Pixajoy

Saturday, March 19, 2011

Home » Cerita Kawan Baik

Cerita Kawan Baik

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu..

Ekceli aku punya ramai  kawan. Kalau kena gaya dengan sesiapa sahaja aku boleh borak macam dah lama kenal..Aku memang mesra alam walaupun orang selalu kata yang muka aku nampak sombong. Don't judge a book by its cover! Wajah aku, aku tak boleh ubah. Tapi kebanyakan orang yang kenal aku, pasti kata aku peramah. Walaupun ramai kawan, aku tak pernah anggap mereka semua kawan baik. Mungkin sebab aku baik dengan semua kawan aku..

Sudah lama rasanya aku kenal shida. Sejak sekolah rendah lagi, tapi waktu tu kami tak rapat. Bukan setakat mak bapak dan adik beradik dia, tok, nenek dan makcik dia pun aku kenal. 


Form 1 hingga form 3 kami sekelas. Selain shida aku juga berkawan dengan Elly, Jiah, Ben dan Hafa. Kami memang rapat. Kalau nak tau rumah shida betul-betul depan sekolah. Aku tak tipu. Buka pintu rumah, dia boleh jalan terus straight ke gate sekolah, tak perlu belok-belok. Tu pun kalau jalan raya depan takde kereta. Disebabkan itu shida selalu pergi sekolah apabila seminit sahaja lagi loceng sekolah akan bunyi..Kami akan lepak kat rumah syida kalau ada apa-apa aktiviti disekolah. Kiranya rumah shida sudah menjadi tempat persinggahan yang meninggalkan banyak notalgia buat aku suatu ketika dulu.


Selesai PMR, Jiah ditawarkan kesekolah agama, beliau pun pindah. Elly pula berpindah ke Kelantan mengikut parents dia. Ben dan Hafa sekelas jadi tinggallah aku dan shida. Mungkin sebab itu kami makin rapat..

Kemana sahaja shida pergi dia mesti bawak aku. Kiranya kami selalu keluar berdua. Walaupun tidak berkongsi minat yang sama, kami serasi sebagai kawan. Aku selesa berlindung dibawah ketiak shida. Shida insan mulia yang selalu membantu dikala aku susah..Banyak sungguh jasa beliau pada aku..

Aku perasan satu bahawa shida tak pernah menunjukkan kemarahan sepanjang kami berkawan. Tak tau pulak aku kalau dia marah tapi aku je yang tak faham camna cara dia. Sepanjang aku kenal shida, dia memang cool..

Walaupun hubungan kami makin jauh sejak aku kahwin dan pindah ke Johor, aku tak pernah lupa shida. Walaupun ramai kawan lain, shida tetap istimewa dimata aku..Sila terharu ye cik shida..


Aku songlap dari profile pic fb dia. Sila jgn tertipu dengan gambar lama yg nampak agak kurus nie..aku rasa syida berisi jugak kot skang.hehe entah dah lma tak jmp dia..Insyaallah dis June dia nikah..Kita jmp nanti!

Banyak aku nak cerita pasal beliau, tapi kalau teruskan sampai seminggu pun tak habis rasanya..Korang pun mesti ada kawan baik kan? Hari ini hari lahir shida..Aku cuma nak ucapkan : Aku sayang ang!!!
Hepy besday my dear bff. Semoga sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNYA..n moga majlis ang nti meriah dan selamat smua..Selamat menempuh alam rumahtangga n welcome to my club!Oleh kerana ang dah tua, aku nak ucapkan jugak CEPAT2 BUAT ANAK!!haha...:)  
(copy paste dr fb ekceli, dah wish dah malam tadi..)

18 comments:

sekamar rindu said... Best Blogger Tips

salam....

kawan ramai tak pe..jgn kekasih yg ramai..


hehe

senyumSOYA said... Best Blogger Tips

hhheheeh...nak wish gak la hepi besday kt BFF puan kutu.. heheheh

" happy Besday!! may ALLAH bless U~ "

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@sekamar rindu

kekasih ramai takpe..suami jer kena sorang!haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@senyumSOYA

tq..may Allah bless u too..:)

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

happy birthday shida..
mmg kalau nk cerita pasal kawan baik ni seminggu pun x sdh kan mama?

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

happy besday utk kwn puan kutu jugak yaa..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Yes... Don't judge a book by its cover! I like it... Hehehe. Kekadang kawan paling rapat susah nak dicari.. Tetapi bila ada kawan rapat.. Banyak kenangan manis antara kita dan dia tidak dapat kita lupakan :)

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

ssh nak cari kwn yg baik ni kak,skdr kawan berlambak kat fb..heheeee

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@nuruljannah sukhri

itulah..cerita byk2 kang org tak baca pulak..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a cik betty

tq yer.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie

yup..shida d only one..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Woofer Storm

yezzzahhh...hehe

Lisung said... Best Blogger Tips

Hatur nuhun parantos masihan oleh2. Nganggo basa sunda ti jawa barat, indonesia. Salam kenal saja brow !

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Lisung

sungguh saya ngak faham bahasa sunda..really miscommunication.hehe..

Bee said... Best Blogger Tips

bee pun ada sorang hee nanti bee ceritakan , ekceli best ada kawan cam kutu . "aku syg ang! "hee...kita memang sama2 peramah ah

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Puanbee

ok2 nak dengar jugak cerita bee.syg bee jugak!kehkeh..

kay_are said... Best Blogger Tips

bestfren puan kutu r ni.. dari form 1 dah rapat.. ok r tu.. kalau still contact2 g.. hee.. hepi belated besday kat kawan tu.. =)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@kay_are

besday dia today la kay are,yup dr form1 dh rapat n smp skang still contact.hehe..