Pixajoy

Monday, May 11, 2015

Home » Resepi Nugget Ayam Homemade

Resepi Nugget Ayam Homemade




Baki breadcrumbs buat Nasi Goreng Chicken Chop lama tak terusik dalam peti ais. Dok bertangguh nak buat nugget, berapa kali dah isi ayam jadi benda lain. Kali ni jadi jugak chicken nugget aku. Tak berapa rajin nak buat bentuk love, bulat macam tuan dia pun masuk perut hancur jugak kan. Macam biasa resepi campak baling je takda sukatan.


 Resepi Nugget Ayam : Isi ayam yang di kisar kering + garam + lada sulah + mayones + tepung gandum. Gaul sebati, bentukkan nugget, celup dalam telur pastu salut serbuk roti. Goreng dalam minyak panas dengan api perlahan supaya ayam masak elok.

Ni nak bagi tips, kalau waktu bentuk nugget, adunan tu melekat kat tangan, salut je dengan breadcrumbs supaya senang nak bentuk. Pastu baru celup dalam telur dan salut breadcrumbs sekali lagi. Untuk nugget yang sedap, letak sikit je tepung gandum. Pepandailah agak dalam 2 sudu cukup la ye.

Balance telur untuk nugget tu sayang kalau dibuang. Aku potong tiga biji kentang bentuk wedges campak masuk dalam lebihan telur pastu tambah garam + serbuk lada hitam + tepung gandum + tepung jagung gaul sebati dan goreng. Tada..siap satu lagi menu western homemade yang sihat tanpa bahan pengawet.


Aiman setiap kali ibu masak dia mesti menyibuk tanya ibu masak apa. 

Pastu kena la sound, 

"apa yang ibu masak Aiman makan je la!"

" Aiman cuma nak puji ibu je..Ibu ni kreatif. Buat macam-macam. Semuanya pun ibu nak buat.."

Ye la masak bagi anak makan. Kalau tak masak takda benda pulak kita nak makan Aiman oi. Afia yang susah nak makan ni banyak jugak belasah nugget ibu buat. Aiman tak payah cakap la, dua-dua pun dia punya peberet.













14 comments:

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

tau takpe..setuju dengan aiman..kreatif..akan dicuba nanti..menarik sangat2 ni

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

terima kasih atas perkongsian PK...lepas ni noe pun nk cuba jugak...mcm senang je tu..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

seronok masak2 bila anak suka kan pk..acik sejak anak2 dah bear ni kurang sikit la masak macam2 masa anak2 kecik dulu..memang suka masak..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Aiman dan Pia nampak gaya ibu bila retired kelak boleh buka franchise fast food ni:)

Auntie boleh tumpang makan hihi..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau bolehkan bila nampak perkataan 'homemade' ke, 'campak, baling' ke dalam blog ni rasa macam nak skip jerk tau. Tension gila weyh *_*

Aiman, bukan Aiman aje yang kata ibu ni rajin semua nak buat sendiri. Percayalah, kawan-kawan alam maya ibu pun merasa perkara yang sama. Ibu Aiman ni memang 24 jam dok kat dapur jerk memasak ke apa ni? Aunty dah konpius tahap tak dapat dibendung lagi dah ni!

Ummu Athiyah Ismail said... Best Blogger Tips

Untung aiman dapat ibu rajin masak n kreatif :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Pergh, menu western yang penuh kasih sayang...
Memang untungg Aiman Afia tau..

Sue Bee said... Best Blogger Tips

kalau resepi main tikam sukatannya tuh, mmg SB suka sesangat..

eima said... Best Blogger Tips

ko mmg rajin ..semua resepi bahan hentam je tp jadi ...kagum2

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

pergh pujian dari anak tu mahal PK..hihi.. tumpang simpan resepi ni..:)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ala ibu sound la pulak ye..
yg pntg ibu masakkan pasti aiman afia suka

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Pandai Aiman puji masakan ibu . ... menu sihat tanpa bahan pengawet gini sangat bertuahla anak2 PK sebab membesar dgn makanan yg terjamin selamat.. untung sangat diorang tu..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tulah untungnya dpt ibu yg rajin Aiman....Tak mcm Cik jilap ni, rajin nau haha...Kalau ibu rajin macam macamlah dpt makan..... Nugget pun buat sendiri. Hish mmg rajin sungguh...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Terharu oii kalau anak puji ibu kreatif.Tapi ibu ni cepat sgt nak sound. Heheh.