Pixajoy

Friday, January 31, 2020

Resepi Kek Karot Sedap



Macam biasa la kena tempek resepi nanti nak repeat buat senang nak refer. Dulu masa birthday Afia 2 tahun aku pernah buat tapi versi tak cukup bahan. Kira ni pertama kali buat complete semua bahan jadi perfect sedap serupa beli kat kedai. Rasanya yang aku buat lagi sedap dari kedai kot hahahha

Ok jom tengok bahan-bahan dan cara buat. Senang yang amat kacau2 ja pastu kukus or bakar. Aku prefer kukus sebab tekstur lembut moist. Kalau nak bakar ok je. Bahan-bahan pun aku pepandai adjust tak ikut sangat resepi.

Bahan A : 1 1/2 cawan Karot parut dan cincang + 1 cawan walnut + 1 cawan kismis. Aku boh setengah cawan je kismis walnut. 

Bahan B : 1 1/2 cawan minyak + 4 biji telur + 120 g gula kaster + 120 gula perang. Pukul semua hingga gula larut. 

Bahan C : 250 gm tepung gandum + 1sk soda + 2 sk baking powder + 2 sk serbuk kayuh manis + 1/4 sk garam. Aku guna tepung naik sendiri ja lagi gebu lembut keknya. Kacau sebati semua bahan A B C, masuk loyang boleh bakar atau kukus. 

Topping : 250gm cream cheese + 120 g butter + 120 g gula kaster. Mix sebati sampai kembang

Tada hasilnya lepas kukus. Naik gebu elok

Bila terbalikkan keluarkan dari loyang

Selepas letak topping cream cheese.

Ni je sempat snap

Anak-anak dah tak sabar sangat nak makan, tak sempat sejuk sangat dah letak topping. Kalau nak deco boleh asingkan sedikit cream cheese warnakan hijau dan oren pastu lukis lobak atas kek. Aku malas nak deco dah buat untuk makan sendiri ja. 

Walaupun rupa tak lawa beleive me rasanya memang sedap. Mak mertua kata sedap, kawan-kawan aku pun kata sedap siap suruh open order. Huhu. En suami pun puji sedap. Anak-anak depa tak pandai sangat makan kek ni depa nak ratah topping ja. Ibu bolot pulun makan sorang sampai naik berat badan. Benda sedap don't care. hahaha








Thursday, January 30, 2020

Pendaftaran, Minggu Transisi/Orientasi Aiman Afia



Simpan kenangan permulaan sesi persekolahan 2020 anaknda berdua. Pendaftaran dan taklimat Afia pada 26 Disember 2019, Aiman pada 30 haribulan.

Taklimat ibu bapa.. Anak-anak masuk bilik darjah ada sikit ujian untuk tentukan kelas. 

Pertama kali berbaju sekolah rendah. 

Ibu letak pic ni dekat status whatsapp, Cikgu Afia masa pra respon. . Ibu tempek sini nanti besar Kak Pia boleh baca. 

Cikgu Kak bieb kata Afia dah kurus.hehe

Sayang betul cikgu kat Kak Pia

Comelnya anak ibu kan. hahaha

Sempat wefie masa pendaftaran


Hari pertama persekolahan punya semangat anak dara ni excited nak sekolah. Ibu biasa la buat kerja last minute. Malam sebelum sekolah baru kalut nak jahit lencana, nak iron baju dan marking nama kat barang2 Afia. 

Sleep tight esok bermula alam baru persekolahan. 

Siap tulis nama dekat alat tulis, kasut dan bekal Afia. Pukul 2 pagi baru ibu lena

Bangun pagi solat subuh dengan ibu

Hari pertama ibu hantar terus balik tak tahu rupanya ada parents yang ikut sampai kelas. Nasib mak Aqilah tolong tengokkan Afia dok kelas mana.

Hari pertama persekolahan. Sahaja aku pergi kesekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala. Lafaz niat yang GB minta parents ingatkan anak2 setiap pagi. 


Waktu rehat hari pertama je ibu jenguk. Ni pun dah lewat datang ibu jogging baru teringat sampai kantin Afia dah habis makan. Hari seterusnya pandai-pandai la berdikari, lagipun setiap hari ibu sediakan bento. 

Makan bento sikit ja excited dengan sekolah lebih sangat

Cikgu welcoming siap pintu gerbang

Rupanya ada wartawan datang buat liputan masuk TV. Patut la cantik betul pintu gerbang.  Even sipi2 ja Kak Pia kat belakang ibu tempek juga kenangan. Huhu

Nasib la Kak Na mention,  ibu dengan abah tengok video kat fanpage sekolah cari Afia sampai kesudah tak nampak. 

Pertama kali berbaju sukan wajib la snap


Pendaftaran Aiman ibu pergi tinggal Afia Aryan dengan abah. Sebelum ke sekolah wajib la bergambar dulu. Lighting tak on point sangat,  janji ibu nampak slim sudah. hahaha

Ibu minta Afia snap nak tengok betapa besarnya Aiman. How time flies. 

Ni sebab kasut ibu tinggi ja ikutkan Aiman lagi tinggi dari ibu. 

Yang si kecik ni pun sibuk nak menempel sama dengan muka tak mandi. 

1st day.. Aiman sekolah sesi petang

Pertama kali berbaju sukan

Semoga dipermudahkan persekolahan Aiman Afia sepanjang tahun. Ni dah nak masuk bulan 2 so far everything going smoothly. 







Rissmart Cafe Sungai Petani, Kedah.



Lepas keluar dari Zoo Taiping kami ke Ansari Famous cendol pekena cendol dan pasembor. Rasa cendol dia so-so je la malas aku nak buat entry. Pastu kami ke Lumut sekejap rumah adik ipar. Tak plan pun nak kesana, lepas Asar terus bertolak balik SP.

Sampai SP dah malam berkira-kira nak makan dimana pastu aku teringat kawan office suggest tentang cafe ni. So apa lagi buat pertama kali kami terus kesini. Cafe ni baru ja dibuka tak salah pada September 2019.

Lokasi berhadapan sekolah area jalan sekerat, Pejabat Risda. Cafe ni pun sebenarnya projek pembangunan Keusahawanan dibawah Kementeriah Hal Ehwal Ekonomi Malaysia dibawah agensi pelaksana Risda. Diuruskan oleh anak-anak muda dari universiti tempatan, chef dari hotel dan restoren ternama. Dibuka 10 pagi hingga 10 malam, tutup pada hari Jumaat dan Kelepasan Am.

Manager cafe anak muda umur 19 tahun katanya..  yang melayan dan serve kami hari tersebut. Alhamdulillah servis tiptop setaraf hotel. Memang kata manager masakan semuanya premium, nasi goreng cina dalam setiap menu adalah subsidi dari kerajaan, sebab tu harga sangat berpatutan dengan portion comfirm puas hati.

Maktok dan Kak Pia

Nak wefie tapi ibu tak masuk frame

Pelbagai menu barat dan tempatan

Jom tengok apa yang kami order

Koteaw Ladna portion gila banyak, boleh makan 2 3 orang. Aku makan sorang sambil suap Aryan. Kenyang sampai sengkak la perut, pulun juga aku nak habiskan semua. 


Chicken Chop untuk Afia

Grilled Chicken untuk Aiman

Lamb Chop en suami

Fish & chips mak

Abah order nasi putih dan sup. Yang bestnya sup tanpa ajinomoto, dimasak secara lebih sihat. Sedap kata abah. 

Boleh juga request buah-buahan even takda dalam menu..kerlass tembikai bentuk love

Mula-mula Aryan share makanan dengan ibu tapi dia kalut sungguh dengan french fries. Ibu pun order kat dia tak habis tapau bawa balik.

Sebelum balik pose sekejap. Comot serabai dah tak plan nak singgah Lumut baju pun tak bawa. 

Highly recommended, teruja dengan menu yang dimasak secara lebih sihat juga menyokong anak muda. Dari segi rasa tak la sedap gila,  biasa sahaja boleh la makan tapi harga memang murah dengan portion besar. 






Saturday, January 11, 2020

Zoo Taiping



Kisah 4 Januari 2020

Plan dari cuti sekolah akhir tahun tapi sebab abah busy kerja postpone awal tahun. Kali terakhir pergi dua tahun lepas. Kira baru juga la tapi masa tu kami jalan kaki, kali ni pergi sekali Wan Maktok kita pusing naik train saja.

Tunaikan permintaan Afia Aryan yang nak sangat pergi zoo.

Sementara abah dan Abang Aiman pergi park kereta kita snap dulu

Ajak Wan dan maktok sekali

Harga tiket dewasa RM 12, kanak-kanak dan warga emas RM 8. Ok jom masuk!

Aryan tunjuk cat nak bergambar dengan cat

Satu lagi 

Last 2 year datang tak ada lagi binatang batu ni

Ok adik pun pose

Naik train tak sama la macam jalan, tak berapa nampak jelas binatang tapi ok la sampai pun dah nak dekat tengahari, dengan penat melekit kalau jalan bikin panas juga, tapi sebenarnya kalau jalan lagi best.huhu

Naik train pusing zoo dalam 20 minit camtu

Video ni ja sempat ibu rakam. Malas nak snap pun sebab dah boleh hafal kedudukan binatang semua, dah boring huhu

Elok pulak bersusun tengok burung

Ibu paksa aiman snap takat ni je la skill photog. Jadi la ada sekeping ni bukti singgah jumpak jeng. hehe

Tak mau bergambar, panas kata kakpia 

Elephant dibelakang

Sebelum balik nak juga pic dengan buaya. 

Kak Pia pun pandai kata tak banyak pun binatang, ye la dah banyak mati la kot depa ganti dengan binatang belakang kakpia tu.