Adoi tak sempat lagi melawat kawasan. Tengah busy sikit mengemas tak sudah-sudah. Dengan tetamu nak datang, dengan mertua yang kat rumah ni..acting solehah la sat.hehe.
Lama dah buat rojak tauhu ni. Sedap wo kalau ratah. Boleh add on apa lagi sayur yang hangpa suka. Aku buat bahan-bahan ikut sebijik resepi asal. Biasa dok buat gado-gado kan, ni macam kelainan sikit kuah kacang kicap. Nak juga tempek resepi, simple dan sedap ikut tekak aku.
Resepi Rojak Tauhu :
Tauhu digoreng dan dipotong + timun dihiris + taugeh dicelur gaul bersama kuah rojak, siap!
* Resepi kuah rojak : kacang tanah digoreng ketepikan. Sangai bawang putih dan cili padi kemudian tumbuk. Masukkan kacang tanah tadi tumbuk lagi. Masukkan kicap kemudian perasakan dengan garam dan gula.
7 comments:
Perghh memang mudah rojak tauhu PK tu :)
Aih..tgok gambar tu terus rasa nak makan rojak....alahai...x tenteram kat opis ni
simple.
blh buat.
selalu buat tauhu sumbat kali ni try buat rojak tauhu pulak. cma kacang tanah j tak da ni.hat lain ada dlm esbok dh..
Mudah nya lahai....tapi sedap okay lah tu...pecah lior tengok...
husna tak reti makan gini.. tp tgk ke tauhu tringat tauhu sumbat.. dapnyaa.. :D
Tetiba saya nak makan rojak tauhu tanpa taugeh, boleh? Ini memang kira mudahlah nak buat tapi kenapa ek tak pernah pun saya terfikir makanan mudah-mudah macam ni bila nak memasak. Selalu fikir yang complicated sampaikan mood memasak tu tak mai langsung ^_^
adeh... banyak pulak resepi mudah yang PK share ni... sedap2 pulak nampaknya... aduhai!! kena masuk list ni... bila nak buatnya tak tau la... hahahha
Post a Comment