Pixajoy

Saturday, May 23, 2015

Home » Tart Telur Super Sedap

Tart Telur Super Sedap



Berangan nak buat tart dah lama, sampailah baru ni dapat kekuatan mengetart buat pertama kali. Seperti yang aku jangkakan, memang renyah ok, perlu tahap kesabaran tinggi. Bayangkanlah nak tekan cengkerang dia tu satu-satu. Ni ok lagi aku buat versi besaq punya, kalau yang  kecik-kecik besar biskut raya tu mau meroyan. Belum cerita lagi bab cik pia penyibuk merap nak nenen. Mula-mula tu boleh la sabar, dah lama bosan gila macam nak hempuk doh sebijik penumbuk terus masuk oven.hahaha..

Ternyata berbaloi aku sabar hingga titisan darah terakhir, sedap sangat tart telur ni. Kalau filling blueberry cheese, fulamak mesti lagi mabeles! Rupa tu memang kelaut la. Yang ni pun kira paling cantik dah aku display, hat rupa buruk banyak dah masuk perut on the way pembikinan tart.hehe..


Resepi shell : 1 cawan marjerin/butter dipukul hingga kembang dengan 1/2 cawan gula (kisar halus). Masukkan 1 biji telur + 1 st esen vanilla, kalau lagi. Masukkan 2 1/4 cawan tepung sedikit demi sedikit hingga membentuk doh tak melekat. Tekan dalam acuan tart dan bakar. Buat nipis je ye, dah bakar nanti kulit tart akan kembang.

Resepi Filling : 1 tin susu cair + 4 biji telur + 1 st esen vanilla + 2 sudu tepung kastard + 1/4 cawan gula + sedikit pewarna kuning, kacau sebati, masukkan dalam jug kecil supaya senang nak tuang.

* Filling boleh terus tuang dan bakar bersama shell atau bakar shell dulu pastu baru boh filling untuk tekstur lebih crunchy. Shell boleh juga buat dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.

Aku buat filling telur setengah sukatan saja. Lebihan shells ni dua hari kemudian dapat idea nak blander mangga masak buat filling. Balik kerja ditinggalkan Aiman dan abahnya yang dating berdua tengok wayang, lapar nak cepat punya pasal aku boh hirisan dadu mango pastu baru tuang filling telur. Yang ni rupa lagi jahanam, sampai pecah shell aku kerjakan.haha


Walaupun azab nak siapkan tart ni, memang puas hati makan air tangan sendiri. Kalau beli tu tak heran sangat la kan. 










22 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

nak 5 biji setiap jenis...hehehe, utk saya 3 biji, en.abe 2 biji sudah...x aci betul.

Nastyna said... Best Blogger Tips

Giler tka ppuas hati kalau macam gini dapatnya... I tumpang excited la yer, nak tumpang semulut dua tak dapat :D

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Bestnya dpt buat tart telur sendiri muni. Nampak sedap. Terliur tengok. Hehe...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tahniah PK.. berjaya siapkan tart ni walaupun katanya renyuh.. kalau dah sedap tu, semua penat lelah rasa berbaloilah kan?

Kalau kecil nati kena makan banyak kali, yang besar makan 3 dah kenyang.. haha..

nini said... Best Blogger Tips

Grrrr....nampak cam sedap tu akak....aishh

nurbijen said... Best Blogger Tips

kegemaran saya juga ni...
pernah buat sekali, tapi tak menjadi... lepas tu malas dah nak cuba lagi... huhuh

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak rasa yg filling mangga blended tu sedap agaknya. Tak pernah terfikir pun...

Lea Ismail said... Best Blogger Tips

lea 4 tahun lepas berkobar2 semangat nak buat cheese tart.lepas tu malas dah nak buat. nak buat cengkerang dia tu yg malas sgt2.sekarang tersimpan elok acuan dalam laci

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Abaikan rupa,janji sedap sbb sendiri yg masak

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

tahniah PK...berjaya juga akhirnya...janji sedap :)

SalbiahM said... Best Blogger Tips

rajin giler lah kak PK ni..no wonder orang jual tart ni mahal..bukan senang nak buat

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

kalau dah rajin tu kan..buat apa pun menjadi

Ayu Zan said... Best Blogger Tips

Rajinnya puan kutu niii...jeles i u.hehe

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

woww... peberet ni PK.. sedapppnya nampak... :)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, statement yang last tu! Berkecai hati membacanya tau ^_^

Renyah macamana sekalipun dah namanya si PK tukang masak campak baling tak ikut sukatan, memang boleh buat punya. Rupa tiada takpa asalkan bila masuk mulut sedap baq hang... Hehehe!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

cayalah pk
saya tart telur kurng sikit
kalau blueberry cheese tart suka ya amat..

azab pon jnji puas hti kan

ida =) said... Best Blogger Tips

sedap!!!!

saya sentiasa makan yang x heran sangat tu << beli punya. x pernah buat. huhuhuhu

Miz Eija said... Best Blogger Tips

sedapnya... tabik spring lah toink toink :)... oo mcm ni ye filing buat egg tart... eija blm pnh cuba selalu buat cheese tart ja... hantu cheese kan hihi

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kalau yg rajin masak pun ckp hazab nak buat, inikan lagi mak yg kurang rajin, bukan pemalas ( tak mo ngaku tu hihi)....Oh mmg tidaklah mak nak cuba PK.... Sanggup tak makan hihi...

Chii said... Best Blogger Tips

mcm menarik je. Klo beli..2 kping je da 3 inggit. Buat sendiri lg puas ati kn..leh suka hati nk buh apa. Tp rajin ngn x rajin je la :p

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya suka sangat2 kuih ni tau... tp tu la, kene berpantang demi anak...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

yumm..yumm..mmg nmpk sedap