Pixajoy

Wednesday, May 06, 2015

Home » Kek Karot Harijadi Afia

Kek Karot Harijadi Afia



Kek Harijadi Afia ni aku buat lewat sehari. Masa birthday Afia kan ke kami baru balik dari kampung, tak sempat nak buat awal. Mula- mula memang ingat nak buat kek coklat, memikirkan Afia yang susah berak sekarang ni, dapat idea buat kek karot. Macam la Afia makan bersungguh sangat birthday cake dia, dari mula ibu buat sampai acara potong kek dia dok mengadak icing.

Aku ambik risiko buat kek yang tak pernah aku buat. Kira ni kek karot pertama kali. Mujur jadi..kalau tak, tak berkek la birthday girl. Pun begitu ada juga kisah sadis disebalik kekalutan ibu. Waktu in making carrot cake Afia, perancangan nak buat setengah adunan saja. Masa tuang minyak, lupa nak bahagi setengah, terus tambah lain bahan bagi jadi satu adunan terus. Dah cantik satu adunan, masuk la oven bakar, malang apa entah kek terendam air yang guna untuk letak kek waktu bakar tu. Kek kalau dah kena air memang jahanam!

Ibu teruskan kesabaran buat semula setengah adunan lagi demi kasih sayang ibu pada anaknda solehah Afia. Nasib baik beli karot lebih. Sedap rupanya kek karot ni. Kalau tau sedap dari dulu dah cuba buat. Deko kek jahanam sikit la kan. Main belasah je dengan takda alatan mendeko. Cream cheese pun takda, dapat idea buat icing guna susu tepung Afia. Konon dah dua tahun ni nak cuba la ajar minum susu lembu, tapi rasmi dulu buat kek.hehe..



Kasi zoom baru nampak kecomotan seni mendeko ibu.


Resepi kek karot : Satukan 1 1/2 cawan gula + 1 cawan minyak + 4biji telur + 1 st esen vanila, kacau sebati semuanya. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ( 2 cawan tepung + 1 st baking powder + 1 st soda bikarbonat +1/2 sudu garam + 1 st serbuk kayu manis). Setelah sebati masukkan 2 1/2 parutan karot. Kacau sebati pastu boleh tambah walnut dan kismis kalau suka. Bakar ikut suhu oven memasing ya!



Untuk icing aku guna marjerin + icing sugar + esen vanila + susu cair + susu tepung. Sukatan hentam sajalah labu.haha..






10 comments:

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

kagumnya.
cantik juga lah ni.. kalau kita buat jahanam terus.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

pergh...memang mahir dah ni PK.. atie ingatkan beli, rupanya PK buat ye.. nampak cantik & sedap..mesti suka Afia..hihi

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

terbaik arr pk..dalam tak cukup bahan pon boleh lagi 'konar' carik idea lain..kalu zee tepu kat situ..

Linda said... Best Blogger Tips

saya paling suka kek ni sebab tak muak makan berkali2...nampak sgt kuat makan ya saya ni hihi :p

NzA said... Best Blogger Tips

sweetnya kek besday afia...akak ni 5 org ank xpernah buat kek b.day sendiri...semuanya ditempah...he3x

nini said... Best Blogger Tips

Wahhhhhmcm sodappp je....teringin nak rasa...hihi

eima said... Best Blogger Tips

best gile ...semua mende ko buat sendri je .. mesti byk masa ko kat dapur kan ....

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Rasanya yang sedap, saya pasti tu.. ai..syokla ada ibu rajin dan pandai buat kek ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Untunglah Aiman dan Afia dapat ibu yang rajin memasak. Memang susahlah nanti bila dah besar nak diet-diet. Dah ibunya rajin sungguh buat percubaan terus jadi kat dapur!

Saya tak maka karot tapi pernah sekali termakan kek karot, terus jatuh cinta. Tapi saya tak pernah buat!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai pk. bg sy dh nmpak seninya tu..
tgh rancang nk buat kek karot utk rania nti..
genap sthun.. in shaa Allah.. mklum la umimya kan hantu karot..