Pixajoy

Wednesday, May 06, 2015

Home » Pataya Hotdog Sedap Sungai Petani

Pataya Hotdog Sedap Sungai Petani



Adoi asyik tayang makanan je. Kira betul passion makan aku ni kan. Boleh jadi duta makanan dah. Semangat diet pi mana ntah.haha..Semalam sehari suntuk attend kursus. Aku marmet dalam kereta kau. Takda tempat nak perah. Punya cover nasib baik line clear. Kata en suami, jaga-jaga nanti tak pasai video jadi viral.hakhak..

Balik kursus ambik Afia kepala dah tintong. Melekit badan kepala pening naik loya tak tau nak habaq. Sampai rumah tidur sekejap baru hilang pening. Nasib la anak bujang tak kisah ibu goreng telur mata je makan dengan kicap untuk dinner. Memang tak kuasa dah nak masak. Aku makan kopok lekor je pastu belasah kek birthday Afia. 

Tengah malam dah tidur tu, en suami call tanya nak burger tak. Pantas aku cakap nak, segar terus bijik mata. Lapaq!haha..Aku order burger daging biasa je sekali en suami beli kan aku hotdog pataya. Tu dia..dua tiga kali stop makan. At last tinggal sikit terpaksa surrender gak bagi en suami habiskan.

Sebab burger ni special aku siap pose tiga kali. hakhak. Hotdog Pataya harga dia RM 5.30. Puas hati la panjang besar makan sorang mau sengkak perut. Lepas makan sambung tidur memang terbaiklah ternak lemak.



Bini kursus en suami pun makan sekali je breakfast merangkap lunch. Balik kerja lapar sangat tu yang dasyat order sampai dua.haha. En suami hotdog pataya juga, plus burger kambing RM 10.00.



Banyak lagi pilihan menu burger kat situ. Burger rusa pun ada. Penduduk Sungai Petani boleh cuba. Boleh tahan sedap burgernya. Lokasi stall burger berdekatan Tesco Sungai Petani Utara, belakang Nasmir Nasi Kandar.






12 comments:

Aneez Jaafar said... Best Blogger Tips

baru balik dari SP. Sempat bfast kat Nasmir. Tosai dia nyum2. Nampak gak stall burger kat tepi tu. tapi masa tu tutupla. pagi lagi kan and xbaca entry ni.. waaaa- next time nak try hot dog ni. nampak seeedap je. hee

nurbijen said... Best Blogger Tips

Hakhak... bagus pesanan penaja tu... Zaman skrang sekelip mata jer boleh glamer...

Menariknya nampak pataya hot dog tu... first time tau roti hot dog pun ada versi pataya...

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

mcm hangit plk burger..
tp pataya hotdog tu rasa terliur..haha

Time Traveller said... Best Blogger Tips

asal la banyak org tayang makanan jer hari ni hahahaa.. berkompang2 perut ni dalam office hehehehe :P

Time Traveller said... Best Blogger Tips

asal la banyak org tayang makanan jer hari ni hahahaa.. berkompang2 perut ni dalam office hehehehe :P

misz sheyla said... Best Blogger Tips

hahaha..haah...kang tak pasal viral... kat sini xjumpe lagi hotodg pataya ...tpi cam sedap..klo xjumpe ni mau buat sendiri balik nnti

Miz Eija said... Best Blogger Tips

sedapnya..... aummm lamanya tak makan hotdog

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Nampak sedapnya macam ni. Tak pernah lagi saya makan ni..macam2 ada rupanya ya..alahai nampak menyelerakan sungguh ni..

Saya pernah rasa tu ...memang tak sedap badan bila kita tahan tak pam susu kan.. ai..mujur tak sampai demam ya.

ummi aqilah (LM) said... Best Blogger Tips

Nampak sedap .. X pernah lg LM cuma mkn. Ke.. Kat sini xde jual .

syida said... Best Blogger Tips

kalo dah air tgn ibu, telur mata goreng dgn kicap aje pun sedapp!
sy lom prnh jmpa lagi hotdog pattaya kat sini...x lama lagi, viral la kottt menu ni...cepatlah smpai ke jb, leh la menerai :)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sedapnya alahai! Tak pernah pulak makan burger pattaya ni. Aiman makan nasi dengan telur mata jerk ya, omaknya bantai burger sorang-sorang. Hahaha!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Kna rasa ni kalu k sp nti
dibuka setiap malm ke pk ?
Ke ada harinya juga..