Pixajoy

Wednesday, January 31, 2018

Sebulan Persekolahan Afia




Sebulan berlalu nampak Afia masih kekalkan momentum suka sekolah. Alhamdulillah. Sejak sekolah ni dah rajin sikit ambik buku nak buat latihan. Kalau dulu bab menulis ni dia kan liat sikit.

Buku ibu beli ni dia ikut ibu pi opis mesti ingatkan suruh bawa.


Homework

Buat latihan menulis kat rumah

Ibu tempek kat sini aktiviti Afia kat sekolah sebagai kenangan. 

Minggu kedua ibu hantar ke kelas

Belajar anggota dekat kepala in english. Bagusnya pra tahun ni 50 % pembelajaran in english. Balik rumah bila revision dia jawab dengan betul word in english yang dia dah belajar.

Lagi gambar Afia dengan kawan-kawan cikgu update kat group whatsapp.



Kejap bertudung kejap tak. Agak-agak panas ikut dan dia la boh tudung dalam beg

Nampak tak dia sorang je pose model. Orang lain tak kisah pun cikgu snap pic.hahaha

Main kasut tarik2 katanya

Aktiviti seni cikgu minta bawa apron dan paper. Cikgu pakat berkenan dengan apron Hello Kitty Afia. Tak ada jual cikgu ni bundle awesome.hihi

Senget benget habis tudung.hihi

Cikgu minta bawa gambar famili mana nak ada. Ibu print hitam putih jadi la.hihi

Hari-hari semangat nak sekolah. Bila cuti je tanya esok sekolah ke. Nampak dia happy sekolah. Balik sekolah je kalau ibu jemput kemain ramah semua kawan semua cikgu dia bye. Ni  semalam Afia muntah kena cirit nangis nak pi sekolah jugak. Over!

Dah tak sihat tu dok diam2 kat rumah sudah.hihi




Thursday, January 11, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 3



Yey tamat juga buku 3. Lama juga stuck dekat buku 3 ni sebab bercuti sakan. Dekat 3 minggu juga la bermula Afia ikut abah pergi Johor bersambung cuti - cuti Langkawi pastu seminggu mula sekolah tak nak pressure dia dengan apa aktiviti kat rumah. Tak campur lagi cuti skip sendiri bikin.hehe

Alhamdulillah lepas banyak buat latihan gabung bunyi terus baca nampak Afia dah makin ok dah tak mengeja bila baca. Aktiviti yang kami buat masa Buku 3 ibu tempek sini sebagai kenangan.

Ibu buat matching shapes kat Adik Aryan sebenarnya tapi nampak Aryan belum pandai lagi nak padankan...kalut sangat buat awal.hihi tapi takpa dapat idea tulis perkataan BAK 3 minta Afia baca dan match.

Hello Kitty Pocket Chart. Ini ibu buat untuk mantapkan gabung bunyi..bila gabung tu dia eja je ibu ingatkan terus baca..terus sebut...hasilnya wow juga..boleh guna untuk gabung bunyi buku yang akan datang.

Afia tekap gabung bunyi buku 1 sampai 3 atas kertas pastu macam magik tulisan nampak kat bawah. Pakai kertas tekap je. Sambil tulis sambil sebut.

Feed the shark. Ibu tulis perkataan minta Afia baca pastu bagi shark makan. Pretend play yang bagus juga untuk imaginasi. 

Ibu lekatkan tape tulis perkataan kat baby doll minta Afia cari kat anggota badan doll tu pastu matchingkan dengan perkataan yang ibu lekat dekat dinding almari. Aktiviti untuk mantapkan gabung bunyi juga.

Game gabung bunyi dengan flashcard dan latihan menulis.

Guna toaster yang sedia ada kat rumah. Phonics bread tu ibu buat tulis perkataan, sambil pretend play sambil baca.

Bila tengok kat IG ada bina huruf pakai playdoh Afia pun ajak buat. Ok kita buat perkataan dalam Buku 3

Hadiah playdoh ice cream tu bagi in advance sempena dapat habiskan Buku 3. Baby doll dan barbie doll pun beli upah supaya rajin baca.hahaha...

 Afia dah mula sekolah. Minggu orientasi selama 2 minggu dah tamat. Minggu depan akan belajar macam biasa harapnya dia tak keliru kalau kat sekolah cikgu ajar baca cara suku kata. Masa beraktiviti semakin terhad sejak afia dah sekolah ni, kita cuba teruskan sampai ke penamat Insyaallah.




Sunday, January 07, 2018

Kisah Afia Sekolah



Seminggu berlalu. Hari ni dah mula sesi minggu yang kedua persekolahan. Nak simpan juga cerita kenangan Afia sekolah kat sini. Biar nanti jadi bukti kisah tragis Kak Pia kena rasuk di hari pertama.haha..

First day ibu duty malam, so pagi tu siap dari office ibu terus ibu abah hantar ke sekolah. Alhamdulillah Afia sejenis yang senang bangun tak ada masalah mandi pagi macam Abang Aiman juga.

Kat kantin nampak muka nervous dia tapi sempat tau peace bila ibu snap. Perhati balik gambar tu memang nampak kerisauan di muka dia.

Abang Aiman cool seperti selalu. Tahun ni dah Darjah 5. How time flies.


Sampai dekat kelas cikgu tanya nama apa terus macam lain dah muka. Afia tak jawab apa cikgu tanya pastu tak nak masuk kelas. Punggah ibu kata.hahaha..Pujuk punya pujuk dah nangis dah. Ajak masuk kelas sekali dengan ibu tu pun jenuh pujuk kat kerusi pun dia tak nak duduk..pujuk lagi siap sogok dengan mainan apa pun tetap nangis. Bila tanya kenapa nangis Kak Pia takut apa dia kata takut cikgu. Cikgu punya baik punya comel camtu dia kata takut. Alasan sangat.haha.

Lepas dah habis modal pujuk sampai ibu rasa dia dah tak boleh makan pujuk ibu terus keluar je dari kelas. Ibu nak balik tu dia melalak punya teruk berlari depan pintu cikgu tangkap tutup grill depan, pintu belakang dia lari.

Masa ibu dah jauh sikit dari kelas ibu nampak dia meronta depan pintu jerit tak nak sekolah. Abah bagitau siap adengan mengamuk tarik tudung lagi ok.haha. Padahal dia yang excited sangat nak sekolah tiba hari pertama macam kena rasuk. Ibu suspek Afia mungkin terkejut kot. Masa mula tu dia tunjuk bilik taklimat yang kami pergi hari tu mungkin dia bayangkan tu kelas dia. Tiba-tiba sampai macam asing bagi dia tu yang jadi takut.

Abah masih kat depan pintu luar katanya tak sampai hati tengok anak melalak camtu rasa nak bawa balik ja bagitau cikgu tahun depan je hantar sekolah.kihkih.Balik rumah ibu abah dok risau ke dia je, tak lalu makan dah tak expect la hari pertama tu sangat teruk dari apa yang ibu bayangkan. Abah kata takut dia melalak sampai 2 jam nanti keras kejung.hahahaha..Walaupun risau, hati ibu rasa dia mesti ok..pandai la cikgu nak handle kan. 

Tiba waktu balik, masa ambil kat kantin tu nampak Afia ok. Dia datang kat ibu tanpa tudung dengan rambut serabai. Ibu tanya Kak Pia ok tak sekolah. Dia kata ok..best sekolah...hari ni belajar kaler...pastu tanya makan apa dia cerita minum milo makan mihun goreng. Cikgu pujuk bagi coklat katanya. Kak Pia suka cikgu baju purple tu yakni cikgu yang pujuk dia..tu la mula-mula kata takut.hihi

Cikgu pun cerita bagi coklat dia kata nak aiskrim. Amboi Kak Pia dalam dok drama tu pun boleh demand sangat tau.hahaha. Bila tanya esok nak sekolah tak, dia kata mau, tak mau nangis dah esok. Lega ibu abah.hehe..


Balik sekolah terus ikut ibu pos barang.

Ibu ajak ke Pejabat pos teman dia kata nak pakai tudung ni yang bertudung semula. Letih sangat kot melalak pagi tadi sampai tertidur dalam kereta.

Sampai rumah dok buat manja pulak tak larat jalan. Abah dukung naik tangga sampai atas..ibu pun sepanjang hari layan elok nak jaga hati punya pasal..hahahaha..

Hari kedua nampak sangat excited nak sekolah. Hilang dah kerisauan di wajah. Ceria je..ibu hantar sampai depan pintu terus balik. Dia masuk elok je tak nangis Alhamdulillah.

Peace..

Balik rumah hari kedua tu bagitau cikgu belanja nasi goreng ( padahal makan kat sekolah ) pastu cikgu bawa pi padang main bulat ( pegang tangan buat bulatan tu dia maksudkan)  pastu kutip coklat. Cikgu kata kena rajin sekolah nanti cikgu bawa mandi kolam. Cikgu beli 3 kolam kat Tesco katanya.hahaha...

Hari ketiga tak sempat snap dah ibu kalut kerja office hour dengan abah niaga pagi hantar Aiman Afia ke sekolah pun dah lewat. Hari ni pun ok mood baik je.

Balik school ibu belanja aiskrim. Tudung masih on point time balik ok la kan.hehe

Esoknya ada aktiviti air cikgu dah inform kat group whatsapp pastu bagi surat. Betul la dia kata cikgu nak bawa mandi kolam.hehe.. Bila tanya nak pakai baju apa.. Afia kata nak pakai bikini frozen dia tu. Tak boleh la seksi sangat terkejut cikgu nanti.

Petang tu dia tidur jaga lepas maghrib siap mandi macam mamai dok tanya nak pakai apa pasal baju mandi dia semua rupanya dia ingat dah pagi. Kes tak sabar nak mandi kolam sangat la tu.hahaha

Cari dalam almari jumpa yang ni boleh la kan. Pose macam-macam gaya la bila suruh try.

Hari ke empat abah niaga ibu kerja pagi abah hantar sekolah Abang Aiman tolong hantar ke kelas. Antara gambar aktiviti minggu pertama cikgu update. Ibu teruja tengok Afia dah sekolah...moga dapat semua input yang cikgu ajar dan behave sepanjang tahun. 

Aktiviti mengenal jantina boy and girl kata cikgu.

Tak sabar dah tu nak mandi kolam

Mandi kolam belakang kelas. Macam sardin tin camni pun dah seronok sangat dah la Kak Pia.hehe..

Setiap petang balik sekolah tidur. Letih teruk sepanjang minggu. Kain pelikat busuk Abang Aiman tu dia buat selimut.

Ibu tengok dalam beg ada 2 kertas dot dot activiry Afia buat kat sekolah dia tak siapkan bila tanya kenapa tak buat boleh dia kata malas. Afia bab menulis mewarna memang dia drama sikit nak buat. Nak aktiviti je kalau kat rumah pun. Bukan tak pandai tapi banyak alasan. Harap-harap dah sekolah ni makin ok.

Ni kertas yang dia buat kat sekolah mewarna pun dah makin ok. 

Ibu lega nampak Afia happy sekolah. Cuti dua hari kalut tanya bila nak sekolah. Harap kekalkan momentum semangat ni ya Kak Pia. Jangan dok buat drama tengah tahun sudah.hehe..

Tahun ni nak mula serius ajar Afia Iqra pastu nak teruskan Bacalah Anakku sampai tamat Buku 8. Dah bagitau ibu ajar cara fonik..kat sekolah cikgu ajar lain..moga Afia tak keliru dapat catch up keduanya.




Thursday, January 04, 2018

Cuti - Cuti Langkawi



Ke Langkawi kali ni aku memang tak banyak snap picture. Tak berapa ada mood plus kalut dengan Aryan sama. Aryan sado tengah fasa meligat, all the time dok kejar dia ja handphone tersimpan dalam beg.

Kami pergi beramai - ramai tujuan utama nak bawa orang Johor, Pak Usu sefamili jalan Langkawi. Bila jalan ramai ni faham je la kan faktor masa dengan banyak kepala tanpa plan semua haru biru.huhu..

Trip ni aku sefamili dengan mak pak mertua plus adik ipar sorang dengan anak 3 orang plus pak usu mak usu dan 5 orang anak..haa banyangkan la punya ramai.

Kali ni naik feri dari Jeti Kuala Perlis.

naughty boy

Selpiaq sat. Kak Pia dengan bantal dia pun nak bawa juga.

Tu kanak-kanak riang dengan beg. Jangan ada yang tinggal sudah.kiki

Ni dah sampai Jeti Kuah. Kumpul dulu semua pastu tunggu van sewa.

Van dah homestay dah arrange siap sebelum pergi. Musim cuti sekolah bersambung Cuti Krismas naya melopong kalau main terjah. Sewa van RM 250 sehari, homestay RM 250 semalam. Kami menginap dua malam, so total van dan homestay 1k kira berbaloi la.

Dapat van pergi homestay hantar beg keluar lunch pastu terus ke Cable Car Langkawi. Jalan-jalan je pusing lawat kawasan baru naik je kan tahun lepas. Boleh baca kat SINI. Famili Pak Usu nak naik cable car memang tak sempat orang punya ramai. Nak naik kena datang awal pagi. 

Aryan sado meligat

Tengok fish 

Famili pak usu shopping souvenier

Wan belanja aiskrim kelapa

Balik dari cable terus masuk homestay rehatkan badan. Kami menginap kat homestay sama last year tapi duduk kat rumah besar yang ada dua bilik. Nanti aku review lain entry. Malamnya keluar ke Haji Ismail Group borong coklat. 

Esoknya Krismas orang macam semut kat sini. Nak shopping pun berlaga bontot. Sementara en suami cari parking aku dah surrander nak handle Afia Aryan. Afia pun merengek tak mau jalan sakit kaki yang Aryan meligat jalan buat mall tu macam pak dia punya. Ibu is stress hahaha

Luckily tetiba Afia tunjuk troli..aku gagahkan diri sumbat budak berdua dalam troli pastu mula shopping. Ni pun punya sesak nak jalan troli pun susah sempit bertembung dengan orang. Tak shopping banyak pun beli coklat sikit dah sampai langkawi kan beli la sikit buat makan sendiri.

Kak Pia demand coklat Hello Kitty

Aryan oh Aryan

Malam tu tapau sate 200 cucuk dengan nasi himpit makan kat homestay. Esoknya planning asal nak naik bot pusing pulau tapi macam-macam hal cancel juga akhirnya. Agak frust juga sebab tujuan asal kami nak naik bot ja..tapi tu la Allah sebaik perancang.huhu..

Dah tak jadi naik bot esoknya kita pusing-pusing pulau. Mula-mula singgah shopping dekat Nusantara Maju & Rambo care pastu pergi Makam Mahsuri. Pak Usu sefamili dengan Aiman ja masuk dalam kami dah banyak kali masuk lepak kat gerai luar. Sementara tunggu kena ABC dengan kuih sambil sembang. Kat sini memang takda snap picture langsung.

Meriah ramai-ramai

Masa kat Nusantara Maju

Kami lunch kat Restoren Kak Yan Nasi Campur ni recommended sangat. Lauk macam - macam jenis plus harga sangat berpatutan. 


Lepas lunch nak jalan lagi tapi ada yang dah penat ajak balik homestay kita ikutkan je la. Petang lepak santai malamnya tak keluar pun pergi dapur masak maggi untuk dinner.

Bebudak ni main badminton

Afia Aryan

Esok pagi kemas-kemas terus ke Jeti dan balik. Tamatlah cuti Langkawi.haha..kami pun orang sponser tu yang ikut. Kalau aku yang plan trip ni memang bebal la tak dapat jalan, takat datang dok kat homestay ja baik tidoq kat rumah.hahaha..

Kemas nak balik

Goodbye Langkawi

Snap kat Jeti Kuah masa balik

Insyaallah ada rezeki ke Langkawi lagi kita..Mungkin 5 ke 10 tahun lagi mungkin tahun depan siapa tau.hihi