Pixajoy

Friday, May 08, 2015

Home » Checkup Afia 2 Tahun

Checkup Afia 2 Tahun




Berat : 12.7 kg
Tinggi : 84 cm
BMI : 18.1


Ibu berdua je dengan Afia pergi RSAT pagi tadi. Waktu timbang ok, time nak ukur tinggi Afia buat perangai sikit. Dia dok "amau.." sambil peluk ibu tak nak turun bawah. Banyak kali jugak pujuk. Nasib baik buat peel sat ja.

Masuk bilik untuk check perkembangan, nurse bagi buku nak tengok dia tau tak selak buku. Of course la pandai. Nurse ada bagi juga blok kayu minta Afia susun tinggi. Ini budak tak layan, sebolehnya dia "amau". hehe Sebenarnya Afia dok sibuk dengan baby yang tengah timbang di bilik yang sama. Macam la tak tau yang Cik pia ni suka sangat baby. Mak baby kata dah boleh bagi adik, dah dua tahun.

"Ohh...yang ni pun tak dan bernafas lagi.."  laju ibu jawab.hehe..

Nurse tanya ubat cacing nak yang tablet ke cecair. Ibu mintak yang tablet. Ubat perisa coklat, memang sedap la! Ibu Abah pakat dok buat hingaq dalam video Afia makan ubat cacing.hakhak..












7 comments:

makchaq said... Best Blogger Tips

Makchaq selalu stop pi checkup baby sebelum 2 tahun pasai anak makchaq kecim2 semua underweight..
Tiap kali pi ken teguq anak rendah berat badan.. suruh catit makan apa, minum susu banyak mana.. mana nak buleh ukoq depa nemen ja..
Last2 malas nak pi.. lepas injek last x pi dah..

Yp bila besaq semua overweight pulak.. jenuh dok control makan..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Awat amau amau jer cik Pia oiii...hihi...
Ngengadalah tu tak mau baby.....sementara muda PK, eloklah memberanakkan diri...hihi

Rtp Farra Arisha said... Best Blogger Tips

Hehe Afia! Boleh bagi dia tengok balik video ini one day.

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

cepatnya masa berlalu...dah 2 tahun Afia yer...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Cuba tanya kat Afia, nak baby tak? Mesti dia tak jawab 'amau' tinggal 'mau' jerk. Bolehlah berusaha keras dari sekarang yerk, PK :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Amau.. Amau.. Baby baru mau tak afia ? Hihi
rania pon bru lps check up 9 bulan kemarin

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. ramai yg ceramahkan PK suruh beranak lagi ni..bila ? Haha..

dah dua tahun ya.. rasa cepat masa berlalu tapi tetap rasa kecil dan manja anak2 kita kan..