Pixajoy

Friday, May 01, 2015

Home » Somtam Pelam Kerabu Betik

Somtam Pelam Kerabu Betik



Entry main masak- masak yang terperap selama seminggu tak update. Hal jiwa kacau tu nanti aku story.haha. 

Biasanya orang buat somtam guna betik, tapi aku biasa makan yang pelam, kebetulan ada pelam muda, buncis lebih ada sikit (biasanya orang guna kacang panjang, tapi aku tak makan) , pulun la aku pi kedai cari tomato dan kacang, udang kering pun aku tak suka, ganti dengan udang fresh, jadi jugak somtam bodo-bodo aku. Sedap woo!hehe..


Resepi Somtam Pelam :  Pelam + tomato + buncis + kacang tanah goreng + udang yg digoreng + cili padi + garam + gula + air perahan limau. Tumbuk manja semuanya dalam batu lesung. Siap!



Pergi kedai nak beli nasi bungkus, kedai tutup! hahaha. Kat rumah memang takda stok bahan basah, nak singgah kedai pun hujan lebat masa aku balik kerja, so kita lunch telur. Dapat idea buat kerabu betik. Betik pun dah agak masak, hentam sajalah labu! Yang penting ada sayur untuk tambahan menu. En suami pun kata sedap. Tak sia-sia aku cacamerbakan kerabu.


Resepi Kerabu Betik : Betik + taugeh + tomato + bawang besar + cili padi, perasakan dengan garam dan gula. Gaul sebati, siap!






8 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Waaaa ...boleh menangis ni .. kedai makan yang biasa saya singgah sebelum ke sekolah tu dah lama tak sediakan kerabu mangga.. tengok ni, terus terliur.. adoi.. tak payah rupanya bahan2 nak buat somtam dan kerabu ni.. haha.. kalau dah alasan malas tu memang payahla ya..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Memang kreatif ni PK... terliurr nengok kerabu betik..

mrhanafi said... Best Blogger Tips

mak oii..berkecur air liur saya dibuatnya

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Acik.memang suka somtam..memang telan air liur acik tengok gambar ni

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Aduhai..dah la 2,3 hari ni dok teringin nak makan som tam..akk pulak share..nak nages rasa tau..!

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

Dua2 nampak sedap dan menggiurkan...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

somtam my peberet
kerabu betik x pernah merasa lagi
thanks pk berkongsi idea

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hai, PK ni... macam-macam dialternya dari resepi asal tapi yang kasi geram di hati tu menjadi sesaja!

Nasib baik saya tak makan sayur, jadi saya baca sambil lalu jerk resepi. Hahaha!