Baby besar Afia memang tengah ligat dan aktif. Setiap hari dia meneroka kehidupan dengan macam-macam aktiviti dan permainan yang nampak biasa tetapi sebenarnya merangsang otak. Sebagai ibu kita kena sentiasa berusaha menggunakan aktiviti anak bermain menjadi suatu bentuk pembelajaran melalui persekitaran. Poyo tak.hakhak..
Antara aktiviti si bambam yang sempat ibu snap.
Bila petang kalau free, kalau tak kerja dan kalau ibu tak penat berlebihan menang ibu akan bawak Afia keluar rumah juga ke playground. Benda simple macam bagi Afia bau daun, kenal warna dengan pelbagai jenis bunga, pegang dan rasa rumput boleh merangsang deria si bambam. Sekarang ni dia dah pandai panjat gelungsur dan main masuk keluar gelungsur sendiri. Macam tak sangka cepatnya anak ibu dah besar.
Ini aktiviti Afia suka. Sejak kebelakangan ni je nampak dia dah boring buat. Habis hanger baju ibu dia susun masukkan kat besi katil. Mula-mula tu ada yang terbalik dia susun, pastu terus expert guna sebelah tangan je cakuk kat besi. Abaikan suasana bilik bak sarang dinasour.
Aktiviti keluar masuk bakul masih menjadi peberet. Eh gambar gegar la pulak. Mula-mula belajar masuk bakul memang dia suka pakai kopiah abang Aiman. Agaknya macam topi keselamatan kot bagi dia. Sory ye Afia memang seksi kat rumah, lagi-lagi tengah cuaca panas, berCD je. Sekarang ni dah jadi macam tabiat pulak bila time ibu nak suap makan dia sendiri bawak bakul mintak duduk dalam.
Excited dengan segala jenis binatang. Setiap kali turun atau nak naik rumah wajib tengok cat. Memang peminat cat sungguh. Walau tak pandai lagi sebut cat, dia dah pandai tunjuk gambar cat bila kita minta. Kat rumah pengasuh pulak ada macam-macam binatang macam ayam, burung dan kambing. Afia memang nampak teruja sangat, belum turun kereta lagi mesti jari dok tunjuk kambing kat padang.
Baru-baru ni keluarkan basikal lama abang Aiman. Bila naik basikal siap bunyi nge nge nge tu yang best. Abang Aiman yang ajar bunyi macam enjin moto. Memang dah lama bertangguh nak belikan basikal baru untuk Afia dan Aiman, cuma keadaan belum mengizinkan. Tunggu ibu dapat bonus awal tahun depan nantilah nak. Dah hujung tahun ni mana roadtax insuran, Aiman sekolah memang papa kedana.
Tak perlu mainan mahal untuk si bambam. Now memang dia tengah gila main ikat rambut yang warni warni ni. Gambar masa mula-mula dapat, dalam gelap malam hari dok main angkut ikat rambut guna sudu masuk bekas. Memang la aktiviti yang bagus untuk motor skills, tapi tak boleh nak sorokkan langsung ada je modal dia nangis mintak. Sekarang main tak bersungguh, pantang nampak mesti dia nak tunggang selerakkan satu rumah. Dah tu ada juga dia masukkan dalam kabinet TV. Sakit mata aku tengok. Kita kemas dia tunggang balik. Sabar jer la!hehe..
Ada banyak juga aktiviti yang aku google untuk praktikkan dengan budak umur setahun dua tahun macam Afia ni. Ada yang dah praktikkan, ada yang belum. Nanti kalau rajin aku share. Cuti sekolah pun nak mula. Kena fikir aktiviti untuk si chubby Aiman juga. Kalau tak hari-hari depan TV tengok kartun main game. Berbulu je aku tengok!