Pixajoy

Monday, May 30, 2011

Birthday Boy



Salam korang..


Semalam seharian tak online. Balik dari kenduri kat Penang, semua kena keracunan. Sakit perut dan berak-berak. Mood pun kelaut sebab cuaca panas plus menghabiskan waktu bersama keluarga di Alor Setar. Mood berborak lagi rancak sampai tak pedulik dah kat blog. Ye la bila dah berkeluarga, sesekali semua nak berkumpul bukan senang. 


Sempat sambut Birthday anak adik ipar aku. Makin kurus aku tengok si Irshad nie. Pejam celik dah setahun dah. Hujung tahun atau tahun depan mertua aku sambut sorang lagi cucu. Makin bertambah la keluarga kami yang kecik nie.


Ini kek Besday boy!

Geram pulak aku dengan perangai si kecik nie, Sekarang susah betul sebab tak nak kat orang, tak boleh berenggang langsung dengan ibu dia. Baru bulan lepas nak kat aku. Nie tak mau dah. Tapi faham bila orang cakap. Cerdik budaknya. Bila sapa-sapa nak ambil, irshad akan angkat kepala macam memalingkan muka pastu cakap huh, macam benci sangat kat kita. Tak bagi kita ambik dia. Keletah dia tu buat aku geram.  
Saya la besday boy. Nama saya Irshad. Bila saya senyum, saya serupa mickey mouse!


Takde mood sangat nak menaip. Petang nie keja pulak..Nanti aku terjah blog korang. Ok tata..







Friday, May 27, 2011

Fakta Tentang Tidur


Tidur mempunyai fungsi yang lebih daripada sekadar istirehat tubuh sahaja. Kurang tidur boleh membuatkan memori otak terganggu. Umumnya, waktu tidur sesorang dewasa adalah sekitar 7 hingga 8 jam sehari. Mereka yang tidur lebih sedikit mempunyai hormon stress, kortikosteron yan lebih tinggi. Hormon ini mengganggu reproduksi sel pada otak orang dewasa. 


Waktu kecik dulu bila cikgu tanya aku kata hobi aku kumpul setem, tapi haram sekeping setem pun tak ada. Sekarang hobi aku tidur. Boleh camtu? Apa pun jom check fakta tentang tidur :

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Ketika kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  •  Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu tidur.
  • Suhu tubuh akan menurun drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
  • Otot-otot tubuh menjadi lumpuh ketika tidur.
  • Walaupun kita sedang nyenyak tidur, ada beberapa bahagian daripada tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya si ibu akan selalu bangun ketika bayinya menangis.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. Selepas 5 minit terjaga, kita akan terlupa hampir 50% daripada mimpi malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.
  • 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi.
  • Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.



SUMBER :
http://suffer.frenzyfm.my/2011/02/fakta-menarik-tentang-tidur.html
http://clickcentre.blogspot.com/2008/04/fakta-menarik-tentang-tidur.html





Thursday, May 26, 2011

From Johore To Sg. Petani







Sedar tak sedar dah dekat sebulan aku kat Sungai Petani. Walaupun kehidupan berlangsung seperti biasa, banyak jugak perubahan kalau nak dibandingkan dengan Johor. Memang la banyak beza. 


Johor : Nak balik kampung ambik masa sampai 12jam. Cuba kira berapa duit tol dan minyak pergi balik? Tu belum lagi berhenti makan kat hentian yang kadang-kadang tak releven harganya. Plus beli jajan lagi. Maunya lebih dari RM20!
SP : Sejam jer dah boleh sampai kampung. Pergi balik minyak baru RM20.


Johor : Duduk hujung tanjung nak pergi mana-mana semua jauh-jauh. Merungut la nak beli apa-apa pasaraya jauh. Even Kipmart  dan Econsave kat Kota Tinggi nak pegi sebulan sekali pun payah. Dok tempat jin bertendang camtu la..
SP : Cs, Tesco, Giant dan segala shopping complex sejengkal pun  malas nak singgah. Buat alasan sesak, susah nak parking, malas nak berjalan n soon. Manusia memang tak pernah puas. Tak tahu bersyukur!


Johor :  dok dibalkoni rumah boleh nampak laut yang luas terbentang. Kapal-kapal yang berlabuh cantik pemandangannya. 
SP : Di balkoni nampak permandangan gunung jerai. Rumah depan masjid. Kubur mencantikkan lagi permandangan mata. Senyum..Nanti kesitu jugak kita..


Johor : Pisang goreng pakai tepung biasa 4ketul seringgit plus sambal kicap.
SP: Coq pisang pakai tepung adabi lagi, seringgit berapa ntah. Hari tu beli tiga ringgit banyak gila. Tapi mana ada sambal kicap..


Johor : "Bagi tauhu seringgit", Lalu abang pasar membungkus tauhu sebanyak 4keping. Done..
SP "Bagi tokua seringgit", Lalu adik pasar menjawab, "satu 4kupang kak!"


Johor : Nasik lemak bungkus RM 1.50 satu. Lepas makan still lapar lagi. Plus kuih seringgit baru kenyang!
SP : Nasi lemak sebungkus 5kupang. Makan dua sengkak perut. Baru seringgit kan?


Johor : Dapat tengok siaran indon dan Singapore. Yang paling best iklan indonesia yang selalu bikin aku gelak guling-guling. 
SP : Layan jer la tv malaysia. Best jugak...Astro pun cerita ntah apa-apa..


Johor : Cuaca sejuk, best...
SP : Tidur malam berpeluh jugak kalau tak bukak tingkap.  Tapi ok la sikit dari Alor Setar, Lagi hangat!


Johor : Bersepah2 tempe. Senang jer nak carik otak-otak.
SP : Tempe kat market besaq ja ada. Kepala hotak ada la.kihkih


Bersyukurlah apa yang ang ada muni oi...



Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat wafiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)



Sekian..







Tuesday, May 24, 2011

Fakta Tentang Senyum Dan Ketawa


Senyum tak perlu kata apa-apa..Senyum..Best kan lagu tu. Aiman suka betul! Hari nie nak share fakta tentang senyum dan ketawa :
  • Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. 
  • Ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat, kemudian kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Ketika ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  • Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kerana apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira.
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan menambah kemasukan oksigen dalam darah. 
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. 
  • Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. So korang senyumlah..
macam kambing nie..kihkih..



Monday, May 23, 2011

Pesanan Nabi Sebelum Tidur



Korang sebelum tidur doa apa yang korang baca? Sekadar perkongian ilmu yang boleh kita sama-sama amalkan. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Betul tak?

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara pada suatu masa?"

Rasulallah tersenyum dan bersabda : 

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
* Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
* Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
 * Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
* Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3 x )


Sekian untuk perkongsian. 





Sunday, May 22, 2011

Kenapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya..



*Indah betul kata-kata diatas, tiba-tiba mood jiwang datang..Terima kasih en suami atas segalanya. Tanpamu sayang, tiadalah bahagia, Tanpamu sayang, tiadalah cinta. Tanpamu sayang hidup pasti sengsara. Tidak dapat bayangkan hidup tanpamu. Sila muntah hijau skang!kihkih..




SUMBER : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/835.html





Nasi Lemak Terbaik Di Utara



Panas matahari sudah memancar. Hasrat hati nak sarapan nasik lemak. Tapi sungguh aku malas, bersenang lenang kuak lentang berenang bagai di atas katil hingga dinihari. Breakfast bertukar jadik lunch!


Nasik lemak terbaik di Utara? kahkah..Tajuk bikin gempak! Rasanya alahai..biasa2 saja. Setaraf la nasik lemak kat gerai yang korang selalu makan tu.hoho. Setelah menambah nasik lemak masakan isteri buat kali kedua, en suami bersuara, " nasik lemak terbaik diutara nie..". Buat bodoh saja! Tak tahu ini satu pujian atau perlian?


Cuma ikan termenung saja stok lauk kat peti ais. Layan!
Ini budak kekenyangan selepas makan nasi lemak.


Macam biawak kekenyangan dah nie. Dok layan Apa Saja FBI, si Eira Syazira nie bercinta dengan mamat penang nie pulak ka? Buat ramai betui!haha..





Fatwa JAKIM : Haram Menikahi Gadis Sekampung



BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..........!!!



hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)




* Ceh! serius lawak. Gelak guling2 macam tenggiling! Penat gelak aku nak tidoq!tata...











Saturday, May 21, 2011

Asal Usul Nasi Lemak



Alhamdulillah kekenyangan sebab baru lepas makan charkoteaw Sungai Dua. Telur ayam dibasuh.haha. Dalam kegembiraan terkejut mendengar berita tentang malapetaka yang berlaku terhadap anak-anak yatim di Hulu Langat. Takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh. 


Nasi lemak makanan kegemaran ramai. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan. Tapi hari-hari ada orang jual nasik lemak. Tak makan rugi!hoho..Korang nak tau asal usul nasi lemak?




Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum. 


Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. 


Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati. 


Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.

Begitulah kisahnya bagaimana nasi lemak mendapat namanya. Entah betul ke tak aku pun tak tau..Yang aku tau esok pagi nak masak nasik lemak jugak. Tergoda melihat nasi lemak Cik Betty pagi tadi lor!




SUMBER : http://layan.7.forumer.com/a/asal-usul-nasi-lemak_post118.html







Contest Blog Paling Comel



Assalamualaikum semua..


Pagi yang indah dibandar kedua terbesar di Kedah. Hari Sabtu pertama sebagai budak baru di opis. Perasan baru lagi!hoho..Dah lama rasanya tidak ditag, menyahut cabaran saudara AF, aku nak join this contest :




Cik empunya penganjur, Farina Afza sudah tentulah punya blog yang comel. Pink warna kesukaan ramai gadis! Mak budak cam aku pun suka gak pink..Tapi aku dah menghijaukan blog aku dah lepas berdomain. Comel ke tak blog aku? Layan jer la walaupun bukan paling comel, di antara yg comel pun bolehlah...


Haha perasan pulak..Tak comel takpa, janji hati comel. Jangan jadi seperti orang yg suka memburukkan orang lain. Walaupun blog comel, hati tak comel buat apa. Korang setuju? Kasi angguk korang punya kepala..


Oklah. Tag korang semua.bye!










Thursday, May 19, 2011

Sarapan Cekodok Pisang



Dekat area rumah aku, banyak betul pisang bergantungan di tepi jalan. Makcik jual goreng pisang dan cekodok pun banyak sampai tak tahu mana satu mahu beli. Oleh kerana selera nafsu aku, en suami dan Aiman seperti naga, maka elok aku buat sendiri. Selambak dapat. Boleh makan puas2..


Pulang dari Rekreasi Di Taman Burung, dalam keadaan hujan kami singgah beli pisang. Cuaca sejuk nikmat betul pekena teh panas bersama cekodok panas -panas sambil menonton televisyen bersama keluarga.


Ini cekodok dua hari lepas..sudah jadi taik!
Budak bengis bersama cekodoknya..


Aiman masih lagi tidur. Entah pukul berapa Aiman tidur aku pun tak sedar. Menonton lewat malam seorang diri. Sekali sekala membiarkan Aiman berpesta. Sekadar berpesan supaya menutup TV bila nak tidur. Cuma tersedar bila Aiman merengek mintak susu seperti bayi umur 6bulan. Bezanya bayi 6bulan tak pandai bercakap saja. Bangun nanti mesti si chubby nie akan kata "Aiman lapo". Senangnya jadik kanak2!


Pagi ini hasrat hati nak buat lempeng, tapi tak menjadi. Memang selalu fail buat lempeng kerana asyik melekat di kuali. Terasa macam nak lempang pipi sendiri. Lempeng pun tak reti nak buat. Last-last tambah tepung, buat cekodok lagi..

So hasilnya pagi nie sarapan kami cekodok pisang...









Wednesday, May 18, 2011

Fakta Tentang Burung Hantu



Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan. Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut.


Masyarakat melayu mempercayai burung hantu mempunyai mistiknya yang tersendiri. Sejak dari kecik aku takut akan burung hantu kerana percaya cerita orang tua-tua bahawa bunyi burung hantu pada malam hari membawa petanda adanya benda halus. Korang ada ke cerita mengenai burung hantu?


Hari nie nak share fakta tentang burung hantu : 
  • Boleh ditemui di semua benua kecuali Antartika.
  • Adalah salah satu haiwan yang paling setia kerana hanya kahwin sekali sahaja.
  • Burung hantu betina lebih berat dan biasanya 25 % lebih besar dibandingkan dengan jantan.
  • Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.
  • Dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung hantu mengalami rabun dekat, ia tidak dapat melihat dengan jelas apa sahaja yang berada betul-betul di hadapannya.
  • Matanya tidak bergerak ketika melihat meskipun memiliki penglihatan binokuler seperti manusia.
  • Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya (kepala).
  • Ia mempunyai 3 kelopak mata : 1 untuk mengejapkan bila ada gangguan, 1 untuk tidur dan 1 untuk membersihkan mata.
  • Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Oleh itu kebanyakan burung hantu aktif pada malam hari. 
  • Burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.
  • Burung hantu adalah pemangsa dan sangat membantu manusia dalam membasmi  tikus.
  • Hanya burung hantu jantan yang berwarna putih sempurna seperti Hedwig. Walau karakter hedwig adalah betina, kenyataannya ia burung hantu jantan.
  • Yunani kuno percaya burung hantu adalah lambang kebijaksanaan.


SUMBER :