Internet laju selama beberapa hari je pastu terus slow mengalahkan siput khinzir. Dulu dah habis limit pun tak macam ni tau. Mood blogging aku pun dah menyelam keluat biru. Malas sebenarnya nak luah perasaan kat sini, tapi nak bagitau jugak sebab line aku tak dapat nak meroyan komen rumah kawan-kawan. Bukan kita tak baca kisah raya awak-awak semua, cerita cikgu yang ugut students dengan Rindu Awak 200%, kisah tegang leher suami isteri pasal puasa sunat 6, kisah keterujaan penantian malaikat kecil selama 6tahun dan banyak lagi kisah-kisah yang semput aku nak senaraikan semua. Semua line punya hal! refresh tiga empat kali sampai kesudah tak dapat komen.
Back to the title entry, minggu lepas rasanya gigi arnab Aiman dah tanggal satu. Agak kelakar rupa si chubby tanpa gigi. Gigi sebelah tu pun makin longgar, penat dah ibu bebel suruh cepat goyangkan nanti tumbuh gigi kekal tak cantik. Aiman cuma buat bila ditegur pastu dah tak ambil endah. Gigi bawah dia tu pun dua batang dah menyenget sikit. Gigi susu elok sangat pun jadi masalah juga bila gegal kekal nak tumbuh kan.
Nak bawak pergi dentist macam tak kuasa pulak setakat nak cabut gigi susu yang dah longgar pun. Sendiri nak jadi dental nurse memang tak arr. Kalau Aiman nangis sekali dengan aku la melalak nanti. Takpelah anak kalau gigi berterabur pun, bak kata kak mama, biar gigi tak cantik jangan akhlak tak cantik sudah!