Friday, January 31, 2014
Resepi Koteaw Kungfu Mudah
Untuk Koteaw : Panaskan minyak, goreng koteaw dengan telur hingga bersalut. Perasakan dengan garam, lada hitam dan lada sulah. Ketepikan.
Untuk Kuah : Tumis bawang putih cincang + cili padi ketuk, masukkan air + daging, masak sampai empuk. Masukkan sotong + udang+ kailan + brokoli + karot. Perasakan dengan garam + serbuk ayam + sos tiram. Tambah lada hitam, dan lada sulah kalau suka. Bancuh tepung jagung dan tuang untuk pekatkan kuah. Siap!
Thursday, January 30, 2014
Afia Boleh Duduk Dah
Afia Imanina boleh duduk tanpa disokong pada usia 8 bulan plus. Sebenarnya dia dah boleh duduk sejekap-sekejap masa 7 bulan lagi. Afia punya pesen all the time nak berdiri. Kalau kita dudukkan pun dia keraskan badan mintak berdiri. Tu yang susah nak pastikan actual time dia boleh duduk. Nak praktis duduk semedang takmau, angkat badan untuk merangkak takde langsung nampak bayang tapi asyik la ajak kita bertatih. Menjulur boleh tahan hebat, habis satu rumah dia mop.
Wednesday, January 29, 2014
Ketua Kelas 1A
Minggu lepas Aiman kata dia jadi ketua kelas tapi ibu tak percaya. Sungguh-sungguh ibu tanya
Ibu : "macam mana Aiman tau Aiman jadi ketua kelas?"
Aiman : "Cikgu kata..macam mana nak jadi ketua kelas kalau asyik sembang je.."
Kantoi la kalau ibu report kat abah dia sembang dalam kelas.hehe
Ibu : "Ohh cikgu saja la tu kata camtu, bukan Aiman ketua kelas pun.."
Rupanya memang betul cikgu lantik Aiman jadi ketua kelas. Atas dasar apa entahlah. Ceh ayat macam tak konfiden dengan anak sendiri je. Ibu tau anak ibu self confidencenya memang tinggi, peramah, mudah bergaul dengan sesiapa saja. Bab caring paling tiptop. Kalau hantar dia ke sekolah nasihat dia tu kemain lagi mengalahkan ibu, ibu hati-hati balik, hati-hati bawak kereta. Nak turun ke playground pun suruh ibu hati-hati dok rumah.
Sweet sungguh anak bujang sorang ni tau. Nak puji siapa lagi kalau bukan anak sendiri.haha. Ibu bangga dengan anak ibu. Harap Aiman dapat jalankan tanggungjawab dengan baik, jadi contoh pada kawan-kawan bak kata abah Aiman.
"Selamat Pagi Cikgu" macam Ehsan upin ipin.hehe..
Tuesday, January 28, 2014
Cuti Raya
Dah berapa hari tak update ye. Sibuk sangat jadi supermak. Hari tu berkampung 18 jam dekat opis. Dah tu tetiba Afia kena selsema teruk terus demam. Sekarang dah lega demam, batuk pulak ambik tempat. Kejap bertukar jadi chef, kejap jadi baby sitter, kejap bertukar jadi supir, kejap lagi jadi ibu bekerjaya plak. Dalam satu hari macam-macam profesion dah sampai pergi ambik duit RM100 boleh salah tarikh.kehkeh
Ni pun bangun dari pukul 12 lebih tadi tak tidur dah. Tengah sediakan makanan Afia pastu kejap lagi nak iron baju, masak breakfast dan siap untuk pergi kerja. Sempat lagi tu taip laju-laju mereport.haha. Jadi kelawar hari ni dok mengemas baju masuk beg. Kami akan bercuti sampai hari Sabtu depan. Lepas Zohor nanti nak bertolak pergi Lumut.
Percutian ni sebab MIL operation. Ketumbuhan dekat telinga mak tu dah lama. Makin lama makin membesar tapi menurut doktor tak membahayakan pun. Mak buat pilihan untuk operate, benda tu macam menganggu mak sikit. Buat mak tak selesa lebih kurang camtu la ceritanya. Dah terlanjur cuti lama mungkin akan ada projek jalan-jalan cari pasal la kan.
Kuih raya sedap en suami beli dah selamat menjadi lemak |
Limau raya dari Maktok, buah tangan untuk Aiman |
Apa-apa hal nanti sambung cerita. Sory ye tak dapat BW balas jejak. Tuan tanah akan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Doakan percutian singkat ni berakhir dengan kemanisan.hehe..
Friday, January 24, 2014
Homemade Pizza Pemanggang Ajaib
Entry main masak-masak lagi. Fenomena labu dah berakhir, donut pun dah berakhir, now kita berpizza pulak.hehe
Hari tu buat pizza sosej je apa barang. Kali ni meriah sikit ada ayam, sotong dan udang. Aku carik cendawan tak jumpa, ambil inisiatif curi karot Afia sikit masuk dalam sos. Lada benggala ganti dengan cili hidup yang di buang biji. Sos pizza aku guna tomato puree dalam tin.
Resepi Sos Pizza Mudah : Panaskan butter, masukkan bawang yang didadu + ayam + sotong + karot sehingga masak. Masukan tomato puree + garam + gula. Siap!
Resepi kulit pizza kat SINI. Mula-mula aku sapu kulit pizza dengan mayones, letak sos pizza, susun sosej dan udang,tabur cili pastu tambah sos cili lagi, boh cheese dan bakar dalam pemanggang ajaib.
Makan time sejuk pun sedap en suami kata. Next time beliau demand pizza daging dengan ketam pulak. Kena bikin pizza lagi la sampai kita jemu makan.
Thursday, January 23, 2014
Kek Batik In Da Haus
Si chubby kata baru kali pertama ibu buat kek ni. Ibu paling expert buat kek batik nak oi, cuma dah lama tak buat je! Kek paling senang didunia kot. Tak perlu baking kukus bagai. Kali terakhir buat masa jamuan raya tadika Aiman dua tahun lepas. Resepi dapat dari mak bestfriend aku. Zaman dulu kalau raya memang wajib cari kek batik mak beliau. Terbaik di alam semesta.
Petua kek batik yang sedap, kena guna serbuk koko bukan milo ye kawan-kawan. Biskut marie plak wajiblah yang perasa original tu, yang warna coklat punya kurang sedap. Untuk layer pula, jangan pecahkan biskut marie, susun dan tekan je masuk loyang sebijik-sebijik camtu. Nanti dah potong, kek akan terbentuk berlayer dengan cantik bergaya.
RESEPI KEK BATIK
Bahan-bahan
600gm Biskut Marie
1 cawan koko
2 cawan gula kastor
1/2 cawan marjerin
2 hingga 4 sudu susu pekat (ikut suka manis ke tak)
4 atau 5 bijik telur (ikut kepekatan)
Cara-cara
- Pukul telur dan gula hingga kembang serta bancuh koko dengan air panas
- Masak marjerin atas api kemudian masukkan koko yang telah dibancuh dengan air panas tadi. Pastu masukkan telur dan gula yang dah dipukul.
- Masukkan susu pekat dan biskut marie kemudian gaul hingga rata.
- Masak sekejap atas api, jangan sampai lembut sangat pastu angkat dan tekan ke dalam loyang. Sebaiknya lapik loyang dengan plastik supaya senang nak potong dan tak melekat.
- Biar sejuk kemudian baru masukkan dalam peti ais.
- Potong dan makan la apa lagi!
Yang ni versi tak menyabo tunggu keras dah pulun nak potong. Nafsu ibu yang dah haus kepingin nak makan.
Tadaa...ni hasilnya yang telah dipotong. Comot sket tak sempat nak melawa cik pia merengek. Tangan yang ada cuma skill potongan sembarangan.
Model projek main masak-masak ibu. Ikut mood kalau nak bergambar. Time ni pakai boxer je sibuk suruh ibu ambil towel tutup kaki. Alhamdulillah anak bujang ibu yang dulunya always seksi, sekarang dah pandai malu.
Sedapnya kek ibu. Esok nak sarapan kek ni, nak bawak bekal pegi sekolah juga kata Aiman.haha Potong kecik-kecik comel senang Aiman nak makan dengan kawan-kawan dia.
Ada balance banyak lagi kek batik dalam peti ais. Siapa nak rasa jemput datang rumah.hiks..
Wednesday, January 22, 2014
Kerja Sia-Sia
Kisah semalam. Timing sikit punya baik nak pergi dental. Kelam kabut masak, basuh baju, sediakan semua keperluan Afia ke pengasuh awal-awal. Mengejar masa sebab aku kerja petang. Balik chek gigi nanti tinggal masak bubur Afia. Mandikan Afia awal-awal pastu tidurkan dia dulu. Nanti bangun boleh terus angkut masuk kereta.
Sampai RSAT stress je parking takde. Masa ni dah nak dekat pukul 11. Matahari mula nak memacak. Ada kursus apa ntah dekat dewan depan RSAT tu jadi parking penuh sampai ke padang. Tiga kali pusing carik parking Alhamdulillah ada rezeki. Tu pun dah berbuih mulut dok mengomel. Mujur ada baby comel kat sebelah buat penyejuk hati.
Kejap nampak macam bambam, ni nampak slim plak |
Sampai depan Dental hangin satu badan doktor takde lagi sampai 24hb. Tempohari dah pegi kata sampai 18hb je. Keja sia-sia. Buang masa aku. Merajuk takmo check gigi Afia dah. Lantak pi kat depa. Salah sendiri jugak lupa nak call dulu sebelum pegi.haha
* Ramai yang tak tahu sekarang ni baby pun dah kena check gigi. Aku diberitahu baby kena check gigi buat kali pertama bermula umur 6 bulan atau sehingga sebelum umur 9 bulan. Ada tiga peringkat sebenarnya. Selepas ni entah umur berapa plak. Rasanya boleh check rekod kesihatan anak tentang ni.
Monday, January 20, 2014
Santai Petang
Kalau tengah tidur pun Afia akan jaga macam tahu masa untuk santai petang dah tiba. Serba tak kena kalau dok dalam rumah. Serta merta dia mintak berdukung, kalau tak pun ajak bertatih satu rumah. Kalau tak ikutkan mula la merengek. Lemak tak sempat pecah ibu dah surrander la nak. Tak tahan tangan dan pinggang melayankan kerenah awak.
Setakat ni baru sekali ibu bawak ke playground. Ibu dia kalau boleh melingkar dalam rumah, jangan harap nak keluar bawak anak jalan hirup udara petang. Versi malas tak ingat nak keluar tanpa sebab munasabah. Kat rumah pengasuh boleh la ramai yang melayan. Dengan ibu, kita lepak dekat balkoni depan je la.kehkeh
Ibu masukkan Afia dalam walker buruk abang Aiman pastu sesambil suap makan. Anak dara ni memang tabiat suka jelir lidah, suka main-main lidah sambil buat muka comel. Tu belum tengok lagi aksi dia gulung-gulung lidah ke kiri ke kanan. Memang kena gomol sampai lemas la kan.
Dah kenyang, muka pun dah comot jom kita mandi ekk sayang..
Sunday, January 19, 2014
Burung Vs Ikan
Perlawanan diantara burung dan ikan. Cuba teka siapa menang?
Dua ekor je? |
Gerun plak tengok gigi ikan ni.hiks |
Biasanya bila en suami bawak balik kepala ikan, aku akan masak kari atau asam pedas. Yang ni je dua menu aku tau.haha..Kali ni bila tanya nak masak apa beliau kata asam pedas isterinya ni sedap. Aku pun buat la asam pedas Johor. Dah lima tahun menetap di Johor kalau tak reti masak asam pedas kira lece la orang utara kata.
Lauk burung pulak en suami beli, mewah la lauk lunch kami tiga beranak. Aku ni boleh dikatakan cerewet sikit bab sedap. En suami selalu kata kalau beliau
beli semua benda tak sedap kat tekak aku. Semua benda aku nak komplen. Burung entah apa masakan tapi kuah dia tak tipu memang sedap. Minyak tu je melimpah sikit. Aku dah buang setengah dalam singki.
Aiman makan lauk burung tak pandang langsung asam pedas ibu. Abah dan ibu pun dok pulun kaut kuah burung masuk pinggan. Makanya asam pedas ibu tak laku pada hari itu. Alasan? Ikan dah hari-hari makan, lauk burung bukan selalu.
Ajar Anak Berdikari
Bukan susah nak ajar anak berdikari kalau kita didik mereka sejak kecil. Tak payah la aku bagi peribahasa rebung bagai kang ada yang menyampah. Tugas simple macam kemaskan mainan, kemas rumah, letakkan baju kotor dalam bakul, sidai towel selepas mandi, angkat pinggan, lap selepas makan dan sebagainya aku dah train sejak Aiman kecik. Dah sekolah rendah ni tugas kena up sikit la kan. Bak kata Aiman, "Aiman ni bukan budak lagi, Aiman dah dajah 1 dah ibu..Aiman dah besar.."
Pertama kali Aiman basuh kasut sekolah sendiri. Aku cuma duduk depan pintu bilik air beri arahan. Nampaknya Aiman enjoy, suka dapat basuh kasut sekolah apalagi kena puji berbakul dengan ibu. Selagi ada kotor Aiman akan berus sampai puas hati. Tak sangka bersih betul dia basuh. Good job Aiman! Full mark ibu bagi.
Mari kita lihat aksi si chubby di dalam bilik air yang sempat ibu snap.
"Kanak-kanak yang dilatih berdikari akan menjadi seorang yang kuat jiwanya, dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan tempat dan suasana juga yakin dengan kebolehan dirinya sendiri"
Saturday, January 18, 2014
Nasi Goreng Udang
Nasi goreng udang bodo permintaan Aiman. Jangan ada pulak yang membayangkan udang sebesaq penumbuk. Yang ni udang comel-comel ja. Tapi udang fresh memang manis la kan. Aku tumis bawang putih cincang, masukkan udang, masak sekejap terus masukkan nasi. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk ayam. Siap!
Nasi goreng bodo pun bagi resepi kan. Macam budak kecik je dok baca blog aku ni.haha..
Suka Bertatih
Afia sangat happy bila dapat bertatih. Pandai plak tu bagi arahan kat kita yang dia nak jalan. Kalau tuntun tangan camni laju si bambam melangkah tawaf satu rumah. Kesian dekat ibu dia tau. Pinggang ibu dia ni almaklum barang dah lama. Kalau dapat bertatih muka si bambam senyum memanjang. Nak cepat jalan kot. Orang kata baby girl perkembangan lambat sikit dari boy. Tak kisah la cepat ke lambat asal Afia membesar sihat, aktif dan cergas depan mata ibu.
Sekarang bila petang dia buat perangai rimas dok rumah. Mungkin la kat rumah pengasuh dah biasa bawak ronda bila petang. Dengan ibu pun dia mula nak demand. Kasut baby Afia dah tak muat. Kena beli kasut baru nampaknya, nanti boleh praktis tatih kat playground.
Friday, January 17, 2014
Tamat Transisi
Aiman dah berjaya tempuh Transisi Tahun 1 selama tiga minggu. Aku pesan pada Aiman, tak kisah Aiman masuk kelas B atau C, yang penting Aiman belajar rajin-rajin nanti boleh naik kelas. Alhamdulillah Aiman kekal di Kelas A. Abah pesan jangan bersembang bila cikgu cakap kat depan. Kalau sekali abah buat spotcheck pergi kelas tengok Aiman dok menyembang, depan orang ramai abah lempang. Sure Aiman takut. Berkerut je muka tengok en suami bila abah dia warning camtu.hehe..
Buku sekolah Kafa semua abah yang tulis nama. Almaklum tulisan abah lawa. Abah dulu sekolah agama. Yang sekolah kebangsaan baru tadi ibu tulis nama dan balutkan buku. Aiman kata Isnin ni cikgu suruh bawak buku. Kalau cikgu tak kata liat lagi la ibu nak tulis nama.hehe..Masa transisi Aiman berlenggang kankung (trending kan) je ke sekolah. Buku teks belum terima sampai sekarang. Jadual waktu pun cikgu tak bagi lagi.
Sepanjang Transisi Aiman pernah cerita ada kawan ajak gaduh, ada kawan tolak Aiman. Tapi Aiman lawan. Badan besar macam Aiman siapa berani silakan.haha. Yang ni tak menahan ada juga kawan tulis surat cinta. Safiya namanya satu tadika dengan Aiman dulu. Dulu Aiman pernah kata yang Safiya ni awek dia. Kata Aiman, Safiya tulis surat cinta bagi kat Aiman, kat kawan Aiman, ajak jumpa kat rumah.huhu
Saja je nak test Aiman,
" Kat kelas Aiman ada tak budak perempuan cantik?"
"Takde, semua pelik je.." (sambil geleng kepala dan mencebik)
"Safiya tu tak cantik ke Aiman?"
"Safiya tu dulu Aiman suke la. Sekarang dah takde gigi.."
Takde gigi tak cantik ye.muahaha..
Thursday, January 16, 2014
Koteaw Ketam Fresh
Pepagi dah tayang makanan. Buat peminat ketam jangan marah arr. Ketam fresh ni, masih diikat sepitnya. Almaklum ketam masih hidup sebelum semalaman menjadi penghuni freezer PK. Walaupun koteaw ketam bodo, boleh imagine tak camna manisnya ketam fresh menyerap ke kuah. Memang mabeles la. Sebungkus koteaw ibu dengan Aiman hadap licin.
Kali ni punya kuah aku guna daging, tulang ayam dan karot. Cabaran nak memasak, sebelah tangan buat kerja sebelah lagi mendukung si bambam. Kalau tak Afia asyik bunyi, melaju habis satu rumah dia mop. Potong karot pun sikit punya skill dengan sebelah tangan. Kalau ironchef sangat, siapa mampu buat?hehe..
Wednesday, January 15, 2014
Little Miss Muffet
Aku nak review sikit board book merangkap plush toy yang aku beli kat Afia. Comel dan unik sangat Miss Muffet ni. Tak pernah lagi aku nampak kat mana-mana online shop lain. Aku beli dengan harga RM 12 sahaja, sama macam softbook Princess. Miss Muffet bersaiz comel, H17xW9 cm. Buku pulak bersaiz 7x7 cm, total 14 pages.
Aku ada beli dua lagi foam book untuk Afia. Yang tu simpan dulu tunggu Afia besar sikit baru bagi. Buat Azie, kalau nak beli online toy baby yang murah, boleh cari kat Gifts From Heaven. Saya dah banyak kali shopping kat situ. Pendek kata memang dah jadi online baby shop peberet dah. Servis penghantaran memang tip top. Bayar malam ni, esok pos, lusa dah sampai depan rumah.
Berbeza dengan Princess, Afia lebih sukakan Miss Muffet. Pertama kali tunjuk Afia senyum lebar. Nama pun baby, bukan nak bagi tumpuan lama sangat dengan sesuatu benda. At least selain main Afia boleh gak belajar dari buku cerita Miss Muffet. Benda pun kecik senang nak bawak kemana-mana. Ada reben kat belakang Miss Muffet untuk sangkut dekat stroller. Aku letak ring keychain dekat reben tu, senang nak sangkut dekat beg Afia.
Khusyuk Afia baca cerita Miss Muffet dekat opis. Aku perasan Afia ni lagi suka buku betul dari mainan. Kalau kita baca buku atau baca paper kemain sibuk nak baca sama. Notebook ibu yang tulis segala nombor telefon pun tinggal kulit je dia koyakkan.
Tuesday, January 14, 2014
Pizza Paling Mudah dan Sedap
Salam Maulidur Rasul.
Sepatutnya letak tajuk Pizza paling bodo. Malas nak lap oven punya pasal aku guna pemanggang ajaib. Bahan-bahan topping pun tak cukup. Kalut dengan si bambam nak renyah masak sos dan bahan topping sebenarnya. Kali ni topping cuma guna mayones+sos cili+ sosej+cheese. Ikutkan doh pizza pun malas nak bikin. Bila cakap pada Aiman nak guna roti gardenia dia kata tak mau, Aiman nak pizza. Kalau guna roti jadi roti pizza plak ye. Buat gak la, bukan susah sangat pun.
Resepi Kulit Pizza : 1/2 kg tepung gandum + 2 sudu marjerin + 2 sudu mauripan+ 2 sudu gula + 2 sudu susu pekat manis/susu tepung + garam pastu gaul sebati. Dah sebati baru masukkan air secukupnya dan bentukkan doh. Perap doh paling koman pun 30 minit. Bila doh dah kembang, bentukkan bulat macam kulit pizza. Bakar sekejap setengah masak dalam oven. Siap!
Aku tekan dengan tangan tak guna pun penggelek. Resepi ni dapat dalam 4-5 keping saiz pizza sederhana. Aku buat dua bijik je selebihnya lepas bakar boleh simpan dalam freezer, nanti bebila nak buat pizza tinggal keluarkan kulit dan letak topping. Kulit pizza ni makan macam tu pun sedap. Cicah sambal, kuah kari lagi ada umphh..
Yang atas Aiman punya, bawah ibu punya. Sorang sebijik memang puas makan. Kalau letak toping segala mak nenek mesti lagi sedap. Boleh la buat melepas tekak Aiman dan ibu. Buatnya untuk dinner semalam, sampai hari ni Aiman dok sebut "sedap pizza semalam ibu, nanti ibu buat lagi". Nampak sangat dah lama ibu tak buat pizza ekk.
Monday, January 13, 2014
Cerita Ahad Aiman
Alkisah semalam, Ahad minggu kedua persekolahan. Kami diberitahu hari Ahad Aiman balik pukul 1.15 dan empat hari seterusnya pukul 1245. Terima surat mengatakan kelas Aiman kena ikut Tasnim pada hari Ahad, keluar pukul 2, cuma ada setengah jam untuk kelas Kafa. Aku rasa tak berbaloi nak ambik Aiman bawak balik rumah pastu nak hantar ke sekolah semula.
Bermula misi mengangkut si bambam beserta bekal nasi, baju dan beg sekolah Kafa. Keluar kelas Aiman datang dengan muka ceria ke kantin. Bila nampak sorang budak lengkap pakaian Kafa baru terigat aku lupa sesuatu. Songkok Aiman tertinggal. Sudah! Apa punya bala la banyak sangat makan semut. Sementara Aiman makan aku patah balik ambik songkok. Kesian Afia dok berulang alik dalam panas terik. Parking dah la jauh. Sebenarnya nak cakap kesian kat ibu. Afia macam biasa cool memanjang, ibu yang teruk mendukung.hehe
Biar tak cukup rehat, yang penting makan kena cukup. Licin sebekas nasi Aiman makan. Selesai makan bergegas ke kereta tukar baju. Balik Kafa terus siap mandi ikut ibu kerja malam pulak. Pagi tadi siap-siap mandi dan pakai baju sekolah dekat opis ibu. Kelam kabut padat jadual takde rehat anak ibu. Kesian pulak ke Aiman. Bila tanya jawapan Aiman sentiasa menyenangkan hati. Aiman tak penat, Aiman ok..Untung ibu dapat anak yang baik, ibu dia ni je banyak merungut.haha..
Princess - Soft Book Pertama Afia
Bersusun soft book ada dalam wishlist ku delete satu-satu. Katanya tahun 2014 tahun bijak berbelanja. Dah beberapa bulan dok menahan nafsu online shopping due to semangat berjimat cermat penuh berhemat la kan.haha Dapat je green light dari en suami untuk beli baju bajan Afia, haruslah menyelit soft book dan beberapa lagi bahan pembelajaran si bambam. Nak dapat free posting punya pasai, bijak la sangat.hakhak.
Soft book ni comel kan. Ada 7 muka surat bergambar termasuk kulit. Harga RM 12 sahaja. Mari lihat aksi si bambam bersama princess.
After this comel-comel pictures, Afia terus campak soft book dia. My little princess Afia ni takdenya beria nak tengok sangat, ibunya je beria beli.huhu..
Sunday, January 12, 2014
Afia Pertama Kali Merempit
Abah bawak round keliling kuarters dua pusingan je pun naik moto buruk abah ni. Moto dah jalan sampai kesudah boleh dia buat muka selenge takde perasaan. Abang Aiman dulu pantang kalau nampak moto. Belum minat lagi kot. Tunggu beberapa bulan lagi berakai la abah kena bawak Afia ronda.
Nak taip panjang-panjang pun tak cukup masa. Maaf ye nak BW pun tak sempat. Sejak Aiman dah sekolah, Afia makin ligat tak dapat nak cari rentak lagi untuk berblog.
Friday, January 10, 2014
Checkup Afia 8 bulan
Semalam nak ke dental untuk check gigi Afia, Tengok si bambam tidur baik punya bangun pun dah nak dekat tengahari terus cancel. Pagi ni sampai je depan pintu Dental, baca note doktor takde dari 8hb sampai 18 hb. Next time kena datang lagi nampaknya. Baby sekarang dah kena check gigi, check gusi je la kot, Afia belum tumbuh gigi.hehe
Aku singgah RSAT sekejap nak mintak date baru untuk checkup Afia. Tinggalkan Afia dengan abahnya dalam kereta. Ikutkan si bambam kena chekup 28hb ni, tapi aku ada hal, tak boleh nak datang. Rupanya nurse salah bagi tarikh. Sepatutnya chekup kena pada usia 8 bulan. Dipendekkan cerita terus checkup hari ni.
Perkembangan 8 bulan Afia belum boleh duduk lagi tanpa bantuan. Mengalihkan barang dari satu tangan ke tangan yang lagi satu dah teror la. Tu je kot yang nurse tanya. Kali ni just timbang. Berat Afia naik sikit, 8.11kg. Ramai kan yang tegur Afia makin slim. Nampak je slim, kalau dukung ni berakai gak la badan kejap berkat susu ibu..:)
Curi tangkap gambar si bambam dalam kereta sementara tunggu abah turun. Jangan harap la nak duduk diam. Tak pernah bagi kerjasama dah bila nak tangkap gambar. Kamera pun dia tak peduli. Tu pasal sekarang ni kurang dah gambar Afia kat blog.
Thursday, January 09, 2014
Seminggu Persekolahan
Kisah seminggu persekolahan anak bujang ibu..
Hari pertama dah lambat. Sampai sekolah orang dah beratur pun untuk perhimpunan. Dah terbiasa lambat ke tadika.haha. Bila kejutkan en suami boleh beliau kata lupa plak hari ni anak sekolah. Pastu kan punya la lengai nametag Aiman plak tertinggal. En suami balik rumah ambik dan hantar ke kelas Aiman. Hari kedua nametag tu selamat dah masuk washine machine. Transisi tiga minggu, dua hari nametag dah hancur. Sapa suruh tak tanggal nametag dari baju. Aku plak kalau membasuh takde makna nak spotcheck, terus campak dan buat kerja lain. Habis merah baju sekolah Aiman dek kertas nametag dia tu.
First day ibu bekalkan nasi goreng bodo tapi abah tetap pergi menjenguk Aiman waktu rehat. Saja je melawat kawasan.hehe. Hari kedua aku kerja malam, balik pukul 7 pagi mana sempat buatkan bekal. Aiman kemain berlagak kata, "takpe bu..nanti Aiman beli je kat kantin.." Hari tu abah belikan nasi lemak untuk breakfast. Tetiba lepas makan dia mintak abah tolong temankan dekat kantin. Ingatkan teror la sangat. Masuk hari ketiga dan seterusnya expert sudah membeli. Tu pun dah warning jangan beli air manis. Seminggu sekali ok la. Setiap hari ibu soal siasat apa Aiman beli dekat kantin, duit baki masuk tabung.
Pengalaman pertama menyekolahkan anak sulung, serba serbi blur. Dah la sekarang ni sistem makin canggih, bukan macam zaman kita-kita dulu. Nak isi borang segala mak nenek siap berperang laki bini. Sekarang kalau ibu duty malam kena angkut baju sekolah semua biar Aiman mandi dan siap dari opis. Bila sampai rumah abah tinggal hantar, nak terus hantar naik kereta lece la jalan jam.
Semalam dengan semangatnya hantar Aiman sekolah petang. Dua kali Aiman salam dan kiss pipi. Turun dari kereta dok busy lagi melambai sambil ucap bye kat ibu dengan adik Fia. Tetiba datang seorang cikgu ke kerani siapa ntah bagitau hari ni takde Kafa. Mujur aku tak terus pecut balik rumah. Kalau tak berakai la Aiman menunggu aku ambik lagi 3 jam. Rupanya sekolah agama tiga kali je seminggu, hari Ahad, Isnin dan Selasa. En suami kata setiap hari aku pi la hantaq. Sapa ntah yang bagi salah info.
Alhamdulilah Aiman anak yang senang diurus. Senang tidur awal, bangun pagi dan ke sekolah tak pernah ada masalah. Keyakinan diri dan bab sosial tu memang ibu tak risau. Budak peramah kan senang dapat kawan. Bila tanya "penat tak Aiman sekolah pagi sampai petang? kesian kat Aiman.."
Aiman jawab, "Taklah tak penat. Aiman suke sekolah..best tau sekolah, ibu.."
"Sekolah pagi, sekolah petang mana lagi best?"
"Dua-dua best.."
Harap kekal bestnya tu sampai hujung tahun dan tahun-tahun seterusnya..
Wednesday, January 08, 2014
Masalodeh Simple Rangup Sedap
Wah kemain gempak kan tajuk. Sebelum jadi entry basi haruslah abadikan kat sini, lagipun benda seumur hidup baru pertama kali buat. En suami kata pandai aku buat, dah 7 tahun kawen baru ni buat masalodeh.hakhak..Tak pernah beli kacang dhal memang tak pernah terfikir la nak bikin. Ni pun kacang dhal Raya tahun 2012 masa aku dok gigih buat macam jenis kuih raya ada berbaki. Punya lama simpan tapi masih elok. Idea buang tebiat terbit kerana penangan masalodeh Mama Mia.
Macam biasa, aku punya versi masalodeh bodo je ni. Nak masuk rempah semua jintan manis pun tak berapa kenal rupa macam mana. Buat simple-simple sudah janji sedap. hehe
Orang utara panggil kacang dhal sebagai kacang parpu. Nak habaq ja kalau hagpa tak tau.
Monday, January 06, 2014
Sibuk Sibuk Sibuk
Usha tajuk la kan. Kepala dah tintong ada hati nak menaip. Rindu ok dah tiga hari tak bebel. Opis aku sekarang tak cukup orang. Ramai yang bercuti menguruskan anak sekolah. Dah la memang ada dua kekosongan yang belum diisi, seorang lagi dari opismate aku dah melepaskan jawatan. Dia dapat masuk polis. Makanya kalau takde budak baru datang, akan ada lagi upcoming OT. Alhamdulillah, tapi penat sikit la nak menguruskan anak-anak yang sedang membesar bagaikan juara. Ayat tu macam ramai je anaknya,haha..
Semput rasa sejak Aiman dah sekolah ni. Mana nak basuh dan iron baju sekolah dia (tak kaya nak beli 5pasang baju), mana nak sediakan sarapan dan bekal lagi. Tu pun sekarang ni cuma sediakan sarapan je, Aiman dah expert membeli dekat kantin. Yang paling memenatkan aku nak kena hantar dan ambik Aiman dari sekolah Agama. Pergi pulak dengan mengangkut sekali Afia. Dua hari ni dok panjat tingkat 3 mengendong bambam untuk urusan pendaftaran dan bayar yuran. Tu belum lagi fikir macam mana nak ambik Aiman dari sekolah kalau aku kerja petang. Serabut kepala otak walhal anak sekolah baru sorang.haha
Sibuk tau kalau aku kerja pagi. Bangun pukul 5 pun dok kalut lagu tu gak la. Nak kena masak bubur Afia. Bubur baby faham je la nak kena masak lama. Perah susu dah la marmet. Asal aku bangun je si bambam pun celik mata. Nak kena masukkan Afia dalam buai, tidurkan dia baru sambung buat kerja. Lately si bambam makin melasak tak kira masa, mata mengantuk tapi susah betul nak tidur. Dah tu asyik merengek sampai tak boleh buat satu kerja. Asal tidur bila terjaga ibu takde kat sebelah mula la melalak. Cengeng tak tentu hala. Ibu yang cool dah semakin tipis sifat sabariahnya.hehe..
Aiman dah tak payah jerit suruh tidur awal, malam ni pukul 8 dah selamat sampai London. Kesian tengok muka dia letih yang amat. Bangun awal pagi, sekolah dari pagi sampai petang masa bila nak rehat. Mengaji malam pun dok miss. Sementara nak biasakan diri camni la. Ibu pun tak terbiasa lagi jadi ibu Supir. Tak hilang lagi semput dua hari ni dok ulang alik hantar ambik Aiman. Esok Selasa en suami cuti lega sikit rasa. Aku tengah fikir macam malas nak balik rumah lunch break esok hari. Nak membuta kat opis melepaskan lelah. Tapi tengok la macam mana. Macam kena balik jugak untuk marmet. Lunch break takde port sesuai la pulak nak memerah.
Aku bukan bebel merungut tau, semuanya ini hanya untuk permata hati aku. kehkeh..Nanti ada masa baru aku BW. Nasib kau la blog kalau aku tak update. Aku nak beradu dah. Esok nak bangun masak awal pagi. Takkan nak biar laki makan luar hari-hari.Daa....
Friday, January 03, 2014
Donut Labu
Sory sebab mungkir janji tayang lagi makanan berasaskan labu. Takde modal dah ni nak update.hakhak..Penat tau fikir apa nak bikin dengan labu, jejemput dah, kek dah, muffin pun dah, pengat labu lagi la banyak kali dah buat. Sebelum ni pernah buat donut kentang, ni pertama kali aku buat donut labu.
Tak payah terkejut sangat sebab takde rupa donut. Penat aku dok menambah tepung dalam adunan tapi masih melekat kat tangan. Uli punya uli sedar-sedar tepung setengah peket habis. Tak budget pulak stok tepung habis langsung. Sebab adunan sedikit lembik, donut labu telah direvolusikan menjadi bebola donut. Oh jangan risau, rasa masih tetap donut, rupa apa ada hal, masuk perut jadi najis gak kan.hehe..
Thursday, January 02, 2014
Duit Saku Budak Darjah Satu
Lebih dua puluh tahun dulu, waktu aku darjah satu, duit poket cuma 2 kupang. Lepas naik darjah tiga baru up 3 kupang. 2 kupang zaman dulu cukup la untuk sekali makan. Ayaq baru 5duit ka sekupang lagu tu. Nasi mee kuih pun sama macam ayaq gak harga. Kalu tak salah aku la. Memori aku ni bukan kuat mana, makan cekedis, asam katak, taik idung banyak sangat masa kecik.
Tapi dulu aku ada kak angkat, dia selalu gak huluq kat aku 2 kupang. Banyak duit kak angkat aku. Aku tak ingat dah apa aku buat dengan duit kak angkat aku bagi. Aku masa darjah satu femes tau. Abang aku ketua pengawas. Semua orang nak buat adik angkat.hakhak..
Hari tu masa pendaftaran Aiman sekolah, aku jenguk juga kantin sekolah usha harga makanan dan minuman. Nasi lemak baru seringgit. Makcik kantin tu dok kata harga ni harga lama, tapi bila tanya harga baru berapa dia kata kami juai kat budak-budak ni seringgit gak. Tak faham aku makcik tu awat dok cakap bagi pening.
SP ni makan boleh dikata masih murah. Nasik lemak 6 kupang pun bersepah lagi. Tapi 6 kupang la kena bedal 3 4 bungkus baru kenyang.hehe. Kata en suami 2 ringgit cukup kalau Aiman bawa bekal, kalau tak bawa bekal tak cukup. Bila en suami kata nak bagi Aiman 3 ringgit aku macam pikiaq, berapa patut bagi untuk budak darjah satu zaman la ni? Bagi 2 ringgit cukup kot. haha kemut gila aku ni kan. Maksud aku kalau nak bagi lebih pun suruh ja Aiman simpan dalam tabung. Bawak banyak duit kang hilang pulak.
Anak korang duit saku berapa?
Afia Imanina 8 Bulan
Banyak sangat perubahan si bambam waktu meniti usia 8 bulan yang membuatkan ibu sampai berkata,
"ohh bijaknya Afia!"
"cepatnya anak ibu besaq!"
"pandainya anak ibu!"
Afia dah mula faham arahan, dah pandai ekspresikan perasaan dan dah boleh beritahu bila mahukan sesuatu. Kalau dulu bila kena marah, dengan muka comel tak bersalah masih senyum-senyum, la ni dah pandai buat muka sedih, tarik muka terus nangis. Kalau berak, lapar atau mahukan sesuatu dia pandai cakap dengan bahasa dia beritahu pada ibu. Sejak dah pandai menjulur, susah sikit nak buat kerja. Melaju Afia menyibuk nak pegang semua benda. Dah start manja dan cengeng pulak tu, kemain dia pantang nampak muka ibu mula la bunyi. Banyak sangat akal. Kalau boleh nak ibu tengok muka dia sorang je.
Afia dah boleh duduk dan berdiri beberapa saat kalau dilepaskan. Gaya angkat bontot tu sesekali je, agaknya nak melangkau step merangkak macam abang Aiman kot. Gigi belum tumbuh lagi. Air liur tu dah selalu jejeh. Gusi dah keras, kata pengasuh tak lama lagi tumbuh la gigi. Mungkin sebab gatal gusi Afia suka sangat bermain dengan lidah. Comel gila kalau dia kemam bibir. Time ni memang ibu akan cium berkali-kali. Kiss kasar sikit pun tak boleh tau. Dah pandai sensitif!
Wednesday, January 01, 2014
Evolusi 2014
Azam dan semangat yang sama, template dan header blog tak juga berubah, penulisan kekal bertema 'tintong' dan 'bodo', dimanakah evolusi?hakhak..
Selamat tinggal 2013, tahun yang biasa-biasa seperti tahun sebelumnya. Semakin semarak kebahagiaan dengan bertambahnya ahli keluarga. Ujian yang sedikit masih aku mampu. Di dalam kesempitan ada kesenangan. Warna warni kehidupan sepanjang tahun buat pedoman. Baik buruk tetap indah untuk dikenang. Dah macam poem.haha..
Anugerah terindah 2013 |
2014 tahun berbelanja secara berhemat, meminimunkan kos dan memaksimunkan savings. Sesuatu yang kami nantikan, diharap ada penyelesaian terbaik nanti. Komitmen pun makin bertambah. Anak bujang sekolah tinggi, anak dara melasak tak terperi, ibu tepuk dahi.hehe
Semoga tahun baru ini semakin bersinar dibawah lindungan rahmatmu Ya Allah. Selamat Tahun Baru 2014!
Subscribe to:
Posts (Atom)