Pixajoy

Tuesday, May 31, 2016

Balik Kampung Day 2



Hari kedua di kampung. Balik kampung pun entry sampai dua part. Namanya blogger semua gambaq pun nak tempek masuk blog. Bukan selalu kan balik kampung.hehe..

Tenghari tu ada kenduri tahlil dan yasin anak jiran masuk rumah baru. Hidangan nasi lauk kambing, daging, ayam, ikan dan pelbagai jenis ulaman. Kena nasi kat sini sedap dan kenyang baq hang. Afia pun kemain suka la satu hari dia dapat kenduri jajan.

Afia dan Acu

Lepas tu baru kami bertolak ke kenduri kahwin cousin aku. Sampai sini perut dah kenyang kan, menu nasi lauk memang tak belek dah. Aiman Afia macam biasa serbu aiskrim dulu. Aku makan laksa dan roti canai je. Cendol kena dua mangkuk.haha Memang sedap cendol rumah kenduri, kacang merah buat sendiri lemak manis berkrim. En suami pun dok ulang makan cendol siap interview owner.

Sebelum makan memang kami masuk lepak kat dalam rumah kejap tengok pelamin dan hantaran. Sempat juga anaknda berdua posing depan pelamin DIY pengantin. 



Ingat nak dok lama sikit la kat rumah kenduri, sekali Afia dah start buat perangai. Cuaca panas mula dah gatal badan...mengomel kak pia pening kepala..sakit perut la..nak berak semua modal ajak balik dia keluarkan. Kata nak singgah Mydin hilang pulak semua sakit.hehe

Ni je la aktiviti wajib dia

Habis seround naik car dah menangis nak naik motor pulak. Ikut ibu malas dah nak layan. Abah depa la ni hati lembut.hihi

Tadi beria nangis..Dapat naik suruh senyum elok je dia pose. Drama je semua ni.hahaha

Abang Aiman request nak kasut bola siap bawa duit tabung dia tak menyabar sangat dah nak beli kasut. Konon nak ajak Pak Ndak dia cari kasut bola. Pak Ndak tak ada Pak Njang pulak kata dah dekat nak puasa mana nak main bola dah. Nanti lepas raya la beli..cari kasut mahal dan elok sikit.

Dah rezeki Aiman jumpa offer kasut bola dekat Mydin. Sengih sampai telinga. Malam nanti tiduq peluk la kasut bola kata abah.

Yang si Afia tak habis lagi paw abah dia.hehe..

Esok petangnya balik SP diduga kereta tetiba break down tersadai tepi highway. Pertama kali la merasa kereta kena tarik dengan PLUS. Sungguh kenangan tak boleh lupa. Mujur takda apa-apa, rehat sejukkan enjin sekejap pastu teruskan perjalanan kereta tak buat hal dah. Kalau kena tarik kereta pergi bengkel mau terbang ribu riban. Alhamdulillah Allah bagi ujian ikut kemampuan kami.





Monday, May 30, 2016

Balik Kampung Day 1



Lama jugak tak balik Nibong Tebal. Last balik masa pergi Cameron haritu, dekat 3 bulan jugak. Plan nak bertolak lepas solat Jumaat, paginya en suami pergi servis kereta. Petang tu ibu dan Afia dah siap-siap, menunggu abah dengan abang Aiman basuh kereta dan settle urusan di bank, sampai tertidur kami menunggu. At last lepas Asar baru bertolak.


Afia request tocang tiga. Muka baru bangun tidur tocang maintain lagi.hehe

Dengan baby dia, toy masak-masak dia semua nak angkut balik kampung.

Sampai kampung dah maghrib, musim cuti ni kereta banyak. Malamnya macam biasa keluar makan. Macam dah tak ada tempat lain kami ke Fruit King lagi. Deco kerusi meja Fruit King dah berubah. En suami suka sangat kesini, port peberet la bila balik kampung...makanan sedap dan paling penting support orang melayu kita kan.

Afia masa baby tak suka baby chair, dah jadi baby tua ni pantang nampak la pulak.

Air Fruit King sekarang isi dalam bekas comel ni..tema malas basuh gelas la kot.huhu..

Banana Chocholate large sebesar tuannya.haha..

Nasi goreng ayam pilihan Acu Ain, puas hati ayam banyak. Aku makan nasi goreng paprik. Paloma burger tu Aiman share dengan ibu dan abah.

Aiman makan nasi goreng kampung, Pak Wa Mee Bandung dan en suami Nasi Goreng FK Special. Menu depa dah tak kuasa nak snap memasing lapaq malam baru jumpa nasi.

Nah happynya perut dah kenyang.hihi

Sebelum balik ternampak ada orang snap jam besar Parit Buntar pastu baru perasan yang kami tak pernah pun bergambar berlatar belakang jam besar. Dalam gelap gelita aku bagi arahan jom posing jom!



Nanti sambung kisah kenduri esoknya.





Saturday, May 28, 2016

Resepi Koktail Buah Aiskrim Vanila



Pagi dikampung. Burung-burung tengah berkicau. Tetiba je kan rajin nak update.hihi

Resepi koktail ni kira dessert paling senang kot. Bukak tin campak-campak je semua dah boleh makan resepi sedap lemak berkrim. Bulan puasa pun dah dekat. Bulan puasa ni la air paling mudah dan sedap nak buat. Hangpa buat la..aku dah tak dapat nak berkoktail bulan puasa kan. Tapi aku ok je dah puas pun makan.hehe

Kali ni aku buat kelaianan sikit tambah aiskrim. Aiskrim vanila lupa pulak nak snap. Aku pakai aiskrim tupperware kaler biru yang nestle tu. Cari longan tak jumpa so aku guna laici. Untuk farewell haritu aku tambah potongan buah epal. Pendek kata nak tambah buah apa pun ikut suka la. Sukatan pun macam biasa sesedap rasa la adjust ikut tekak.

Bahan-bahan : Cocktail buah dalam tin + susu sejat + aiskrim vanila + susu pekat + nata de coco (aku pakai strawberi dan mangga) + laici or longan dalam tin.

Cara-cara : Masukkan susu sejat dalam bekas. Cedok aiskrim vanila dan larutkan dalam susu. Masukkan sedikit susu pekat manis kalau suka. Kemudian boleh masukkan cocktail sekali dengan air + laici sekali dengan air. Nata de coco aku buang airnya pastu baru campak masuk sekali. Kalau agak-agak tak cukup manis tu adjust masuk susu pekat lagi. Last sekali masukkan ais kiub. Siap!

Pertama kali buat aku dengan Aiman Afia bedal 3 beranak clear..pastu baru buat setin lagi susu untuk en suami. Kalau buat makan sendiri memang aku buat pekat lemak berkrim sekali kena dah kenyang. Untuk farewell tu agak cair sikitlah.

Ni untuk makan sendri

Untuk farewell opis




Friday, May 27, 2016

Checkup Afia 3 Tahun



Dah lebih 2 minggu ni bertangguh nak pergi timbang dan check perkembangan Afia. Ikutkan dah malas nak pergi, tapi semalam nurse datang lawatan rumah ibu mengandung minta aku pergi takkan nak degil pulak.huhu..

Malam tadi last aku kerja malam. Pastu dua minggu kerja siang terus cuti bersalin. Afia lena dari balik kerja tadi nak pergi RSAT pun jenuh kejut. Malam suka tidur lambat mengantuk sangat la gayanya.

Berat Afia 14.3kg, tinggi 95.5cm, BMI 15.6. Kira masa checkup 2 tahun setengah dia lagi bambam, berat masa tu 15.6kg. Sekarang dah slim sikit. Lepas ambil ubat cacing dan vitamin, pergi bilik belakang check perkembangan. Nurse bagi shapes board puzzle minta Afia buat. Sekelip mata je dia siapkan pastu nurse dah simpan dia boleh minta nak buat lagi. Sambung buat kat rumah la Afia oi.hehe..


Sebelum balik wajib la paw ibu belikan air susu. Nanti petang kami nak balik Nibong Tebal. Dah lama tak balik kampung sana. Aiman dan Afia dah tak sabar tu nak lepak kat kampung. Cuti sekolah pun dah mula. Selamat bercuti buat semua!







Thursday, May 26, 2016

Farewell



Bertemu berpisah adat manusia biasa. Memang dah agak lama opis aku ni tak adakan jamuan makan-makan. Kali ni meraikan Nalini dan Abang Rizal, pemergian dua rakan sepejabat yang akan berpindah unit. Kami juga menerima dua orang ahli keluarga baru, menggantikan yang bakal berjuang ditempat baru.

Disebabkan aku kerja petang, aku orang terakhir sampai opis. Katanya majlis mula pukul 11..tapi janji melayu around 1130 aku baru sampai. Biasalah kan..kalau tak lambat bukan PK namanya.haha..

Makanan tak la variety sangat, tapi ni pun memang berlambak tak larat makan. Main dish order..pastu yang lain ikut memasing la nak bawa apa..tiada unsur paksaan. Untuk main dish dan hadiah memang kita dah buat collection.

Main dish Nasi Hujan Panas order dari kantin. KFC Lini sponser. Tembikai dari Kak Wan..Kek Sponge Pandan dari Kak Aifah dan Kuih Samperit dari Abang Man.

Puding sumi dari Kak Imah. Cantik!

Kek sedap ni disponser oleh Nida dan Jas.

Koktail Buah Aiskrim Vanila ni aku buat. Jadi la kan makyong tak kuasa dah nak masak..main campak -campak buleh lagi.hehe.. 

Disebabkan sampai lewat, dia la kan yang last kena tulis pada kad ucapan perpisahan.hihi

Ucapan dari yang diraikan. Sebak jugak rasanya tapi ku tahan.huhu

Hadiah buat Abang Rizal yang bakal bertukar ke Kem Bukit Ibam, Pahang.

Lini tukar kementerian ke Ipoh, dekat dengan suami. Rezeki dia la freshie belum sah jawatan dapat transfer.

Sesi potong kek

Jas dan Nida ahli keluarga baru menggantikan Abang Rizal dan Lini. 5 tahun dulu boleh la perasan paling muda. La ni pangkat kak senior dah la aku.hahaha..

Kenangan terakhir. Memang sangat nampak la penambahan badan 20kg walaupun dah dicrop.kiki







Wednesday, May 25, 2016

Kronologi Plasenta Previa Type 1



Dasyat dak guna tajuk kronologi.hehe..Cuma untuk catatan kenangan. Dah tak ada modal nak update ni macam-macam la akai dia.hahaha...

05.04.2016 ( 28 week )

Pertama kali refer pakar O&G Hospital Sultan Abdul Halim. Mula-mula refer pakar pasal GDM on diet control pastu doktor detect aku ada PP type 1. Memang dari mula buat scan 4D haritu doktor kata low lying plasenta. Tapi masa tu 24 week baru lagi kan..uri memang akan naik tak payah risau kata doktor. Scan doktor RSAT sebelum pergi pakar tak detect apa pun. Doktor tu pun macam baru tak pandai sangat.

Sepatutnya kalau takda masalah apa sekali tu je la jumpa pakar, tapi dah detect PP kena repeat scan lagi 2 minggu untuk tengok kedudukan uri. Hari tersebut kena dengan doktor muda perempuan melayu lemah lembut orangnya. Kedudukan baby dan yang lain semua ok. Doktor pun konfiden kata uri boleh naik, so aku pun buat relex buat peace je la.hehe..

19.04.2016 (31 week)

Kali ni kena dengan doktor India perempuan. Nampak kelam kabut sikit doktor ni nak cepat pergi lunch agaknya. Kebetulan en suami keluar kejap masa tu nombor aku dah naik terpaksa la angkut Afia sekali masuk bilik doktor. Tak larat doktor nak layan dan gelakkan Afia. Dia punya mulut becok tu tak berhenti cakap, doktor pun rajin layan.

Doktor tanya dah tau gender baby ke. Of course dah tau. Doktor pun tunjuk lagi sekali. Siap tanya dah beri nama ke pada baby.Owhh sporting juga doktor pun. Malangnya uri masih tak naik, 3cm dari serviks. Berat baby masa 31 week ni dah 1.7kg. Doktor bagi tarikh repeat scan. Selagi uri tak naik, setiap 2 week ulang alik hospital la jawabnya. Bertabah ajelah aku. Dah mula risau kenapa la uri tak naik. Mula google cari info dengan banyaknya.huhu

09.05.2016 (34 week )

Kali ni en suami request nak masuk sekali bilik doktor. Kebetulan kena dengan doktor lelaki cina, kira ada hikmah en suami masuk sekali. Doktor ni personaliti macam kalut tapi dia buat kerja very detail. Katanya kalau nak scan uri kena tahan kencing baru nampak. Aku mana la nak tau..doktor dua orang sebelum ni tak pernah cakap apa pun. Depa scan tengok uri aku ok je. Mulanya doktor cuba tolak perut, senak dibuatnya..pastu dia kata tak nampak uri jugak. Ohh stress!

Dah la tunggu kat luar punya lama nak dapat jumpa doktor pun, sekali doktor suruh pi minum dulu dalam setengah jam baru datang semula. Lepas dah minum penuh pundi kencing tak sampai setengah jam aku cepat-cepat masuk bilik doktor. Boleh doktor dok buat blur tak kenai aku. Kalau lebih setengah jam mau dia tanya aku ni sapa.haha..

Tengok pada print result uri masih dibawah 3.46 cm dari serviks. Air ketuban semua ok kata doktor. Berat baby anggaran 2.4 - 2.6 kg. Lepas scan doktor suruh test urine, ada kencing kotor sikit, doktor bagi antibiotik pastu menunggu la pulak dekat farmasi nak ambil ubat. Kali ni paling lama urusan nak selesai. Kesian Aiman tunggu lama kat sekolah.

23.05.2016 ( 36 week)

Pendaftaran je dah ramai gila manusia. Selesai check bp dan timbang kami siap pergi cafe makan minum masuk balik sampai terlena en suami kat kerusi pun belum sampai turn. Kali ni kena dengan doktor perempuan melayu bertudung labuh. Aku tahan kencing dari mula, seksa jugak la nak dapat jumpa doktor pun.

Nombor naik masuk bilik doktor sekali en suami dan Afia. Rupanya kat dalam tu kena menunggu lagi doktor tengah ada patient. Bilik pun sempit dua doktor sekali bagi servis. En suami kata macam tak sesuai tunggu, nak bawa la Afia tunggu kat luar. 

Si mulut becok tu pi sound doktor "isk..lambat betui la doktor ni.." Apalagi bergema la ketawa doktor. Doktor kata mai nak tengok siapa nak berkenalan. Afia salam doktor sebelum keluar pastu doktor kata "nanti jadi doktor tau.." pandai pulak tu dia pi jawab "boleh..."hehe..

Sementara menunggu kat dalam, doktor dan nurse tak habis sembang pasal Afia. Kata doktor selalu suami je komplen..kali ni anak pulak komplen.hehe..


Nah belek galeri jumpa pic dia siap selfie kat hospital

Alhamdulillah scan kali ni uri dah naik. Baby duduk tak diam mengangkang je tunjuk gender.hehe. Bila dengar uri naik aku terus Alhamdulillah. Doktor tanya kali ni rasa baby berat ke macam biasa. Aku jawab macam biasa je. Doktor tanya lagi berat newborn anak yang sebelum ni.

Kata doktor yang ni semangat sikit lagi kot. Biasa deliver lagi besar dari scan kan. Scan baby dah 3.4kg. Terkejut aku dalam 2 minggu kot baby naik berat dekat sekilo padahal kali ni berat aku naik paling sikit tak macam sebelumnya. Kus semangat ada sebulan lagi sebelum due. Risau pulak aku baby besar. Selagi tak bersalin macam-macam yang dirisaukan.huhu..

Alhamdulillah berakhir la appoiment doktor pakar. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah henti akhirnya uri dah naik. Lepas ni sambung checkup RSAT je. Dah masuk 36 week, checkup pun dah kena seminggu sekali. Moga cepat la aku bersalin sebelum due. 

Buat yang diberi ujian Plasenta Previa, jangan berhenti doa, sebenarnya 80-90% uri bawah akan kembali normal mengikut pembesaran rahim.  Walau macam mana pun kita kena hadap jugak..tapi membayangkan ada baby gebu kat sebelah pasti hilang segala kerisauan itu.hehehe








Tuesday, May 24, 2016

Projek Mendobi



Punya bertangguh nak mula projek mendobi ni. Haritu pun gagahkan diri basuh mana perlu untuk beg bawa ke hospital. Yang selebihnya baju abang kakak yang renew baru setel. Ni dah lega rasa. Dah selamat asingkan dan basuh baju yang perlu dan tak. Semua dah siap tinggal menunggu kedatangan adik baby je. 



Kak Pia macam biasa sibuk la kan nak posing sama.hehe. Memang cuak menunggu hari nak beranak..tapi debaran tu mengatasi rasa excited nak terima orang baru dalam famili kami. Semoga dipermudahkan hendaknya. Doakan aku dan baby selamat. 







Friday, May 20, 2016

Mid Year Exam



Peperiksaan Pertengahan Tahun Aiman bermula semalam. Sekolah Kafa dah mula dari minggu lepas. Selesai dah examnya. Gambar pagi semalam Afia dah lama tak ikut hantar abang ke school. Semalam jaga awal pulak dia.


Minggu ni memang minggu sibuk la pantau revision anak bujang. Aiman macam biasa kalau tak dikerah dia relex je. Ibu ni la yang kena sibuk minta dia ulangkaji. 

Semoga Aiman dilapangkan dada diterangkan hati menjawab soalan exam. 





Wednesday, May 18, 2016

D' Yasmin Thai Seafood Sungai Petani



Kisah Ahad tempohari Wan Maktok Aiman Afia datang rumah. Sehari semalam ibu gantung kuali tak masak. Pagi tu lepas Aiman ke sekolah kami ke market Tikam Batu. Sarapan nasi campur kat sana tempat pertama kali cuba kena ketuk harga punya mahal. Mee goreng tonggek RM 2.50 baq hang. Ini bukan KL.hehe. Tonggek tu maknanya mee goreng kosong habaq siap-siap.haha..

Balik market terus ke Kuala Ketil rumah bapa saudara en suami, abang kepada Pak mertua aku lebih tepat lagi. Kat sana pekena mee goreng mamak sedap, so memang kenyang, dinner baru kita keluar cari makan lagi.

Petangnya ambil Aiman dari Kafa terus kami ke Restoren D' Yasmin Seafood, Masakan Ala Thai & Steamboat. Lokasi tepi jalan area Sungai Jagung, tak jauh dan sehala jalan dengan Nurul Ikan Bakar.

Tema order semuanya nasi goreng, maybe lain kali boleh cuba nasi putih dan lauk. Makanan sedap dan harga berpatutan, so tak ralat rasanya nak repeat cuba menu lain. Tomyamnya pun tak rasa lagi. Sepatutnya order tomyam la kan dah restoren thai ni la dish wajib cuba. 

Ok jom tengok apa yang kami order.harhar

Kerabu mangga RM 4. Perfect sedap masam manis masin sesedap rasa. Portion pun banyak. Kami order 2 set.

D' Yasmin Nasi Goreng Special RM7 aku punya. Set special ni lauknya ayam masak kicap plus udang goreng tepung dua ekoq.

En suami sama menu nasi goreng special RM 7 cuma ayam masak kicap tukar dengan daging. Lembut elok dagingnya.

Nasi goreng pataya RM5 pilihan mak dan abah. Sehati sejiwa sama menu.hehe.. Mak request nasi kosong tanpa daging dan ayam takut tak kena selera. Eh MIL memang tak makan ayam. Takut daging liat la kot.

Aiman nasi goreng ayam RM 5. 

Afia makan dua tiga suap nasi goreng ibu pastu dia kira sedut milo ais saja. Orang tengah makan dia buat peel nak kencing la nak berak la. Tak cukup tidur macam-macam peel dia tunjuk. Jenis tak boleh bawak keluar jalan kata en suami.huhu.

Diriba maktok je menyampah manja la konon.haha

Selesai makan tetiba nampak pelangi dilangit. Dapat juga anaknda berdua tengok rainbow secara live. Rasanya ni pengalaman pertama buat Afia. Suka Afia posing macam-macam gaya dengan berlatar belakangkan pemandangan pelangi petang. Shawl anak dara dah terbang sekali dengan peel cantik beliau.hehe








Dah kenyang, puas posing jom balik!