Pixajoy

Monday, May 04, 2015

Home » Resepi Roti Puri Sedap

Resepi Roti Puri Sedap



Roti puri antara menu mudah disediakan, sedap dan mengenyangkan. Tekstur roti yang lembut garing sedap makan waktu panas. Kena pulak dengan kuah sambal or kari memang terbaiklah. Baru ni jugak aku belajar buat dan makan. Tengok kawan dekat group dok sebut, teringin pulak nak cuba.

Kebetulan tempohari aku off, en suami tak berapa sihat, bertapa sehari suntuk kat rumah memikirkan apa menu nak masak. Pertama kali buat roti puri cicah sambal kari ikan bilis plus karot. Malas nak keluar beli barang basah, guna apa yang ada je. Alhamdulillah macam ni pun sedap menjilat pinggan.



Katanya menantu misali, mak abah datang rumah menantu tolong apa yang patut je, sambal ikan mak yang masak. Lebihan kuah sambal sedap memang sayang sangat nak buang. Aku simpan peti ais esoknya untuk dinner aku buat roti puri lagi. Panaskan sambal makan dengan Aiman sampai puas. Haritu buat satu adunan sikit sangat makan tiga orang, kali ni puas makan sampai sengkak perut.



Resepi Roti Puri : 2 cawan tepung gandum + 1sudu teh garam dimasukkan dalam bekas. Kemudan masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang tak melekat. Letak 1 sudu besar minyak, uli lagi hingga doh lembut. Rehatkan 20 minit, bentukkan bulat pastu canai pakai penggelek. Goreng dengan minyak panas. Waktu goreng roti akan menggelembung tau. Kalau tak kembung tak jadi la roti purinya. Tak jadi pun takda hal belasah makan sedap punya.hehe..







6 comments:

Sue Bee said... Best Blogger Tips

senang rupanya buat roti puri ni.nak cuba kalau ada masa

eima said... Best Blogger Tips

Ko ni ape yg x reti buat ek...roti puri mamak pun ko terer

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

pernah makan roti ni ceccah sardin..sedap gak :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Lebih kurang roti canai ek resepi dia PK.....udah teringin pulak nak buat mak ni.....huhu...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, ini yang jiran sebelah kita nak buat tu tetiba jadi roti canai ek! Hahaha! Oppss....

Nampak macam senang pulak. Kalau kita cuba ni agak-agak jadi tak PK? Tapikan kalau tak keluar dalam blog kita mesti atas 2 sebab : tak buat atau tak jadi. Huhuhu...

Kita savelah dulu resepi PK ni. Senang tak payah susah hati nak bersukat bagai macam nak rak!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

singgah selasa..
dap roti puri ni kan
belah utara femes ni..
thanks pk kongsi resepi
ada masa blh try..