Pixajoy

Tuesday, April 23, 2019

Aktiviti Fine Motor Skills Aryan



"Fine Motor Skills" atau kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan anggota tubuh seperti jari tangan, jari kaki, mulut, lidah dan mata.

Dalam kehidupan seharian, kemahiran motor halus diperlukan untuk membutang baju, mengikat tali kasut, memegang sudu dan garfu, mengikat reben dan sebagainya.

Kemahiran motor halus juga sangat penting untuk daya fokus serta koordinasi mata dan tangan yang baik bagi anak menguasai kemahiran menulis, melukis, mewarna dan membaca.

Menyedari betapa pentingnya perkembangan kemahiran motor halus, ibu ada buat banyak juga aktiviti dengan Aryan. Antaranya :

Reben dan Botol Mineral
Tekun Aryan masukkan reben dalam botol. Fokus buat sampai habis. 

Mengupas Telur
Lepas kupas makan. Yummy! 

Anak ayam 
Ibu lukis pastu Aryan gamkan kulit telur pada telur yang baru menetaskan anak ayam. hehe 

Menguntai Straw
Nampak mudah bagi kita yang dewasa, mula-mula macam susah juga bagi Aryan, tak dapat masukkan dalam lubang straw meradang dia. Practice makes perfect! 

 Bermain Playdoh
Menekan, menggelek, menguli, menggunting. Aryan kalau main playdoh berjam-jam lamanya punya ralit. 

 Menggunting Straw
Selalu main potong kertas, sesekali gunting straw pula. 

 Construction Play
Lepas dah potong-potong straw, main isi dan tuang dalam "construction site" dia. 

 Menguntai manik menjadi gelang
Berbeza dengan menguntai straw, yang ni Aryan dah makin terror.

Menampal sticker/ Mengenal nombor 1 hingga 5
Ibu buat bulatan,  tulis nombor minta Aryan kira dan tampal sticker ikut bilangan nombor. 

 Kemahiran menggunting
Bermula umur 2 tahun Aryan dah mula minat menggunting. Alhamdulillah, nampak skill menggunting dia makin baik.






Monday, April 08, 2019

Kisah Aryan Cerai Lampin



Cerita Aryan jarang ibu up di blog kerana kekangan masa, tapi kisah penting camni kena juga ada kenangannya,  cepat atau lambat ibu cuba persembahkan untuk tatapan hari tua.haha..

Toilet training Aryan ni ibu mulakan slowly sejak dia genap 2 tahun. Masa ni on off train untuk permulaan ibu tak pakaikan lampin dirumah. Kalau hari rajin ja dia free diapers, kira tak bersungguh lagi train, baru nak bagi dia biasa. Bila tak bersungguh memang takkan berjaya. Lepas dia buang air kecil dan besar baru dia bagitau ibu. Benda ni berlarutan sampai Aryan 2 tahun 4 bulan.

Buat pertama kali ibu tak pakaikan lampin sebab dia sendiri tak nak. 



Sebulan seterusnya on off train lagi. Bermula Januari masa umur 2 tahun setengah tu dia dah pandai kencing tanpa lampin. Yang jadi masalahnya dia suka tahan berak, bila pakaikan diapers baru nak buang air besar. Dua tiga hari baru nak berak.



Kisah 9 Januari 2019

At last setelah 7bulan training Aryan berjaya fully free diapers. Alhamdulillah malam pun tak pernah terbabas, outing pun dah tak perlu lampin.


Sekarang di usia 2 tahun 10 bulan dah pandai buka dan tutup paip, basuh sendiri bila kencing. 

Later ibu cuma nak train Aryan buang air besar dalam mangkuk tandas, Insyaallah sebelum 4 tahun ibu harap Aryan boleh uruskan diri sendiri di tandas dengan baik.







Saturday, April 06, 2019

Cuti Sekolah/Kenduri Kesyukuran/Makan-Makan Sampai Pitam



Cuti sekolah tempohari kami balik Alor Setar. Mak abah mertua baru siap renovate dapur rumah,  so buat kenduri kesyukuran sikit. Adik ipar yang dua orang tu pun balik, dapat la berkumpul ramai-ramai.

Saja gedik-gedik selfie dalam kereta bukan selalu kan. haha

Adik en suami keduanya memang dok berniaga macam-macam kuih, senang la semua kuih muih buat sendiri tak payah order. Kami balik lambat, kuih depa dah siapkan awal, aku sempat tolong gentel kuih koci ja. Biras aku yang dok Pahang tu tumbangkan seekor kambing kenduri nazar. 

Kuih talam suji, talam keladi dan kuih lopes adik bongsu en suami buat.   

Kuih karipap, badak dan koci adik nombor dua buat. 

Nasi goreng, bihun goreng, laksa dan lauk kambing aku mak dan adik ipar kerjasama buat. Koteaw, mee goreng dan mee kuah jiran sedekah. 

Posing sat sebelum geng masjid mai tahlil

Kuih muih buah yang lain tu semua dari jiran-jiran.

Air cendol pun jiran sponser, air sirap sunkist, kopi O teh tarik mak mertua iolss paling mabeles.

Semua 8 cucu-cucu Tok Mat dan Tok Dah berkumpul. 

Habis kenduri layan budak-budak ni berkubang. Kolam ni Aiman punya dah berapa tahun sejak dok Johor lagi tapi jarang guna

Lepas kenduri pun macam-macam menu depa dok atur nak buat. Petang tu bakar kek pisang pastu en suami bawa pi kedai kek beli barang nak buat kek brulee dengan pizza. Aku malas ikut, dok rumah goreng cucur badak dan keropok. 

Kek brulee ni nak buat dia takda la susah tapi renyah sikit la dah 4 layer, pastu bahan dia mahal, patut la keknya pun mahal. Malam tu aku menuntut ilmu buat brulee ngan adik ipar. Nak buat tak tau bila tahun, jenis yang banyak step ni tak kuasa pulak aku. Makan aku pandai la. hahaha


Pagi esoknya tu sarapan adik ipar nak buat popia lebihan inti karipap, aku yang gulung dan goreng sampai habis. Kuih lopes pun buat lagi masa kenduri tak puas makan. Mak buat bubur kacang untuk kenduri jiran. Tengahari tu ada kenduri kahwin jiran. Yang Acik Acu depa dok uli pizza pulak. Nafsu sungguh depa ni.  Dah kenyang makan kenduri kami terus balik SP. 

Pizza ni kami bawa balik je dinner kat rumah. 

Sesekali bila berkumpul bahaya betul 3 hari ja cuti berat naik sekilo. Sekarang ni kena la diet. haha..Insyaallah raya nanti kita jumpa lagi dengan sesi ternak lemak.




Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik Utara.



Dah lama buat ni baru nak tempek resepi. Tak tau la ye kenapa sebelum ni tak teringin pun nak buat, bukan tak reti ok, resepi google kan banyak, tapi belum sampai seru. Ni dah sampai seru dua kali dah la buat, masa adik aku datang rumah tempohari terlembik pulak nasi, kesian tetamu. Hahaha.

Nak buat nasi daging ni bukan la susah mana, sama je macam nasi berempah yang lain. Plating periuk ada kisah. Janji sedap! Sukatan ikut suka hatilah ye resepi aku macam biasa takda sukatan huhu. 

Aku guna beras biasa je, takda beras panjang. 


Resepi Nasi Daging

1. Rebus daging hingga empuk, air jangan buang. ( ambil 1 gelas untuk air asam selebihnya masukkan sekali dalam beras). 

2. Basuh beras  hingga bersih pastu toskan.

3. Masukkan minyak sapi/marjerin dalam kuali, tumis 4 sekawan + hirisan bawang merah + bawang putih + halia. 

4. Masukkan rempah kurma, tumis hingga naik bau. Aku masak 4 pot beras, masukkan dalam dua sudu je. Kalau rajin sangai dulu rempahnya. 

5. Masuk beras yang telah di ditoskan tadi,  kacau rata. 

6. Alihkan beras ke dalam periuk, masukkan daging yang telah direbus + 1 tin susu cair, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa. 

7. Masak nasi macam biasa.  


Resepi Air Asam Kerisik Utara 

Bahan A 
Potong bawang besar dan tomato Secukupnya. Nak pedas potong sekali cili padi.

Bahan B
1 gelas air rebusan daging + cili merah + sedikit belacan + gula + garam di kisar bersama. 

1. Campur Bahan A dan B. 

2. Masukkan air asam jawa

3. Masukkan kerisik dan sedikit sos cili 

4. Perasakan dengan serbuk perasa, tambah gula dan garam jika perlu, kacau rata.








Friday, April 05, 2019

Minggu Orientasi Prasekolah Afia



Tu dia dah April baru nak update kisah awal tahun.hehe..Sementara tengah tak busy ni mari tempek gambar disini, senang nak mengulit kenangan nanti.

Aktiviti sepanjang minggu orientasi.

Threading a

Dia kata kat cikgu saya pun dah pernah buat aktiviti ni tapi ibu saya buat lubang kat daun. Haha.. 

Awal sekolah pencil color pun elok lagi. Tahan kejap je pastu semua sumbat dalam pencil box. Dia ke sekolah bawa kaler banyak sampai jadi kaler bergerak. Kawan dia selalu pinjam pencil color dia katanya 

Motor skills activity Hot Air Balloon

Ikut dan dia kejap pakai kejap buka tudung

Mengenal abc

Cikgu suruh Afia buat senaman pastu kawan ikut, tapi Kak Pia tak reti sangat katanya. Haha

Acara lari dalam guni

Lukis anggota badan

Tulis nama anggota

Kumpulan Afia

Tracing Sensory Acitivity

Tulis a e i o u dekat pasir Afia kata

Selfie pic ibu curi di status whatsapp Cikgu Kak Bieb jangan marah. haha 


Dua minggu oreintasi,  Afia cerita pada ibu cikgu minta dia ketuai bacaan doa makan. Warm up kat padang pun cikgu minta dia ketuai. Afia kira dah senior la tahun ni, anak yang rajin ke sekolah, semangat dan rajin, selalu jadi pembantu cikgu. Cikgu pun ada bagitau ibu, Kak Pia ada ciri pemimpin. Alhamdulillah kekalkan momentum,  ibu doakan moga jadi anak cemerlang. 







Thursday, April 04, 2019

Review Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal / Cara Beli Tiket Wayang Secara Online



Rasanya macam agak lama juga aku tak jejak panggung. Anak dah besar ni rasa senang sikit la, tambah pulak orang dok review cerita ni best sangat, kira macam ralat juga kalau tak tengok. Ibu melabur la sikit untuk gembirakan anak-anak.

Afia Aryan kata best, budak budak ni asalkan ada Upin Ipin best je. 

Masa Abang Jenin nyanyi lagu Keris Sakti tu terserlah muka sangat terhibur Afia Aryan. 

Pada aku cerita ni biasa-biasa saja, sarat dengan moral, kisah-kisah dongeng melayu yang disampaikan dengan cara yang sangat positif dan kreatif. Aku puji la grafik, animasi, musikal dia memang memikat, cantik dan menarik setaraf antarabangsa.

Tak dinafikan filem ni sebuah cerita yang bagus tapi tetap biasa saja bagi aku. Expectation aku tinggi sangat ke atau aku sejenis yang tak mudah terhibur. En suami pun kata biasa je tak best mana. Sebab kami dah tua sama kot.huhu

Ni kira pertama kali aku booked tiket wayang secara online. Orang lain dah lama buat, aku baru cuba. So marilah aku buat entri, mana la nak tau kan kot info ni boleh jadi reference yang mungkin berguna untuk orang lain.

Step by step cara booking tiket :

1st step kena download application GSC kat Playstore. Nak guna web pun boleh tapi lagi mudah install terus apps.

 
Firstly kena daftar dulu, masukkan semua detail pastu submit. Depa akan hantar verification kat email. 

Dah verify boleh  la login, pastu pilih FasTicket. 

Isi semua maklumat cinema, tempat, tarikh dan masa. 

Pastu pilih tempat duduk

Dah settle semua boleh bayar. Booking online dia ada charge sikit la. Macam GSC 1 tiket 50 sen booking charge.

Ok done yang kami punya.

Sampai panggung nanti terus scan je barcode dari screen handphone. Mudah kan! tak payah risau takda seat dan beratur untuk beli tiket.