Pixajoy

Wednesday, August 05, 2015

Cara-cara Tanak Pulut



Amboi cara sangat kan. Saja la pun nak habaq aku baru pandai masak pulut. Dah tua-tua ni baru nak belajar tanak pulut. Pertama kali buat pulut durian last year kot, masa tu pulut aku lembik sikit. Bulan puasa tempohari aku buat pulut durian tekstur pulut macam keras sikit, semalam aku buat pulut kuning baru perfect pulutnya. 

Mana tau boleh dijadikan panduan buat adik-adik yang baru nak belajar. Tak payah nak gelakkan aku sangat, better late than never kan.hehe. Masak pulut ni pun sebenarnya ada banyak cara. Aku malas la nak explain yang banyak cara tu, cuma nak cerita cara aku je! Boleh camtu.haha..

Yang pertama sekali kena sukat pulut ikut sukatan cawan, kalau buat dua cawan pulut, maka air santan mestilah dua cawan juga. Pendek kata sukatan pulut kena sama dengan sukatan santan. Santan tu ikut suka la kalau nak lemak letak lebih, tapi pastikan sukatan tu sama ye dengan pulut.

Pulut tu pastikan rendam dulu, lama sikit pun takpa. Aku rendam lebih kurang 7-8 jam. Kalau nak buat pulut kuning kena la rendam pulut dengan kunyit ya kawan-kawan. Lagi lama rendam lagi cepat pulut kita masak. Kalau terlebih rendam tak tau la aku kot terlembik pulut. Yang tu kena tanya pada yang pakar.hahaha..

Ok kita mulakan acara tanak pulut. Mula-mula pulut yang dah direndam tu cuci bersih dan toskan. Masuk bekas pastu kukus. Kukus la dalam 10-15 minit dulu kaup balikkan kalau rajin bagi masak sama rata pastu baru masuk santan. Dah masuk santan kacau rata masuk garam sikit, then kukus sampai masak. 

Sekian cara-cara tanak pulut.kahkah..



Ni pulut kuning semalam kalut bersilat tak sempat makan tapau makan kat opis. Mula-mula ingat nak buat kari, last minute tukar plan buat rendang daging. Sedap woo!







Tuesday, August 04, 2015

Lama Tak Ke Playground



Memang lama la, since sebelum puasa memang dah liat nak bawa Ci Pia turun. Minggu lepas punya cerita Afia buat perangai comel nangis je mintak abah dukung. Jarang la nak tengok Afia merap, selalunya memang budak baik. Afia merap sampai nak ikut abah pergi work. Tak ka haru! Nak tak nak kena pujuk dengan bawak ke playground.

Gaya baru keluar kandang dia punya suka. 



Main masak-masak kau. Cik Pia baik punya dok tengok depa ni main!


Bila mood ibu baik kita ke playground lagi ye!






Alkisah Kuih Raya



Tak habis lagi ke kisah raya? Saja la nak menyelit kuih raya dah terlanjur ada gambar. Aku kalau datang sawan snap, macam ni la gaya.hehe. Tahun ni memang aku tak order langsung kuih raya. Beli pun tak. Hajat hati nak buat bagai dua tiga jenis tapi last minute baru cari barang kuih, dah hujung puasa makin lemau jadinya. Pulun salin resepi kemain, at last habuk pun tak ada.hehe

Pun begitu beberapa hari sebelum nak balik kampung aku ada bikin kuih. Bahan semua sedia ada kat rumah, yg cup ni pun entah tahun bila aku beli dari bazirkan, jadi la biskut sarang semut. Kejadian sarang semut ni memang fail. Kembang semacam sarang aku, pastu manis sikit kuih ni. Aiman bawa ke sekolah untuk jamuan raya laku oii. Kawan-kawan Aiman kata sedap. Alhamdulillah nyaris aku nak campak masuk tong sampah je.haha..


Samperit susu aku sempat buat dua adunan. Satu adunan untuk kami, satu lagi adunan bahagi setengah bawa ke Alor Setar dan Nibong Tebal. Seperti yang dijangkakan memang laku sangat kuih ni. Anak sedara en suami suka betul. Kejap je sebalang licin. Ingatkan nak buat lagi satu adunan lepas raya bagi depa bawak balik tapi dah tak sempat depa nak mai rumah, kira tak ada rezeki la. Tahun depan pulak Insyaallah ibu long buat banyak sikit ye anak-anak!


Ni dia muruku tersedap aku pernah makan. Tak tipu memang sedap gila! Walaupun muruku aruah mak antara yang terbaik didunia, tapi yang ni pun tak kalah, rasa herba dia memang terbaik, nak explain pun tak tau! Mak dan kak kawan en suami buat, kawan en suami bagi rasa pastu dengan tak malunya en suami mintak beli. Padahal oang tak jual. Buat untuk makan raya je. Lepas dipujuk dapat jugak RM 10 satu tin milo ni.haha..Kejap je licin dok krup krap krup krap depan TV. 


Kerepek bawang ni pun sedap tau. 5 kg en suami order. Kemain punya banyak seplastik, nala punya kami melantak. Aku bawak balik untuk raya dua rumah, selebihnya memang kami anak beranak je ngap. Dari sebelum raya smapi lepas raya selagi nampak depan mata selagi tu makan. Alhamdulillah tak bazir, seminggu raya dah clear.


Cik Pia hidung kembang sedang menikmati samperit susu. Kat rumah mak pengasuh pun dia kira kerjakan habis kuih raya rumah orang. Mana sedap dia pulun sungguh. 


Mak ada juga bagi muruku, kuih siput dan popia sira gula untuk kami bawa balik. Jadi la buat tambah koleksi kuih raya masuk balang cukup enam jenis. Tapi yang sadisnya sendiri isi kuih, sendiri yang melantak. Habis memang dah tak ada tetamu yang bertandang kerumah. Sedap tak sedap pun licin aku kerjakan.







Monday, August 03, 2015

Tarikh 2 Ogos 2015



Tarikh istimewa, harinya berlalu tak ada yang istimewa. Terima kasih pada semua yang menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan aku sepanjang tahun. Semoga Allah membalas yang baik-baik juga buat kalian.

Jumpa kawan sekolah ambil barang aku order beliau hadiahkan set berus dan blusher. Alhamdulillah birthday present yang tak dijangka. Aku baru nak mula rajin mekap balik. Pengaruh group whatsapp la ni semua pakat nak menyegak. Lama dah tinggal lipstik eyeliner maskara sejak dah ada anak kecik tempek bedak baby je.haha. Cik Pia rasmi dulu, penuh merah satu muka dia punya touch up. Dekat dahi pun tonyoh!



Tak ada celebrate apa. Nak buat kek pun tak kuasa untuk diri sendiri. Nak beli kek pun rasa tak perlu kot. Lepas raya poket pun dah kering, gaji lambat lagi.hahaha...Cuma birthday girl teringin kuah lodeh, ni yang sendiri masak, takkan nak mintak mak mertua pulak masakkan. Macam tumpah minyak pulak gambar ni. Tapi ya ampun, nikmat sangat dapat makan. Kena la dengan selera tekak aku. Inikan raya.hakhak..


Afia berlari nak ambil botol air minuman macam mana boleh tersungkur berdarah bibir. Menangis merap la kejap. Bengkak bibir birthday girl  yang genap 2 tahun 3 bulan ni. Kesian memang kesian, tapi tak siapa buat, sendiri lari sendiri jatuh. Nanti sembuh la sayang ye. Budak baik memang macam ni la gayanya sesekali dapat sakit.


Apa orang kata selpiaq. Kali ni saja nak tempek wajah yang ada kajian mengatakan wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun. No make up no editing, muntah! Aku tak suka pun selfie, ya ampun sungguh nak tayang wajah sendiri dilaman sosial pun malu, tapi masa ni pertama kali cuba pakai tudung Yuhanis baq hang, tu yang jakun sket. Tak suka tekan pangkah.muahaha..


Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang sentiasa melimpahkan rezeki kesihatan yang baik, rezeki kemudahan urusan yang tak pernah putus dan rezeki ketenangan hati yang tak ternilai dengan segala apa matearilistik duniawi. Semoga ini semua terus mengiringi aku sepanjang masa. Ameen!








Saturday, August 01, 2015

15 Syawal : Open Kedai Raya!



Punya lama rest menikmati hidangan raya, ditengah bulan Syawal ni baru rezeki makan ketupat. Cerita semalam la ni jamuan raya dekat kedai en suami kerja. Setiap tahun memang depa gabung buat majlis hari raya. Ramai yang join. Tahun-tahun sebelum ni aku ada buat puding, tapi tahun ni malas. En suami bagi duit share buat mihun sup saja. 

Hari cuti pakat sambung membuta malas sungguh nak keluar beli breakfast pun. Balance nasi semalam aku buat nasi goreng. Pastu koteaw kungfu balance buka puasa semalam aku panaskan. Ngap yang tu je sampai lunch pun tak masak apa. Sebenarnya memang tak nak masak, kalau makan nanti kenyang macam mana nak melantak dekat open kedai kan.haha..

Dalam pukul 4 camtu aku bawak Aiman Afia pergi jamuan. En suami dah pergi dulu la orang kuat katakan. Sampai time perut tengah mendidih fuh memang sedap la aku makan. Mula-mula kena mihun sup pastu ketupat rendang dan pulut kuning share makan dengan Aiman. Cucur udang pun aku belasah. Cuma laksa je tak muat perut dah nak isi. 

Tu dia sapa ntah balun makan sampai tak tengok kiri kanan dah.haha


Ci Pia balun aiskrim sampai dua kali

Licin Aiman kerjakan dua pinggan cucur udang.huhu


Dah kenyang makan balik rumah Afia sibuk ajak ke playground. Layankanlah sekejap si bambam main kat taman.