Pixajoy

Tuesday, July 23, 2019

Resepi Koteaw Goreng Ala Thai



Dua kali buat aku sorang je suka, depa yang lain tak pandai makan la pulak, sedap kot dia punya rasa tu buat kita teringat-ingat ketagih. Rupa dia memang la macam pucat tak menarik dipandang, tapi rasa dia memang sedap tau.

Tempek sini resepi senang refer bila nak repeat buat. Buat yang tak pernah rasa, boleh cuba buat untuk kelainan dari koteaw goreng biasa kita dok makan tu.

Resepi Koteaw Goreng Ala Thai

Goreng telur hancur ketepikan.  Kisar cili padi + bawang putih, tumis hingga naik bau kemudian masukkan udang, sotong or apa-apa sumber protein. Masukkan sos tiram + Sos ikan/sos sotong + perahan limau kasturi kemudian koteaw..Gaul rata perasakan dengan gula + sedikit garam. Potong halus daun ketumbar + daun limau purut, masukkan dalam kuali sekali telur hancur, gaul hingga masak. 

Pertama kali buat boh sosej dan fish ball yang tu ja ada. 

Sedap tapi pahit sikit rasa daun limau purut. Daun tu masa nak potong pastikan buang batang dia. Aku boh banyak daun sebab suka, mana nak tau batang dia tu punca pahit.Haha

Kali kedua buat boh sotong, aku udang tak berapa boleh makan sangat allergic. Yang ni dah pandai adjust bahan-bahan bagi sedap.


Rasa dia pedas masam manis bergabung, owhh nikmatnya. Uolss must try! 






Monday, July 22, 2019

Belated Birthday Afia Aryan



Kisah 30 Jun haritu baru sempat nak update. Mula-mula nak celebrate dengan famili mak mengasuh depa ja, tapi alang-alang terfikir nak jemput ramai sikit sekali makan-makan raya.

Kira ni pertama kali aku buat makan-makan jemput kawan-kawan office, kawan terdekat dan adik-adik aku. Ni pun ramai tak dapat datang,  makanan tak la banyak tapi pelbagai, Alhamdulillah lebih dari cukup.

Antara menunya mee goreng, bihun goreng Singapore, nasi himpit kuah kacang dan rendang ayam, cupcake coklat,  redvalvet donut semua aku buat. Apom Didi & Friends ja order.

Main dish juga laksa,  Acu Ain sponser. Cucur jagung kebetulan ada beli jagung so add on menu. Target nak buat popia Carbonara dah siap inti tapi popia tak sempat nak gulung kalut hahaha

Buah tembikai, epal merah dan hijau juga kek batik pun aku buat. Donut tu pun tak sempat nak boh topping dah, sira gula je. 

Sebenarnya birthday adik bulan 6, dia dah berapa kali sambut birthday tak tau la kan. Nak jugak belated birthday dengan famili mak. 

Birthday boy langsung tak bagi kerjasama, takda pic dia yang elok

Ni pun suruh pakai party hat tak mau

Ibu muka letih 3 hari pulun masak haha

Birthday present dari Ummi Izzah

Present dari anak-anak mak pengasuh

With Acu Ain and twins Khaira Auliya

Mak ngasuh depa dan Kak Anis.

Layan model ni ja la rajin pose

Jamuan kecik macam ni pun bukan senang nak manage, semua masak sendiri nak arrange masa tu kelam kabut sungguh. Apa pun happy semua orang makan kenyang walaupun rupa tak semegah tapi ramai puji sedap.






Monday, July 08, 2019

Idea DIY Sambutan Harijadi Tema Didi & Friends



Pulun kan buat 1 entry, motif simpan kenangan juga. Semua ibu DIY ja jimat banyak, kalau nak order, kek saja pun paling tidak RM 80. Dapat sebiji je kek, belum deco apa lagi.

Ibu pilih tema Didi & Friend pastu Afia Aryan setuju, ok senang tak payah dua tema. Kalau tak yang birthday girl tema lain, birthday boy tema lain jenuh pening ibu nak keluar modal. Hahaha

Bekas cupcake, deco cake, sticker dan topper cake Didi &  Friends ibu order di Shopee. Semua ni dari 3 seller berlainan tau, budget dalam RM 50 camtu. Pandai - pandai la pilih dan bezakan harga, cari yang paling murah. 

Sticker yang ibu beli di Shopee lekat pada kertas foam yang sedia ada dirumah pastu tebuk lubang untuk isi tali sebagai deco. Nak guna kertas biasa pun takda masalah. 

Baju Didi & Friend beli di Uptown siap cetak nama. Sehelai RM 20.

Apom Didi & Friends ni ja ibu order. Aku bagi contoh gambar kemudian minta penjual lukis ikut tema. Alhamdulillah comel, 50 biji RM 35. 

Ok ini rupa kek red valvet kelam kabut buat, lagi sejam dua tetamu nak mai baru sempat boh cream cheese, rupa tak semegah sangat tapi ramai tau puji sedap. Don't judge by rupa paras. Huhu

Cupcake coklat buat sendiri juga,  cucuk ja dengan topper cupcake beli di shopee. Cupcake stand beli di Eco 2 buah RM 4.20. Kalau kat shopee aku usha paling murah sebuah RM 8.50 tau. Ada sampai belas-belas ringgit belum campur postage. 

Kek Batik buat sendiri. Coklat gula-gula beli di kedai RM 2. Raga jajan tu kedai Eco ada, kami dapat free ja doorgift kenduri. Aku lekat Sticker Didi & Nana supaya ikut tema. 

Tulisan Happy Birthday, belon dan party hat beli di DIY. Total lebih kurang RM 20 camtu. Sebenarnya ada je jual belon, Party Hat,  pinggan cawan semua tema didi di shopee, tapi tak sanggup nak up budget lagi RM 50 plus postage lagi dari dua seller, kita guna apa adanya. Ibu nak DIY party hat lekat sticker pun tak cukup masa, beli je la senang. 

Aku andaikan modal red valvet, cup cake coklat dan kek batik lebih kurang RM 50, plus semua budget tak sampai RM 200, jimat kan. Walaupun tak secantik mana, sentimental value air tangan ibu tiada tandingan, cheewahh. 





Friday, July 05, 2019

Farewell & Jamuan Raya Office



Jumaat lepas 28.06.2019 hari terakhir berkhidmat di Ibusawat Telefon Markas Staf. Office adakan jamuan raya sekali farewell aku. Mula-mula nak tinggal Afia Aryan kat rumah, Abang Aiman pulak tuisyen pastu abah kerja terpaksa la juga bawa. Lagipun hari last dah depa nak lepak office ibu, pasni tak boleh ikut dah.

As usual kena pose dulu untuk ibu

Ibu snap pic depa comey ja,  tapi pic ibu camni je la paling elok.  hahaha

Sampai ja dah pening, kalut nak makan orang tak siap lagi depa buat lapaq teruk.

Kak Pia bersama Kakak Amani dan Kak Auni. Walaupun ibu pindah dekat, pasni dah susah nak jumpa.  

Menu of the day : Nasi daging air asam masak kat office, ketupat mak wawa buat, rendang, roti jala dan kuah durian Nida buat, Kak Wan bawa kuih popia dan apom,  Kak Aifah sponser tembikai, aku bawak pisang ja.haha. Tak sempat dah nak masak Khamis tu keja pagi pastu malam masuk lagi. Balik kerja pagi jumaat tu potong dan rebus daging. 

Sakan bergambar, nak juga mention,  80 percent simple photobooth raya ni aku yang buat hahaha 

Tak cukup dalam office, sambung bergambar di luar

Pulun nak bergambar depan ni buat kenangan

Lighting luar cantik, free styles hehe

Terima kasih semua. Selamat berpindah juga buat Nida, selamat datang adik-adik freshie. 

8 tahun disini. Mana tak sedih, tiada yang kekal di dunia. Bertemu berpisah adat manusia biasa. Yang tinggal tu kerja baik-baik, saling tolak ansur kita dah macam adik beradik, will miss u all.