Assalamualaikum dan semoga korang semua sihat sejahtera..
Hari nie puan kutu kerja petang. Setiap petang rabu adalah sukan pangkalan. Jadi bagi yang kerja office hour, mereka ambil peluang untuk aktiviti sukan seperti badminton dan pingpong..Puan kutu kesepian keseorangan ditemani blog picisan ini untuk berkarya.eceh!
Ok..serius..serius..Dimana sahaja kita berada semua sedia maklum dan bercerita tentang tsunami yang melanda Jepun..Menjengok ke blog-blog rakanku sekelian pun sudah banyak sekali bercerita tentang ini..Tak perlu rasanya mengomel dengan panjang lebar.
Disember 2004, aku masih menuntut di Uitm Merbok, Sungai Petani dalam jurusan apa korang tak perlu tahulah ye..Aku ingat lagi semasa gempa bumi pertama berlaku aku berada didalam kelas sedang tekun kuliah. Terasa gegaran dan kerusi yang aku duduk sedikit goyang.Aku lihat semua orang buat derk jer..Memang gegaran tersebut tak kuat sampai ada yang tak perasan. Lecturer yang memberi lecture pun buat bodoh terus sambung syarahan yang berjela2 sampai aku pun mengantuk..Langsung tak take 5..
Waktu gegaran kedua aku dah lupa pukul berapa, tapi hari sudah malam. Aku bersama roomate tersayang sedang lepak-lepak di dalam bilik. Roomate aku nama dia Syuhada, budak accounting. Agak comel, lemah lembut, kelam kabut sikit dan sangat penyabar. Penyabar tu perlu sebab aku kuat merajuk. Bila aku marah aku akan diam jer tak jawab segala pertanyaan belia. Syuhada nie dok Shah Alam. Mak dia pandai masak sambal tempe. Sedap gila wa cakap lu..isk apa aku melalut! kita ke cerita seterusnya..
Aku tengah duduk dekat meja studi tanpa ada niat untuk belajar, sekadar ber-sms dengan balak2 yang cuba mengayat aku. Syuhada pula tengah duduk dibirai katil. Tangan beliau memegang handphone miliknya. Sedang asyik bercinta dengan pakwe aku rasa..Masing2 bebual kosong untuk tidak membiarkan keadaan sunyi sepi..
Tiba-tiba..gegaran kuat berlaku. Bergoyang-goyang kerusi meja studi aku. Kerana panik aku terus melompat ke katil syuhada. Kami berdua berada diatas katil sambil memeluk tubuh masing-masing. Waktu itu tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan takut menyelubungi diri. Hanya mengucap tak henti-henti kerana menyangkakan hari akan kiamat. Agak bodoh kenyataan aku, tapi memang itu hakikatnya.. Yang berlegar dalam kepala otak aku..Hari akan kiamat..Aku banyak sekali dosa..
Keadaan diluar kelam kabut sudah..setelah beberapa minit berpeluk diatas katil, kami mula merasakan perlu berbuat sesuatu. Lalu pintu dibuka dan aku melihat semua orang sedang berlari-lari. Jiran bilik aku Aya merangkap kawan baik menjerit suruh kami turun kebawah..Aku duduk kolej mahsuri. Bilik pula di tingkat 3, jadi nak turun terasa jauh betul..Walaupun keadaan cukup kelam kabut tapi aku cuba berlagak cool. Aku sempat menyarung selipar mickey mouseku dan berlari turun kebawah. Syuhada yang sememangnya panik terus lari berkaki ayam.
Setibanya dibawah, ramai sekali warga kolej sedang tepinga-pinga. Masing2 senyap. Aku lihat air mata Syuhada sudah bergenang, Aya pula hanya membuat muka blur sahaja. Orang lain ada yang sudah menangis teresak-esak..Aku? diam seribu bahasa sambil melihat keadaan sekeliling. Terasa nak nangis tapi aku tahan..
Disebalik semua ini, aku bertuah kerana dapat melihat free show malam tu. Korang semua faham la kan, girl nie kalau malam pakai apa. Pakaian semua seksi seksa..Terhibur walaupun keadaan amat panik tadi. Nak ketawa ada juga melihat syuhada tanpa selipar. Aku pula hanya bersinglet dan berseluar panjang moshi moru. Tak seksi kan?
Tak lama kemudian keadaan reda dan kami disuruh pulang kebilik masing-masing. Begitulah pengalaman aku ketika tsunami 2004 dulu. Tsunami yang melanda Kuala Muda memberi efek juga dekat tempat aku belajar..Dengan gegaran yang sedikit tu pun aku sudah merasa takut dan menyangka hari akan kiamat, bagaimana pula orang yang sendiri merasai tsunami di Jepun?
Tahun 2004 merupakan tahun yang meninggalkan noktah hitam dimana tsunami melanda terutama di Aceh dan beberapa kawasan di Malaysia, negara kita yang indah aman permai. Betapa kita diduga dengan ujian yang sangat besar dari Maha Pencipta..Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai manusia perlu reda dengan apa yang berlaku. Tapi bercakap memang mudah, yang merasainya sendiri pasti trauma. Mereka tidak mungkin melupakan kejadian tersebut seumur hidup. Rumah dan harta benda musnah sekelip mata. Paling dirasai mereka juga kehilangan orang tersayang.
Tahun 2004 merupakan tahun yang meninggalkan noktah hitam dimana tsunami melanda terutama di Aceh dan beberapa kawasan di Malaysia, negara kita yang indah aman permai. Betapa kita diduga dengan ujian yang sangat besar dari Maha Pencipta..Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai manusia perlu reda dengan apa yang berlaku. Tapi bercakap memang mudah, yang merasainya sendiri pasti trauma. Mereka tidak mungkin melupakan kejadian tersebut seumur hidup. Rumah dan harta benda musnah sekelip mata. Paling dirasai mereka juga kehilangan orang tersayang.
Renung-renungkan dan selamat beramal..Sekian..
28 comments:
masih segar di ingatan.....
Tsunami tahun 2004 yang berlaku di Acheh adalah yang paling buruk dalam sejarah. Mengorbankan lebih 200,000 orang. Semoga kita dilindungi Allah s.w.t dari bencana teruk sedemikian rupa.
tak seksi lah tu , gelakkan org dia pun sama !...oit mommylavender makin sombong huhu
@mommylavender
pengalaman yg tk mungkin dilupakan..:)
@Miss Tira
AMIN...
@Puanbee
Hehe tak seksilah..adayg bsluar pebdek smpnmpk bontot.tu lg seksa..haha..cti skolah la..ank mommy conquer kot,bkn mommy smbong..:)
kalau akak pun panik. kesian sgt bila dengar trajedi ni... hilang segalanya. maunya ada yg mati sebab bunuh diri. berat dugaannya.
thn 2004, saya sudah tamat belajar di Uitm Kedah. Jadi, puan kutu junior saya??
course apa ye?
:)
sila jenguk ke sini;
http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/01/sesudah-ramadhan.html
@Adzriel AB
betul tu kak..kita hanya mampu simpati
@Wan Hafisah Collection's
wah tak sgka jmp senoirku disini.hehe..skang jugak p terjah!
puan kutu study kat uitm merbok jugak ke??
hehehee...
same la...currently kat uitm merbok...baru masok sem4 diploma...
skrg dah ade kolej baru...kondo murni...hehee
@Atsuko Ichirou
wah sudah maju merbok yer!kondo murni..nama seperti puan kutu.hehe..
pernah ade pengalaman tsunami yang dulu tu r.. ish ish.. mesti leh rase kan cane tsunami yang sekarang ni sebab ade pengalaman cantu.. em.. alhamdulillah xde ape2 =)
Tsunami kat Jepun kali ni pun teruk. Tsunami 2004 tu menyayat hati sungguh baca kisah org hilang keluarga sekelip mata.
Thn 2004 puan kutu masih belajar..sy pulak dah mengandung anak pertama.
salam...
kenangan tsunami tu memberi kenangan yang paling ngeri...kan?
kalo cik gebu yg kene cam puan kutu kene.. mmg kuar r gak airmate.. takot kot.. ttibe je ad gegaran kan?? :)
@kay_are
Alhamdulillah..mmg rasa sbb tu tak jengah lgsung klu blog cerita pasal tsunami.tak snggup tgok..
@Rina AVAIL a.k.a cik betty
Memang menyayat hati kan..wo kira akk la nie..ke cik betty kawen muda?hehe..
@sekamar rindu
salam..
betul sekamar rindu.tak mahu diingat,kesian..
@sya hassan
betul..takut bercampur gelabah.rasa insaf sbb selamanie kita hanya bgumbira hidup tenang, Cuma dengan sedikit gegaran kita tak ingin hadapi..inikan pula tsunami
hai..maybe kita kenal each other. gmbr awak tu kecil sgt, saya xdpt tgk btl2. hehehe...
saya course DPA 2001-2004(MAY)
@Wan Hafisah Collection's
klu dok kolej sama mungkin la pnah nmpk each other.lgpun sy nie ssh sket nk igt muka org.l pulak senior.hehe..
peewit...org tu seksi ;p
chii xde alami ..tp kawan2 yg dok ostel kata ada alami gegaran sikt..time kejadian gegarn tu chii ngn komiti ostel yg len tgh dok men bowling..dpt panggilan tepon dr kawan kt ostel..terus pecut balik ngn ajk yg lain..
sampai2 kat ostel..sumer student da kat bawah..cam situasi puan kutu gak..macam2 fesyen leh nampak :p
@chii
kan?klu mlm fesyen smua mlampau..jamu mata jer kita.kehkeh..
kadang kita selalu terlupa apa yang berlaku.. ngee...
waktu tu gua tengah bergayut telepon... rasa mcm pening.. goyang... tgk pondok telepon mcm goyang... mainan perasaan ke.. besok baru tau apa yang terjadi..
yg pakai tudung..sumer ilang da...bila da sampai kt blk..baru sedar..* alamek..tudung :p
@Cekodok
Waa lubley plak kata mainan perasaan..:)
@chii
tak sempat la nk crik tudung..kite pkai singlet jer tron tak smpt capai sweater..hehe..
Post a Comment