Pixajoy

Monday, May 25, 2015

Minggu Ulangkaji & Exam



Mid year exam sekolah kebangsaan Aiman berlangsung sepanjang minggu ni. Kafa mula exam dari minggu lepas lagi, semalam last paper. Aiman macam biasa confident je boleh jawab soalan exam kalau kita tanya. Dia rileks tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau ibu tak gesa ulangkaji pun boleh jawab juga jawapannya. Bertuahnya anak oi. Ibu pulak yang pulun lebih!

Semalam hari pertama subjek pendidikan Islam Alhamdulillah apa yang kami ulangkaji ada keluar exam.  Hari ni paper Bahasa Melayu dan Matematik. Malam tadi ulangkaji buat latihan bahagi dan pecahan. Aiman kata dua topik ni je akan keluar exam, rupanya keluar tambah, tolak dan darab. Nasib baik Aiman kata senang. Ibu tanya boleh dapat A tak BM dan Mate? Aiman jawab confirm mate boleh dapat A. BM je tak pasti. Apa-apalah anak, janji awak dah buat yang terbaik.

Allah terangkan hati Aiman, lapangkan dadanya dan semoga tenang semasa exam. Good luck Aiman Mukhlis, jangan lupa doa, semak jawapan kalau ada lebihan masa, jawab elok-elok ye nak!









Saturday, May 23, 2015

Tart Telur Super Sedap



Berangan nak buat tart dah lama, sampailah baru ni dapat kekuatan mengetart buat pertama kali. Seperti yang aku jangkakan, memang renyah ok, perlu tahap kesabaran tinggi. Bayangkanlah nak tekan cengkerang dia tu satu-satu. Ni ok lagi aku buat versi besaq punya, kalau yang  kecik-kecik besar biskut raya tu mau meroyan. Belum cerita lagi bab cik pia penyibuk merap nak nenen. Mula-mula tu boleh la sabar, dah lama bosan gila macam nak hempuk doh sebijik penumbuk terus masuk oven.hahaha..

Ternyata berbaloi aku sabar hingga titisan darah terakhir, sedap sangat tart telur ni. Kalau filling blueberry cheese, fulamak mesti lagi mabeles! Rupa tu memang kelaut la. Yang ni pun kira paling cantik dah aku display, hat rupa buruk banyak dah masuk perut on the way pembikinan tart.hehe..


Resepi shell : 1 cawan marjerin/butter dipukul hingga kembang dengan 1/2 cawan gula (kisar halus). Masukkan 1 biji telur + 1 st esen vanilla, kalau lagi. Masukkan 2 1/4 cawan tepung sedikit demi sedikit hingga membentuk doh tak melekat. Tekan dalam acuan tart dan bakar. Buat nipis je ye, dah bakar nanti kulit tart akan kembang.

Resepi Filling : 1 tin susu cair + 4 biji telur + 1 st esen vanilla + 2 sudu tepung kastard + 1/4 cawan gula + sedikit pewarna kuning, kacau sebati, masukkan dalam jug kecil supaya senang nak tuang.

* Filling boleh terus tuang dan bakar bersama shell atau bakar shell dulu pastu baru boh filling untuk tekstur lebih crunchy. Shell boleh juga buat dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.

Aku buat filling telur setengah sukatan saja. Lebihan shells ni dua hari kemudian dapat idea nak blander mangga masak buat filling. Balik kerja ditinggalkan Aiman dan abahnya yang dating berdua tengok wayang, lapar nak cepat punya pasal aku boh hirisan dadu mango pastu baru tuang filling telur. Yang ni rupa lagi jahanam, sampai pecah shell aku kerjakan.haha


Walaupun azab nak siapkan tart ni, memang puas hati makan air tangan sendiri. Kalau beli tu tak heran sangat la kan. 










Wednesday, May 20, 2015

Kad/Surat/Karangan Hari Ibu Aiman



Beginilah seni anak bujang ibu. Tak tahu nak kalsifikasikan sebagai kad hari ibu, surat atau karangan.haha..Yang tak menahan tu tak tunjuk dan bagi pun pada ibu. Malu kot tak cantik, tulisan cakar ayam bengkuk sana sini, lagi ejaan banyak silap.hahaha. Ibu jumpa malam tadi masa Aiman buat homework pecahan.


Ibu saya panday buan macam-macam. ais kerim tak jadi. walaupun tak jadi tapi sedap dan ibu saya jantik dan jome lote, lawa mukanya berseriseri. saya palin suka makan-makan ibu saya. saya suka makan nasi koreng dan tamatlah cerita ibu.


Apa pun tetap sweet. Awat la buat malu ibu mention benda yang tak jadi. Yang jadi tak nak cerita pulak.hehe..









Tuesday, May 19, 2015

Model Apom Polkadot



Jadual kerja padat, minggu yang agak sibuk. Hari ni pun kena OT pasal minggu ni direct 3 hari ada kursus. Aku pun kena attend satu kursus hari Khamis nanti. Tak ada yang menarik sangat nak cerita, mood memasak tu ada, cuma masa je tak berapa kena.

Balik hantar Abang Aiman KAFA, singgah dekat Abah kadangkala tapau kuih untuk santapan dirumah. Kali ni beria Afia posing jadi model apom polkadot. Filling coklat boleh tahan la sedap. Afia berkenan pasal bentuk ladybird ja. 





Sekarang kalau snap gambar dia mesti terus sibuk nak tengok HP sambil sebut "ngok..(tengok)" pastu ketawa tutup mulut comel, gelihati macam kelakar sangat. Banyak akai Cik Pia!





Monday, May 18, 2015

Kenduri Udang




Tu..sekilo udang telah berjaya dihabiskan. Mula-mula buat mee udang, pastu buat coq udang, pastu udang Goreng kunyit dan last sekali mi sanggul udang. Udang ni special sebab di kirim oleh adik ipar melalui mak abah dari Lumut. Berberapa jam dalam bas sebelum sampai SP. Alhamdulillah rezeki menjala, kaya depa ni jual udang je. Yang penting udang ni percuma haha..









Giant Bubbles Taman Jubli



Dah lama juga tak bawa anak-anak santai petang. Jumaat lepas tiba-tiba en abah ajak outing. Carik angin sikit, panas kan cuaca sekarang. So lokasi paling dekat dan jimat untuk berekreasi tentulah Taman Jubli. Again and again bawak Aiman Afia ke playground.



Biasa pergi tengok orang main giant bubbles, kali ni apa kata kita try! Semangkuk RM 3, dua mangkuk RM 5, tambahan stick RM 1. Kami ambik RM 5, main sampah puas! En suami kan terkenal peramah bak reporter, dah mula sembang dengan abang bubbles, kemain rancak, kami dapat lagi 2 sticks free ja tak perlu bayar.

Aksi Aiman main bubbles, Afia dapat aiskrim dia tak heran dah belon berterbangan di udara. Kesian kan budak allergic aiskrim ni.


 

Tu..jilat aiskrim buat derk je.. Habis berlemuih!



Puas snap gambar anak, bagi chance ibu pulak ye. Syok rupanya main buih sabun ni.hahaha..


Habis aiskrim baru Afia sibuk nak main. Suka dia je celup gaya macam pandai sangat.


En suami dah start sembang dengan abang giant bubbles tu dari mula sampai balik. Laki aku memang kaki sembang oii.haha..Lepas main buih sabun, ibu layankan anak solehah pusing satu taman. Habis semuanya baby dan budak dia nak tegur buat kawan. Dah tau kan gennya turun dari siapa. Kami tuju ke kolam Afia terus sebut fish..Sayangnya takda fish anak oi. Nak pi tengok deer pun malas, bau dia tu tak tahan.haha..

 Puas jalan tengok tortoise segala, kita sambung main kat playground lagi. 




Sudah-sudah, jom balik ke pangkal jalan jom!








Sunday, May 17, 2015

Resepi Nasi Kerabu Simple



Baru-baru ni ada menu nasi kerabu dekat kantin unit aku kerja. Simple je nasi kerabunya, siap bungkus ada ikan goreng tepung je pun tapi sumpah sedap. Aku ni jarang sangat nak beli makan kat kantin. Ni dah dua kaki beli nasi kerabu walaupun konon nak diet tak mau ambik nasi untuk breakfast. 

Nasi Kerabu kantin, RM 2.60 je.



Bila dah makan sedap tu ada je la idea aku nak cuba buat sendiri. Niat nak diet tu memang ranjau berduri sungguh bila aku dah start campak baling kat dapur.hehe. Mulanya aku frust jugak en suami langsung tak bagi sokongan aku kata nak buat nasi Kerabu. Katanya kalau nak makan biaq beliau pi beli ja kat Pasar Malam. 

Jenis isteri misali suka melawan ni ada aku kesah, kalau aku masak, macam la beliau tak makan kan.haha..Aku dah set nak buat simple sebijik macam nasi kerabu kantin yang sedap tu. Lain kali boleh cuba ayam berempah, daging bakar pulak. Entah bila rajin nak buat nasi kerabu pulak tak tau! 

Ni nasi kerabu aku. Deco hancus la macam biasa. Main campak ja keliling pinggan.



Jadi jugak nasi kerabu first attempt aku ni. Bezanya aku tambah telur masin dan keropok je. 



* Nasi aku masak macam biasa, cuma boh serai bagi wangi. Nak dekat nak masak, nasi ni aku masukkan pewarna biru untuk impak warna nasi kerabu. Bunga telang mana nak cari oi!

* Sayur aku  cuma taugeh dan buncis menggantikan kacang panjang. Kalau nak lagi meriah boleh tambah apa je sayur dan ulam kesukaan. 

* Sambal pun aku masak sambal biasa je cuma letak santan sikit. Solok lada ke sambal yang lagi satu tu pun tak kuasa dah aku nak buat.

* Ikan Goreng Tepung ni pun simple. Aku boh serbuk kunyit, serbuk hilal,telur, garam, tepung gandum + tepung jagung pastu goreng.

* Resepi sambal kelapa : Sangai kelapa parut sampai perang, masukkan bahan kisar ( isi ikan kembung yang direbus + bawang merah + bawang putih + halia + serai ). Masak sekejap atas api kemudian perasakan dengan garam dan gula. Siap!


Resepi aku google pastu as usual kalau tak derhaka bukan PK tintong namanya (baca gaya iklan Tongkat Ali Hamid Gurkha). Aku share resepi aku punya version. Minyak maaf la kalau ada yang tak reti campak baling takda sukatan macam ni. Untuk rujukan aku sendiri di hari muka ja resepinya.

En suami yang tak menyokong tu rupanya hentam sampai menambah nasi kerabu aku. Pastu puji melambung kata sedap, especially sambal kelapa aku. Itulah..lain kali jangan dok pelece bini!haha. Eh Aiman pun dah pandai makan nasi kerabu tau, menambah juga. Dah la breakfast tak makan apa, laku tak kira la nasi kerabu aku. Ke sebab lapar?hehe

Ada kejadian sadis berlaku berkenaan telur masin. Aku beli telur masin dua bijik je, pastu lepas buang pasir hitam dan cuci bersih kulit telur aku dah baik punya ambil pisau nak belah dua telur tersebut. Tiba-tiba telur berkecai, terkejut ok! Serious punya bengap tak tau yang telur masin ni kena rebus dulu. Punya seumur hidup tak pernah beli teluq masin baq hang. Nasib baik ada balance lagi sebiji telur, takda la kempunan nak makan. 

Takpa, kita belajar dari pengalaman.muahaha.






Nak Air!



Budak bijak ni sekarang dah pandai demand. Asal lalu kat kedai sebut "air.." Kalau dah dia mintak tak sampai hati pulak tak bagi. Lagipun kat rumah bebudak ni memang tak merasa la air selain air kosong. Satu hari tu balik dari rumah pengasuh mood tak baik melalak sampai meleleh air mata mitak air. Sekarang dah tak layan air bancuh Abah, nak yang kedai punya. Dah la sekotak singgit lapan Posen.hehe

Sebelum ni memang aku dok belikan dia dutch lady low fat dalam kotak tu kalau stok susu tak cukup. Masa tu belum belikan susu tepung lagi. Padan la pun dia demand sebab dah biasa bagi. Dah dua tahun ni aku cuba belikan Dugro. Aku tengok elok je Afia minum. Lepas ni boleh kot teruskan dengan dugro. Murah sikit beli dekat PERNAMA takda gst.haha..



Dah dapat senyum lebor la cik pia!









Saturday, May 16, 2015

Resepi Puding Roti Marble Mudah Sedap





Hari yang katanya mertua datang rumah aku memang gantung kuali tak masak langsung. Dari breakfast lunch dinner semua makan kat luar dan tapau. Malam sebelum mak abah balik tu ja baru tunjuk skill. Buat agaq-agaq roti ja pun.haha..Esoknya masuk bekas bagi mak bawak balik sikit. Sebelum ni dah beberapa kali buat guna pewarna semata. Kali ni perisa original, sirap dan milo bergabung meletop!


Resepi Puding Roti Marble : Rendam satu pek agar-agar 20gm pastu masak dengan 4 cawan air. Tapis agar-agar ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar ( 1 tin susu cair + 1 biji telur + 6 keping roti + 1st esen vanilla ), masak dengan api perlahan kemudian masukkan gula + susu pekat secukupnya. Bahagikan ikut warna dan perasa kesukaan, tuang secara berselang seli hingga habis. Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais.








Reward Untuk Aiman Afia



Dah lama tak reward anaknda berdua ni. Tak semestinya dah capai sesuatu kejayaan baru ibu nak bagi hadiah. Hadiah yang sekecil ni pun, bila kita buat surprised pada anak-anak depa dah suka. Untuk Aiman ibu hadiahkan colouring book Cars. Sebenarnya dia pernah sebut nak colouring book baru, so hadiah yang tepat untuk buat kejutan. Untuk Afia ibu belikan Excercises ABC Book.


Anak dara kemain teruja, dari bawah lagi dah yey bila ibu tunjuk book dia. Dan-dan nak bukak tak menyabar naik rumah dulu. Tengok tu sampai rumah sakan dia dok belek tak peduli dan ibu tangkap gambar pun. Walaupun Afia belum pandai tulis, dia dah kenal banyak benda dalam gambar. Boleh improves lagi English word Afia. Nanti besar sikit boleh buat exercise tulis ABC ok!

Anak bujang macam biasa tak habis dengan gaya best dia tu. Bila ibu snap gambar, memang dah tak ada gaya lain dah pun. Ambik bantal ja sembunyi badan sado. Dia pun suka sangat dengan cars book ni, terus colour tak ingat dunia. Selain kaler, kat tengah buku ada stickers cars, mana ada budak tak suka main tempek-tempek kan.

Terasa macam syurga dunia bila anak tersenyum gembira.









Resepi Smoothie Coklat Pisang



Ni nak share resepi mudah kesukaan seisi keluarga. Walaupun kat rumah kami semuanya peminat pisang, tapi kalau dah kerap dan banyak sangat beli pisang, larat ke nak buat kek pisang dan makan camtu je. Nak buat cekodok merajuk dah, selalu sangat fail, so aku dapat idea buat smoothie. Menu sarapan sihat Insyaallah kenyang sampai lunch. Yang penting tahap sedap terjamin! 


Fresh milk/full cream milk/susu cair + sedikit madu + serbuk koko/ Milo + pisang yang dibekukan. Blend semua, siap!













Thursday, May 14, 2015

Mee Udang Simple & Sedap



Hari ni masak mee udang untuk lunch. Breakfast pun skip penangan mee udang ni tau. Ada silent reader kesayangan kita request resepi. So update laju-laju. Sibuk sikit hari ni tak dapat nak bebel panjang-panjang. Nanti BW ya!




Resepi Mee Udang : Panaskan minyak pastu masukkan bahan kisar (cili kering + bawang merah + bawang putih + halia) hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air rebusan daging (kalau takda, air pun boleh, kalau ada daging guna daging pastu masak kuah lama sikit). Bila kuah mendidih, masukkan sos cili + sos tomato + batang sawi + karot, masak sekejap. Pekatkan kuah dengan tepung jagung pastu masukkan udang. Last sekali masuk daun sawi + tomato. Perasakan dengan garam + gula + serbuk ayam. Kuah Siap!

* Kalau nak terus makan boleh terus masak mee dengan kuah, Kalau buat banyak, celur mee asinglah ye, nak makan baru masuk kuah. Yang ni tak habaq pun tau kan!





Wednesday, May 13, 2015

Tudung Botol Budak Notty



Aiman sekarang tengah sawan cari penutup botol. Cikgu kat sekolah la ni minta bawa, depa buat aktiviti kuiz apa entah Aiman cerita aku pun tak berapa faham. Cikgu minta 50 mana nak cari banyak-banyak. Mujur la Abah Aiman banyak beli air mineral pastu ibu simpan dalam stor tak buang. Bila dikumpul dapat la dalam 20 something. Semalam pergi playground dia buat ops cari tudung botol banyak dia bawak balik. Jenuh ibu nak cuci kotoran kat penutup entah dari ceruk mana dia pi kutip. Pastu mana botol baru yang ada atas meja, habis hilang penutup, tinggal botol je.  Dah tau dah Aiman punya kerja.hehe..


Pagi tadi dengar bunyi azan kat tab aku pun bangun. Terfikir gak kenapa jam dekat handphone aku belum bunyi. Yang tak bley blah tu aku tak tengok jam terus matikan alarm. Pastu aku Solat Subuh dan pergi dapur masak. Ingatkan pukul 6 aku bangun, rupanya baru pukul 5. Masjid pun baru azan. Percuma Solat tahajud niat Subuh pagi tadi. Cik Pia punya kerja la ni pi ubah jam dekat tab jadi awal sejam.haha..


Tu je la nak cerita.hehe







Tuesday, May 12, 2015

Rendang Minang Resepi Cikgu AN



Gambar comot tak ingat. Lupa nak snap awai baq hang. Kalut punya pasai. Pagi tu baru abah call kata nak datang rumah. Dah la aku puasa, semangat nak masak rendang tu yang buat jugak. Petangnya masuk kerja pastu waktu break balik ambik Aiman hantar KAFA terus kelam kabut polish rumah. Nak putuih urat aku wey.hehe..


Sila percaya ni pertama kali aku masak rendang.  Waktu raya pun tak pernah aku masak rendang ni. Aruah mak aku dulu pun asal raya mesti buat kari pastu menu masak merah ayam je makan dengan ketupat. Menantu misali haruslah bagi peluang mak mertua dan adik ipar tunjuk skill merendang. Kita tolong tengok dan melantak sudah!hahaha..

Feeling riang ria suasana hari raya pulak kan. Takut jugak fail pasal aku puasa tak dapat nak rasa dan adjust mana yang kurang. En suami la jadi tukang rasa. Aku cuma tambah jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Pastu daun limau purut dan daun kunyit tak ada. Sukatan memang tak ikut resepi asal la. Sila usha kat SINI resepinya. Boleh lagi ke letak nama rendang minang AN kalau rendang versi derhaka?hehe

Kiranya semalam aku berbuka makan rendang minang resepi Cikgu AN. Mak Abah datang siap beli mee goreng dan mee rebus untuk dinner. Mak makan rendang aku dengan mee dan puji sedap! En suami pun kata sedap. TQ AN resepinya.







Rezeki Baby Afia



Di suatu petang yang hening, saat cuaca menarik cantik diluar, sedang kami menikmati chicken nugget , terdengar ketukan kuat dipintu. Rupanya encik posmen datang membawa bungkusan. Dah boleh agak dari siapa. Gerangan sahabat blogger ikhlas memberi tanpa mahu publisiti. Bantal dan comforter di tempah khas dari lyd sunshine. Mama si luth  takkan korang tak kenal. Kalau ada permintaan apa-apa nak mintak beliau jahitkan boleh terus hubungi mama luth ok!




Alhamdulillah rezeki Afia. Comel sangat hadiah ni. Semoga Allah murahkan rezeki pada yang memberi. Afia suka sangat! Ibu bentangkan si bambam terus landing baik punya tanpa disuruh, pastu dok sebut baby..baby...Harap maklum gambar gegar sebab baby tua bangka excited sangat.hehe. 








Monday, May 11, 2015

Resepi Nugget Ayam Homemade




Baki breadcrumbs buat Nasi Goreng Chicken Chop lama tak terusik dalam peti ais. Dok bertangguh nak buat nugget, berapa kali dah isi ayam jadi benda lain. Kali ni jadi jugak chicken nugget aku. Tak berapa rajin nak buat bentuk love, bulat macam tuan dia pun masuk perut hancur jugak kan. Macam biasa resepi campak baling je takda sukatan.


 Resepi Nugget Ayam : Isi ayam yang di kisar kering + garam + lada sulah + mayones + tepung gandum. Gaul sebati, bentukkan nugget, celup dalam telur pastu salut serbuk roti. Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan supaya ayam masak elok.

Ni nak bagi tips, kalau waktu bentuk nugget, adunan tu melekat kat tangan, salut je dengan breadcrumbs supaya senang nak bentuk. Pastu baru celup dalam telur dan salut breadcrumbs sekali lagi. Untuk nugget yang sedap, letak sikit je tepung gandum. Pepandailah agak dalam 2 sudu cukup la ye.

Balance telur untuk nugget tu sayang kalau dibuang. Aku potong tiga biji kentang bentuk wedges campak masuk dalam lebihan telur pastu tambah garam + serbuk lada hitam + tepung gandum + tepung jagung gaul sebati dan goreng. Tada..siap satu lagi menu western homemade yang sihat tanpa bahan pengawet.


Aiman setiap kali ibu masak dia mesti menyibuk tanya ibu masak apa. 

Pastu kena la sound, 

"apa yang ibu masak Aiman makan je la!"

" Aiman cuma nak puji ibu je..Ibu ni kreatif. Buat macam-macam. Semuanya pun ibu nak buat.."

Ye la masak bagi anak makan. Kalau tak masak takda benda pulak kita nak makan Aiman oi. Afia yang susah nak makan ni banyak jugak belasah nugget ibu buat. Aiman tak payah cakap la, dua-dua pun dia punya peberet.













Video Afia Pencinta Kucing & Gambar Pengantin Kecil




Afia selalu ikut kakak (anak mak pengasuh) ke rumah Tok Yan untuk bungkus nasi lemak. Beberapa minggu lepas Tok Yan send video Afia main cat pada abah. Suka Afia dok ulang tengok video sendiri. Mahu-mahu tapi geli-geli, itulah cik pia. a cat lover!hehe..



Kakak-kakak jugak ni punya seni. Dulu pernah sekali masa baby di inaikan tiga jari, kali ni penuh kuku sepuluh jari langsung tak comot, nampak sangat dia yang rela. Esoknya ambik dari rumah pengasuh, ada lukisan pengantin pulak. Dia pun tak habis dok mey ( comey) sambil tujuk tangan.









Sunday, May 10, 2015

Gado-Gado Ala Pasembur



Ni dia projek yang aku ajak Aiman tolong potong kat dapur. Gado-gado atau orang panggil pecal ni antara makanan nostalgia yang aruah mak selalu buat. Dah lama aku tak buat teringin pulak. Kebetulan kacang tanah siap goreng masih berbaki, lupa balance aku masak apa entah. Pagi tu pergi kedai cari kankung, tauhu dan taugeh. Dah nampak tu sengkuang kat kedai boleh tak ingat langsung nak beli. Balik rumah baru ingat. Timun pun lupa. Banyak sangat pikiaq kot.haha..

Untuk tambah bahan, aku rebus telur dan kentang, celur buncis juga. Kuah kacang dah siap buat pastu datang nafsu nak buat pasembur pulak dah. Pi la google resepi kuah pasembur. Sebab takda udang kecik, aku ganti dengan ikan bilis.  Goreng pulak ciri kering dan ikan bilis pastu blander dan adjust kuah kacang tadi menjadi kuah pasembur mamak. Takda ubi keledek kita boh kentang dalam kuah kira halal. Pulun sangat kan.hehe..




Nyum nyum. Alhamdulillah sedap. Cikgu AN  terima kasih ya resepi rendang. Semalam nak buat tapi malas keluar cari bahan. Tunggu datang seru nanti kita up entry rendang minang derhaka version.haha..











Saturday, May 09, 2015

Ke Dapur Bersama Aiman Afia



Semalam ibu ajak Aiman Afia ikut membantu di dapur. Sebetulnya Aiman sorang tolong, Afia tukang penyibuk.hehe. Nampak macam simple, tapi aktiviti macam ni sebenarnya seronok, satu proses pembelajaran untuk anak-anak. Dalam dok seronok tu, jangan lupa aspek keselamatan ok!

Banyak aktiviti sederhana didapur yang boleh kita libatkan anak-anak. Contohnya mencuci buah dan sayur, menghias makanan, menimbang dan sebagainya. Kali ni ibu cuma minta Aiman tolong potongkan sayur buncis. Pastu Aiman bantu ibu asingkan taugeh juga.



Adik fia pun tak mau ketinggalan. Ibu bagi batang kankung pastu potong la guna pisau mainan masak dia. Tengok tu pisau pun terbalik.hehe..



Apa yang boleh dipelajari waktu beraktiviti di dapur? Aiman Afia belajar pegang alat potong dan mengendalikan tangan. Aktiviti yang bagus untuk motor halus. Di dapur Aiman Afia belajar kosakata juga. Contohnya perkataaan cut, vegetables, ibu ajar la Afia sebut. Tak sangka Aiman pun tak tahu yang vegetables tu sayur in english. Dia tau perkataan cut je. Percuma dapat tambah English word kan Aiman.

Untuk Afia, kita praktis belajar kira. Hasil potong tu sama-sama kita kira one two three, memang have fun sangat! Aiman kata bila cuti Jumaat Sabtu dia nak tolong ibu potong kat dapur lagi. Secara tak langsung aktiviti macam ni mendidik anak buat kerja rumah. Besar nanti ringan la tangan tolong menantu ibu. Bakal besan pun suka kan kalau menantu pandai masak.haha..








Friday, May 08, 2015

Checkup Afia 2 Tahun




Berat : 12.7 kg
Tinggi : 84 cm
BMI : 18.1


Ibu berdua je dengan Afia pergi RSAT pagi tadi. Waktu timbang ok, time nak ukur tinggi Afia buat perangai sikit. Dia dok "amau.." sambil peluk ibu tak nak turun bawah. Banyak kali jugak pujuk. Nasib baik buat peel sat ja.

Masuk bilik untuk check perkembangan, nurse bagi buku nak tengok dia tau tak selak buku. Of course la pandai. Nurse ada bagi juga blok kayu minta Afia susun tinggi. Ini budak tak layan, sebolehnya dia "amau". hehe Sebenarnya Afia dok sibuk dengan baby yang tengah timbang di bilik yang sama. Macam la tak tau yang Cik pia ni suka sangat baby. Mak baby kata dah boleh bagi adik, dah dua tahun.

"Ohh...yang ni pun tak dan bernafas lagi.."  laju ibu jawab.hehe..

Nurse tanya ubat cacing nak yang tablet ke cecair. Ibu mintak yang tablet. Ubat perisa coklat, memang sedap la! Ibu Abah pakat dok buat hingaq dalam video Afia makan ubat cacing.hakhak..












Thursday, May 07, 2015

Kisah- Kisah Aiman



Anak bujang si chubby Aiman yang menjadi harapan kami dunia akhirat, Insyaallah. Sekarang Aiman tengah pulun praktis cakap utara. Sebutan R dia sikit punya buruk, sakit telinga ibu dengar.haha. 4tahun dah kan kat Kedah, dialet selatan masih diguna pakai kat rumah. Cubaan menjadi Kedahan sejati kot Aiman ni!



Jumaat lepas Kedah menang lagi. Suka Aiman! Kali ke empat Aiman ikut abah ke stadium. Dua kali abah bayarkan tiket bola, rupanya umur Aiman masuk free ja. Baru tahu, pasni makin kerap kot dia dapat tengok bola. Tiket free kan. Tiket bola pun kena gst.huhu..Dari pagi tak sabar asyik sebut nak tengok bola. Sampai kampung lorat betul ibu tak bawak baju hijau kuning dia. Pakailah baju apa yang ada anak oi.hehe..


Homeschool yang ada pasang surut tetap berlangsung walaupun cuti sekolah. Picture masa dekat office ibu, Aiman buat latihan DST. Baru ni Aiman dapat lagi hadiah pensil tekan dari cikgu, katanya dapat A subjek BM. Subjek lain macam mana Aiman?hehe. Alhamdulillah bacaan dalam solat baru hafal semua. Sedikit terlambat, salah ibu ni la ajar hafal separuh jalan sampai tahyat awal saja, tergantung tahyat akhir sampai kesudah. 


Ingat lagi tak last year sukaneka sekolah Aiman naib juara lari kanggaro? Tahun ni masih acara yang sama, secara berkumpulan pula. Rumah biru juara Aiman kata! Dapat emas kali ni. Ambik dia dari sekolah tergantung medal kat kepala sampai rumah tak buang. Anak punya happy, ibu tumpang sama kembangkan bunga dalam hati.

Aiman selaku ketua kelas diberi tanggungjawab oleh cikgu untuk pegang kunci kelas dengan dua orang lagi kawan. Dari sudut positif, bagus cikgu beri pendedahan didik pegang amanah. Biar kurang akademik anaknda Aiman, tapi cemerlang uruskan kehidupan. Dalam segala aspek, buat yang terbaik anakku, tak perlu jadi terbaik. Tetiba ada ucapan serius untuk perhimpunan pagi.haha..








Wednesday, May 06, 2015

Pataya Hotdog Sedap Sungai Petani



Adoi asyik tayang makanan je. Kira betul passion makan aku ni kan. Boleh jadi duta makanan dah. Semangat diet pi mana ntah.haha..Semalam sehari suntuk attend kursus. Aku marmet dalam kereta kau. Takda tempat nak perah. Punya cover nasib baik line clear. Kata en suami, jaga-jaga nanti tak pasai video jadi viral.hakhak..

Balik kursus ambik Afia kepala dah tintong. Melekit badan kepala pening naik loya tak tau nak habaq. Sampai rumah tidur sekejap baru hilang pening. Nasib la anak bujang tak kisah ibu goreng telur mata je makan dengan kicap untuk dinner. Memang tak kuasa dah nak masak. Aku makan kopok lekor je pastu belasah kek birthday Afia. 

Tengah malam dah tidur tu, en suami call tanya nak burger tak. Pantas aku cakap nak, segar terus bijik mata. Lapaq!haha..Aku order burger daging biasa je sekali en suami beli kan aku hotdog pataya. Tu dia..dua tiga kali stop makan. At last tinggal sikit terpaksa surrender gak bagi en suami habiskan.

Sebab burger ni special aku siap pose tiga kali. hakhak. Hotdog Pataya harga dia RM 5.30. Puas hati la panjang besar makan sorang mau sengkak perut. Lepas makan sambung tidur memang terbaiklah ternak lemak.



Bini kursus en suami pun makan sekali je breakfast merangkap lunch. Balik kerja lapar sangat tu yang dasyat order sampai dua.haha. En suami hotdog pataya juga, plus burger kambing RM 10.00.



Banyak lagi pilihan menu burger kat situ. Burger rusa pun ada. Penduduk Sungai Petani boleh cuba. Boleh tahan sedap burgernya. Lokasi stall burger berdekatan Tesco Sungai Petani Utara, belakang Nasmir Nasi Kandar.






Kek Karot Harijadi Afia



Kek Harijadi Afia ni aku buat lewat sehari. Masa birthday Afia kan ke kami baru balik dari kampung, tak sempat nak buat awal. Mula- mula memang ingat nak buat kek coklat, memikirkan Afia yang susah berak sekarang ni, dapat idea buat kek karot. Macam la Afia makan bersungguh sangat birthday cake dia, dari mula ibu buat sampai acara potong kek dia dok mengadak icing.

Aku ambik risiko buat kek yang tak pernah aku buat. Kira ni kek karot pertama kali. Mujur jadi..kalau tak, tak berkek la birthday girl. Pun begitu ada juga kisah sadis disebalik kekalutan ibu. Waktu in making carrot cake Afia, perancangan nak buat setengah adunan saja. Masa tuang minyak, lupa nak bahagi setengah, terus tambah lain bahan bagi jadi satu adunan terus. Dah cantik satu adunan, masuk la oven bakar, malang apa entah kek terendam air yang guna untuk letak kek waktu bakar tu. Kek kalau dah kena air memang jahanam!

Ibu teruskan kesabaran buat semula setengah adunan lagi demi kasih sayang ibu pada anaknda solehah Afia. Nasib baik beli karot lebih. Sedap rupanya kek karot ni. Kalau tau sedap dari dulu dah cuba buat. Deko kek jahanam sikit la kan. Main belasah je dengan takda alatan mendeko. Cream cheese pun takda, dapat idea buat icing guna susu tepung Afia. Konon dah dua tahun ni nak cuba la ajar minum susu lembu, tapi rasmi dulu buat kek.hehe..



Kasi zoom baru nampak kecomotan seni mendeko ibu.


Resepi kek karot : Satukan 1 1/2 cawan gula + 1 cawan minyak + 4biji telur + 1 st esen vanila, kacau sebati semuanya. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ( 2 cawan tepung + 1 st baking powder + 1 st soda bikarbonat +1/2 sudu garam + 1 st serbuk kayu manis). Setelah sebati masukkan 2 1/2 parutan karot. Kacau sebati pastu boleh tambah walnut dan kismis kalau suka. Bakar ikut suhu oven memasing ya!



Untuk icing aku guna marjerin + icing sugar + esen vanila + susu cair + susu tepung. Sukatan hentam sajalah labu.haha..






Tuesday, May 05, 2015

Resepi Kek Pisang



Punya teruja dengan kek pisang, seperti dijanjikan dengan anak bujang, ibu baking lagi. Kan dah kata kena sawan baking, tak padan dengan tak cukup bahan, tak menyabar nak buat jugak.


Stok telur dah habis tak sempat beli, ada sebijik telur pun pulun buat setengah adunan. Aku bakar dalam oven versi cupcake. Saja la letak hirisan pisang atas kek untuk rasa pisang yang lebih maksimum.



Rupa menggerutu kelaut, tapi sedap ok! Tempek sini resepi, nanti senang refer. Bahan blander tu jangan blend lama. Dua kali putar cukup, bagi sebati je. Kalau blend lama takut kek bantat.


 Resepi Kek Pisang : 5 biji pisang emas or 3 biji pisang berangan + 2 biji telur + 3/4 cawan gula, blander sebati. Tuang adunan dalam tepung yang diayak bersama 2 st baking powder + 1 st soda bikarbonat. Kacau sebati pastu boleh kukus or bakar.



Dah cukup bahan buat sekali lagi.haha..Kali ni jadi gebu elok, dah pandai adjust bahan. Tapi heran pasaipa dalam gambar tak nampak gebu? Agaknya aku potong kek time panas terus snap gambar.


Kek pisang ni rupanya dah dua tiga hari lagi sedap. Tinggal banyak ni balik dari kampung sodaqollah kami belasah licin. Puas dah makan kek pisang. Tahun depan pulak kot baru buat lagi.hehe..









Sepagi Di Kedai Wan



Jumaat lepas masa balik kampung. Sampai Alor Setar memang terus lepak kat kedai abah. Layan je la gambar yang ada.

Afia kalau dapat air manis memang sedut tak lepas la. Demand princess sangat landing atas meja.

Abang Aiman kemain lagi nak tolong basuh cawan. Wan kata kena tunggu lagi tiga tahun biaq sama tinggi dengan wan. Sekarang badan pun dah sama besaq wan.hehe..

Susah betul nak snap gambar anaknda berdua. Biasanya adik tak bagi kerjasama, abang terus naik fedup.huhu..

Tu..sedut dadih tak tengok kiri kanan dah!

Dadih susu lembu sedap woo..En suami beli kat pasar tani. 10 bekas kami anak beranak hentam habis.hehe..