Pixajoy

Saturday, April 30, 2011

Kalau Lelaki Kata





Jom layan apa lelaki kata. Maknanya :

Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape..

Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis..

Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase    nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ye..

Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon..

Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, k?
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk negatif sgt.ape pon yg kami buat,utk future..

Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa..

Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat tau tggu...

Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
Maknanya: memang lepas ni kami nk lg keluar ngan kamu..

Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak comel ble mrajok.hehehe....

Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya: mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan....

Betul ker wahai lelaki? Yang perempuan pulak, apa kata korang?

Oklah nak siap pergi kenduri. Dah lama aku tak makan nasik minyak nie. Tata..





Gambar Kenangan Terakhir di KDSI



Morning korang..


Alhamdulillah barang-barang pindah dah selamat sampai ke Sungai Petani. Kami pun telah sampai dengan selamatnya juga. Banyak betul dugaan. Dah la tayar kereta pecah, tayar trak pun pecah jugak. Sampai di SP keadaan rumah membuatkan aku kecewa. Dugaan demi dugaan aku tempuh. Tak perlu aku nyatakan keluh kesah sepanjang melebihi 24 jam yang menghuni hidup aku seharian semalam. Bersyukur! Harapan aku semuanya akan selesai tak lama lagi.


Layan lagi kenangan terakhir bersama warga KDSI. Sesi bergambar berlaku selepas sesi mengangkat barang masuk kedalam trak. Sila abaikan muka yang berlemuih (comot) dan pakaian yang langsung tak vogue.

















Nanti Insyaallah aku akan cuba menjejak korang perlahan-lahan. Maaf tak dapat bertandang kerana sibuk. Terima kasih kerana support aku. Masih dalam mood penat dan sedikit tekanan. Sekian harap maklum!hehe..



     
           

Friday, April 29, 2011

KD Perantau - Kenangan Terakhir


Aku on da way nak ke Sungai Petani. Dugaan pulak kat highway, tiba-tiba terlanggar apa ntah pastu tayar pancit. Sekarang kat kedai mamak tengah tunggu kereta siap. Dalam kekalutan sempat lagi nak update.hoho..

Selama hampir lima tahun di Tanjung Pengelih tak ada langsung keinginan nak naik kapal. Tapi semalam kebetulan sempena navy day KD Perantau dibuka untuk lawatan. Tak nak lepaskan peluang terakhir,aku mengajak en suami ke jeti. Aiman ekceli dah pergi sebab cikgu adakan lawatan kat sana. Balik sekolah sekali lagi pergi. Dah macam pemandu pelancong aku tengok Aiman nie. Siap instructer ku danen suami.keke..

Layan gambar yang sempat aku snap..






Thursday, April 28, 2011

Selamat Tinggal Cikgu..



Enteri yang akan datang pun banyak gambar.  Selamat Tinggal Kenangan di KDSI...


Tengahari tadi singgah kat tadika ambik surat sekolah Aiman. Pastu bergambar kenangan bersama Cikgu Ani..
Ini budak paling becok mulutnya kata cikgu. Nanti Aiman takde, sunyi ja tadika.hehe..
Cikgu kesayangan hamba..
Dimana saja sering mempamerkan wajah kelakar!
Aiman sayang cikgu..




Kesan Minum Ais



Korang ingat tak aku pernah buat entri Rahsia Dalam Ais? Entri itu berkenaan kebaikan ais yang jarang kita dengar. Seringkali ais dikaitkan dengan keburukan. Malam tadi terjumpa artikel tentang amalan minum ais kat facebook. Aku dah lama tak jenguk facebook. Mungkin korang dah terbaca tentang ini. Rasa menarik nak share jugak dengan korang-korang yang aku sayangi. Artikel ini berguna untuk semua.


Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk serta menuju ke arah pelbagai penyakit. Jalan terbaik adalah dengan minum sup panas atau air panas/suam selepas makan.    


SERANGAN JANTUNG!!! 

Korang patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada. Korang mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 




Wednesday, April 27, 2011

Kebaikan Kuaci Bunga Matahari



Bukan sekadar jajan, kuaci bunga matahari rupanya ada kebaikan. Sejak dua menjak nie suka pulak aku makan kuaci. Kalau jalan jauh, ralit betul makan kuaci dalam kereta. Tadi pagi ada beli sebungkus lagi. Esok malam nak bertolak ke Sungai Petani bolehlah makan. Beli siap-siap sebab kalau kat stesen minyak harganya gila mahai. Jimat sungguh!

BUNGA MATAHARI

Kuaci berasal daripada biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian meluas sejak tahun 1700 ke banyak negara dan dikomersilkan secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Rumania, Bulgaria, Rusia, Hongaria dan Amerika Syarikat.


Kuaci bunga matahari bukan sahaja enak malah merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram bunga matahari tanpa kulit cukup untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Jom tengok kebaikan Vitamin E yang terkandung dalam kuaci :
  • Vitamin E penting untuk meregangkanmenghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. 
  • Vitamin E ialah anti oksidan dan sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak. 
  • Dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik.
  • Dapat mengurangi risiko penyakit kanser usus besarmenurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus, dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.
  • Membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.
Biji bunga matahari sangat baik bagi ibu hamil kerana kaya dengan folat. Selain itu ia juga kaya dengan berbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zinc, kalsium, dan zat besi. Banyak juga kebaikan kuaci bunga matahari nie yer..

SUMBER :


Cikgu Menghilangkan Diri!



Hari nie Aiman balik sekolah lewat sejam kerana belajar komputer kat luar. Sedang enak blogwalking sambil menunggu tibanya Aiman pulang, aku terima panggilan dari pejabat. Pesanan penaja suruh aku call cikgu tadika Aiman. Apa hal pulak? Sekadar berkata di dalam hati. Serta merta no cikgu Ani aku dail. Rupanya Aiman kencing dalam seluar. Bertuah punya anak!


Cikgu suruh aku hantar seluar kat tempat belajar komputer tu. Aku dan en suami pun bergegas kesana. Isk2 macam-macam si chubby nie. Esok last Aiman sekolah, nak jugak tinggal tanda kenangan. Setibanya kat tempat tu, Aiman sorang-sorang depan pintu memonyokkan mukanya. Bila ditanya kenapa kencing dalam seluar, Aiman kata " Cikgu menghilangkan diri..". 


Betullah cikgu Ani ke kedai beli barang tinggalkan budak-budak tu dengan cikgu lain. Aku rasa Aiman memang selalu tahan kencing. Setiap hari  balik sekolah pukul 1130, sampai jer rumah kelam kabut bukak seluar. Kadang-kadang macam nak menitis sangat air teh dari corong comel itu.kihkih..Hari nie first time ada aktiviti tambahan kt luar. So memang dia nak kencing sangat la kot, tapi tak tahu tandas kat mana. Cikgu Ani pulak tak ada, terkencing la dalam seluar. Sabar jer la. Bertuah punya anak!


seksi pulak! dah la kencing dalam seluar!







Menggamit Memori Kelambu



Hari nie Aiman balik sekolah lambat sikit. Cikgu nak bawa pergi belajar komputer. Ada masa lagi nak merapu buat entri.kehkeh. Dah berapa hari asyik makan kat luar. Rindu pulak nak masak tapi dah takde benda apa kat rumah. Peti ais aku dah kosongkan since balik Kedah hari tu. Barang-barang pun aku nak kemas semua. Esok petang dah nak angkat barang masuk trak. 


Semalam baca cerita mommylavender pasal KELAMBUBagi korang yang tak pernah guna, kelambu biasanya diperbuat dari kain kasa iaitu kain berlubang halus-halus dan dipasang menyelubungi tempat tidur. Tujuan utama pemasangan kelambu sudah tentu untuk mengelakkan dari digigit si nyamuk yang jahat.


Dulu dekat rumah aku, kelambu berbentuk segi empat dan digantung pada empat penjuru paku kemudian dilekatkan pada dinding rumah dengan menggunakan tali. Apabila siang kelambu ini akan kami tanggal daripada ikatan dan dilipat atau disendal pada batang buluh supaya tempat tidur kelihatan kemas.
Lebih kurang macam nie kelambunya..

Rasanya sejak kecik aku dah biasa tidur dalam kelambu. Kuranglah sikit nyamuk yang menggigit tubuh gebu (tak boleh blah) aku. Tapi kalau takde kelambu pun tak kesahlah. Boleh aje aku tidur. Orang kampung apa pun boleh! Kadang hairan jugak dari mana nyamuk masuk sebab kadang-kadang bila bangun pagi ada beberapa ekor nyamuk yang kekenyangan dalam kelambu aku. Bila bangun dengan kejamnya aku bunuh semua nyamuk tu.  

En suami pula orang bandar, mana reti tidur pakai kelambu.hoho..Setelah berumahtangga aku tinggal kat rumah mertua memang tak pakai kelambu. Bila balik Penang, penggunaan kelambu still kami amalkan. En suami sebenarnya tak berapa suka pakai kelambu tapi terpaksa sebab nyamuk banyak. Pasang ubat nyamuk pun tak lut. Menurut beliau, pakai kelambu nie panas dan lemas, rasa macam tak boleh bernafas. Aku masukkan kipas angin dalam kelambu, setel masalah! Bab tak boleh bernafas tu tipulah. Nyenyak jer tidur. Siap berdengkur!

Sekarang nie jarang dah kami pakai kelambu. Bila aruah pak dan mak tak ada, penggunaan kelambu seakan makin pupus bagi aku. Tapi abang dan adik aku masih guna. Mungkin sebab depa dah biasa. Aiman pulak suka main keluar masuk kelambu. Jakun betul dengan kelambu. Di marah pun tak endah..

Agak-agak korang budak-budak sekarang pandai tak tidur pakai kelambu? Even korang sendiri, suka tak tidur pakai kelambu? Ke korang tak pernah langsung pakai kelambu? Rugilah.. 




Kisah Cincin Batu Yang Misteri



Selamat pagi korang. Harapan aku korang sihat semua. Aku jer yang tak berapa sihat. Suara sudah mula ok, batuk pulak menyerang. Tapi sakit itu penghapus dosa kecil kan..Korang dah baca entri Khalis yang INIAku jugak ada cerita mengenai ini. Berkenaan cincin misteri.




Pelbagai cerita yang kita dengar pasal cincin. Ramai orang percaya dalam batu-batu perhiasan atau permata terdapat "penghuni ghaib" yang membuat batu itu bertuah. Ada juga yang percaya sesiapa yang memiliki cincin batu dan mengamalkan  ilmu yang diperturunkan, setiap musibah boleh diatasi dan segala hajat akan makbul.

Entahlah...aku bukan arif bab itu semua. Yang aku tahu, kebanyakan orang alim pasti ada batu cincin yang menghiasi jemari mereka. Aku tak pasti tujuan apakah, mungkin sekadar perhiasan. Tapi aku pernah dengar yang cincin akan "berisi" kalau kita mengamalkan segala suruhan Allah. 

Aruah pak aku dulunya ada jugak cincin. Yang warna hijau tu zamrud ekk, yelah rasanya. Aruah ada dua cincin batu. Lagi satu tu aku tak pasti batu apa. Selepas aruah meninggal, en suami beria nakkan cincin aruah pak. Abang aku pun bagi. En suami pakai cincin aruah lepas tu malamnya beliau diganggu. Pembetulan, bukan diganggu tapi en suami nampak lembaga hitam. Tak tahulah apa, cuma en suami merasakan yang lembaga hitam itu ada kaitan dengan cincin aruah pak.

Setelah di selidik rupanya aruah pak cuma pakai cincin zamrud saja. Menurut abang aku, aruah pak jumpa cincin yang satu lagi tu, tapi aruah sekadar simpan, memang tak pernah pakai. Lepas tu en suami terus tanggal cincin tersebut. Aku pun tak pasti sama ada cincin tersebut betul-betul ada "penghuni ghaib"nya. Itu saja cerita aku.

Aku tertarik pada kata-kata Khalis, " Berhati-hatilah kalau membeli barang terpakai seperti baju bundle, keris, cincin atau apa sahaja. Kalau kita tak pasti berhati-hati. "sesuatu" ini kalau masuk kedalam tubuh kita sukar untuk dikeluarkan kembali. 

Aku percaya apa yang Khalis kata kerana hal seperti ini sudah banyak berlaku. Bukan bermakna aku percaya kepada perkara tahyul tapi benda ghaib nie wujud, jadi berhati-hatilah...




Tuesday, April 26, 2011

Jamuan Perpisahan



Entri nie sekadar nak tunjuk gambar sekitar Majlis Perpisahan aku yang diadakan petang tadi. Terima kasih buat semua ahli Kelab KASKA terutama warga Ibusawat. Mohon maaf atas segalanya. Halalkan makan minum..Insyaallah ada rezeki jumpa lagi. Memori bersama kalian tak mungkin dapat aku lupakan..






















TQ KASKA, Ibusawat, Bahagian Pengurusan, K.Radiah dan Ana