Pixajoy

Thursday, October 24, 2019

The Fat Lamb Sungai Petani



Pertama kali kami kesini. Selalu kalau makan luar kami memang prefer western foods, sebab ibu tekak western. Tempat makan pun ibu yang suggestkan. Alamat Cinta Sayang Resort Home, Jalan 3A..  Landmark area Koperasi Tentera. Bukak je map taip The Fat Lamb kalau jenis lembap tak tau jalan macam aku ni hahaha

Pose kejap sebelum keluar makan

Kami pergi hari Isnin lengang je kedai, satu dua meja ja ada customer. Konsep open kitchen, kedai ok la, staff pun ok, order pun tak tunggu lama cepat je menu sampai.

Open kitchen. Deco biasa sahaja. 

Menu & harga berpatutan

Masa waiter datang dia inform siap spageti takda. Ok la kami tak mau makan spageti pun, yang frustnya air sedap apa pun takda. Dok aim nak minum oreo apa ntah tengok kt fb tapi tak ada juga katanya.

Sebab kedai takda orang marilah kita snap picture banyak sikit. Hahaha

Minah ni keluar makan pun busy mekap sendiri dia. Over betul

Adik Aryan acah cute

Big boss like father like son

Bagi hp sebab senang ibu nak contact time ibu kerja, tapi budak sekarang dengan game je kerjanya

Adik mengantuk ke apa ni.. Dok buat pose acah comel lagi. Balik rumah memang terus terbungkang lena letih main siangnya. 

Lanjer boomerang haha

En suami order nasi ikan bawal goreng dan lamb chop, kena dua pinggan tengok la badan. Haha. Aku order chicken grill, Aiman lamb wrap, Afia Aryan chicken chop. 

Memula order satu set ja chicken chop Afia Aryan share takut tak habis sekali tak cukup, order tambah lagi satu depa makan tak habis ibu pulak kena settlekan. Aiman pun buat muka tak kenyang order burger tambah. Kan dah kata like father like son. 

Menu yang kami order. 

Gimik ja burger tu ibu rasa 1 bite pastu Aiman yang habiskan

Overall ok la sedap boleh makan. Rasa not bad tapi tak la sedap gila.  Nak repeat dalam masa terdekat tak la kot.hehe




Tuesday, October 01, 2019

Afia & Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka



Tahun ni sekali lagi Afia join pertandingan baju merdeka. Ibu dan Kak Na awal-awal lagi dah plan, mulanya nak buat macam ratu cantik.. Tapi at last fikir punya fikir kita buat simple kebaya je. Temanya Gadis Melayu Terakhir.

Baju & selempang tempah tailor. Kipas tu ibu diy pakai kipas lama + sarung bantal bundle, pastu jahit bendera. Cekak sanggul dan dokoh pinjam butik Kak Syifa dia kerja. 

Malam sebelum pertandingan ibu cuba pakaikan baju dan tudung ala turban. Sanggul dan inner neck Afia dah beli siap dengan Kak Na dia, ibu guna istant shawl Afia je ni buat sanggul.

Lepas snap kalut nak buka baju. Sekali tu je la pusing

Boomerang testing

18 September Afia bangun awal je. Tapi nak makan la nak mekap nak gulung tudung fuh bersilat jugak la ibu. 0745 baru sampai sekolah, semua dah beratur kat perhimpuanan dah. Ketaq kaki ibu ni sampai rumah pun tak hilang lagi punya pulun kalut dok kejar masa.hahaha

Laju-laju snap dah lambat tapi nak jugak la gambar kenangan

Nasib dia pose on point

Ibu snap laju-laju tak sempat tengok elok ke tak gambarnya. Nasib semua elok belaka. Dah memang sejenis tak kekok nak pose. Lawa ja pic dia. Lantak la kan nak puji anak sendiri. hahaha

Selesai acara ibu tunggu je cikgu whatsapp video dan gambar. Alhamdulillah juara bertahan. Afia dapat tempat pertama macam tahun lepas. Cikgu kata semua orang puji dia cantik, tarik nak bergambar dengan Afia. Jadi artis la sekejap memang dia pun confident dia ja paling cantik di dunia. Hahaha


Video Afia, peserta pertama naik pentas


Video penuh semua peserta. Macam-macam gaya jalan..terhibur ibu pun.haha












Rupanya pertandingan mewarna pun dia juara juga. Seriuosly ibu tak percaya siap tanya cikgu betul ke ni cikgu. haha

Bukan hadiah dan tempat yang kita kejar tapi pengalaman dan kenangan. Dia minat ibu sokong je. Moga jadi kenangan terindah buat Afia. 





DIY Whipping Cream Mudah & Jimat



Haritu ada nampak resepi  lalu kat wall facebook, tengok bahannya semua dok biasa ada kat rumah kebetulan memang nak buat cheesekut apalagi terus printscreen dan buat.

Nak beli whipping cream ni boleh tahan mahal jugak,  kotak kecik pun dah berapa. Aku biasa tak beli pun sebab nak jimat. Tapi nak buat ni punya pasal sanggup pulak aku pi beli susu tepung.Hahaha

Rupanya nak buat dia senang ja. Aku tak guna mixer pun putar pakai tangan, lagipun kat rumah ni mana ada mixer. Buat kek apa pun aku guna tangan sado aku ni ja. Huhu

Resepi Whipping Cream

5 sudu susu pekat + 4 sudu susu tepung + 3 sudu gula + 1 sudu ovalette + sebekas ais batu (pecahkan kepada ketulan kecil senang nak mix). Masukkan semua dalam 1 bekas besar, gaul rata pastu mix pakai mixer. Minit pertama guna kelajuan paling slow, pastu minit kedua boleh tingkatkan kelajuan mix ja sampai tak nampak ais batu. At last boleh putar kelajuan paling tinggi dalam 2 minit. Nanti dia kembang semangkuk. Jangan overbeat ja. 

Yang aku versi tak pakai mixer. Malas dah nak putar lagi bagi kembang. Lagipun kalau beli pun tekstur dia camni gak kan. Janji rasa dia sama sebijik macam beli. 

Tada..  cheesekut aku guna whipping cream aku buat

Puas makan penuh whipping cream + cream cheese

Yang ni mula - mula buat tak letak whipping cream sebab baru jumpa resepi. Motif sangat nak letak jugak pic. Haha

Selamat mencuba!