Pixajoy

Thursday, April 20, 2017

Homestay Pondok Indah Langkawi



Dok bertangguh je nak taip. Mari sambung review entry basi.huhu. 

Masa ke Langkawi tempohari kami menginap 2 malam dekat Homestay Pondok Indah. Harga 1 malam RM 120..so far ok la tempatnya setanding harga. Rate selaras tak kira hari minggu ke hari cuti depa tak up harga.

Terletak di Kampung Bohor Masjid Kedawang, Homestay ni sebenarnya tak jauh dari rumah biras aku. 1 kampung la senang cakap. Tujuan ke Langkawi pun sebab attend kenduri sama kan..so lokasinya strategik sangat, jalan kaki je dah boleh sampai rumah kenduri. Nak ke Pantai Cenang pun dalam 10 minit je, ke Pekan Kuah 20 minit gitu.

Sembang punya sembang rupanya owner pun ada bau2 bacang pastu anak kepada jiran Pak Mertua aku.  What a small world!


Rumah dia macam memanjang 4 pintu. Ada hall kecik pastu 1 bilik dan 1 bilik air. Comel je tapi kira ok la kami balun 3 famili 1 bilik, janji murah.hehe..


Ruang tamu

Deco simple but nice


Ni je suasana dalam bilik aku sempat snap.haha..

Katil queen 1 dan 1 katil single. Ada toto dan tilam lebih boleh tidur kat hall jugak.

Dapur dekat sebelah asing. Boleh bancuh kopi, milo, sirap bandung, masak maggi bagai.hihi

Depan dapur

Belakang dapur ni sebenarnya ada 1 lagi bilik kecik. RM 80 tak salah aku. So total ada 5 bilik penginapan.

Mini gazebo ka orang panggil ni. Ada dua kiri kanan. Petang2 boleh lepak sembang

Toilet pun lupa snap.haha..So far puas hati next time Insyaallah boleh repeat sini lagi. Area Pantai Cenang pun kalau musim cuti jam, dah tak best. Sini lebih aman dan selesa rasanya.

Untuk tempahan boleh call Rusniwati 017-4738763 or Ab Halim 017- 5801924.







Sunday, April 02, 2017

Aryan Nufael 9 Bulan



Ok dah lama sangat tak update perkembangan Aryan. Pertama kali masa umur 9 bulan Aryan demam teruk. 5 hari demam muntah cirit ada tonsil doktor kata. Disebabkan Aryan demam check up 9 bulan just timbang dan check perkembangan. 


Berat : 8.38 kg
Panjang : 76 cm
BMI : 14.5
Lilitan kepala : 46 cm

Minggu seterusnya kena cucuk ibu terlupa..Busy teruk la ni..So Jumaat tempohari baru kita ke RSAT cucuk.

Nak pi check up

Aryan masa 8 bulan mula merangkak dengan laju..dah boleh duduk sendiri tanpa bantuan. Sekarang ni dah faham arahan, pandai geleng kepala, pandai clap hand..main cak cekur udang gamit..Kalau kita rampas barang dari tangan dia dah pandai meradang ok...dah mula excited tergedik-gedik terpa ibu time ibu ambik kat rumah mak lepas kerja.

Semakin aktif dan slim

Umur 9 bulan Aryan belum tumbuh gigi. Tapi macam biasa la kan skill mengigit pakai gusi pun boleh tahan bisa.huhu

Mula berdiri merata dia cari port memapah

Alhamdulillah masih fully breastfeeding. Sekarang agak struggle, stok susu beku memang dah takda langsung...kais hari ni untuk esok saja kekdahnya. Apa pun kita enjoy.haha..

Sambung milk dari rumah mak sementara tunggu Abang Aiman keluar kelas



Baru lega demam ni dah aktif semula, nampak badan susut kan

Kuat punggah pastu buat muka tak bersalah camni

Ni masa tak sihat muka moncong tak manis langsung.

Model bundle ibu

Shirt n pant dari bale ibu jugak

Aryana in the house.haha kerja kakak2 rumah ngasuh.