Salam 26 Ramadhan,
Hohohoho balik kampung! Hohohoho balik kampung, hohoho balik kampung, hati girang..Lagu kesukaan Aiman!
Aiman dah balik Alor Setar ikut tok wannya. En suami tiba-tiba start cuti awal, so boleh balik kampung!hoho. Kalau aku tak kerja dah lama drift ke Alor Setar. Macam la jauh sangat kampung tu yer. Malam nie kerja pulak, so esok baru balik! Ahad balik sini semula. Isnin baru balik beraya. Untunglah sebab dekat...
Stop membebel, direct to the point, cenderahati dari 3 GA yang aku join :
Ini cincin di peragakan oleh model chubby tak terlatih.
Menang GA Najla Aqilah
Ini dari eqbalzack.com sempena ucapan raya untuk abang eq..Walaupun tak menang, semua yang join dapat consolation prize. Limited edition tau! Cer bayangkan aku buat kerongsang di hari raya.haha..
Ini pula kad raya kedua yang aku terima. Bersama kad raya ada juga bookmark. Mula-mula ingatkan dari kawan opis lama. Dulu masa kat kdsi selalu juga aku beli kad raya macam nie. Kad nie setiap tahun special design, takde jual kat pasaran dan limited edition! Lepas spot check rupanya cenderahati ucapan raya dari KeyPhoChee. Cik abang navy ekk?
Terima kasih semua..