Pixajoy

Monday, July 16, 2018

DIY Nasi Himpit



Zaman jimat cermat penuh berhemat ni tambah-tambah lepas raya dengan gaji lambat lagi marilah kita buat sendiri nasi himpit.haha Jimat banyak nak beli memang makan modal jugak la.. Dulu pernah sekali aku buat, ni cuba buat sekali lagi dalam kuantiti banyak nasib baik jadi. Tempohari buat untuk jamuan raya office pastu jamuan raya Afia pun prasekolah diminta menyumbang nasi himpit, kali kedua buat lebihkan untuk makan sendiri.

Tada...aku buat kuah kacang ayam je.

Resepi DIY Nasi himpit. 
Basuh beras hingga bersih kemudian isi beras 1/3 daripada plastik. Stepler dihujung pastu cucuk dengan lidi buat lubang. Rendam beberapa jam sebelum rebus.

Rebus sampai masak ye

Toskan dan biar sejuk

Potong dan ngap. 


Mudah je kan. Boleh guna plastik aiskrim, plastik yang 4 segi tu apa-apa size je janji isi beras 1/3 daripada plastik. Aku guna plastik air en suami niaga bulan puasa, mana yang ada kita belasah guna tak payah beli.




Saturday, July 14, 2018

Jamuan Raya Office & Sekolah



Kejadian Isnin lepas. Jamuan raya office ni unplanned, officemate aku Nida nak buat laksa, so kita buat ala potluck je la..sapa rasa nak buat kenduri bawa makanan, nak bawak perut saja pun no hal.huhu..Even makanan tak variasi Alhamdulillah kenyang, siap boleh jemput lagi staf dari office lain mai makan.

Main dish laksa utara, sedap secukup rasa. Sempoi ja isi dalam bekas ikea aku, kes terlupa bawa bekas cantik.

Ni aku buat last minute, DIY nasi himpit dan kuah kacang. Memang pasrah je la buat tambah menu. Berasa macam takda makanan aku pulun jugak buat berserah kalau jadi bawak, tak jadi makan sendiri haha Alhamdulillah menjadi juga walaupun rasa so so je tapi niat ikhlas tau nak jamu kawan-kawan makan.huhu

Merasa juga ketupat Kelantan. Kak Wan Mek Klete buat..ohh rupanya dah siap isi serunding kat dalam ketupat pertama kali aku makan jakun sungguh.haha..Masa macam ni la kan dapat merasa makanan negeri berbeza plus air tangan kawan-kawan.

Kek Coklat Kukus Lembap & Kek Planta Chocholate Rice. Dua2 aku buat ni memang untuk potluck. Yang Kek Planta tu terhangit sikit tapi masih boleh makan. Kek Coklat dah selalu buat, cuma rasa berbeza sikit la dah ikut resepi berbeza, just nice lembap dia.

Tembikai pencuci mulut sumbangan Kak Aifah

Kak Wan si pembuat ketupat Kelantan

Staf Pentadbiran & RSAT

Staff Tadbir

Kak Aifah & Nida

Walaupun muka buruk plus bulat tempek gak sebab ni ja pic yang ada. Aku ni tak berapa galak sangat nak bergambar, sejenis kaki makan..tu yang gambar makanan je ada.

Hari Rabu pula jamuan raya sekolah. Setiap tahun aku tak pernah join pun, ni sebab Afia je ibu pulun gak la pergi bawak dia. Lagipun prasekolah memang cikgu minta parents bawa dan pantau anak. Snap siap2 nanti sampai sana memang tak sempat bergambar kenangan, dah kalut nak makan dan kepung Aryan. 

Kak Pia 

Perut Aryan seksi tu hahaha

Ibu bersungguh dah kontrol, Aryan ni tak pernah elok la huhu 

Muka ada senyum kalut nak pi jamuan raya.

Booth makanan punya la banyak tak tertaip dah aku. Aku cuma makan nasi, laksam, cucur udang dan ketupat rendang je yang lain tak daya dah nak rasa pun, kenyang.

Dia belasah dadih 2 cawan, kotor habis baju pastu minta buka baju tayang perut boroi dia.haha

Makan nasi abah masak. Abah depa and the geng pun join jamuan sekolah semalaman tak lena sediakan booth nasi gulai daging.


Petangnya en suami bawa balik nasi dan bubur gandum, makanya seharian ibu gantung periuk belanga. Alhamdulillah rezeki hujung Syawal. Till we meet again next Syawal Insyaallah.








Thursday, July 12, 2018

Resepi Tart Telur Pemanggang Ajaib



Ni kes teringin tart tapi malas nak kelebet shell kecik-kecik tu so kita buat versi pemanggang ajaib. Dua kali aku buat sebab resepi shell dia ni cukup untuk dua. Pertama aku buat filling telur pastu blueberi cheese. Yang blueberi cheese tak sempat snap dah sodaqollah.

Resepi Tart Telur Pemanggang Ajaib


Resepi shell
2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan marjerin + secubit garam + sebiji telur. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Bentuk doh menjadi tart shell mengikut permukaan pemanggang ajaib. Biar berlekuk dekat tengah, bahagian tepi bentukkan pakai garfu. Shell tak perlu bakar. Isi filling nanti terus bakar je.

Resepi filling Telur
1 tin susu cair + 3 biji kuning telur + garam secubit +  1 sk esen vanila + 1 sb tepung jagung + 1 sb tepung kastard + 4 sb gula, blend or kacau rata, tuang dalam shell pastu bakar atas api hingga masak.

Resepi Filling Cheese
250  gm Creamcheese + sebiji telur + gula aising secukupnya. Putar sampai kembang. Paipkan blueberi jam atau jem kesukaan pastu isi adunan cheese sebelum bakar.

* Bahan filling telur tu aku panaskan sekejap atas api kacau rata baru tuang dalam shell. Ni tips kalau nak pakai pemangggang ajaib supaya shell tak overcook.

Dah sejuk boleh ngap

Resepi ni nak bakar pakai periuk atas api pun boleh..kalau takda oven pun boleh makan tart tau. Yang penting rajin. Nak beli mahal juga, buat sendiri puas makan.



Monday, July 09, 2018

5th & 6th Raya 2018



Sambung cerita raya. Tak ada apa sangat dah kisah raya, tapi nak tempek jugak gambar kenangan raya 2018.

Abah depa ni setiap tahun mesti beli bunga api. Konon nak bagi anak sendiri dan anak-anak sedara seronok, rasa kemeriahan raya. Tapi dah mai ramai ragam macam-macam la kan. Tak sempat habis jugak bunga apinya bawak balik Penang sambung main kat sini.

Jenuh pantau sado pun nak main jugak

Habiskan saki baki bunga api yang ada

Raya kelima konon nak sambung beraya beberapa buah rumah lagi, tapi en suami tak berapa sihat, dengan Aryan pun dok buat perangai. Keluar pi beli kek je untuk birthday boy, balik masak dan lunch kat rumah.

Pose sebelum keluar

Bagi la apa gaya pun anak oii

Model hidung kembang

Malamnya jiran ajak makan depa buat BBQ. Setiap tahun pun memang kami dijemput. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Tak payah dah la ibu masak untuk dinner.huhu

Mari makan berjemaah

Menu BBQ macam-macam ada

Raya ke 6 tiba masa berkemas untuk pulang kepangkal jalan. Seminggu cuti tak terasa. Sebelum balik singgah port ibu berkubang masa kecik. Selalu balik tak pernah bawak anak-anak round sini. Tunjuk ke anak-anak tempat ibu lepak masa kecik. Depa dapat baling batu dalam parit pun dah seronok. This is my kampung, tempat ibu membesar. Pulun snap picture tengah panas.

Port ni jugak ibu bergambar masa dulu2. Nanti kita cari semula gambar dalam album.


Tali air ni dulu tempat kami berkubang. Titi biru pun dah takda. Dah jadi longkang

Mari kita Selfie

Mata sepek menahan cahaya panas.huhu

Dah jom balik

Abang Aiman pun pulun selfie.hihi

Aryan buat spoil

Sampai SP terus pergi cari makan dulu. Anak-anak nak makan KFC so kami pergi CS tapi kata adik KFC ayam habis 1 SP, nala orang makan ayam musim raya ni haha.  Tukar plan makan kat foodcour Amanjaya Mall. Pastu budak-budak ni kalut nak basikal. Dah lama nak belikan tapi bertangguh-tangguh. Kali ni melabur la duit raya kat basikal sorang sebijik.


Aryan sado ni banyak plak pit stop dia kalau ke mall.

Baru turun lori ni basikal baru mari

Yey adik dapat basikal

Goodbye kampung. Tamat cerita raya kami. Raya haji nanti tak tau la dapat balik ke tak sebab dah tentu dah ibu kena kerja.





Tuesday, July 03, 2018

Resepi Muffin Coklat Chips



Muffin ni buat untuk birthday celebration Aryan tempohari. Banyak juga resepi kek coklat aku dah cuba. Semua rasa lebih kurang sama je bahan-bahan dan dari segi rasa. Yang ni guna resepi Muffin Coklat dari Azie Kitchen. Aku skip letak nescafe. Kat rumah memang jarang beli kopi pun. Nescafe lagi tak pernah ada. Pastu aku add on coklat chips, kurangkan sukatan gula dan tukar minyak kepada planta cair.

Macam biasa tempek sini resepi. Next time senang nak repeat buat, klik2 je.


Resepi Muffin Coklat Chips

Bahan A : Ayak or sebatikan semua bahan.
2 cawan tepung gandum + 1 Cawan serbuk koko + 2 sk baking powder + 2 sk soda bikarbonat + secubit garam.

Bahan B
1 1/2 cawan gula kastor + 1 cawan minyak or marjerin cairkan + 1 cawan susu cair + 3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara - cara : Campur semua bahan B kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.  Masukkan air panas kedalam adunan, kacau rata. Cedok adunan 2/3 ke dalam cup tabur coklat chips kemudian bakar ikut oven memasing. 

 
Zoom..

Bakinya isi cup kertas ni pulak

Must try..sedap la bagi aku. Lepas raya ni aku memang jadi agak pelahap sikit. Aku sorang ja dok ulang makan sampai habis.hehe



Monday, July 02, 2018

2nd, 3rd & 4th Raya 2018



Sebelum kisah raya terkubur mari laju2 update. Rangkum cerita 3 hari terus senang. Lantak la gambar selambak, membebel sekati dengan entry panjang berjela pun janji ada kenangan.

Raya kedua stay Alor Setar je tak jalan mana. Dok rumah pakat masak dan makan. Plan asal nak balik Nibong Tebal tapi sebab ada famili Pak Usu kita postpone esok. Aku masak kuah laksa permintaan pak mertua. FIL kata kuah laksa aku sedap..so aku masak la even tak reti pun kalau masak jenis banyak, hentam sajalah labu kekdahnya.

Nyummm

Adik ipar masak lauk pastu makan nasi reramai. Dessert bubur labu juga menu raya kedua, ni pun kejap je seperiuk licin dah ramai kan.

Bawa pi dapur senang. Jenis nak makan sendiri pastu makan tumpah penat nak lap. Takut ibu hangpa jadi ponti..maktok hangpa jadi hijo ja nanti.huhu

Malamnya adik ipar dok sebut pasal cheesetart, shells dia dah buat..cuma filling tu semua pakat letih nak kerjakan. Aku tolong putaq cream cheese pakai tangan dah mixer mak berasap pulak. Asal aku guna je semua barang jahanam..memang spesis tangan pelingkup ke apa. Nasib la mak dapat menantu hantu.hahaha..

Blueberry cheesetart..emm dap!

Budak pencinta makanan

Esoknya sebelum bertolak balik kampung aku, kami sarapan mee goreng. Adik ipar aku goreng wallah sedap wey. Kuih apom lenggang tu abah beli. Famili Pak Usu pun bertolak balik Johor sesama pagi ni. Selisih kat Tol Juru pastu call Pak Usu, kami dah beraya sampai Penang balik malam pun depa tak sampai Melaka lagi. Musim raya jalan jam la.


Selang setahun sekali je dapat cuti raya, so bila dah cuti kita atuq sakan la rumah nak beraya. Mana yang sempat kita terjah. Raya kampung aku yang mak pak dah tak ada ni, kalau kita tak cari sedara ziarah memang terputus ikatan. Musim raya musim kenduri je la nak jumpa adik beradik sedara mara sambung ukhuwah.

Jom balik Penang

Kak Pia dalam kereta salin pulak baju kurung. Almaklum baju raya banyak. Sakan la ber ootd.

Ibu hangpa pulun 

Tak sampai rumah lagi singgah rumah mak kawan baik aku dulu, Syida. Setiap tahun macam rumah wajib gak ni. Dari zaman sekolah memang rapat dengan famili Syida. Mak Syida masak laksa kuah ayam. Selalu orang dok buat laksa kuah ikan kan..ni guna isi ayam..must try.

Aryan kat mana ada makanan situ ada dia. Kak Pia pulak mana rumah dia pi mesti ada 1 kerepek peberet pastu bertekun habiskan sebalang.haha.. 

Nak snap bebudak ni macam-macam hal. Adik dok elok Kak Pia buat perangai..begitulah sebaliknya.

Kami red team.

Makyong Syida..Alhamdulillah 7 tahun kawen baru pregnant. Moga dipermudahkan hingga bersalin buatmu sahabat.

Selesai raya rumah Shida kami gerak balik dulu. Plan dengan adik aku nak beraya sama ke rumah Abang Pin. Kat sini kami dijamu koteaw goreng. Sedap jugak. Kak Ipaq aku ni masak apa ja tak sedap.

Hadoii adik oii keja makan ja 

Adik bongsu Acu Ain dengan twins Khaira Auliya.

Rumah kakak-kakak aku destinasi terakhir. Kami ke Teluk Tempoyak sampaikan hajat salam kokok sekali harung sebab Sabtu depan tu anak menakan aku kahwin kami tak dapat hadir. Ni rumah kak lain mak, anak menakan pun tua dari aku dah.

Setiap kali mai sini depa layan jamu macam-macam. Afia dengan Aryan lena tak sedaq kediri dalam kereta.

1st round lemang, nasi himpit dengan serunding. 2nd round nasi goreng dengan bihun goreng pulak siap tapaukan kami bawak balik.

Raya ke empat misi beraya rumah jiran dan kawan-kawan aku. Sesi pagi selesai 5 buah rumah kami terjah. 

Selfie sat ngan anak dara. 

Ni ngan Pak dara plak

Rumah jiran pertama

Rumah jiran ketiga

Rumah jiran ke empat, merangkap tok guru mengaji merangkap kawan sepermainan gak ni. Yang aku dukung tu baby Harraz. Ikut pangkat aku ni dah Toklang dah. Tok muda dukung cucu sebaya anak.huhu

Rumah ke 5 rumah sepupu aku

Selesai 5 buah rumah, pakat mengantuk teruk, kami berhenti kat stesen minyak beli air pastu en suami minta nak tidur kejap. Plan asal nak pi rumah Maksu, tapi cari-cari rumah kawan aku yang katanya flat belakang taman Maksu rupanya salah flat. Banyak dah buang masa kt sini. Rumah Maksu pun dah kemana dah.

Akhirnya sampai jugak rumah Milah. Milah masak mee goreng dengan kuih muih siap tapaukan juga untuk Afia Aryan.

Acik Milah ajak selfie

Apalah nasib petang ni cari rumah kawan aku Ben pun sama tak jumpa. Pastu dia suruh laki dia tunggu kat depan tunjuk rumah. Kami ikut map dia pi tunjuk rumah lain. Sebenarnya dah pernah datang sekali 3 tahun lepas tapi tu la rumah kedalam sangat tak ingat dah jalan.

Main sakan tak heran orang jamu laksa

Ni kawan dari zaman sekolah..sampai habis sekolah keja kilang sekali. Banyak memori minah kilang bersama beliau.

Ok last but not least, tamat cerita raya untuk kali ni. Nanti sambung lagi 5th & 6th Raya. Yang ni janji last raya entry.hehe