Pixajoy

Friday, April 29, 2016

Suntikan Heparin Lepas Bersalin



Selagi tak bersalin hadap je la kisah ilmiah mengandung bersalin dari aku. Dah beranak nanti hadap pulak cerita dan gambar baby tak sudah.hahaha...

Ok pernah dengar tak lepas bersalin kena cucuk? Cucuknya ni dua kali sehari selama 10 hari pulak tu. Inilah yang dinamakan suntikan heparin. Uish masa mula-mula dengaq terkejut juga...sedangkan kena buat bsp pun dah terasa semacam satu bencana. Yang heparin dah tentu lebih sakit, sahih lebam la bahu. huhu



Dalam istilah perubatan susah pulak aku nak menerangkan pasal heparin, cukup kot kita faham yang heparin ni ubat untuk cair darah, untuk mencegah dan mengatasi pembekuan darah. Menurut kata kawan aku (jururawat) heparin lepas bersalin diwajibkan bagi yang melahirkan secara pembedahan, tapi ada juga kes tertentu bersalin normal, contohnya ibu obesiti dan high blood pressure juga diberikan heparin oleh doktor.

Bila aku google rupanya kes yang bersalin anak ketiga dan keatas serta umur yang lanjut pun kena heparin. Pendek kata apa saja golongan yang berisiko mengalami darah beku lepas bersalin kena la kan. Jangan buat main-main boleh bawa maut wo kes pembekuan darah ni.

Katanya heparin ada dua jenis, 1 yang ada unsur khinzir dan 1 lagi bebas khinzir. Yang ada unsur khinzir ni dos yang diperlukan sekali sahaja sehari. Unsur khinzir diharuskan dalam perubatan, so pilihan kat tangan kita. Ambik yang takda unsur khinzir la ye..takda beza sangat kena cucuk jugak bukan boleh lari. 

Doa la moga aku tak kena. Kalau ikutkan faktor yang aku nyatakan ka atas, Insyaallah aku bebas heparin. Tapi kalau kena pun redha je la. Macam aku selalu cakap, dah keluaq seketui (baby) lega dah la..pastu apa nak kena pun lantak.haha..






Thursday, April 28, 2016

Resepi Murtabak Biskut Yummy!



Ni bila ntah berapa minggu dah kot hehe Aiman dan abah pergi stadium tengok bola, tinggallah ibu berdua dengan Afia. Dok fikir la kan apa benda nak makan. Berbekalkan apa bahan yang ada kat dapur terhasillah menu ringkas murtabak biskut. Ingat lagi tak pizza roti menu kegemaran Aiman yang selalu menjadi menu terdesak bila tahap malas berada dipuncak, murtabak ni kira modified dari menu asal pizza roti tu la.

Sedikit ilham yang Allah bagi ni aku share kat sini. Kalau tetiba teringin nak makan murtabak, boleh la cuba resepi ni tau. Tak menahan tu ilham bagai.hahaha..


Resepi Murtabak Biskut

Tumis bawang kemudian masukkan kentang yang didadu + udang/ayam/daging ikut selera kemudian boleh tambah hirisan bawang besar or cili padi kalau suka pedas. Masukkan serbuk kari, perasakan dengan garam, ketepikan. Biskut 4 segi pecahkan dalam telur + bahan tadi pastu goreng macam murtabak aka telur dadar. Siap sedia dimakan dengan sos atau kuah murtabak.

Kentang tu ikut suka kalau rajin rebus dulu. Aku masuk terus je dalam kuali pastu masukkan air, masak sampai air kering atau kentang lembut baru masukkan sumber protein. Yang aku buat kat atas tu guna udang kecik sahaja. Nak tambah sosej ke apa benda suka hati la kan. Kita yang buat dia. Sukatan macam biasa main campak baling ikut suka. Yang penting telur tu kena lebih la. 

Please try this, Insyaallah tak menyesal, tak perlu uli tepung pun boleh makan murtabak kan.












Wednesday, April 27, 2016

Arabic Words Year 3 Untuk Aiman



Ibu masa PMR dulu ada ambil Bahasa Arab. Pastu dekat Uitm, 2 semester juga belajar Bahasa Arab, kiranya basic arabic tu ada la..setakat nak faham dan ajar Aiman sikit-sikit tu bolehlah kan.

Keyword Bahasa Arab ni rasanya kena menghafal, so ibu ambil inisiatif bantu Aiman hafal perkataan Arab dengan cara melukis macam kat bawah ni. Gambar kurang lighting la pulak, dok pulun snap waktu malam. Melukis dan mewarna ni terapi untuk ibu jugak tau. Cantik ke tidak lantak.hihi..




Perkataan ni nanti tampal di dinding dalam bilik Aiman. Sebelum tidur tengok-tengok sambil hafal la anak ye. Moga membantu Aiman dalam Mid Year exam nanti.





Tuesday, April 26, 2016

Petua Menaikkan Uri



Tak salah kan cuba ikhtiar. Bab doa, sujud dan bercakap dengan baby dah cuba buat, nak cuba senaman tu pulak. Ni antara petua menaikkan uri : 


Ni kes malas menaip ye.hehe





Monday, April 25, 2016

Afia & Aktiviti Mewarna



Ibu tengah mood kelaut ni tak larat sangat dah bawak perut.huhu. Bila dah tak berapa rajin nak DIY ABM,  selain aktiviti menconteng, projek mewarna je la pi mai pi mai..Sekarang nampak Afia dah boleh fokus mewarna. Sesambil kaler tu ibu dok polish lagi keupayaan Afia mengenal warna. Walaupun kejap je dia nak mewarnanya tu..layankan je la. Aktiviti santai camni bagus untuk latihan otot tangan dan motor halus juga kan.




Next week birthday Afia. Kejap sangat bambam ibu membesar. Menjangkau usia 3 tahun ni Afia sangat petah bercakap. Walaupun masih pelat, bab bercerita dia memang A. Sekarang dah pandai baca doa tidur, Al fatihah pun dah mula hafal sikit-sikit. 





Sunday, April 24, 2016

Aiman & Buku Latihan Tahun 3



Setiap tahun biasanya aku akan beli buku-buku latihan Aiman dekat Kedai Buku Popular. Ni dari awal tahun haritu beli siap, sekali harung dengan shopping stationaries. 


Buku ni semua memang sangat membantu. Ibu nak jadi cikgu tuisyen pun buka tahu sangat arah tuju nak ajar, melalui latihan buku ni la aku pantau pelajaran Aiman. Selalunya bila Aiman dah habis belajar sesuatu silibus disekolah, dia akan mula buat latihan mengikut tajuk. 

Sebenarnya English books tahun lepas pun ada yang belum habis buat, masa membeli tak ingat hehe, so sesambil tu memang kita cuba habiskan buku-buku yang ada juga. Especially buku grammer dan english writing, ibu yang tak berapa nak pandai ni kena buat-buat pandai la kan..ada jawapan setiap soalan...apa ada hal.haha..



Ujian 1 tempohari nampak Aiman ada peningkatan. English yang selama ni markah corot boleh pulak dapat A. Harap usaha ibu tak sia-sia. Bukan markah yang cemerlang sangat pun ibu harapkan, kalau dapat tu Alhamdulillah..yang penting Aiman buat sehabis baik. Mid year exam pun tak lama lagi, chaiyok Aiman! Chaiyok cikgu ibu!hehe..





Wednesday, April 20, 2016

Suntikan Dexa Mematangkan Paru-Paru Baby



Aku semalam repeat scan ( 31 week) uri masih dibawah, 3cm dari serviks. Kata doktor sepatutnya uri kena 5cm or lebih, nak buat macam mana kena repeat scan ulang alik hospital lagi selagi tak naik. Redha je la..janji tak kena tahan wad.huhu

Back to main topic, ni kes opismate aku turun darah sikit, doktor sarankan ambil suntikan dexa, takut beliau bersalin awal. Aku pun baru tahu pasal suntikan ni terus cari info. Ilmu baru bagi aku, so share sini la kan namanya blog kesayangan.haha..

Suntikan Dexa ialah pemberian kortikosteriod ( I/M Dexamethasone) pada yang berisiko mengalami kelahiran pramatang antara minggu 24 hingga 36. Risiko kelahiran pramatang merujuk pada yang mengalami kontraksi pramatang, leaking or pecah air ketuban atau apa je la tanda-tanda kelahiran telah bermula.

Sebelum usia kandungan 37 minggu, paru-paru baby belum matang. Baby yang lahir sebelum dari tu berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan yang membawa kematian. Disinilah kegunaan Suntikan Dexa. Walaupun katanya ada sedikit side effect, tak dapat dinafikan suntikan Dexa memberi kebaikan kepada baby. Bila doktor dah suggest, ikut je la kan.

Suntikan ni kena ambil secara berpasangan, suntikan kedua 12 jam lepas suntikan pertama. Setiap dos mengandungi 12 gm dexa, kandungannya memang pekat sebab tu la tak boleh suntik sekaligus. Kena suntik perlahan-lahir selama 2 minit. Orang kata memang sakit. Opismate aku tu pun kata sakit jugak. Kena cucuk kat bontot pulak tu. Uwaa demi baby kena relakanlah ye. Apalah sakit cucuk tu kalau nak dibandingkan dengan sakit bersalin.huhu

Aku doakan semoga semua kelahiran ibu mengandung dipermudahkan dan sampai ke minggu yang secukupnya. Nasib aku pun tak tentu lagi ni. Ujian apa pun aku redha asalkan selamat ibu dan baby. Nah belanja 1 gambaq baby comel sebagai penenang.hehe..








Monday, April 18, 2016

Tips Cerai Lampin



Potty train is about dicipline, bukan sebab kita kaya dan mampu nak beli pampers, nak jimat ke apa ye. Prosesnya memerlukan latihan, bukan berlaku secara semulajadi. So kalau tengok anak yang umur 5 6 tahun masih pakai diapers, boleh fikir sendiri nak letak kesalahan pada siapa ye.huhu

Sepatutnya la kan seawal umur 1 tahun bila anak dah mula faham arahan kita dah boleh train anak cerai lampin, tapi aku pun takda la mula awal sangat, pada aku umur 2 tahun tu cukup sesuai la kan..sebab anak dah faham, tahu dan boleh sebut perkataan kencing dan berak. Ini terpulang pada pendapat masing-masing. Pada aku umur 4 tahun pun masih belum free diapers, ini memang kes berat.

Luckily Afia dah mula menunjukkan tanda tak suka diapers sebelum mencapai umur 2 tahun. Bila dia sendiri request nak belajar potty train, proses cerai lampin menjadi semakin mudah. Salah satu faktor menyumbang ke arah cepat cerai lampin aku rasa sebab kat rumah aku pakaikan Cloth Diapers (CD). Selain daripada jimat dan go green, CD memang buat anak cepat peka dengan objek pembuangan depa.

Tapi jangan kata dia tak pernah terkucil atas lantai. Kan aku kata proses cerai lampin perlukan latihan, untuk Afia free diapers di rumah waktu siang, waktu malam, dirumah pengasuh, bila outing dan dekat opis ibu semuanya aku ajar secara berperingkat. Proses belajar potty train setiap dari anak tak sama, ada yang ambil masa lebih singkat dan ada yang lebih panjang. 

Pertamanya kita kena gigih, sabar dan konsisten. Gigih sebab apa..waktu minggu pertama nak potty train anak kenalah pastikan lantai bebas dari karpet, lapik lantai bulu-bulu tu ke or apa je la. Hari pertama kedua tu memang anak akan membuang atas lantai. Takda la meroyan karpet harga juta-juta bau taik kan.

Sebagai ibu jangan mudah putus asa, komited dan sabar. Benda baru semuanya perlukan pengorbanan. Beri anak ruang untuk depa belajar, bukan paksa. Setiap anak tak sama, ada yang kena berlembut, ada yang suka kata pujian..ada yang kita kena bertegas. Gunakanlah pendekatan yang paling sesuai. Kita sendiri je yang tahu dan faham anak kita macam mana kan.

Keyword yang aku guna dari zaman Aiman lagi ialah kena kerap tanya, selalu cakap dan beri tumpuan lebih pada anak. Kena rajin kalau boleh setiap sejam sekali tu bawa anak ke toilet. Sepanjang hari tu kena tanya, kena sentiasa bercakap nak kecing ke tak..nak kencing nak berak bagitau ibu..ulang-ulang je ayat tu jangan jemu.

Bila anak membuang kat tempat tak sepatutnya jangan marah. Explain kata cannot do this. Nak kencing nak berak please tell ibu. Aku faham jenis mak bapak yang cepat naik hantu (aku pun kadang-kadang angin gak satu badan.hehe), tapi kena banyak sabar. Proses pembelajaran memang sedikit susah pada mulanya, tapi kalau kita buat secara konsisten, hari-hari seterusnya anak mesti boleh ke tandas dengan jaya.

Jangan lupa puji anak..bila anak pandai ke toilet puji dan beri kata rangsangan. Yey Afia pandai..good girl..clap hand. Afia anak baik... Even sampai sekarang kalau minum susu sampai habis pun Afia dengan sendiri akan cakap, " Kak Pia pandai..kak pia anak baduih ( bagus)" sendiri dia la puji tanpa disuruh. Kuasa pujian tu buat anak happy dan rasa konfiden tau.


Dah berjaya tu jangan lupa reward anak dengan benda dia suka. Macam Afia belanja aiskrim dah cukup.hehe..Semoga dipermudahkan anak-anak kita semua melalui proses cerai lampin.






Saturday, April 16, 2016

DIY Shawl Dua Muka



Afia sekarang dah mula berjinak nak pakai tudung. Disebabkan shawl dan syria ibu yang dulu-dulu banyak jenis kecik-kecik, so tak payah la beli tudung baru, kita renew saja tudung ibu jadi tudung Afia. Susah la kan dapat ibu kemut ni. Bukan berkira, ini namanya family planning, P. Ramlee yang kata.hahaha..

Memang dah lama terfikir nak DIY shawl two faces untuk Afia. Takda kekuatan je lagi nak jahit. Padahal jahit sikit je pun kiri dan kanan, boleh refer tutorial dekat facebook, google pun boleh. Senang sangat tahap tengok sekali lalu pun boleh buat. Haritu dok topup tilam adik baby dengan kekabu, alang-alang dah pegang jarum dan benang terus jahit satu shawl dua muka untuk Afia.

Comey tak kak ton.hehe



Yang ni memang selesa, kain jenis lycra tak perlu iron ibu beli online lama dulu tapi dah kecik sangat shawlnya, so tak pernah pun pakai. Lama dulu juga sebelum kewujidan Afia dah niat dalam hati nak simpan untuk bakal anak dara. Wah angan-angan jadi kenyataan.haha..






Friday, April 15, 2016

Trend Batwing Baju Raya 2016



Aku ni takda la pandai pasal fesyen. Bagi aku asal nampak cantik kat mata aku, tak trendy sangat pun takpa, pakai selesa, tutup aurat dah. Yang paling penting murah sudah.haha..

Lately macam dok viral je baju kurung kelawar ni kan. Budak kalau pakai serius comel. Mak budak pakai pun lawa. Banyak je online shop yang jual baju sedondon anak dan ibu untuk style batwing. Aku budget trend batwing ni bakal popular la untuk baju raya 2016.

Disebabkan raya ni kalau takda aral melintang aku dok dalam pantang, so hanya mampu tengok je baju raya ni semua. Berkain batik je kot aku raya ni. Lepas bersalin pun dah tentu kena cari baju nursing friendly. Ada anak kecik bukan boleh berlawa sangat. Sempat lilit shawl pun dah kira bertuah.hakhak..

Nampaknya kena shopping awal kot baju raya untuk Aiman Afia. Aku dah pre order pun batwing kids untuk Afia. Kaler dia sendiri pilih. Agak-agak warna apa? Dah terbayang dah kecomelan kak pia di pagi raya. Pakai baju raya dalam rumah cukup. Ibu kan dalam pantang, anak-anak pun mungkin dikuarantin sama..tak boleh la collect duit raya.hehe

Budak kalau pakai for sure comel sangat

Walaupun pattern dan material sama kena pandai buat pilihan tau. Aku ada survey beberapa seller, harga memang tak sama. Ada perbezaan harga hampir RM 20. Jadilah pengguna bijak ok. Ehh angpa dah beli baju raya ke belum?hehe..

Update: Kebetulan ada yang bertanya mana aku order untuk Afia, boleh search Bonda Zarra di facebook. Harga terbaik dari Bonda. Cepat tarikh pre order tak lama, dah nak closed.













Thursday, April 14, 2016

Plasenta Previa ( Uri Di Bawah ) Ketika Mengandung



Macam aku mention sebelum ni last week masa scan pakar, doktor kata uri di bawah. Waktu scan aku dah 29 minggu. Dekat rekod print tu dia tulis placenta previa type 1. Bila dengar type 1 tu aku macam lega sikit. Doktor pun macam konfiden je kata uri boleh naik, jadi agak kurang tekanan di situ. Hari Selasa pergi checkup RSAT nurse pulak kata kalau minggu depan repeat scan uri tak naik maybe kena masuk wad. Uwaa stress terus!huhu..

So aku pun mula la google pasal plasenta previa (PP). Aku share kat sini serba sedikit apa yang aku dapat. Mana tau berguna untuk rujukan kan. Ilmu tu lebih afdal dikongsi bersama. Eceh..hehe

Placenta Previe adalah keadaan dimana uri atau plasenta berada dibahagian bawah uteres, sama ada bersebelahan atau menutupi laluan serviks. Macam yang kita sedia maklum placenta atau uri adalah organ yang membekal oksigen dan nutrisi kepada baby melalui tali pusat. 

Katanya pada awal kehamilan, uri berada di bawah adalah normal, bila usia kandungan melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Jika uri masih kekal dibawah, inilah yang dinamakan PP.



Kalau refer pada gambar, kedudukan uri yang normal ialah apabila berada di tengah atau di atas rahim. Maknanya uri ni kena jauh dari kawasan baby sepatutnya keluar dari rahim. Bila uri berada dikawasan bawah menutup pintu rahim, macam mana nak bersalin normal, ni yang akan berlaku komplikasi semasa proses bersalin nanti. 

Komplikasi ibu yang di dignos PP ni pulak ialah pendarahan, anemia dan jangkitan kuman. Baby pulak berpotensi untuk kelahiran pramatang, tumbesaran yang lambat serta anemia. Keberangkalian untuk tumpah darah waktu bersalin boleh berlaku, lagi satu yang paling gerun risiko uri melekat pada rahim pun meningkat. 

PP ni sebenarnya ada 4 tahap. 

Tahap 1  (low lying) : uri berada dikedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim ( aku la ni type 1)

Tahap 2 (Marginal) : Uri  berada ditengah rahim dan dipintu rahim

Tahap 3 ( Partial) : Uri menutupi sebahagian pintu rahim

Tahap 4 ( Complete) : Uri menutup keseluruhan pintu rahim

Tahap 1 & 2 boleh dikatakan keberangkalian untuk bersalin normal masih ada bergantung pada kedudukan palceta diakhir kehamilan. Tahap 3 & 4 tu yang agak berisiko, perlukan pembedahan c- section.

So far aku tak pernah lagi jadi pendarahan, minta dijauhkan la. Harapnya uri boleh naik sebelum bersalin. Aku nak bersalin normal. Takmau masuk wad awal...lagi rela jumpa doktor secara kerap.huhu.. Semoga dipermudahkan hingga selamat bersalin. Amin





Wednesday, April 13, 2016

Listing Kelengkapan Beg Ke Hospital, Ibu dan Baby!



Gabra dak wey..dah masuk 30 week ni. Sepatutnya beg bersalin ibu dan baby kena prepare seawal 28 week, masukkan dalam kereta siap-siap, sebab kita mana nak tau kot-kot baby dah tak sabaq sangat nak lihat dunia. Saat kecemasan tak la kalut baru nak siap sedia semua benda. Tapi mintak-mintak jangan la keluar awal sangat baby kan.

Aku siapkan dua beg, 1 untuk baby dan 1 lagi untuk ibu. Dua-dua beg pun aku tak masukkan dalam kereta. Siap sedia je kat rumah sebab aku tak pernah lagi menjauh dari rumah. Setakat rumah dengan office yang sekangkang kera tu sempat kot balik ambil barang. Hospital pun dekat. Kalau nak terberanak pun takkan la macam dalam drama melayu tu, tetiba je kau boleh jerit sakit macam dah jalan bukak 10cm nak terus teran. Kontraksi dan tanda awal mesti ada. Lagipun macam tak secure je beg berpanas dalam bonet kereta. Baik punya alasan.hehe


Ok listing yang aku buat ni ikut cara aku la. Ini untuk yang bersalin hospital kerajaan. Kalau swasta tu aku tak pasti, tapi basically setiap orang lebih kurang sama je kot benda yang perlu bawa dalam beg hospital. 

Barang yang perlu bawa ke bilik bersalin - yang ni aku isi dalam plastik asingkan.
  • Baju newborn baby lengan panjang (seluar tak perlu)
  • sekeping newborn diapers baby
  • sehelai lampin baby 
  • sehelai bedung / blanket baby
  • maternity pad yang jenis bertali

Listing Kelengkapan Ibu
  • Buku merah dan IC (yang ni pergi mana pun kena bawa kan. Paling penting kena bagi masa lapor diri di bilik bersalin). 
  • Maternity pad ( yang bertali tu pakai lepas bersalin je pastu dah masuk wad aku selesa pakai yang jenis peleket. Aku bawa yang 20 pcs tu terus sebab kerap salin. Biasanya kalau 2 hari kat hospital 10 pcs takut tak cukup.hehe)
  • Disposable panties ( nak pakai pad pelekat mesti ada ni. Senang kan lepas pakai terus buang tak gaduh nak bawak balik basuh)
  • Stokin tebal 2-3 pasang ( wajib pakai sepanjang dok wad supaya angin tak masuk, buka masa nak ke toilet je tau) 
  • Tuala mandi dan toiletaries ( sabun, ubat gigi, berus gigi, shampoo pastu pencuci muka kena la ada untuk bersihkan diri)
  • Sehelai kain batik, baju sesuai untuk keluar wad, tudung instant dan baju sejuk ( kalau nak blouse ke dress lawa-lawa terpulang, aku selesa dengan kain batik dan t-shirt je untuk keluar wad, barulah kampung haha. Baju sejuk bawak in case tak tahan sejuk air cond kuat bolehlah pakai)
  • Nursing bra 2 helai dan Disposable breast pad ( Kat hospital biasanya aku tak pakai bra, senang nak menyusu.hehe kasi tutup je dada dengan tudung.Tapi bawa je la dua pasang bra kot perlu pakai. Nak keluar wad pastikan pakai bra tau. Jangan dok buat nyanyuk.hahaha. Breast pad wajib bagi aku, biasanya susu memang banyak, Alhamdulillah)
  • Selipar ( pakai dalam wad, nak pergi toilet ke apa takkan nak pakai sandel lawa2 tu kan)
  • Minyak herbanika NR ( ni untuk sapu kat kepala, badan dan kaki supaya selesa dan tak mudah masuk angin. Kalau rajin tu boleh je letak kat luka jahit or pada pad untuk keselesaan. Tapi aku tak rajin kot nak buat kat hospital. Balik rumah nanti la..)
  • Termos, pinggan, cawan, sudu, tisu kelengkapan di wad pastu biskut kering, milo ke susu wajib bawak. Lepas bersalin lapaq gila ok.hehe)

Listing Kelengkapan Baby
  • Diapers ( aku bawa 20 keping lebih dari cukup kot. Tak mau la berlama kat hospital)
  • Wet tissue 1 plastik besar ( senang nak basuh kencing berak baby la apa lagi, untuk lap benda tumpah ke apa berguna jugak)
  • Baju baby 3 helai, mitten dan booties 3 pasang ( cukup la untuk sehari dua kat hospital, kalau tak cukup nanti minta en suami bawakan)
  • Tuala mandi sehelai
  • Tuala kecik 2 helai ( untuk lap mulut baby lepas menyusu)
  • Selimut bertopi ( guna kalau sejuk kat hospital dan masa nak keluar wad)
  • Lampin 2 helai 
  • Bedung 2 helai 
  • Barut 3 helai ( pengalaman sebelum ni tak pernah pakaikan masa baby kat hospital, seriau dengan tali pusat belum tanggal..tapi bawa je untuk kecemasan)
  • Toiletaries, minyak telon, bedak untuk grooming semua tu ( Beli yg tryer pack je. Biasanya toiletaries tu tak guna pun. Newborn baby mandi dengan air tanpa bahan kimia tu yang sebaiknya, tapi aku bawa je.huhu)

Tu je la kot. Kalau perlu tambah apa-apa minta je en suami bawakan. Hospital dengan rumah tak la jauh mana.





Tuesday, April 12, 2016

Buah Tangan dari Melaka



Hari Ahad tempohari kami balik Alor Setar. Bila dapat berita Tok Wan Aiman Afia tak sihat, anak menantu cucu yang paling dekat ni wajiblah ziarah. Aku ambil cuti kecemasan, Aiman pun dicutikan sekolah hari tersebut menjenguk Wan dikampung.

Wan Maktok pergi rombongan Melaka minggu lepas. Ada la buah tangan sikit macam cencaluk, makanan ringan dan sorang selai t-shirt Melaka untuk cucu-cucu. Aiman Afia merasmikan dulu la dah cucu lain belum balik.

Jom posing jom! Perfect padan elok je dengan Aiman Afia.



Merasmikan baju Melaka sampai ke Tesco Mergong. Keluar lunch kat sini cari air cond. Cuaca Aloq Setaq macam sedia maklum lagu mana. Tahap orang pregnant cam aku ni senang-senang je boleh naik hantu.hahaha..


Alhamdulillah masa kami sampai Wan dah beransur sihat. Lepas ni harap Wan dapat buat further check up untuk pantau tahap kesihatan. Dah kenyang perut, badan dah sejuk sikit jom la balik menghadap kepanasan semula dirumah.huhu..


Katanya balik menjenguk Wan..nak tak nak kena balik SP jugak esok Aiman nak school, ibu abah pun kembali ke rutin membanting tenaga cari rezeki. Semoga Wan dan Maktok baik-baik saja.


Selesai dinner dengan Wan Maktok, kami terus bertolak balik. Sampai rumah dah pukul 11 lebih.





Monday, April 11, 2016

Set Bersalin NR



Susah woo nak buat pilihan untuk set bersalin mana yang akan aku guna kali ni. Ikutkan aku yang jenis tak rajin plus tak suka renyah pastu hangat taik ayam kemut pulak.. kena la fikir dari segala segi set bersalin yang paling praktikal untuk aku guna sepenuhnya. Dalam kepala otak ni memang fikir antara NR, Tanamera dan Shaklee. 

Bercakap pasal pengalaman, aku tak pernah kot beli set bersalin. Masa Aiman dulu lagi zero tak reti apa. En suami dengan abah belikan ubat jamu orang kampung apa jenama ntah aku hentam makan. Waktu Afia, aku teruja sangat shopping barang baby, so bagi aku set bersalin ni takda la penting sangat, asal ada sudah.hehe.

Kebetulan masa tu shaklee memang tengah pemes, ada pulak set tryer yang yang di pack cukup untuk 44 hari pantang, beli tu jimat kau, RM100 dapat 3 4 jenis vitamin. Aku rasa yang Shaklee pun bagus, bertenaga dan kuat je aku masa dalam pantang. Lepas pantang boleh slim apa lagi nak kan.huhu..

Sekarang ni aku rasa set bersalin penting sangat, mak mertua nak tolong jaga pun paling kuat dua minggu. Dah nak pantang sendiri plus dah takda orang nak bantu, aku perlukan badan yang kuat dan sihat nak uruskan 3 anak plus kerja rumah yang tak pernah habis . Kalau macam Afia dulu ada jugak adik aku Ain tolong mana patut sampai habis pantang. Doakan je la aku dapat melaluinya dengan tabah.hehe

Berbalik pada Set NR, aku dok baca review semuanya macam best. Item pun tak banyak, ada 6 benda saja yang aku rasa aku boleh guna la kot tanpa membazir. Dok termenung jugak bila tengok harganya. Bukan la tak mampu nak beli, tapi mahal kot. Alhamdulillah aku ni bukan jenis yang banyak sangat masalah kesihatan masa dalam pantang pun ok je takda angin, sakit badan ke apa..lagi percaya dengan pemakanan sihat dari consume makanan tambahan, ubat moden ke tradisional. Pendek kata memang berkira bab ni.hehe

So aku decide nak beli loose phytonatal, akar herbanika dengan minyak herbanika dia je..ni pun harga 200 something. Yang loose item dia lebih besar, takpelah kira under budget. Beli banyak tak guna jadi membazir buat apa. Sekali dah rezeki aku kot ada kawan inform pasal promo set NR RM 240 sahaja. Promo sampai 15 April saja dan katanya setahun sekali je depa buat promo.

Mula-mula aku macam terkesima kejap sebab belum gaji. Dok pujuk hati takpelah, dah gaji nanti boleh beli, mahal sikit takpa. Pastu kan siang malam boleh termimpi set NR. Tak senang duduk jadinya. Buat strategi bagi ayat sedih sikit, bodek-bodek en suami plus tag tentang promo kat fb sampai en suami bagi green light beli. Punya la sadis kronologi aku nak mendapatkan set ni.hakhak

Model NR tak pakai baju pun boleh. Sibuk la kita nak snap picture dia nak jadi model sekali.

Kalau tak promo harga set RM 270 kira masih murah, sebab ada yang jual harga sampai 300 lebih. Kawan aku beli direct dengan kedai yang jual NR pun paling murah dapat RM 285. Aku beli ni include posting RM 250. Jimat kan.. Harapnya Set Pantang NR sesuai la dengan aku. Tak sabaq wey nak kurus balik.hahaha..





Sunday, April 10, 2016

Kek Coklat Kek Batik



Sekali harung buat dua kek, senang kuali kotor sekali je. Buat untuk makan sendiri, so aku bikin setengah adunan saja. Kalau banyak kompem tak habis membazir. Aku kalau kek coklat lebih suka kukus, tapi kali ni nak cepat tu yang baking pakai oven. Siap pulun deco strawberi keliling lagi ok.haha..


Kek Batik laku dulu. Mungkin sebab dah lama sangat tak buat. Anak beranak memang suka. Tak sempat nak snap kejadian kek, yang ada ni gambar tapau bawak ke opis duty malam. Kek batik ni kalau buat pakai milo pun sedap kan.


Lepas ni mungkin cuti lama la kot dari buat sebarang kek.






Saturday, April 09, 2016

Wednesday, April 06, 2016

Pengalaman Ketiga Mengandung



Pengalaman Pertama kat SINI

Pengalaman Kedua kat SINI

Bersajak sebenarnya nak karang entry ni. Tapi kesian pulak kat adik baby nanti cari cerita dia dalam blog ibu tak jumpa. Kisah Abang Aiman dan Kak Pia ada je. Poyo la sangat ibu ni kan.haha..

Ok first of all, kami memang tak planning to give Kak Pia adik dalam masa terdekat. Kalau ikutkan memang nak tambah anak, tapi biarlah umur Afia 4 ke 5 tahun dulu baru fikir. Dah biasa kan Aiman dengan Afia jarak jauh. So bagi aku, senang nak handle anak bila anak yang atas dah pandai urus diri sendiri. Nak senang je kan.hihi

Sungguh perancangan Allah tu terbaik. Dah namanya rezeki. Kami gembira dan happy sangat dengan kehadiran adik baby tau. Lagipun Afia memang cepat matang dan bijak. Lagi pulak dia kan memang suka baby. Dah tahu nak jadi kak terus je bahasakan diri Kak Pia. 

Awal November aku dah mula rasa tak sedap badan, loya-loya sikit. Kebetulan period tarikh last tu boleh lupa nak catat padahal tarikh sebelum sebelumnya semua ada tulis. Tapi ingatlah awal September ada datang period cuma tak pasti tarikh.

Memang lepas bersalinkan Afia aku consume Noriday je. Pastu continue tak tukar ubat konon untuk penyusuan eksklusif 2 tahun. Afia dah lebih 2 tahun ralit juga tak tukar ubat. Dalam masa yang sama dok skip makan ubat, almaklum la mekngok.hahahaha...

Sebab dah rasa lain macam, 5 November 2015 gigih bangun 5 pagi buat pregnancy test untuk kepastian. Sah naik 2 line walaupun tak jelas sangat.huhu..En suami pun dah tak blur lagi dah, tengok pregnancy test terus percaya aku pregnant. Dia punya suka la..aku yang teruk.hahaha..


Bermulalah journey keletihan melampau, pening kepala, tak lalu makan pastu melepak tidur je kerjanya. Nak masak memang malas tahap langit ketiga. Tapi serius pregnant kali ni rasa macam teruk sangat penat pastu mulalah salahkan umur. Masa pregnant Aiman Afia masih 20an konon kuat la berbanding 30an ni. Baru 31 kot.hahaha..

Alhamdulillah ketiga-tiga kehamilan aku tak pernah alahan teruk macam muntah ke apa. Setakat pening-pening loya je. Tekak memang tak selera sangat nak makan, tapi bila dah mula makan..selera macam naga jugak.hakhak. Yang takjubnya kali ni aku tak pulak mengidam nak makan apa-apa dah terbalik kod en suami pulak mengidam nak makan pasembur

Serius memang takdelah tengok makanan tu nak..tengok ni sedap. Rasa biasa saja. Rugilah pulak kan tak mengidam. Sebab hajat orang pregnant ni wajib ditunaikan. Yang paling best adik baby ni aktif sangat dalam perut, awal lagi dah rasa gerakan dia tak macam pregnant sebelumnya. Mungkin juga pengalaman mematangkan fikiran...pahit getir telah ku lalui..sambung nyanyi sendiri la.haha

Masuk temister kedua dah mula rajin sikit nak masak. Sayangnya kerajinan tak bertahan lama. Kalau dapat gantung periuk tu rasa heaven sangat. Kira tak rajin pun macam Afia dulu. Tapi tetaplah juga masak takkan sehari 3 kali nak makan kedai kot. Pendek kata aku memang mabuk malaslah, nak masak ke nak membaca ke mengaji pun punya lembap dah 7 bulan baru nak masuk juzuk 20. Alahai harapnya sempat la khatam sebelum deliver.

Tu je la kot kisah pregnant kali ni. Semalam jumpa pakar O & G kata doktor uri bawah sikit (plasenta previa type 1), kata doktor lagi uri boleh naik, dua minggu lagi kena repeat scan, so minta jasa baik korang doakan aku ye. 






Monday, April 04, 2016

Tart Telur Masak Atas Dapur



Kes tergoda la ni resepinya dok lalu ja kat wall facebook. Cara nak buat pun senang, sama je kot resepi yang versi tart kecik-kecik tu tapi yang ni versi masak guna periuk ja. Masak atas dapur sangat praktikal bagi yang takde oven.

Mula-mula buat ikut resepi asal, tebal la pulak crust, dah tu filling telur nipis sikit sangat tak feel nak makan. Pun begitu licin gak dikerjakan satu famili dah lapaq.hehe.. Sebab tak puas hati dengan kejadian tart, esoknya gigih buat sekali lagi. 

Kali ni tak payah nak skema sangat ikut resepi, buat je bagi filing tebal. Crust bagi nipis buat dua adunan. Satu aku masak atas dapur, lagi satu masuk oven. Dapat la dua bijik tart telur. Nah makan sampai pitam.

Versi masak atas dapur..Guna periuk biasa pun ok janji gris dulu dengan marjerin supaya tak lekat.

Yang kecik aku masuk oven je senang.

Ni resepinya :





Friday, April 01, 2016

Shopping Barang Baby



Walaupun anak ketiga, keterujaan untuk persediaan barang keperluan baby mesti ada. Barang baby apa je yang tak comel kan. Baju-baju baby Aiman dan Afia serta tilam bantal je kot renew..yang lain semua kena beli baru jugak kan.

Let's check it out apa yang ibu beli untuk adik baby.

Ni shopping kelam kabut dekat Baby kidz fair hari tu. Dapat la baju baru 3 helai...towel dua helai, stokin dua pasang dan baby wipes. Sarung tangan, sarung kaki, stokin, topi abang kakak banyak dan masih baru so tak payah beli dah la.

Ibu beli online bedung moden yang jenis zap satu dan bedung biasa 2 helai. Walaupun barut dah banyak tapi dah terbeli juga 5 helai lagi barut zap. Tergoda dengan set bedung sekali barut. Isk sekarang dah rasa macam membazir pulak kan. Baby pakai barut bukan lama mana.huhu

Shopping dekat Manjaku Baby SP. Barang kat Manjaku pun mahal sikit tapi fikir nak senang satu tempat semua benda ada malas nak pergi banyak tempat dah. Kat sini beli drypers, toiletaries, detergent, sapu tangan, lampin dan changing mat.

Beli online dekat One Baby World tengah sales. Cloth Diapers harga asal RM 30 something untuk 1pcs..tapi yang ni  set 5pcs RM 89 sahaja. Memang berbaloi cuma inserts dia bagi satu je pastu Adora CD ni macam saiz kecik sikit la. Cukup kot 5 pcs buat tambah yang Afia punya dulu. Belian RM200 above charge penghantaran percuma, jimat lagi disitu. Diapers bag Simple Dimple ibu pilih warna oren sekali dah habis takda pilihan ambil hitam pun menawan jugak kan.

So far barang keperluan baby macam dah cukup lengkap. Ada beberapa benda kecik je tak beli lagi. Barang breastfeed macam cooler bag, storage bootle, zip lock storage, ice pack, botol susu, berus semua tu akan beli kemudian. Warmer Afia dulu harapnya boleh guna lagi la ibu belum check conditionnya camna.