rasa nak cuit jer pipi dia ha. Dahla makan kopok lekor... Saja ja no bagi aunty terliuq... :)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Ya Allah, Cute nya aiman... Rasa nak cuit jer pipi dia ha. Dahla makan kopok lekor... Saja ja no bagi aunty terliuq... :)

senyumSOYA said... Best Blogger Tips

sedap...t kena kongsi la...bru best!!

mommylavender said... Best Blogger Tips

sedap tu..makan time ujan2 ..tak sedar sepinggan leh habis

mommylavender said... Best Blogger Tips

makan time ujan2, sepingan pun tak boleh habis

Nur Farah said... Best Blogger Tips

fara pun suka sebab rasanya amat amat sedap... ;p

AYuNG said... Best Blogger Tips

toudiaaa...aiman duk tuggu dulu tepi pinggan..hehe

mr.s mi-G said... Best Blogger Tips

heee~~petang tadi pon kita makan kopok lekor..dah lame xmkn kopok lekor.. =)

puanbee said... Best Blogger Tips

bee suka kopok lekor rebus , mai dr losong ganu sedap nyer..terliur ni sapa nk tadah hahaa..

Lieya said... Best Blogger Tips

Ala..comeynya la yang posing kat depan kopok tu...

saya ada tag awak untuk join GA..meh la join..:)

kay_are said... Best Blogger Tips

keropok lekor sedap.. sos?? owh tidak.. memang x makan dah r.. huu

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

pandainya aiman baca fatihah dah..comel lak tuh..gebu sungguh..

Cik Yana said... Best Blogger Tips

Kopok lekor! Nak gi beli la esok. Hahaha~

Entry terkini: The Blogshop: Lolita's Closet :)

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

xpe x kawen dgn org trg, tp ni dh kawan dgn minah ganu.... dtg la trg, boleh bwk mkn keropok lekor

Unknown said... Best Blogger Tips

wahh.sama la..chii pun ske mkn kopok gak..tp tade plak terpk nk cari org t;gnu...ehehe :p