Pertama kali buat teruja kulit dia best lembut sangat serupa popia beli. Ramai juga yang minta resepi so tempek sini je la senang. Buat peminat popia basah wajib try, buat sendiri puas makan.
Tara..
Bahan kulit popia
300 gm tepung gandum
500gm air
1 biji putih telur
1 sk cuka makan
Garam secukupnya
Caranya : Bancuh semua bahan, panaskan kuali non stick, guna berus macam berus cat rumah tu, celup dalam tepung sapu pada kuali. Tunggu sekejap nanti nampak macam lempeng nipis. Angkat bila lempeng dah tak melekat pada kuali.
Sukatan tadi boleh dapat dalam 30 kulit. Aku guna berus kecik yang sapu telur atas biskut dah tu je yang ada hentam sajalah. Haha..kuali aku pun bukan non stick, jadi agak tebal sikit kulit, dapat 15 keping.
Bahan2 kering
Taugeh dicelur
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Udang kering digoreng dan tumbuk kasar (aku guna ikan bilis je)
Telur dadar hancur
Bawang goreng secukupnya
Bahan Inti
Karot potong halus
Sengkuang potong halus
Timun kalau suka
Bawang besar potong dadu
Bawang putih ditumbuk
Udang kering tumbuk (aku guna ikan bilis sebab takda stok)
Garam + gula + lada sulah
Caranya : Tumis bawang putih + bawang besar + udang kering hingga naik bau, masukkan karot + sengkuang + garam + gula + lada sulah. Masak sehingga layu/lembut.
Bahan Sos
Cili kering + bawang merah + bawang putih, blend semuanya.
Cuka
Gula kabung
Garam
Caranya : panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan cuka + gula + garam, perlahankan api, masak hingga kuah pekat.
Sediakan semua bahan sebelum balut. Ikan bilis tumbuk takda dalam ni en suami tengah tumbuk.hihi
Letak sos kemudian sayur + taugeh + telur dadar + udang kering/ikan bilis tumbuk + bawang goreng kemudian balut. Bawang goreng ada ja kat rumah tapi aku lupa nak letak. Haha ok settle semua boleh balut.
Susun popia, letak sos kemudian tabur kacang tanah tumbuk. Boleh terus ngap. Yummy!!!