Pixajoy

Friday, April 24, 2015

Kek Pisang vs Kek Marble Susu



Sekarang tengah sawan baking. Takjub tak tengok kerajinan kita kakton? Nak sangat kan, dok rumah bukan saja-saja ok, dua bijik kek chek buat!haha..Lepas ni nak baking kek apa pulak ye. Bagi idea!




Dah dua tiga kali juga aku pernah buat kek pisang tapi tak pernah jadi. Baru ni en suami beli pisang, mintak la resepi kat group WhatsApp, pilih punya pilih aku pun ikut satu resepi simple. Percubaan pertama aku kukus, kek aku bantat. Aku sorang je pulun makan.hahaha..Kata ahli group kek bantat mungkin sebab blander lama atau masuk air. Mungkin la sebab aku blend lama sangat. Kek yang paling senang camni pun fail.huhu..

Tak putus harapan, aku buat lagi ikut resepi sifu masak dalam group. Aku cakap kat Aiman,  ni last ibu buat kek pisang, kalau tak jadi merajuk tak mau buat sampai bila-bila dah.haha..Kali ni memang tak derhaka langsung, step by step semuanya ukuran sukatan aku ikut. Walaupun aku rasa macam tepung lebih, lurus bendul ikut jugak sukatan asal.haha. 

Tak kuasa dah nak kukus, aku bakar pakai periuk bengkang. Alhamdulillah menjadi cuma tekstur kek macam tak berapa perfect, berat sikit, dah katanya tadi terlebih tepung.  Tapi kek pisang ni tetap laku, Aiman dan abahnya kata sedap, makan non stop kejap je licin. Nanti ada pisang ibu repeat buat lagi ye Aiman!

Marble susu tu pulak saja la nak cuba buat guna resepi baru. Resepi asal kukus juga tapi aku buat versi bakar. Masa bakar happy dah tengok kek naik elok, rupanya indah rupa dari khabar. Tak gebu dan tak laku pun keknya. Tunggu masa masuk tong sampah ja.hahaha...

Biar tak pandai masak, janji rajin masak! Sila terasa kakton oi!








Resepi Telur Bistik



Alahai MD kita bukan tak nak tayang menu dua hari bertukun di rumah, line internet macam haprak nak download gambar makan masa 8jam. So dipagi Jumaat penuh barakah ini besan belanja resepi simple telur bistik dulu. Katanya menantu tak minat telur, dah kawen dengan anak ibu besok, sila belajar makan telur bistik ye nak.hahaha...

Menu bodo yang jarang jugak keudara dirumah, tu pasal baru tempek kat blog. Mula-mula nak buat telur bungkus, kalut dengan anak bujang yang nak ke sekolah agama, nak cepat makan ibu transfer jadi bistik terus. Sama je resepi telur bungkus cuma yang namanya telur bistik ni kena curah inti atas telur. Jangan tanya aku mana asal usul nama bistik ni ye. Orang panggil lagu tu aku ikut je la!


Resepi Telur Bistik : Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar + bawang putih + cili merah hingga garing. Masukkan sedikit air + sayur campur + sos tomato + sos cili + isi ayam. Didihkan sebentar kemudian perasakan dengan garam + gula + tepung jagung hingga kuah pekat. Tabur inti atas telur dadar, siap!

Resepi asal yang aku selalu buat guna isi ayam, kali ni ganti daging, karot dan tomato, no sayur campur. 




Thursday, April 23, 2015

Mari Belajar Bersama Cik Pia



Baru dua hari tak update ya. Rasa macam lama betul tak jenguk blog. Punca kehilangan bukan sebab apa. Sebab malas ja!hehe..Cik pia sekarang dah free diapers kat rumah. Siang pun kalau tidur ibu lapik dengan plastik guni beras, pastu boh kain kat atas.hahaha..tak sempat lagi nak beli plastik lapik. Ok gak kan kitar semula, takda gst.

So far Alhamdulillah takda lagi cicir kat lantai. Cuma satu je masalah baru. Lain entry la cerita. Hari ni nak cerita aktiviti memunggah si anak dara. Bab punggah serah kat dia..Belajaq tak tera mana pun! Baby lagi kan. Biasalah ye..belajar sambil bermain.Nanti kita minta Abang Aiman tolong kemas.haha..

Bila ada peluang habis disepahkan satu bilik. Afia dah mula kenal huruf sedikit sebanyak. Ibu dah mula ajar sebutan fonik sikit-sikit. Pastu time mengaji abang, Afia pun sibuk sekali. Walaupun dia fokus tak sampai seminit pun, ibu pulun jugak ajar iqra. Sambil-sambil kan..bukanlah tekun sangat. Nak konsisten sangat tak juga. 





Sory ya anak dara seksi.hehe.











Monday, April 20, 2015

Nasi Goreng Chicken Chop



Dah Isnin, entry tayang makanan lagi.hehe. Menu beberapa hari lepas, tak sempat nak update. Punya lama teringin, tengok sepupu post gambar makan kat restoren mana ntah. Akhirnya jadi jugak Nasi Goreng Chicken Chop aku. Dua hari punya preparation, makan tak sampai sepuluh minit dah licin.haha..

Sehari sebelumnya aku buat siap sos lada hitam dan frozen french fries, perap ayam kasi kaw punya, pastu buat breadcrumbs juga. Esoknya aku cuma masak nasi buat nasi goreng, beli karot dan kobis buat coleslaw, goreng french fries pastu panaskan semula blackpeppers sauce. Ayam aku kasi golek dengan breadcrumbs sebelum goreng. Step by step aku cerita. Punya la pulun.hakhak.



Resepi Chicken Chop : Bawang putih + halia + lada hitam tumbuk + garam + kicap, perap semalaman. Salut dengan telur, kemudian serbuk roti sebelum goreng. 

Resepi Homemade Kentang Goreng

Resepi Homemade Serbuk Roti

Resepi Homemade Sos Lada Hitam

Resepi Coleslow : Kobis dan karot yang diracik halus + mayones + serbuk lada putih + garam + susu pekat + susu cair. Gaul sebati, simpan dalam peti ais sebelum makan.

Puas hati semua homemade. Boleh makan sampai sengkak perut. Alhamdulillah kenyang!








Sunday, April 19, 2015

Intan Berlian Mega Giveaway 2015



Sementara ada kelapangan masa ni, aku nak join GA dari IntaNBerliaN. Ina ni antara blogger yang dah lama aku kenal. Dua kali dah pun berpeluang jumpa ina ni tau. Baik sungguh orangnya. Kena la bagi sokongan padu, kalah menang belakang kira. Hadiah pun mantop, jom la reramai join!


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry ke kotak komen entry
 6) Nak lagi senang, copy je entry

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. Anaknda  ina si Alisha dan Aqilah yang akan cabut undi.







Saturday, April 18, 2015

Aiman Ke Stadium Lagi



Semalam terima WhatsApp gambar Aiman dan Abah. Lebor muka sengih. Suka la tu!hehe..


Kali ketiga Aiman ikut abah ke stadium. Kedah menang semalam, game pun cantik, berbaloi la Aiman ikut. Kata en abah, Aiman makan banyak. Dua bijik burger, nugget fishball pun dia bantai sorang. Habis bola makan nasik pun sampai sengkak perut. Memang dia lapar sebab semalam skip breakfast, lunch terus. Sekali je makan sebelum ke stadium petangnya. Aiman kata

" jersi nombor empat puluh sembilan pemain hebat. Pandang lain bagi bola kot lain"  (siap tunjuk gaya bermain bola merujuk kepada skill pemain)

pastu Aiman kata lagi..

"Aiman makan ciku.."

Bukan ciku la Aiman, kuaci!hahaha.














Friday, April 17, 2015

Resepi Penkek Roti Sedap



Aha salah satu tema blog tintong ni adalah sharing simple recipes ya. So tak payah jakun sangat kalau asyik tengok makanan tak semegah ja kat sini. Malam tadi punya cerita la ni. Balik kerja semalam dah malas singgah kedai, kalut nak tengok Hati Perempuan la tu! Balik rumah dah sembang dengan laki lupa terus drama peberet kat TV.hehe..

Sekarang ni tak habis lagi sembang kedai kopi pasal gst, pasal pemimpin hari ini, pasal kesannya pada rakyat yang gaji kecik macam kami ni. Pokok pangkal cerita suami isteri setiap kali jumpa berkisar tentang nasib negara tercinta sahaja. Yang tak boleh blah tu, benda ni juga yang disembangkan en suami dan abah setiap kali call. Setiap hari tu abah call tanya latest issue. Parah kan!muahaha...

Dah tak payah mental sangat pasal hal negara! Intro ja dah dua perenggan.huhu. Baik pecah kepala fikir apa menu untuk dinner. Aku minta anak bujang bawak bersabar, lepas mandi dan solat baru ibu masak. Tu pun sampai masuk dapur tak dapat idea lagi apa nak buat untuk isi perut.haha..

Jadi ibu ni bukan kerja mudah. Bila takda benda nak makan kena kreatif la kan. Si chubby dan si bambam dua2 pun dah lapar! Akhirnya terhasil penkek roti pemanggang ajaib. Nak cepat punya pasal, buat bulat satu-satu tak kuasa dah! Ada balance sos coklat kita makan sama penkek. Pakai sudu ja anak beranak kaut terus dari PA. Nyum!



Resepi Pancake Roti : Carikkan roti pastu rendam dalam fresh milk or susu cair. Masukkan sebiji telur + garam + gula + tepung gandum, kacau sebati. Masak dalam pemanggang ajaib, Siap!



Boleh jugak kalau nak buat versi cekodok. Sila kurangkan portion fresh milk ja. Kalau ada acuan macam kaya ball yang dok jual kat mall tu boleh jugak buat bulat-bulat. Kerak roti yang anak tak makan tu sayang nak buang kan. Tak selera dah nak makan boleh buat resepi ni. Sedap! silalah cuba buat.







Thursday, April 16, 2015

Doa Supaya Anak Solat



Hari ni super sibuk. Habis kerja pagi ni kena masuk semula petangnya. Ada officemate yang attend kursus. Tak boleh buang masa, kena bersilat awal kat dapur la nampaknya. Line pun tengah sengal jugak ni. Nak operasi BW malam tadi pun tergendala.

Ok tak nak bebel panjang, cuma nak share doa hebat supaya anak solat tanpa disuruh. Sama-sama kita jadikan amalan, Insyaallah. Surah Ibrahim ayat 40 :



"Wahai tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, demikiankanlah juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"










Wednesday, April 15, 2015

Homemade Sos Coklat Pelbagai Guna.



Zaman serba kemutan ni eloklah buat sos coklat sendiri. Aku memula buat untuk cicah churros. Idea roti jem coklat datang tiba-tiba bila takda idea untuk menu bento Afia. Balik kerja dah petang, perut mula berkeroncong sementara nak bersilat kat dapur aku makan dengan biskut kering 4segi tu pun best. Tetiba aku membayangkan pisang goreng cheese coklat, emm..dap!



Resepi Sos Coklat Mudah :
2 sudu besar marjerin + 1/2 cawan serbuk koko + 1/2 cawan gula + 1 cawan susu cair + 1/2 cawan tepung jagung, kacau sebati atas api kecil. Siap!


Boleh simpan lama dalam peti ais untuk pelbagai kegunaan. Lepas ni tak payah dah beli nutella. Selamat berjimat!haha..






Tuesday, April 14, 2015

Jeruk Pelam Asam Boi, Pizza Roti Bodo, Churros Cicah Coklat



3 projek semalam. Ambik hang tajuk senala.



Balik kerja macam biasa bertindak supermak terus masuk dapur masak lunch. Dalam kelam kelibut nak hantar Aiman Kafa sempat lagi potong pelam muda yang dah berhari dalam peti ais. Yang ni pelam area opis aku. Depa kait, benda dah ada, rezeki takkan nak tolak. Baru pertama kali buat jeruk asam boi yang fenomena sangat ni. Aku macam biasa la..Lambat dalam segala hal. Memang tak layan sangat pelam muda. Ada..makan..takda no hal! Kalau yang masak manis memang aku tak tolak la. Yang tu peberet.



Lepas buka menu simple ayam goreng dengan buncis goreng udang plus kicap, kena fikirkan dinner untuk anak bujang juga. Ada balance tomato puri dalam peti ais apa lagi terus buat sos pizza. Inti isi ayam dan udang cincang plus karot ikut bahan apa yg sedia ada. Guna roti gardenia, boh sos, mayones dan cheese masuk pemanggang ajaib, setel!


Hat ni mengidam nak makan. Lepas maghrib buat jugak guna tangan ja bentuk churros jadi panjang. Gigih sangat kan. Kelass tak kelass churros aku, gedabak hodoh dah serupa cakoi. Jenuh pecah kepala pikiaq camna nak buat tanpa piping bag.haha. Aku buat sos coklat juga cicah sama churros. Aiman kata macam donut ja ibu. Memang la nak..hat ni donut sepanyol!








Monday, April 13, 2015

Sehari Tanpa Lampin



Hari Rabu ni ibu kerja malam, so siang hari selama dua hari boleh sambung train. Buat masa la baru nak biasakan Afia sekali sekala tanpa lampin, nak buat terus menerus susah juga sebab aku kerja. Takkan nak suruh pengasuh potty train si bambam pulak kan. Harap Afia tak keliru dan aku pun boleh istiqomah.

Lantai memang kena pastikan tanpa karpet. Lapik dengan tikar upin ipin ni je supaya senang nak mop kalau Afia terkucil.huhu..





Update potty train Afia semalam. Pagi sejurus bangun tidur Afia dah mintak bukakan CD dia. Sekarang ni memang dia sendiri yang request tak nak berlampin. Bila nak pakaikan CD dia kata "amau.." Kalau pakaikan drypers senang-senang je la Afia tanggal sendiri. Pastu pandai dia datang ke ibu bagitau, " beyak". Masuk balik air lama juga tunggu sampai aku berkata, eh cik pia ni main-main ke betul. Bila ibu suruh berak, dia siap wekkan kita. Notty sungguh!haha..Rupanya ambik feel dulu, pastu ternyata dia membuang. 

"Yey! pandai..clap hand". 

Bila dengan ibu bersorak, dengan muka bangganya Afia pun clap hand. So far sepanjang baru dua kali ibu potty train Afia ni, nak berak dia pandai bagitau. Nak kencing je masalah sikit. Kalau nampak dia pegang anu or dok kepit tu cepat-cepat la aku bawak masuk toilet. Kalau dia kata amau tu maknanya dia tak mau kencing. Selain tu memang dia berjaya kencing dalam toilet. Hantar dan ambik Aiman school pun Afia berjaya tanpa lampin.

Waktu tidur petang memula aku lapik, pastu terus dia terjaga. Nak tidur aku pakaikan terus CD, nanti tak tidur pulak. Malam tadi sebelum tidur Afia kencing dalam seluar dua kali. Bila cakap suruh bagitau dia buat derk je pastu senyum-senyum. Alahai anak solehah!





Saturday, April 11, 2015

Potty Train Afia



Alkisah minggu lepas, dia waktu pagi yang agak kalut, aku dah siapkan cik pia mandi, mintak la dia tunggu kejap kat ruang tamu. Tak sempat aku nak pakaikan drypers tengok selambak taik dia atas karpet. Afia tunjuk najis dia pastu cakap.."untah..". Taik dia kata muntah. haha..Salah aku jarang dedahkan dia dengan perkataan berak. Sebelum ni kalau dia terkucil dekat lantai pun, dah kencing dulu pastu baru datang dengan muka terkejut tunjuk, "ni.." merujuk kepada air kencing dia. Lepas kejadian mencuci karpet, aku selalu sebut perkataan berak kencing bagi dia faham setiap kali dia membuang.

Sejak kebelakangan ni pun Afia asyik mintak aku bukakkan drypers or CD dia, dah tak berapa selesa kot nak pakai. So aku rasa macam waktu dah agak sesuai untuk aku ajar dia cerai lampin. Pun begitu rasa macam nak mula lepas birthday dia next month. Sesambil tu kaji dulu tips cerai lampin melalui pembacaan. Katanya kalau anak dah mula faham arahan dan pandai berinteraksi kita dah boleh mula ajar. Lagi cepat lagi bagus sebenarnya. Satu tahun pun boleh dah kalau maknya gigih.

Pengalaman dulu waktu Aiman senang jugaklah nak potty train dia. Aku takda la mula awal sangat. Masa dia dua tahun lebih tu kira dia dah free diapers siang malam. Aku train sekaligus siang dan malam sebab dia dah pandai cakap. Malam tu memang la boleh dikatakan dia wajib kencing punya. Kena la susah sikit kalau nak berjaya. Sampai sekarang pun kalau cuaca sejuk dia kekadang kencing malam jugak tau.hahaha..

Masa mula ke Aiman dulu, dua kali je dia kencing dalam seluar pastu dah boleh cakap nak kencing nak berak kat ibu. Aku sentiasa cakap dan ingatkan dia setiap beberapa minit suruh bagitahu kalau nak membuang air kecik besaq. Pun begitu sampai kt rumah pengasuh dia dah terkucil kat rumah orang, pengasuh tu pun pakaikan dia diapers semula. Lama juga sementara nak biasakan, cabaran ibu bekerja la kan, orang bukan nak hadap anak kita sangat macam kita sendiri sebagai ibu. 

So aku agak heran kalau ada anak orang yang maknya dok rumah tapi anak dah umur 4 5 tahun belum free diapers. Yang bekerja pun tak mau renyah biarkan anak pakai diapers sampai anak masuk tadika. Nak tunggu sampai bila baru anak nak bersedia? Manjakan anak bertempat la kan..Opss sory kalau ada yang terasa, bab pendidikan anak ni isu sensitif. Aku laki bini pun selalu gaduh pasal berbeza pendapat, inikan pula orang luar. Macam bagus sangat kau.huhu..


Aksi budak demam

Bebalik pada isu cerai lampin Afia. Rupanya demam semalam nak boleh akal ja. Sekali kena ubat terus lega. Alhamdulillah demam tak melarat. Pagi semalam pertama kali Afia datang mintak bukakan CD dia pastu sebut "beyak.." masuk bilik air betul dia berak. Ini betul dah bersedia nak cerai lampin dah ni! Tak payah tunggu birthday, sepagi sampai lepas Solat Jumaat dia langsung tak kencing tak berak tanpa lampin. Ingatkan tiga hari ni boleh la potty train Afia, sekali Abah depa ajak balik kampung. Terbantut la hajat. hehe..

Memula en suami kata, eh..awai sangat nak cerai lampin. Lepas aku cerita kisah Afia dah pandai bagitau, en suami sokong. Lagipun awai apanya anak hang tu dah la baka besaq, kalau cakap 4taun pun orang percaya bak kata mak tok depa. Belum dua tahun tapi bambam dan tinggi, drypers pun takdak saiz dah nanti. Buat permulaan aku free diaperskan dia siang dulu. Malam bagi pakai CD ja tak keluar duit pun. Kecik lagi kan nak terus drastik siang malam. Bukan pasal gst ya.hahaha...


Aiman Afia kat rumah Wan Mak tok

Awal pagi tadi kat kampung pun Afia mintak bukakan drypers, masuk bilik air pandai dia berak. Aku takda letak target tinggi sangat. At least dua tahun setengah kalau dia dah boleh free diapers, Alhamdulillah..doakan aku berjaya. Esok off boleh cuba free diapers sehari suntuk, kita tengok camna Cik Pia. Tips cerai lampin tunggu aku berjaya dengan Afia dulu ok!haha macam ada je orang request.






Friday, April 10, 2015

Cik Pia Demam




Afia memang suka makan mee. Gambar dinner malam tadi ikut ibu kerja. Semalam elok ja tengok. Berselera dia makan mee. Abang Aiman harini ada Kem Bestari Solat, so malam tadi tidur awal. Dah takda geng main cik pia pun menyusul tidur kemudiannya. Pastu tengah tidur tiba-tiba badan panas. Dua kali jaga nangis complete muntah. Dah lama kot Afia tak demam. Oklah tak boleh lama nak mengomel. Orang demam perlukan perhatian. Afia kalau sakit kira nak mengempeng ja la takmau lepas. Apa saja untukmu anak asal dapat menenangkanmu. Get well soon dear bambam!






Thursday, April 09, 2015

Hati Perempuan, Roti Canai



Alamak dah terjebak! Lama dah tak ikut slot Akasia tapi kali ni dok gila Hati Perempuan pulak dah. Banyak pelakon baru yang agak kejung, tapi semua tu tak menggugat pun plot cerita menarik dan watak utama yang sweet. Aku suka watak Yuhanis, tak salah dia pernah pegang karektor tunang Zul Ariffin dalam Rindu Awak 200% kan. Malam tadi comel gila tetiba buat baik dengan laki sebab nak masuk office. Mula dah feeling muda remaja balik layan cintan cintun ni semua.hahaha...



Ni projek dinner semalam. Walau tak sama macam kat kedai tapi puas dapat makan banyak keping. Kata nak diet kan.haha..Sambil tengok Hati Perempuan sambil buat Homemade Roti Canai. Cicah sambal ikan bilis saja ye janji perut ibu dan Aiman kenyang. Afia tak layan pun roti canai ni semua. Dia kira mintak mee. Tu ja dia suka makan.










Wednesday, April 08, 2015

Nasi Goreng Daging Merah



Sehari dua tiga hari ni tekak tak berapa selera sangat nak makan. Tu yang dok cuba buat benda yang selama ni tak pernah pun terfikir nak masak. Kalau masak agak special case sikit ni haruslah tempek kat blog. So bertabahlah kalau setiap hari aku asyik up entry main masak-masak. Baru pertama kali jugak aku buat Daging Merah ala Thai. Nasi Goreng bodo ja dah beratus ribu kali. Walaupun realitinya aku macam tak pernah je order nasi goreng daging merah kalau makan kat kedai, kali ni teringin pulak. Bukan susah sangat. Lunch break sejam lebih pun aku sempat balik masak. Bak kata en suami, pasni boleh dah bukak restoren Thai.hahaha. 

Pada yang dah selalu bikin diam sudah. Aku ni pertama kali nak jugak la tepek resepi.harhar. Nasi putih dah siap masak dari pagi. Daging pun aku siap potong dan rebus, lunch break sampai rumah terus boleh bersilat masak. So takda alasan tak sempat masak kalau kita tahu cara nak manage time. Bersajak aku cakap walhal kadang kerja office hour, aku sogok juga laki anak dengan nasi bungkus. Tu kalau takda stock barang basah or memang tak kuasa sangat nak masak. Jarang sangat la! Biasanya memang aku akan masak pun. Untungnya rumah dekat dengan opis. Dapat la jimat kan..



Resepi Daging Merah Ala Thai : Rebus daging dengan sedikit pewarna merah, goreng sekejap dagingnya dan ketepikan. Air rebusan jangan buang, simpan untuk buat kuah. Tumis hirisan bawang merah+bawang putih+halia hingga naik bau pastu masukkan cili kering kisar. Masak hingga garing pastu masuk daging +air rebusan tadi. Tambah air kalau nak kuah lebih. Pastu boh sos cili+sos tiram+gula+garam. Masukkan sayur buncis+karot. Akhir sekali boleh masukkan hirisan cili+bawang besar.Siap!


Tadaaa..makan dengan nasi putih pun sedap! Aku buat nasi Goreng bodo letak ikan bilis saja. 







Tuesday, April 07, 2015

Resepi Daging Masak Hitam



Aku bukan ada modal sangat nak update. Untuk tak menghampakan permintaan Ciksue Umi Rania, aku share resepi Daging Masak Hitam. Resepi asal aku google tapi aku buat ikut apa bahan yang ada kat dapur je. Aku tak guna serai, pastu aku tambah sos tiram dan aku tak guna kicap cair. Yang ni kira macam resepi asal dari aku sendiri.hahaha Sukatan hentam sajalah. Pepandailah agak, bukan baru nak belajar masak kan!


Resepi Daging Masak Hitam Sedap : Panaskan minyak, tumis 4 sekawan pastu bahan hiris (bawang merah+halia+bawang putih) hingga baik bau. Masukkan bahan kisar (bawang merah+bawang putih+halia+ketumbar+jintan putih+jintan manis+cili kering), masak hingga pecah minyak. Masukkan daging yang dihiris nipis+air asam jawa. Tambah air pastu masak hingga daging lembut kemudian masukkan kicap manis+sos tiram. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Aku tak letak garam dah pun sebab sos tiram dan kicap dah cukup masin. Masak lagi sampai kuah pekat, dah keluar minyak dia tu memang umpph dah la masakan kita. Siap!








Monday, April 06, 2015

Nasi Hujan Panas



Alkisah sejak dah tua ni baru nak belajar buat nasi berempah. Ni Kira 1st attempt nasi hujan panas making by PK. Macam biasa aku buat simple guna bahan basic, minyak sapi kismis gajus semuanya pun takda. Aku tak guna pun beras panjang-panjang macam orang kaya dok makan tu. Walaupun beras tak kena gst, haruslah kemut!

Nah tempek sekeping dulu Nasi Hujan Panas bersama lauk yang aku buat.


Oklah jadi berasa juga nasi warna warniku ini cuma tekstur beras banyak yang pecah-pecah tak pasti kenapa. En suami kata kena didihkan air dulu baru masuk beras. Aku nak senang campak semuanya atas api tunggu dia kering ja baru masuk pewarna. Sukatan air pun main peranan kan.


Ayam masak merah ni tiga ketul saja saiz besar sorang satu aku buat. Menu rutin dah selalu dah aku bikin. Macam sambal biasa je la cuma add susu cair. Setakat ni en suami kata sambal aku memang terbaik seantero dunia. Seantero dunia tu ja aku tambah.hahaha..


Cubaan pertama juga ni aku buat Daging Masak Hitam. Selama ni tak pernah buat sebab spesis tak kenal rempah dan tak mahu pun nak belajar kenal terus bagi alasan tak suka masakan berempah.. Ni pun nyaris biji sawi aku sangkakan ketumbar.hahaha nasib baik la kak kedai runcit ada tunjukkan ajaran. Satu-satu aku tanya ni apa? ni apa? Molek sangat umur 30 tak kenal rempah ratus.


Nak sambung lagi pasal daging masak hitam. Ya Allah sedapnya resepi aku google ni. Lepas ni dah boleh jadikan menu istimewa time raya. Kalau emergency perlukan chef je la.haha. En suami kata lain kali tak payah beli dah nasi hujan panas, kalau beliau nak, isteri solehah boleh tolong masakkan. Pastu kan tak agak ajak berniaga nasi hujan panas bulan puasa ni. As usual la kan, bab mengampu memang A!haha..


Nyum..jemput tengok! Kalau teringin buatlah, tak pun pergi beli. Fasa pemerintahan gst ni baik masak sendiri. Eh dah kenapa aku sawan gst plak ni. Nikmat dapat makan bertambah macam aku. Biasanya nasi aku makan dua senduk tak pernah tambah konon nak diet. Kali ni kenapa ntah boleh bertambah tak ikut skema buku teks, sampai dinner pun panaskan lagi nasi, siap goreng telur mata tambah lauk makan sampai licin.hehe..









Sunday, April 05, 2015

Donut Coklat Biskut Tiramisu



Jiwa kacau dua hari tak lalu makan baq hang. Bila ketenangan sudah beransur melawan ketentuan, let's makan!hahaha..

Makanan itu terapi kebahagiaan! Tiba-tiba pulak kan tekak teringin donut. Tapi tak mahu yang traditional sira gula. Nak bikin icing untuk topping warna warni pun tak berapa nak gigih,  so buat coklat ganache sebagai topping. Hiasan chocolate rice yang berwarna pun takda. Belasah je yang coklat pastu habiskan stok chocolate chips. Aiman suka sangat, pagi tadi pun sempat breakfast sebiji donut coklat. Besaq gedabak ibu buat, 1/2 kg tepung dapat 11 biji saja donut. Puas kena sebijik pun. Tapi orang gemuk haruslah makan at least tiga bijik.hehe..




Selesai melantak donut aku buat biskut tiramisu pulak. Bila kata nak buat yang ni en suami minta buat lebih. Haritu punya walaupun manis sikit beliau suka dan kata sedap. Kali ni aku buat dua adunan terus, dapat la tiga layer. Just nice manisnya sebab dah tahu agak kan. Yang bekas pertama tu je masuk peti ais.Yang 2nd en suami dah belasah sorang, licin selesai masa tengah suam sejurus siap.



Mari lihat aksi anak dara makan donut. Bukan makan donut pun, dia kira kutip chocolate rice atas donut. Berlemuih comot tak ingat!


Mula-mula dok elok main dengan Abang Aiman. Abang dah masuk tidur takda geng dia datang menyibuk sama kat dapur. Hobinya menjilat periuk saki baki kastard kemain bergaya tak pandang orang dah. Kalau buat kek ke apa memang inilah aktivitinya. Turun temurun punya bakat menjilat.hakhak


Ok bye! jumpa lagi dilain entry main masak-masak bersama ibu Aiman Afia.






Saturday, April 04, 2015

Lasagna Roti, Musibah, Hadiah Aiman



Khamis yang suka duka ulang berulang.

Dah lama tengok resepi lasagna roti. Sekali baca terus hadam masuk kepala. Resepi simple pertama kali buat menghabiskan saki baki keju yang ada. Niat nak puasa terpaksa batal sebab tak sempat sahur menunggu lasagna masak. Begitu besar penangan lasagna roti. Rugi dah pahala puasa sunat sehari. 


Sedikit ujian aku terima waktu pulang dari tempat kerja membuatkan hati resah gelisah sepanjang hari. Dalam keadaan jiwa masih kacau, pagi esoknya jari pula cedera terkena pisau darah keluar tanpa henti. Lepas satu..satu.. Perjalanan hidup kadangkala diduga musibah tanda peringatan kasih sayang supaya semakin dekat denganNYA. Sekarang aku mula mencari kembali rentak ketenangan yang hilang.


Mengubat sedikit gundah bila anak bujang balik sekolah dengan fail dan buku ABC. Katanya jawab betul semua soalan teka silangkata dari cikgu DST. 5 orang sahaja termasuk Aiman dapat hadiah dari cikgu. Walaupun hadiah serupa tak sesuai dengan umur, pencapaian yang sekecil ini cukup membuatkan hati ibu berbunga. 





Thursday, April 02, 2015

Afia Imanina 23 Bulan





Ewah..dia joget! Waktu berlalu cepatnya Afia membesar depan mata. Kadangkala berulangkali tengok video masa dia baby. Alhamdulillah mudah membesarkan kekuatan iman kami ni, berperibadi cool dan tak banyak ragam masa baby. Apa lagi sekarang ni makin becok bercakap, terlajak cerdik akalnya dan terlalu comel dengan kerenah yang melucukan. Sungguh cik pia selebriti nombor satu kat rumah kami tau!

Perkembangan bercakap menginjak usia dua tahun fokus utama ibu nak story. Sekarang kalau bercakap kebanyakan menggunakan perkataan yang belakang saja. Contoh cantik, jadi tik..kenyang jadi nyang..habis jadi bis..banana jadi nana..Benda ringkas satu sebutan je Afia sebut tanpa pelat macam fish, goat, egg, take and so on.



Sekarang dah susah nak makan kat rumah. Kerjanya mengadak air saja. Yang hairan tu kat rumah pengasuh nak pulak makan. Lalu kedai Abah saja sebut Abah..Kalau dia sebut air..memang kena berhenti dulu. Lepas dapat milo kosong sebungkus dari abah baru balik. Pandai pulak tu kalau lepas hantar Abang Aiman Kafa mesti tunjuk jari sambil sebut Abah ajak pergi kat Abah dia. Marah kalau kita tak singgah.


Haritu kan ibu cerita Afia tak pandai sebut ibu. Kata abah saja dia je tu tak nak sebut. Sejak bulan lepas baru dengar Afia sebut bu dengan kerap. Yang tak tahan tu kenapa kalau sebut bu kena muncung mulut sedepa.haha..Abang Aiman dia panggil Man saja! Bila tanya tok nama apa dah pandai jawab Tok Dah..Wan..Mat..Nama sendiri ja susah nak sebut.

Kalau dengan mak pengasuh kemain lagi. Jeles ibu kalau kat rumah pun asyik sebut nama mak. Tiba-tiba pulak tu tau..Contoh kalau tengah salinkan dia drypers tak semena sebut mak. Asal naik car sebut mak. Asal lalu jalan laluan kerumah pengasuh sebut mak. Nak ikut ibu ke pejabat pun sebut mak. Banyak hari tak hantar rumah mak lagi kerap dia menyebut.

Sayang sangat kat mak dia ibu hantar dok dengan mak terus mau?Dia jawab "mau.." haha. Entah mau ke tak mau sama je sebutan. Lagipun apa yang kita cakap dia kira nak mengajuk sesaja. Tapi setiap kali ambik dari rumah pengasuh tak menyabar tunggu balik rumah kat situ jugak terus tunjuk dada ibu sambil sebut "nak nen..nenen.." kes gian!hahaha

Afia dah mula kenal huruf juga. Paling expert huruf O! Boleh sebut dengan baik A to Z, Alif hingga Ya. One to Ten tu ja banyak sebutan sebut yang belakang je la. Cuma ada beberapa huruf saja agak kelakar susah kot dia nak menyebutnya. Bila tanya cow bunyi macam mana? cat?goat?duck?bird..semuanya dia pandai bunyikan dengan comel sama macam dia selalu dengar dekat tab. Main tab satu hari tu dia sebut "yey..nang! (menang)" tak tau belajar kat mana.



Kat rumah masih dengan aktiviti bermain titi. Nak makan minum semuanya kena suapkan titi dia sekali. Afia tak tidur buai tapi tak boleh nak simpan sebab buai tu jadi tempat dia tidurkan titi. Hayun buai complete zikir. Baru ni ada beli penyangkut bilik air jenis besi boleh dia dok using titi boh dalam tu buat stroller. Anak girl memang macam ni la, kreatif pretend to be ibu!

Next month dah boleh beli kek birthday kot sebab Afia dah pandai makan kek. Tahun lepas boleh tengok ja!





Wednesday, April 01, 2015

GST Kedai Dua Ringgit



Hai April. Kalut update entry basi pagi tadi sampai terlupa hari ni dah 1 April, gitu?haha..Tak nak ketinggalan nak sembang kedai kopi pasal gst. Bukan nak kupas nak bentang hal ekonomi negara, tak kuasa aku! Cuma tu la nak sembang-sembang ja!hahaha..

Tahun lepas aku kena attend seminar berkaitan GST. Penolong Pengarah Kastam Sungai Petani penceramahnya. Bagus juga diberi pendedahan isu cukai yang sebelum ni kita tak pernah ambik tahu pun. Aku malas nak eloberate segala mak nenek yang aku dapat dekat seminar tu. Hangpa pun boleh baca studi dimana-mana. Tinggal nak dan tak nak je! Kena juga bekalkan makumat asas tentang GST. Sebagai pengguna sama-samalah kita kemut tahap 18.hakhak

Ni cuma nak story tadi break time pertama kali aku keluar belanja selepas GST. Pergi farmasi beli ubat pastu saja usha pasaraya sebelah nak tengok harga drypers. Masih harga sama, tak beli jadi tak tahu harga sebenar dekat kaunter lepas cukai. Katanya harga lampin paikai buang harga susu naik banyak ye! Aku masih lagi kategori selamatlah juga sebab CDkan Afia kat rumah. Susu cap gantung pun free.hahaha..

Ok sambung cerita tadi lepas tengok drypers aku usha harga roti cheese yang aku selalu beli. Dulu RM 1.20 sekarang dah 1.50. cancel terus beli. Roti gardenia yang krim tu pun harga dah 85 sen ya. Aku rasa macam baru je beli roti ni, ingatkan masih 80sen. Selama ni tak pernah alert dengan harga main bayar je.huhu..

Yang tak berapa selamatnya kedai dua ringgit pun ada gst. Aku ni boleh dikatakan tegar jugaklah kesana. Setiap minggu dan kadang boleh dikatakan setiap hari masuk kedai tu! Bukan beli apa pun tapi kadang beli juga benda yang tak berapa perlu pun. Dah katanya murah RM2. Tadi aku capai sepeket biskut Marie dan Kek Apollo Pandan. Sampai kat kaunter dah siap sedia syiling mana tahu kena cukai. Budak tu kata RM 4.25 sen. Aku bayar RM 4.30 tak tunggu terus blah.  Salah aku kalut sangat tak tunggu resit.

Tak pasti la sebelum ni kedai dua ringgit ada SST ke tidak. Sampai opis terus buat kiraan. RM 4 kalau gst 6 percent 24 sen. Rasa menyesal pulak tak ambik balance. haha. Memang jumlah tak banyak, tapi cuba kira kalau seratus orang free bagi depa 5sen, dah berapa? Lepas ni kena kurangkan aktiviti kat kedai dua ringgit. No more toys yang bukan-bukan tu ye Aiman. Kalau betul nak berjimat kena kira dari benda yang semurah-murah barang. Betul tak?Fikir-fikirkan..Gurau pun ada makna terselit yang mesti kita selam. Aku kemut tapi tak nak la sampai jadi kedekut, nanti kufur nikmat. 

Apa pun GST yang dikatakan telus ni harapnya tak membebankan rakyat. Pendapat aku masih ramai lagi yang tak faham apa tu gst. Masih banyak benda yang berlegar kat fikiran termasuk aku ni. Sekian!








Kisah Jumaat & Sabtu Lepas



Jumaat. Mak abah adik ipar dan anak sedara datang tidur dua malam kat rumah. Aku macam biasalah tugas bibik kerjanya mengemas rumah yang tak selesai-selesai. Bila ada tetamu datang semua pun faham kot macam mana. Dengan komitmen lain, memang makan tiga empat hari bab polish rumah saja. Kalau takda orang datang tunggang terbalik lantak pi! Laki tak berani sound punya, cakap banyak buat sendiri. Dah la tak bayar gaji bibik kan.haha..

Aku memang jarang masak bila mertua datang. Kebiasaannya en suami dan Abah akan tapau makanan dari kedai sama yang menjadi peberet Abah. Abah kalau datang sini memang ada kedai yang beliau aim nak makan, so baik kita beli ja. Lagipun selera orang tua tak pandai aku, kang aku yang jadi tukang perabis. Sendiri masak sendiri makan kekdahnya. Alasan yang cukup kukuh kot.haha..

Kali ni kebetulan bahan memang dah ada, aku buat laksa dan roti sardin goreng. Gambar tak ingat nak snap, yang ni lebihan sardin aku repeat buat lagi untuk dinner dengan Aiman.



Tak agak buat laksa sampai dua bungkus. Sebelum sampai rumah depa semuanya dah singgah makan kedai mamak. Dah tu laksa aku luak sikit saja. Sayang nak buang kot. Kuah laksa lagi lama lagi tambah umpph..Tiga hari aku dok ulang makan. Nyum!



Sabtu. Attend kenduri sepupu en suami dekat Kuala Ketil. Panas gila cuaca sekarang. Dapat makan jeli kelapa dekat rumah kenduri sedapnya la hai. Pasembur bihun sup pun sedap. Sungguh aku suddenly nak cepat habiskan entry ni. Layan je la gambar yang ada. Tak payah dok komen aku makin gemuk, tengah diet la ni ( sambil kunyah biskut) muahaha..