Gambar comot tak ingat. Lupa nak snap awai baq hang. Kalut punya pasai. Pagi tu baru abah call kata nak datang rumah. Dah la aku puasa, semangat nak masak rendang tu yang buat jugak. Petangnya masuk kerja pastu waktu break balik ambik Aiman hantar KAFA terus kelam kabut polish rumah. Nak putuih urat aku wey.hehe..
Sila percaya ni pertama kali aku masak rendang. Waktu raya pun tak pernah aku masak rendang ni. Aruah mak aku dulu pun asal raya mesti buat kari pastu menu masak merah ayam je makan dengan ketupat. Menantu misali haruslah bagi peluang mak mertua dan adik ipar tunjuk skill merendang. Kita tolong tengok dan melantak sudah!hahaha..
Feeling riang ria suasana hari raya pulak kan. Takut jugak fail pasal aku puasa tak dapat nak rasa dan adjust mana yang kurang. En suami la jadi tukang rasa. Aku cuma tambah jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Pastu daun limau purut dan daun kunyit tak ada. Sukatan memang tak ikut resepi asal la. Sila usha kat SINI resepinya. Boleh lagi ke letak nama rendang minang AN kalau rendang versi derhaka?hehe
Kiranya semalam aku berbuka makan rendang minang resepi Cikgu AN. Mak Abah datang siap beli mee goreng dan mee rebus untuk dinner. Mak makan rendang aku dengan mee dan puji sedap! En suami pun kata sedap. TQ AN resepinya.
20 comments:
Alhamdulillah..lulus la tu walaupon blm pnh buat rwndang lagi kan..
Blh buat utk raya pulakkan.
Bg laluan mnantu masak pulak.. Hihi
Balik kg bru ni mak kedah buat rendang itik.. Dapnya..
Alaaaaa...teeus rasa nk merendang....bestnyaaaa
hahaha...hantu tak menantu ini, mentua masak rendang dia pergi bantai tidur....konon letih sesangat, dari subuh tak wat kerja...
Tahniah pk dah pandai masak rendang.
Acik rasa masak rendang paling senang kan pk.dah 3 kali la acik.merendang..sekali itik 2 kali daging
Alahai muni rajin betul. Terliur tengok mknan2 di blog muni ni tau :)
Wah cepatnya menerai.. bagus2.. legalah ya dah buat apa yang teringin tu.. bab derhaka tu nampaknya betulla jangkaan Kak Ton.. haha.. xkisahla, ok je saya ... ikut citarasa sendiri ya..
Boleh try untuk raya nanti
Salam kenal. Nampak sedap. Apa beza rendang Minang dgn rendang biasa ek? (hint mintak resepi lettewww...)
lea pun dulu tak reti masak rendang. kahwin ngan org perak kena belajarlah. gigih dok perati mak mertua masak.sekarang oklah.suami cakap sedap. hehehe. bila masak rendang memang macam suasana raya kan. baunya...
Klu sy rendang lepaslah jgk PK..hahaha.. masak klu raya kt Sabah lah, klu raya di melaka harus kakak2 ipar yg masak..tak berani nak tunjuk skill.. haha..
saya selalu masak rendang,..nak stop masak rendang dulu, baru feel rasa raya nanti
mesti sedap tu sbb kuahnya pekat....nyummm...
Lajunya pembuatan rendang dia... Tak dan orang nak copy resepi, dia dah siap buat! Ni confirm ek tak beli kat kedai? Hahaha.
Bagus menantu perempuan sorang ni. Asal mak mertua datang jerk, rumah bersih. Makanan pun ohsem. Pujian-pujian jerk memanjang. Padanlah naik lemak. Huahaha!
Erk, PK sorry! Gurau jerk. Jiwa gurau kasar teroverdose hari nih!
Waduh! Baru cdg nak diet, baca entry ni terus teringin nasi impit dengan rendang..
kira percubaan pertama yg berjaya la ni...tahniah PK
MJ sejak kawin baru kenal rendang dan makan rendang..
tengok gambar pun dah tau sedap..eh sodap!
Rendang apa pon mmg sedap..hihi,,makan dgn nasi panas atau ketupattt,,,tapi kolestrolnya mmg tinggi...hihi..jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html
Wow !!! Dah kenyang makan rendanglah ni yek. AN mesti suka ni, resepi dia dpt pujian seantero Malaya hihi....
Okje pun lama tak merendang.....tgk gambo ni mcm teringin pulak weyh...
eija pun blm penah buat rendang... ternyata tak failed lagi dah... nampak mnyelerakan... share resepi please :D
Post a Comment