Hampir enam tahun lamanya kami tak ke Bukit Bendera, sejak train baru mula beroperasi lagi. Aiman sorang je dah rasmi train baru tu pun ikut Wan dan Maktok masa baru- baru kami pindah SP dulu. Kami pergi dan balik naik feri. Harga feri dengan kereta RM 7.70, bayar masa pergi sahaja, balik free ye kawan-kawan, sekadar info buat yang tak pernah sampai Penang. Masa pergi dalam feri Afia tidur sepanjang berlayar. So aku tak keluar pun dari dari kereta.
Walau tak expert jalan area penang, perjalanan lancar guna map. Sekarang dah ada bangunan khas untuk park kereta rupanya. Punya lama tak pi baru ni tau.hehe..Parking kereta bukan free, kena bayar tapi consider murah la. Sejam pertama RM 2, jam seterusnya RM1 if i'm not mistaken.haha
Harga sebenar tiket sorang RM 30. Pandai la korang google sendiri kalau nak pi. Kat kaunter dia tulis kena tunjuk ID Card tapi en suami tak tunjuk pun. Kata en suami pada bininya, takkan tak faham kot, tengok muka je dah tau bukan foreigner. Kami ambik family package untuk harga yang terlajak murah. 2 dewasa sorang kanak- kanak RM 17 plus sorang lagi dewasa RM10. Jimat banyak! Abaikan tangan buruk laki aku ni.
Sebelum masuk wajib posing dulu dimuka pintu. Ni je gambar berjenis sikit yang ada. Masing-masing comot. Aku dah macam bibik je dressing. Tak sempat tukar baju dah.haha..Nak pulun ambik gambar susah sikit dengan si bambam. Terima je la apa yang en suami snap. Macam skill photographer aku hebat sangat bunyinya.huhu
Train baru ni punya laju baq hang. Tak sempat nak tengok keindahan alam dah sampai atas. Pun begitu bagus juga buat yang ada anak kecik macam aku. Kalau lama-lama dalam train, style sangat si bambam mengaruk tak sudah, especially masa turun. Punya berlagak nak berdiri dalam train tak bagi kita pegang. Pastu dok selak tudung nak nenen. Adoilah anak, orang penuh train itu yang awak mintak.hakhak..
Sampai atas kami di offer naik kereta apa benda namanya ntah, lebih kurang macam kereta golf tu tapi boleh muat maximun 7org satu famili. Dia bawak pusing 4km pergi balik dengan harga RM 30. En suami tanya aku nak naik ke tak, ikutkan nafsu kemut aku memang fikir tak mau naik mulanya.haha Tapi fikir dah sampai, walau dekat tak senang juga nak sampai sini lagi, kami naik jugak. Dulu- dulu memang takda servis kereta macam ni tau.
Kereta ni pakai bateri, boleh tahan laju. Masa patah balik bateri jadi slow, terkemut-kemut dia jalan sampai turun bukit dengan sendirinya jadi laju balik. Driver bawa kami ada bagi sikit info pasal benda-benda yang ada dekat atas bukit bendera pastu cerita tentang banglo kat Penang Hill dan sebagainya. Kalau nak explain satu-satu tak habis jugak satu entry. Lets wefie!haha
Tak ada apa sangat pun naik benda ni cuma kalau kita nak ambik gambar, driver tu akan bentikan kita pastu boleh la snap keindahan Penang dari atas bukit bendera.
Sebelum turun kita snap lagi gambar ye. Mujur ada model ibu si chubby Aiman yang tak payah paksa berposing. Si bambam Afia langsung tak sporting, asal tala hand phone nak snap gambar terus dia jerit. Buat muka tak menarik langsung untuk tatapan dihari muka.
Kudaku lari gagah berani..kuda hitam..kuda hitam...ewah!
Pakwa pun tak payah dipaksa jadi model periuk kera dengan Aiman.huhu eh betul ke periuk kera namanya? Hentam sajalah labu!
Tengok tu bambam langsung tak bagi kerjasama. Ibu pujuk suruh tengok depan pun tak jalan juga. En suami perut macam pregnant 7bulan.kahkah
Sekeping gambar Afia yang tak mesra kamera. Seksi yaw walaupun dengan angin sepoi-sepoi dari atas bukit.haha..
Banyak dah perubahan kat sini. Kedai jual cenderamata dan port makan-makan pun dah berubah tempat, semuanya satu bangunan dengan Owl Museum. Nanti aku sambung story pasal Owl Museum.