Pixajoy

Wednesday, July 25, 2012

Keropok Lekor Home Made



Alhamdulillah 4 Ramadhan telah berjaya ditempuhi. Sebelum puasa dah angan-angan untuk teruskan momentum diet. Tak tahulah boleh berjaya ke tidak. Kena budget turunkan sikit berat badan supaya hari raya nanti aku dapat makan dengan meriah.kehkeh


Alkisah sudah beberapa hari aku teragak nak makan keropok lekor. Tapi kat pasar tempat aku ni susah sikit nak dapat keropok lekor yang sedap. Yang ada pun rasa tepung je. Aku memang agak berhantu dengan keropok lekor. Kira kegemaran aku dari kecik lagi. Terfikir stok ikan yang hampir kejung dekat dalam peti ais, aku dapat idea nak buat keropok lekor sendiri. Rupanya senang je nak buat keropok lekor ni. Pasal apa dari dulu tak pernah terfikir nak buat.


Walaupun mudah, aku berdepan cabaran juga dalam misi pertama kali membikin makanan famous orang pantai timur ni. Almaklum dah hampir 28 tahun hidup, aku masih belum berkenalan rapat dengan semua spesis tepung.  Resepi yang aku google semuanya tulis tepung kanji. Ada juga resepi tulis tepung kanji/tepung ubi. Aku cari dekat kedai cuma jumpa tepung ubi, so aku pun beli. Lepas tu aku jadi confuse seketika adakah tepung kanji dan tepung ubi berada pada kategori yang sama atau tepung yang berlainan?haha 


Bimbang juga sejarah mungkin berulang, jadi macam kuih buah melaka aku buat tempohari tak timbul-timbul. Rupanya salah tepung. Ada ke patut aku guna tepung beras. Rasa racun en suami kata!hoho.. Tapi lepas buat siasatan menyeluruh, aku dapat jawapan tepung kanji dan tepung ubi adalah sama.


Ini gambar lama. Yang aku buat dah selamat jadi taik!


Panjang membebel, aku nak share resepi mudah cara nak buat keropok lekor.


Bahan-bahan adalah Isi ikan ( aku guna ikan kembung je), tepung ubi dan garam secukupnya.


Caranya kisar isi ikan menggunakan blander kering. Masukkan isi ikan yng dikisar dalam bekas. Gaul sebati dengan tepung dan garam. Bentukkan panjang seperti keropok lekor kemudian rebus dalam air mendidih. Bila masak sejukkan seketika. Sedia digoreng bila-bila masa.


Aku buat dapat dalam 5 batang. Dua batang dah selamat dikerjakan budak chubby yang tak puasa tu. Tak habis-habis puji sedap sampai naik rimas ibu.haha..Lagi tiga batang aku makan dengan en suami lepas berbuka. Opss salah, aku makan tak sampai 5keping, yang lain semua en suami bedal!haha.. 







Sunday, July 22, 2012

SCKK



Tengahari tadi aku baru balik dari Alor Setar pastu terus masuk kerja. Makanya tak sempat nak BW lagilah. Sibuk sikit, sempat terjah beberapa blog saja. Pasal berbuka tak fikir lagi. Balik kerja pun pukul 7. Minum air jer la jawabnya.hehe..


Minggu lepas aku terima novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat dari blogger yang sudah bergelar novelis, rafinamimi.com. Hari ni baru berkesempatan nak buat entri. Aku terima penghargaan ini kerana selalu mengikuti novel kak mimi di blog. Buat peminat novel, jangan lupa dapatkan novel kisah percintaan Cikgu Safarin dan Anis!





Terima kasih ketat-ketat ye kak mimi sebab berbesar hati bagi novel ni secara percuma!

Thursday, July 19, 2012

TQ Blog Ibu Berbicara



Update laju-laju sebelum bersiap balik Alor Setar sambut puasa. Aku tak sempat lagi nak BW, nanti slow-slow ye aku kayuh. 


Ini cuma short entry, penghargaan buat Blog Ibu BerbicaraWalaupun dah kurang aktif, tak sangka masih ada lagi cenderahati menjadi top commentar kan. Alhamdulillah dan Terima Kasih Kak Salmi. Semoga ukhwah yang terbina semakin kukuh terjalin.

Malas ambil gambar, aku kidnap gambar  Kak Nza!hiks..

Sebijik macam ni..
Tapi aku punya warna pink


Wednesday, July 18, 2012

Comeback!



Assalamualaikum dan Salam Bahagia


Lama menyepi tanpa menitip sesuatu di blog, Alhamdulillah masih menjalani kehidupan normal seorang manusia. Bahang Ramadhan kian terasa, kemeriahan yang semua umat Islam nantikan. Insyaallah Jumaat kami akan pulang ke kampung menyambut puasa. 


Sepanjang pertapaan aku, banyak perkara yang berlaku. Bermula dengan Aiman diserang muntah-muntah dan cirit birit, aku dan en suami juga mengalami nasib yang sama. En suami paling teruk siap dengan pakej demam. Semacam virus pula bila mendengar dugaan sakit yang sama dialami orang lain. Anak adik en suami, baby Afi juga masuk wad semalam disebabkan demam, muntah-muntah dan cirit birit. Doktor kata Afi mungkin akan keluar wad esok.


Sebulan ini kami asyik berulang alik ke Alor Setar. Mak en suami dalam keadaan tidak sihat. Sakit apa yang belum dapat doktor sahkan. Tempohari seminggu juga terpaksa bermalam di hospital. Sekarang kesihatan mak masih kurang baik. Minggu depan kena ambil darah dan kalau tak ok akan masuk wad semula. Hati mak mungkin akan diambil sedikit untuk penyelidikan doktor. Dugaan yang tiba-tiba ini mengejutkan seisi keluarga. Minta jasa baik semua doakan kesihatan mak ye.


Lastly, aku nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al -Mubarak kepada semua rakan blogger yang sentiasa dekat dihati..:)