Turun train laju-laju kami masuk Petting Zoo. Ala-ala mini safari je zoo kat sini, comel tempat dia. Nak kata kecik sangat tak juga, ada banyak binatang, cuma binatang yang besar macam gajah zirafah tu semua takdelah ye.
Setakat nak kenalkan Afia dengan haiwan secara live kira ok la. Abang Aiman tu dah banyak kali pun masuk Zoo Taiping. Cik Pia kami belum berkesempatan bawak dia. Jemu dah sebenarnya dengan Zoo Taiping tu.
Port bergambar punya cantik tapi model semua dah letih tak mau posing dah.
Main entrance
Disenaraikan waktu feeding show. Satu pun tak sempat tengok.uwaa...
Melalui review yang aku baca, tempat ni sepatutnya lebih cool. Kita siap boleh beramah mesra dengan haiwan ni semua pastu tourists guide dok cerita macam-macam pasal spesis binatang yang ada. Tapi tu dulu la kot..
Masa kami masuk takda sapa pun layan. Yang penjaga zoo pun nampak macam orang asing (bukan orang Malaysia) dengan muka serius senyum pun tak mau. Takpalah tak payah risau. Kami layan diri je masuk sini menghabiskan sisa tenaga yang ada.haha
Ni dia racoon punya comel. Melepak tidur depa tak excited pun kami datang melawat.
Cik pia teruja tengok banyak fish.
Ada banyak section Petting Zoo ni. Kat area ular serius best.
Atas kepala kau ulaq sawa dok lepak.
Nah tak nampak lagi saja.
Teruskan penerokaan tengok ulaq ayaq.
Yang ni king cobra ka apa. Elok ja dia melingkar ubat nyamuk sempoi punya skill
Hohohoi bila dia menjalar geli geleman aku. Dok statik macam ular sawa aku ok lagi. Tak boleh tahan aku tengok.hahaha...
Muka kena paksa posing.hakhak
Apa kenama binatang dalam sangkar. Aku pening dah. Sory.hihi
Semua pakat teruja
Siap ada waterfall lagi. Maktok kemain gaya puteri nak bersiram.
Kuit sungguh! Punya banyak dari atuk nenek sampai ke anak cucu cicit kura-kura.
Yang sekor ni bawak diri pasaipa tak tau.
Bird Paradise,burung aneka warna comel-comel belaka.
Burung yang pandai cakap ni bising dia bila abang sado ajak bergambar.haha
Kalau kat kampung kita panggil biawak.haha
Spesis macam hamster apa nama aku lupa. Kiutnya Aiman kata bila dia membulatkan diri. Pemalu orangnya. Eh orang?
Tikus tak berbulu. Mak mertua aku geli geleman tengok.
Tamat kisah zoo. On da way kembali ke waterpark ternampak kuda. Again ibu paksa anak bujang posing.hihi
Aiman berkali -kali kata tak puas mandi. Penat dah anak oii..Dengan perut berkeroncong lapar dahaga. Air mineral botol kecik je RM 4.50 gila punya mencekik. Sanggup kami tahan makan minum setengah hari geram punya pasal. Bukan tak mampu nak beli, tapi rasa tak berbaloi sangat dengan harga.huhu
Good bye Lost World.
Tamat kisah percutian budget kami ke Lost World Tambun, Ipoh. Time spent well walaupun letih yang amat. Sekian!